Minggu, 24 Oktober 2010

DARI BLOG DPMM


Assalamualaikum w.b.t

Segala pujian kepada Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan agung Sayyidina Muhammad s.a.w. Serta para pejuang yang menyambung perjuangan baginda s.a.w hingga ke akhirnya.

Pada tahun 1991 dan 1992 telah berlaku sejarah baru bagi sebahagian mahasiswa dan mahasiswi ketika itu untuk ditempat di cawangan- cawangan (muhafazah) Al Azhar . Lantas Dewan Perwakilan Mahasiswa dan Mahasiswi(DPM) ditubuhkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir bagi memberikan kebajikan kepada anak-anak melayu di cawangan-cawangan (Muhafazah). PMRAM bukan hanya memberikan kebajikan kepada mahasiswa dan mahasiswi sahaja malah isu keselamatan di cawangan (muhafazah) adalah fokus PMRAM. Maka hubungan dua hala oleh Pihak Keselamatan Mesir dan PMRAM juga dinikmati oleh DPM-DPM melalui wakil rasmi PMRAM di cawangan iaitu Pengerusi- Pengerusi DPM.

Isu keselamatan yang berlaku di DPM Tanta turut dirasai oleh DPM Mansurah. Tindakan yang dilakukan oleh Medik Mesir membuka markaz baru mengundang masalah kepada DPM Tanta. Sewajarnya Medik Mesir dan agen-agen yang lain perlu menghormati persatuan yang telah ada iaitu DPM Tanta dan Perubatan Cawangan Tanta.

DPM Mansurah dimaklumkan bahawa pada tahun lepas semua agen dapat memberikan kerjasama yang amat baik terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu keselamatan. Ini menunjukan wujudnya perbincangan mengenai keselamatan antara DPM Tanta dan semua agen. Jika kita melihat isu ini wujudnya pihak tertentu dalam memecah belahkan kesatuan Mahasiswa dan Mahasiswi di Tanta.

Untuk menyelesaikan masalah ini pihak DPM Tanta telah berusaha untuk berbincang dengan wakil agen namum wakil agen tidak kerjasama yang terbaik kepada DPM Tanta.
Akibatnya masalah ini berpanjangan sehingga ada pihak berwajib melanggar etika kerja dan profesinolisme.

DPM Mansurah melahirkan rasa kesal dalam isu ini. DPM Mansurah berdiri teguh dibelakang DPM Tanta bagi menunjukkan kebersamaan kami. DPM Mansurah menyeru kepada wakil agen terbabit agar memberikan kerjasama yang baik dalam isu keselamatan kepada pihak DPM Tanta.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Muhammad Aliffudin B Ramlee
Pemangku Pengerusi
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
(PMRAM Cawangan Mansurah)
Sesi 2010/2011

sumber : DPM MANSURAH

Rabu, 20 Oktober 2010

Menggelabah....

Pelik dan lucu apabila terbaca berita di Harakahdaily bertajuk ISMA Mesir nafi anjur taklimat biasiswa. Cuba kita lihat dengan teliti apa yang dikatakan oleh Pengerusi ISMA Mesir :

1-Saya ingin menafikan penglibatan ISMA cawangan Mesir (ISMA-Mesir) dalam program seperti mana yang dinyatakan di dalam laporan akhbar internet oleh Harakahdaily pada tarikh 17 Oktober 2010 di Mansura, Mesir.

ISMA-Mesir langsung tidak terlibat dengan program tersebut. Saya turut melahirkan rasa kesal atas penyiaran berita yang tidak bertanggungjawab ini. Saya juga ingin mempersoalkan motif Harakahdaily yang seolah-olah sengaja mengaitkan ISMA dengan parti politik Umno.

Ulasan : Nampaknya ISMA Mesir cuba hendak melahirkan diri dari UMNO. Kalau kita lihat sebelum ini ISMA Mesir memberikan kerjasama yang erat kepada Kelab UMNO Luar Negara. Sedangkan dalam harakahdaily hanya menyebut : Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA. Dan mungkin laporan itu ditulis oleh mahasiswa yang tidak puas hati pada majlis tersebut . Dan berkemungkinan juga ada disebut nama ISMA Mesir dan UMNO. Berkemungkinan besar itu ucapan dari penceramah tersebut.Jika yang berlaku demikian yang perlu dipersalahkan adalah penceramah. Sewajarnya ISMA Mesir kena juga menyoal kepada penceramah tersebut. Adakah nama ISMA Mesir di sebut ? Itu sahaja. 

2- Saya berharap agar perkara seperti ini tidak lagi berulang. Semoga etika kewartawanan yang berpaksikan sumber berita yang sahih menjadi amalan kita semua

Ulasan : Pelik juga apabila mengharap etika kewartawanan menjadi amalan. Sedangkan isu yang dicetuskan oleh ISMA Mesir di Mansurah tiada etika yang diamalkan. Apabila satu keputusan telah dibincang mereka juga yang melanggar kesepakatan tersebut . Fikir- fikirkan lah

Kesimpulanya : Bagi saya ini adalah perkara yang lucu dan membuat saya tersenyum sampai ke hari ini. 

Minggu, 17 Oktober 2010

STUDENT MELAYU DIPERBODOHKAN

MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno.

Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan, Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah.

Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin.

“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu,” begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA.

Bagi hadirin, majlis itu adalah satu pengkhianatan dan penipuan kepada mahasiswa.
“Kami sepatutnya diberikan taklimat mengenai biasiswa sebaliknya diperbodohkan dengan taklimat lain,” ujar salah seorang hadirin.

Dalam masa yang sama, majlis itu juga tidak dimaklumkan awal sebaliknya dihebahkan pada hari ia dilangsungkan.

Kesemua mahasiswa dimaklumkan mengenai perkara ini secara tergesa-gesa dan juga diingatkan untuk membawa salinan keputusan SPM sebagai langkah untuk mengisi borang biasiswa.

“Adakah pengedaran borang Kelab Umno termasuk dalam tugasan JPMK. Kalau begitu JPMK sebenarnya telah membawa agenda politik dalam jabatan mereka dan perkara ini adalah sama sekali salah dalam amanah yang telah diberikan kepada mereka,” kata seorang pelajar senior Mansurah.

Pun begitu, majlis itu tidak diketahui siapakah penganjurnya dan perjalanannya sangat berterabur.
Penceramah jemputan dalam masa sama juga adalah seorang pengerusi majlis dan juga pengedar borang Kelab Umno.

Menurut seorang hadirin lagi, siapa yang menjemput Khairy dan siapakah yang merancang kehadirannya untuk majlis itu masih tidak diketahui.

sumber : harakahdaily

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN


KAMI DARI :

PENGERUSI DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA/WI MANSURAH
SELURUH AHLI JAWATAN KUASA TADBIR
SELURUH AHLI JAWATAN KUASA HEWI
SELURUH PENGARAH UNIT KHAS
SELURUH AHLI DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA/WI MANSURAH
SESI 2010/2011

MENGUCAPKAN SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN KE 24

KEPADA

AL FADHIL USTAZ SHAHRIZAN B MOHD HAZIMIE
PRESIDEN PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR 2010

SEMOGA TERUS THABAT DAN ISTIQOMAH DALAM MEMIMPIN GERAKAN MAHASISWA DAN MAHASISWI ISLAM DENGAN LIMPAHAN RAHMAT DARI ALLAH S.W.T.
AMIN

TULUS IKHLAS DARIPADA: DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA/WI MANSURAH
 
sumber : blog dpmm

Kamis, 14 Oktober 2010

Sudah Berusia Setahun

Setahun sudah blog ini beroperasi. Maklumat mengenai Soutul Nahdhoh :

Alamat : http://alifuddin.blogspot.com
Tarikh mula operasi : 9 Oktober 2009
Bilangan Entri : 120
Entri Terawal  : Muqaddimah
Entri Pilihan  : Trengganukite Adakah ini satu penghinaan terhadap rasulullah s.a.w
                     Oh Artis : Adakah ini satu penghinaan terhadap rasulullah s.a.w
Bilangan Pengunjung : 8259 (setakat 14/10/2010- jam 1 pg)
Pembina blog : Ustaz Abdul Kadir B Umar 
Ucapan : Terima kasih kepada semua pengunjung Soutul Nahdhoh .

Minggu, 10 Oktober 2010

OPSS ! ISMA

OPS ISMA! Operasi ISMA semakin membiadap apabila pelajar kita disuruh untuk ditinggal bersama dengan mereka sendiri dengan anggapan bahawa itu adalah kehendak pelajar-pelajar sendiri. Hujah dan alasan tersebut agak basi di telinga saya kerana sekian lama kita berdepan dengan hujah yang lapuk ini. Tak ada hujah lain ke? Datang dengan tidak diundang, kemudian meminta kita untuk dibawa sahabat baiknya dari Malaysia tinggal bersama-sama mereka. Kononnya kenalan lama. Tetapi malangnya tujuan mereka tidak disepakati bersama. Salah seorang dari mereka mengatakan kedatangan mereka ‘under’ ISMA manakala yang lain mengatakan ‘under’ peribadi (kawan suruh datang ambil). Pelik! Sekejap macam ini, sekejap macam itu. Apa salahnya kalau diberitahu tujuan sebenar kehadiran kalian ke markaz DPM? Bagi saya tujuan kalian kurang jelas!

PENGURUSAN

Sudah dimaklumkan dan diketahui umum bahawa DPM telah diamanahkan oleh pihak pengurusan dari Malaysia untuk menguruskan kedatangan dan kehadiran serta penempatan mereka di bumi Ambiya’ ini. Perkara ini tidak perlu melibatkan individu lain. Cukup sekadar DPM, BKAN yang terlibat dan pihak di Malaysia (pengurus). Namun masih ada kaki-kaki dan tangan-tangan yang saya anggap bersih sebelum ini menjadi kotor apabila cuba untuk masuk campur dalam isu pengurusan ini. Ini dikira sebagai tidak ada sikap BERADAB dan ketidakpercayaan kepada pihak pengurusan. Baik pelajar yang hadir dengan pengurusan DPM atau kakak-kakak dan abang-abang dari persatuan yang kurang kami kenali identitinya iaitu ISMA.

Bagi pelajar-pelajar yang cuba hadirkan diri dengan pihak pengurusan yang telah kalian ikuti. Diminta untuk memahami dan mempercayai akan proses pengurusan khidmat yang telah kami sediakan kepada kalian. Kekecewaan meratah dijiwa apabila sikap kalian sebagai orang yang diamanahkan untuk kami mengurus tidak dipersetujui atau tidak dipercayai oleh pihak kalian. Apakah salah kami? Apakah kekurangan kami? Sila komen atau berikan pandangan-pendangan supaya kami dapat mengubah keadaan yang kalian tidak sukai.

SEJARAH MUNGKIN BERULANG

Tahun lepas kita dibelenggu dengan masalah pelajar Qiraat yang tidak dapat menduduki peperiksaan bagi tahun pertama di bumi Mansurah dan Syubra. Perkara ini ada kaitan dengan pengurusan. Ini kerana pihak yang menguruskan pengajian kalian adalah pihak Al-Azhar. Dan dari pihaknya untuk kita membuat pengurusan kuliyah secara serentak, bukan secara berasingan. Pada sesi lepas, terdapat segelintir pelajar Qiraat yang tidak sabar-sabar untuk keluar dari pengurusan ini cuba membuat prosuder pengurusan kuliyah under persendirian (ini adalah makluman dan alasan dari pelajar tersebut). Alasannya beliau tidak suka untuk mengikuti pengurusan yang kita sediakan. Malangnya, pada saat akhir peperiksaan ingin bermula, beliau dan juga sahabat-sahabat beliau yang tidak ada kaitan dengan sikap beliau tidak dapat mengambil peperiksaan secara keseluruhannya. Ini merupakan fakta! Kenapa perlu menyusahkan sahabat-sahabat yang lain?

AMANAH SIKAP KITA BERSAMA

Bagi sahabat-sahabat Qiraat yang baru hadir pada sesi ini, suka saya sebutkan di sini bahawa proses kedatangan yang kalian sepakati di Malaysia merupakan tanggungjawab kami dengan pengurus di Malaysia. Masakan bukan tanggungjawab kami sekiranya kalian datang degan pengurusan yang bukan dari pihak kami. Bukankah itu mudah sekiranya kalian datang ‘under’ ISMA sendiri pada bulan Jun dan Julai sekiranya anda ingin bersama mereka? Dan bukankah mudah sekiranya kalian datang sendiri tanpa meminta pertolongan sesiapa pun sekiranya kalian ingin hidup bersendirian tanpa berjemaah? Ini amanah kalian! Kenapa perlu belot dengan perjanjian yang kalian telah sepakati? Ingin menambah dosa?! Kami punya amanah dan kalian juga punya amanah! Laksanakan amanah mengikut posisi masing-masing.

Saya telah mendapat satu alasan dari salah seorang pelajar ISMA yang menyatakan bahawa kehadirannya melalui DPM adalah semata untuk menuntut zakat negeri. Kalau tidak mengikuti proses malalui DPM, maka proses zakat tergendala. Ini menunjukkan bahawasanya kalian hanya mementingkan diri sendiri. Bermatlamatkan zakat sehingga menyusahkan pihak pengurusan. Kalian dianggap menzalimi dan mencabul hak pengurusan. Kerana zakat yang dikejar-kejar, sanggup menyusahkan pihak atasan. Apa salahnya sekiranya kalian mengikuti sementara prosuder-prosuder pengurusan zakat tersebut? Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara kalian!

TIDAK PERNAH MENGGANGU DAN MEMUNGKIRI JANJI

Dari dulu hingga sekarang, ISMA asyik seronok bermain-main dengan DPM dalam hal yang berkaitan dengan kes ambil-mengambil pelajar. Cuba kalian bertanya pada pihak DPM atau ISMA, adakah pihak DPM pernah mengambil pelajar-pelajar yang datang melalui pengurusan ISMA pada bulan 6 dan 7? Pernahkah sekali DPM berbuat demikian? Tidakkah kalian pelik atau persoalkan kenapa DPM tidak melakukan sedemikian rupa? Bagi saya, DPM bertindak atas dasar professional kerja. Tidak menggangu dasar pemikiran pelajar. Ini kerana PMRAM yang menaungi DPM menakluki seluruh mahasiswa/wi yang datang dengan pelbagai aliran pengajian dan pemikiran. Tetapi ini tidak menunjukkan bahawasanya PMRAM mahupun DPM tidak melaksanakan aktiviti-aktiviti pentarbiyah kepada ahlinya.

Baru-baru ini, kita diberitahu bahawa pihak pengurusan DPM tidak dibenarkan mengganggu pelajar Yayasan Terengganu sehingga mana tarikh 27 September belum tiba. Ini kerana mereka akan mengadakan aktiviti kepada anak-anak negeri mereka dengan cara pembawakan mereka sendiri. Selepas tarikh tersebut, kita diberi peluang oleh pihak mereka untuk kita bersama-sama beramah mesra dengan pelajara-pelajar terbabit. Dengan perjanjian yang dibuat, kita tidak memungkirinya. Kita tidak menyerbu, merampas atau melarikan pelajar-pelajar terbabit dari mereka. Bahkan kita merasakan ianya merupakan satu bantuan sokongan mereka terhadap kita untuk memastikan pelajar-pelajar baru ini mendapat pendedahan penting untuk merantau di bumi Mesir ini. Syukur. Tapi bagaimana pula dengan mereka (ISMA)?

Buat akhirnya, di sini saya ingin memohon dan menyeru sahabat-sahabat agar berfikir secara positif dan matang sebelum melakukan sesuatu tindakan. Jangan kerana sikap kepentingan diri menyebabkan kesusahan menimpa diri orang lain. Perkara ini dihitung oleh Allah SWT di akhirat kelak. Silap-silap kalian pula akan mengalami posisi yang sama atas balasan Allah terhadap apa yang kalian lakukan sebelumnya.

(SUMBER)

tambahan dari Soutul Nahdhoh : Bagi ana ISMA hanya mengambil kesempatan terhadap semua DPM dan BKAN. Mereka hanya join BKAN-BKAN untuk mendapatkan zakat tetapi tidak pernah menghulurkan bantuan terhadap BKAN-BKAN. Begitu juga disebahagian DPM , hanya mencari keuntungan sendiri sahaja. Terpulanglah. 


Maklumat yang ana dapat apabila ahli ISMA cuba mengambil beg pelajar pada pukul 4 pg itu kelihatan menggeletar apabila berhadapan 2 orang ahli DPMM , lantas ahli ISMA yang menggeletar itu terus pergi dengan membawa beg yang telah dirampas dan meninggalkan seorang rakannya  (junior) untuk berunding. Ada juga perangai macam ni tinggalkan member dalam kesusahan.


Sekali fikir-fikir ISMA macam belajar taktik dari.....UMNO jer....heheheh

Kamis, 07 Oktober 2010

Ustaz Zulkifli Ismail

Al Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail

sebahagian ahli panel dalam program forum ijtima' tarbawi yang 
dimoderatorkan oleh Saudara Khairul Faizi

Rasa gembira apabila melihat sebahagian rakan-rakan yang berada di Malaysia ke Ijtima Tarbawi Pemuda PAS baru-baru ini. Melihat sebahagian gambar-gambar rakan -rakan didalam facebook dan blog peribadi menaikkan semangat kami disini. Walaubagaimanpun tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi  mengembalikan semangat tarbiyyah dikalangan pemuda.

Tetapi ada satu perkara yang menarik yang hendak dikongsikan bersama dengan pembaca Soutul Nahdhoh sekalian. 

Jika kita lihat gambar diatas , beliau adalah AL Fadhil Ustaz Zulkifli B Ismail . Mudir Pondok Baitul Quro' . Antara lepasan Al Azhar . Kini menjawat jawatan Ketua Dewan Ulama Pas Melaka. Beliau pernah menjadi anggota MANHAL PMRAM dan pernah menulis satu buku ilmiah yang cukup berharga bagi ana iaitu "Skularisme" dibawah MANHAL PMRAM.

Walaupun ana hanya sempat berguru beberapa minggu dengan beliau tetapi memberi kesan yang mendalam dalam diri ini untuk bergerak dalam bidang haraki.  Bagi ana beliau antara contoh ulama haraki dari lepasan Al Azhar . Dengan kehidupan yang berserdahana dan tawadduk membuat ana begitu mengingati jelas gaya dan tingkah laku beliau dalam berucap .

Kepada sahabat - sahabat yang masih berada di Malaysia , sebelum ke Mesir , ambil masa sedikit untuk bertemu dengan beliau dan meminta sedikit nasihat dan doa .