Selasa, 31 Agustus 2010

Fakta menarik.....


Nampak isu ahli parlimen masuk ke rumah Allah semakin berlarutan. Walaupun Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan (Malaysia) membenarkan  non muslim masuk ke rumah Allah dengan beberapa syarat tetapi ada segelintir orang jahil dan ingkar dengan apa yang diputuskan oleh majlis fatwa.

Tapi ada beberapa fakta menarik yang ingin dikongsikan dengan para pengunjung blog Soutul Nahdhoh:

1-     PERKASAM sakit hati dan dengki



Selepas isu berkenaan meletus maka keesokan harinya PERKASAM pergi melawat Surau Al Falah (Surau yang dikunjungi YB Teo Nie) dengan menyerahkan RM 1000 dan meminta Ahli Jawatan Kuasa Surau Al Falah memulangkan RM 500 yang diberikan oleh YB Teo Nie untuk membaiki pagar surau.  (Klik disini untuk maklumat selanjutnya )

2-     40 ULAMA MUDA UMNO SENYAP



Kemana perginya 40 ulama muda UMNO dalam isu ini. Yang bersuara pun hanya Ustaz Fathul Bahri sahaja. . Takkan dari 40 hanya seorang yang mempertahankan UMNO . Mana yang 39 orang lain. Nak harap Dr Masyitah susah juga. (klik disini)

3-     Ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri



Cukup malang buat UMNO  sejak akhir-akhir ini . UMNO hendak memainkan sentiment keagamaan tetapi terkena batang hidung sendiri. Sebelum ini isu doa untuk Lim Guan Eng supaya dapat hidayah tetapi UMNO baca yasin untuk Kamalanthan. Selepas itu isu non muslim masuk rumah Allah ternyata tidak menjadi kerana Isteri perdana menteri masuk surau jadi sasaran.


Sewajarnya UMNO kena bijak baca sifir. Rakyat bukan mudah lagi menerima sesuatu benda mentah-mentah. Belajar dari PAS yang bijak membaca sifir. Banyak isu lagi yang boleh UMNO perjuangkan dalam parlimen antara Isu Murtad, buang bayi , gejala social dan sebagainya. Kalau UMNO bawa isu ini pon hanya perundangan Allah sahaja yang boleh mengubati barah ini.

 p/s - sebenarnya Islam itu mudah dan indah. Islam ertinya selamat dalam erti lebih luas patuh dan tunduk. Kan elok kalau pemimpin kita tunduk dan taat pada perintah allah.


Pantun Nasihat Kemerdekaan

31 Ogos tarikh keramat
Bersorak rakyat bukan kepalang
Merdeka Malaya dengan terhormat
Menuju negara makmur dan gemilang

Laungan Merdeka terus dipertahankan
Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan
Bebasnya Malaya dari penjajahan
Bersatu padu dalam perpaduan

53 tahun sudah berlalu
Malaysia bebas dari penjajahan
Apalah malang nasib bangsaku
Serangan penjajah disudut pemikiran

Rempit dan dadah jadi mainanan
Zina dan maksiat terus berleluasa
Perlembagaan Malaysia banyak pindaan
Hukum Allah tidak berkuasa

Al Quran As Sunnah terus ditolak
Pemerintah sombong penuh bongkak
Tiada ilmu berlagak ulamak
Itulah tanda manusia penyangak

Sorong papan tarik papan *
Buah keranji dalam perahu
Hal dunia kita kehadapan
Hal akhirat kita buat tak tahu

Tanam Pisang rapat-rapat *
Biar puyuh tak boleh lari
Taubatlah kita sementara sempat
Sedarlah atas bumi siapa kita berdiri

4.00 pagi
31 Ogos 2010
Muhammad Aliffudin B Ramlee
-pantun khas untuk Malaysia
- tanda * adalah pantun diciplak....

Senin, 30 Agustus 2010

Pengorbanan belum berakhir


Pengorbanan belum berakhir

Pengorbanan ....sebuah adaptasi kehidupan
Yang mampu terukir dibibir
Belum tentu mampu dikotakan

Pengorbanan....sebuah bebanan yang berat
Yang dapat dilihat oleh orang lain
Belum tentu dapat diringankan

Itulah erti pengorbanan....

Baginda (s.a.w) melebarkan rahmatnya
Si ayah mengerahkan keringatnya
SI ibu mencurahkan kasih sayangnya
Sang murabbi mengalirkan ilmunya
Sang khalifah mendukung amanahnya

Itulah sebahagian bentuk pengorbanan

Lantas ...apa yang ingin kau balas

Mereka memanggilmu....kau sepikan diri
Meraka melihatmu ...kau berpaling arah
Mereka berkorban ...kadangkala mereka terkorban....

Jika mereka terkorban
maka kamu mata rantai pengorbanan ini.......

Itulah...pengorbanan belum berakhir....

Ditulis pada 5.34 pagi
25/8/2010


 Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah 2009/2010



 amanah yang terpundak - Tim. Setiausaha Agung DPMM

dari kiri : Saiful ( Exco Dakwah ), Aliffudin dan Amirul (Pengerusi DPMM)

 barisan Ahli Jawatan Kuasa Tadbir DPMM sesi 2009/2010




Jumat, 13 Agustus 2010

KITA PULANGKAN SEGERA HAK KEPADA RAKYAT....

KISAH DARI UMAR ABDUL AZIZ

Selesai pengebumian Khalifah Sulaiman B Abdul Malik, maka khalifah yang baru iaitu Umar Abdul Aziz pulang ke rumah untuk beristirehat kerana kepenatan menguruskan jenazah Khalifah Sulaiman B Abdul Malik. Ketika itu Umar Abdul Aziz hendak tidur maka anak beliau masuk ,anak beliau umur 15 tahun Abdul Malik namanya.

Umar Bin Abdul Aziz berkata pada anaknya
”wahai anak ku, ayahmu terlalu letih menguruskan jenazah bapa saudara mu, dan ayahmu ini tidak pernah merasai keadaan letih semacam ini”

jadi anak beliau berkata
”jadi apakah engkau akan buat wahai ayah” ,

Umar Bin Abdul Aziz berkata
”ayah akan tidur sebentar sampai masuk waktu zuhur dan nanti ayah akan keluar untuk solat bersama orang islam”(khalifah kene solat di masjid dan menjadi imam, bukan khalifah menyorok waktu solat)

Subhannallah, anak beliau Abdul Malik berkata kepada Umar Bin Abdul Aziz
”wahai ayah wahai amirul mukminin, siapakah yang menjamin amirul mukminin hidup sampai waktu zuhur, sedangkan sekarang kewajipan amirul mukminin mengembalikan hak-hak orang yang kena zalim (hak orang islam yang dirampas oleh khalifah terdahulu), orang- orang miskin,anak-anak yatim, sapa yang menjamin engkau??”

.. Umar Bin Abdul Aziz nak tdr terbangun beliau, anaknya berkata lagi
“siapa yang menjamin engkau jika engkau tidur lalu engkau mati”

maka Umar Bin Abdul Aziz bangun dan duduk dan panggil anaknya , Umar Bin Abdul Aziz cium kedua belah mata anaknya dan berkata
”alhamdullilah hillazi ahraja min thulbi manyienunie ala dinniy(selaga puji bagi Allah yang mengeluarkan dari sulbi aku orang yang menolong aku untuk agama engkau) ”


PENGAJARAN

1- Hari ini , kerajaan yang memerintah kita (UMNO dan Barisan Nasional) telah melakukan kezaliaman dan penindasan besar terhadap rakyat

2- Penindasan UMNO dan Barisan Nasional :

       (1)- Mengurang dan merampas subsidi yang menjadi milik rakyat (petrol, gas, gula dan sebagainya)

       (2)- Menaikan harga minyak dan barangan sesuka hati

       (3)- Mengenakan akta ISA - Tahanan tanpa bicara

       (4)- Menghapuskan biasiswa 

       (5)- Saman ekor


       (6)- Melaksanakan judi bola


       (7)- Akta Auku kepada mahasiswa


       (8)- Kekangan media yang telus


       (9)- Memusnahkan demokrasi dan kehakiman


       (10) - Berbagai kezaliman UMNO dan Barisan Nasional yang lain.




Hari ini UMNO dan BN merampas hak rakyat. Maka siapa yang akan mengembalikan? Kita berbalik pada kata-kata ini:

Abdul Malik berkata kepada Umar Bin Abdul Aziz
”wahai ayah wahai amirul mukminin, siapakah yang menjamin amirul mukminin hidup sampai waktu zuhur, sedangkan sekarang kewajipan amirul mukminin mengembalikan hak-hak orang yang kena zalim (hak orang islam yang dirampas oleh khalifah terdahulu), orang- orang miskin,anak-anak yatim, sapa yang menjamin engkau??”
Hak Rakyat boleh dikembalikan dengan MENUKAR KERAJAAN PAKATAN RAKYAT.



SALAM RAMADHAN          









Kamis, 12 Agustus 2010

MARHABAN YA RAMADHAN


dari kiri: naim, izharuddin, bahry dan asyraf (ahli bait ku)

dihadapan: Ust Basyir ...baru pulang ke Malaysia

Sedar-sedar kini kita di awal Ramadhan . Yang mana sesi 10 hari yang pertama ini adalah RAHMAT. Kali ini merupakan tahun kedua berpuasa di Mesir. Kalau tahun lepas ana berpuasa bersama kawan - kawan serumah (ahli bait) kini menyambut Ramadhan dan berpuasa dalam keadaan seorang diri. Izharuddin dan Naim ke Yaman , manakala Bahry , Asyaraf dan Ust Basir pulang ke Malaysia.

 kad jemputan dari Darul Ifta

10 ogos 2010 ana berada di Rumah Rabaah . Rasa sedih sebab tidak dapat pergi menyertai pengistiharan puasa oleh Mufti Agung Kerajaan Mesir Syeikhuna Dr Ali Jum'aah walaupun kad jemputan ke pengistiharan puasa ke Azhar Conference Center ana dapat dari PMRAM (ini menunjukkan PMRAM adalah persatuan sah di bumi Mesir), tapi kerana kesuntukan waktu hanya dapat menonton di tv sahaja.

 Mufti Agung Kerajaan Mesir

11 Ogos 2010 bersahur bersama Ust Zahimie. Terima kasih kepada Ust Zahimie kerana menemankan ana bersahur. Manakala berbuka keseorangan dengan juadah yang paling simple , Nasi goreng dan nuget ayam.

 menu berbuka hari pertama....alhamdulilah

Walaubagaimanpun  Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat mengejar segala ganjaran yang di tawarkan.



p/s: digalakkan bulan ramadahan ini kita talaqqi di Rumah Terengganu - Kitab Tafsir Jailani oleh Syeikh Rohimuddin manakala di Rumah Kedah - Syeikh Nuruddin.

Muhammad Aliffudin B Ramlee
9.00 malam
11/8/2010