Sabtu, 31 Juli 2010

Ya Allah Selamatkan Sahabatku......

klik untuk paparan berita yang lebih jelas.

Ya Allah selamatkanlah Ustaz Firdaus dari segala malapetaka. Berikanlah kekuatan kepada keluarganya dalam menghadapai ujian ini. Mudah-mudahan dipermudahkan segala masalah ini . Amin.

Ya Allah Selamatkan bayi ini.....


Perumpamaan bagi orang yang menginfakan hartanya dijalan allah seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai ,pada setiap tangkai ada seratus biji allah melipatgandakan bagi sesiapa yang dia kehendaki,dan allah maha luas lagi maha mengetahui”( surah al baqarah 261)

Assalamualaikum… saudara saudari ...yang dirahmati oleh Allah SWT. Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa pada 16 julai 2010 menjelang subuh lebih kurang jam 5:00 pagi, telah lahir seorang bayi perempuan di Hospital Tibah Tanta Mesir. Bayi yang selamat dilahirkan walau tidak cukup bulan itu (7 bulan), terpaksa ditahan diwad dan dimasukkan dalam inkubator. Pada jam 8.00malam bapa bayi tersebut telah dipanggil oleh pihak hospital dengan Kadar yang segera. Setelah tiba dihospital bapa bayi tersebut diberi penerangan oleh Doktor yang bertugas mengenai keadaan kesihatan bayinya. Antara lain bayi yang baru dilahirkan mengalami beberapa masalah seperti:-

1. Saluran pernafasan dan saluran makan bercantum.
2. Tidak ada Saluran najis

Oleh kerana masalah diatas, bayi tersebut terpaksa menjalani pembedahan dengan segera untuk mengatasi perut kembung akibat tidak ada saluran najis untuk angin keluar. Semasa menerima berita keadaan tersebut, selaku wakil Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta , saya telah bergegas kehospital tersebut untuk sama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada pihak keluarga bayi tersebut.

Antara halangan semasa yang kami hadapi adalah kos pembedahan yang diterangkan oleh pihak hospital dan Doktor di Hospital Swasta Tibah itu. Kami bersependapat untuk sama-sama ke Hospital University Tanta untuk berbincang jika rawatan itu boleh dijalankan di situ. Namun sekali lagi kami bertemu cabaran dimana kami diberitahu oleh pihak Hospital University Tanta bahawa semua alat bantuan pernafasan pembedahan telah digunakan oleh pesakit. Dengan bantuan Dr. Syafiq pelajar perubatan tahun lima Universiti Tanta, beliau telah menelefon Doktor di Hospital Tibah untuk memberitahu keadaan di Hospital University Tanta. Doktor itu kemudian dengan baik hati telah memberi nombor telefon Pakar Bedah kanak-kanak Hospital Universiti Tanta. Alhamdulillah, dengan berkat nya, setelah berbincang dengan Doktor tersebut beliau sanggup merawat bayi tersebut di Hospital Tibah tempat bayi tadi dilahirkan. Dengan selesai nya keadaan ini, kami kembali ke Hospital Tibah untuk berjumpa Doktor Pakar itu. Setelah sampai, Doktor Pakar itu telah menerangkan pada kami bahawa beliau akan memulakan semua pembedahan yang diperlukan untuk menebuk lubang diperut bayi untuk mengeluarkan angin dan membuat saluran najis diperut dengan kadar segera. Dimana, 24 jam kemudian, beliau akan akan merawat saluran pernafasan dan saluran makanan bayi.

Tepat jam 12.15 malam tersebut juga, bayi telah mula menjalani rawatan. Alhamdulillah sejam kemudian bayi tersebut telah selamat menjalani rawatan.
Pada hari kedua; iaitu pada 17 julai 2010 bayi menjalani satu lagi rawatan iaitu mamisahkan saluran makanan dan saluran pernafasannya. Allhamdulillah bayi kini selamat dan stabil. Walaubagaimanpun, bayi tersebut masih dalam penjagaan di Wad Jagaan Rapi di Hospital Tibah.
Kami juga ingin memberitahu bahawa Ibu kepada bayi tersebut stabil dan dibenarkan oleh doktor pulang selepas beberapa jam melahirkan.

Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa kos rawatan sehari hampir LE250 dimana jumlah semua kos rawatan dijangka adalah sejumlah LE10 000.
Saya selaku wakil kepada Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan, ingin menghulurkan tangan kepada semua memohon agar saudara dan saudari dapat bersama-sama meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa bayi.

Semua sumbangan bolehlah dihulurkan melalui akaun tersebut
Pemegang Akaun : Md Amin Zainal Abidin (kad pengenalan 850325-06-5365)
No Akaun : 062025879025
Bank : HSBC
No Tel : +20142252484
emel : maza_blada@yahoo.com.my

Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala bentuk bantuan yang di hulurkan oleh semua.
Sekian bagi pihak Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta Mesir.
Bapa bayi ini Mohd Faizol Bin Endut berasal dari Kuala Terengganu pelajar kuliah usuluddin julusan tafsir tahun empat university Al Azhar cawangan Tanta mesir nombor talifon +20116534573 emel :abangpa_kusza@yahoo.com, dan nama ibu kepada bayi ini Siti Anisah Binti Haji Ahmad pelajar kuliah Bahasa Arab tahun 3 Universiti Al Azhar Cawangan Mansurah Mesir sekira ada apa-apa maklumat boleh terus berhubung dengan ibubapa bayi atau unit kebajikan dan kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.

Jumat, 30 Juli 2010

Islam Adalah Penyelamat



Syabas kepada kepada Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) telah menganjurkan program kesedaran kepada mahasiswa/wi berkenaan isu semasa tanah air . SUARA ialah gerakan membangkitkan kesedaran mahasiswa/wi tentang politik yang berlaku di Malaysia sejak 8 Mac 2008. Supaya mahasiswa/wi turut serta dalam memahami politik di Malaysia.

Sebelum ini SUARA telah menganjurkan ceramah dari pimpinan politik dari tanah air. Seperti Ust Taib Azzamuddin, Rombongan Datuk Seri Ir Nizar dan PAS Perak, Datuk Seri Anwar Ibrahim , Saiffudin Nasution dan lain-lain lagi.

Tapi ada yang pelik dikalangan mahasiswa/wi bila kita menyebut nama-nama pimpinan politik khususnya dari pembangkang maka ada yang terpacul dari mulut-mulut mereka:

1-"politik...politik...politik"

2-"Kita datang mesir nak belajar bukan nak berpolitik"

3-"Politik aku kurang minat la"

dan banyak lagi. Penulis tak kisah sangat dengan pandangan mereka. Itu pandangan peribadi mereka. Tapi kita perlu sedar bahawa ada beberapa kepentingan dalam politik.

Kita nak memperkenalkan politik Islam kepada masyarakat. Politik yang diimbangai dengan hukuman dosa dan pahala. Cukuplah kita membiarkan hampir 50 tahun kezaliman BN kepada masyarakat. Takkan kita hendak menjadi masyarakat yang membuta tuli dan mendiam segala kezaliman yang berlaku sehingga memusnahkan generasi kita?

Semasa ceramah Bicara Pemuda penulis sempat membeli buku baru karangan Ustaz Nasharuddin Tantawi (Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Pusat) berkenaan "ISLAM ADALAH PENYELAMAT".



Dalam buku tersebut Ust Nasharuddin Tantawi membahagikan kepada 4 bahagian:

1-Realiti Keruntuhan di Sosial di Malaysia

Dalam bab ini Ust Nasharuddin Tantawi telah melakukan satu kajian spontan melalui akhbar tentang masalah sosial dan jenayah yang begitu membarah di Malaysia. Disamping itu dikaitkan dengan isu semasa pembuangan bayi dengan menekan aspek syumuliah Islam terhadap masalah ini. Didalam bab ini juga dilakukan perbandingan jahiliyyah dulu dan moden.

2-Keruntuhan Sosial - Islam Adalah Penyelesaian

Dalam bab ini dijelaskan kepada sidang pembaca berkenaan 2 sumber rujukan Islam iaitu Al Quran dan As Sunnah serta fungsi 2 rujukan ini dalam menonjolkan Islam sebagai jalan penyelesaian masalah sosial ini.

3-Kebinasaan dan Kemusnahan - Negara Perlukan Islam Demi Kesejahteraan.

Dalam bab ini diterangkan sebab-sebab Islam diperlukan dalam sesebuah negara dan bukti Islam mengamalkan kebebasan beragama bagi penganut agama yang lain. Bukan itu sahaja malah Islam menjaga nyawa, akal, harta, melindungi hak non muslim, dan sebagainya.

4-Musibah , Kafarrah dan Ibtila'

Dalam bab ini diterang tentang 3 faktor tersebut ( Musibah , Kafarrah dan Ibtila'). Dan diakhir tajuk diterangkan kepada sidang pembaca khususnya non muslim mengapa ISLAM adalah jalan penyelamat kepada masalah sosial.

Selamat membaca kepada semua. Kepada penyokong Islam digalakkan membeli dan memiliki buku ini dan boleh dijadikan hadiah kepada non muslim .


pic terbaru dari mesir sempena musim panas

Muhammad Aliffudin B Ramlee
4.02pagi
30/7/2010

Sabtu, 17 Juli 2010

MASA UNTUK MENYUMBANG (PROJEK AMAL SUMBANGAN PALESTIN) PROSMA

 ARTIKEL PMRAM 2009

Kisah perjuangan Palestin ini melalui onak dan duri yang begitu panjang sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Serangan terbaru Israel ke atas Gaza hanya merupakan salah satu episod penderitaan yang dialami oleh saudara kita di Palestin yang tiada kesudahan. Isu Palestin bukanlah isu yang baru dan bukan juga isu bangsa atau agama bahkan kini sudah merentasi isu kemanusiaan sejagat. Serangan ke atas Gaza tidak lebih sebagai untuk melepaskan dendam kesumat Israel ke atas umat Islam di sana. Memang betul tujuan mereka untuk menghapuskan gerakan Hamas di sana kerana Hamas telah berjaya membentuk kerajaan di Gaza. Dengan dokongan yang begitu kuat dari masyarakat Gaza, Hamas telah berjaya memperolehi kemenangan dalam pilihanraya pertama yang disertainya sebelum ini. Oleh kerana itulah, masyarakat Gaza dizalimi kerana mereka dianggap ‘bersekongkol' dengan Hamas. ‘Kesalahan besar' masyarakat Gaza ini harus dihukum dan Israel telah menjadikan kesemua masyarakat Gaza itu sebagai musuh mereka-tidak hanya penyokong Hamas. Bahkan orang tua,wanita dan kanak-kanak kecil kesemuanya dibunuh tanpa belas kasihan. Semalam, pemimpin tertinggi Hamas, Khaled Mashal telah mengeluarkan kenyataan sebagaimana disiarkan dalam Al-Jazeera dengan berkata, "Prinsip kita (Hamas) jelas. Kita tidak akan berganjak, kita tidak akan berundur atau menerima perjanjian yang berat sebelah seperti yang dicadangkan. Kerana apa yang dunia mahukan hanyalah bagi melihat kita (Hamas) menyerah kalah kepada musuh," tegas pemimpin utama Hamas itu yang hidup dalam buangan di Damsyik, Syria.


Dalam hal ini, PMRAM bersama masyarakat dunia mengecam dan mengutuk tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan ini. PMRAM juga menggesa agar kelesuan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dalam isu ini ditangani segera dan seharusnya OIC lebih berperanan. Apatah lagi apabila melihat reaksi dingin yang ditunjukkan oleh negara-negara Arab kebelakangan terutama negara yang bersebelahan dengan Gaza, Mesir. Manakala negara-negara Arab lain setakat ini hanya mengeluarkan kenyataan kecaman dan kutukan terhadap Israel itu. Adapun bagi beberapa buah negara Arab lain seperti Arab Saudi lebih mengambil sikap membisu. Bagi mereka itulah jalan selamat bagi memelihara hubungan diplomatik dengan sekutu Israel, Amerika Syarikat. Tunjuk perasaan diadakan di seluruh dunia bagi menyatakan kebersamaan mereka dalam isu ini termasuk di Pakistan, Britain, Indonesia, Kuwait dan tidak terkecuali negara kita Malaysia.

Bagaimana pula dengan PMRAM? Persoalan ini acapkali ditanya, antara lagi tentang sumbangan PMRAM kepada Palestin. Saya katakan bahawa PMRAM sebelum ini telah menubuhkan satu tabung yang dinamakan PROSMA atau singkatan kepada Projek Amal Sumbangan Palestin. PROSMA ini merupakan sebuah unit di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM yang diketuai Ustaz Khusaini Md.Yusof merangkap Naib Presiden III. Menurut pengarahnya, Ustaz Muhammad Abdul Rahim Kamaruzzaman, PROSMA merupakan tabung yang bersifat "sepanjang masa" dan bukan bersifat sementara. Bahkan ia diwujudkan dan beroperasi sepanjang tahun.Hasil kutipannya akan diserahkan kepada umat Islam Palestin pada setiap akhir tahun. Tahun 2009 ini sudah masuk tahun ketiga PROSMA beroperasi. Usaha dan semangat gigih yang ditunjukkan oleh AJK penggerak PROSMA seharusnya dipuji atas kesungguhan mereka menggerakkan tabung ini melalui pelbagai aktiviti. Untuk makluman, tahun pertama PROSMA ditubuhkan iaitu pada tahun 2007, hasil kutipannya mencecah LE22,000. Tahun kedua (2008) pula PROSMA mensasarkan LE30,000 dan PMRAM dimaklumkan hingga akhir tahun lalu kutipan yang diperolehi melebihi jumlah yang disasarkan. Demikianlah kesungguhan PMRAM dalam memperjuangkan isu Palestin. PMRAM tidak sekadar bercakap bahkan menterjemahkannya dalam bentuk program yang boleh dilihat pada hari ini. Syukur kepada Allah, berkat sokongan ahli PMRAM sekalian, PROSMA dapat diteruskan untuk tahun yang ketiga tahun ini. Inilah antara sumbangan besar PMRAM bagi membantu saudara seakidah kita di Palestin. Bagi mereka yang bersimpati untuk menghulurkan bantuan kepada Tabung PROSMA ini boleh terus menghulurkan apa jua bentuk sumbangan terutamanya kewangan kepada tabung ini. Semoga usaha kecil PMRAM ini akan dinilai oleh Allah sebagai satu bentuk amalan soleh yang akan dihitung di akhirat kelak. Kita sebagai masyarakat pelajar tidak mempunyai apa-apa kekuatan bagi membantu saudara kita di Palestin. Selain doa dan munajat dengan titisan air mata serta hati yang penuh ikhlas kepada Allah, kita masih ada peluang membantu mereka melalui tabung ini.

Selain itu, saya menyeru marilah sama-sama kita menyertai Kempen Sehati dan Simpati Terhadap Gaza yang dianjurkan oleh Mini Pavilion, sebuah lagi unit di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM. Kempen ini bagi menunjukkan sokongan dan simpati kita kepada mereka di Gaza. Mereka di sana menitiskan darah, akan tetapi kita di sini hanyalah menitiskan air mata dan wang ringgit untuk mereka. Pengorbanan yang kecil ini seharusnya tidak boleh dipandang enteng. Saya menyeru sekalian mahasiswa dan mahasiswi sekalian, pengajian Islam atau perubatan agar mari kita sama-sama melakukan apa yang terdaya. Seandainya kita mampu untuk kumpulkan rakan-rakan kita melakukan solat hajat dan munajat kepada Allah, lakukanlah. Seandainya kita mempunyai kewangan yang lebih, sumbangkanlah untuk saudara kita. Dalam tempoh menghadapi peperiksaan ini, semangat persaudaraan kita diuji. Itu hanyalah ujian dari Allah bagi melihat sejauh mana semangat persaudaraan kita terhadap saudara kita di Palestin. Bukankah kita baru saja menyambut sambutan memperingati Hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah? Bukankah selepas tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar? Bukankah antara intipati hijrah itu ialah bagi membentuk persaudaraan? Tiada yang lebih mulia dari tali persaudaraan yang mengikat antara hati kita dengan hati saudara kita melainkan tali "Lailahaillah, Muhammad Rasulullah". Pertalian persaudaraan sesama Islam adalah lebih kuat dari pertalian darah kaum kerabat sendiri.

Teruskan munajat dan doa kita, bahkan jadikan ia amalan yang wajib kita lakukan saban hari. Hanya sekadar mendirikan solat hajat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Sekurang-kurangnya kita sudah lakukan sesuatu untuk saudara kita di Palestin sana. Seandainya ajal menjemput kita, kita akan mengadap Allah dengan hati yang tenang, akan dipermudahkan bagi kita apabila ditanya dalam kubur kelak "Siapakah saudara-saudara kamu?" Kita akan menjawab "Muslimin dan muslimat adalah saudaraku". Kelak, apabila kita dikumpulkan di Mahsyar dan kita akan ditanya oleh Allah apakah yang kita lakukan sewaktu kita mengetahui keadaan saudara kita di Palestin? Mudah-mudahan waktu itu kita dapat menjawabnya dengan berkat usaha kecil yang kita lakukan di dunia sekarang ini. Ya Allah! Kami tidak memiliki apa-apa melainkan doa, maka doa ini untuk saudara-saudara kami.
Kepada mereka yang membaca atau terbaca tulisan ini, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat para syuhada' yang terkorban dalam medan tempur Gaza..

اللهم تقبل شهدائهم واغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم وأكرم نزلهم اللهم ادخلهم فسيح جناتك مع النبيين والأولياء والصالحين
ولا تحرمنا شفاعتهم يوم القيامة آمين
oleh : Abdul Malik B Karim
 MARI KITA MENYUMBANG UNTUK PROSMA PMRAM. PENGUMPULAN BARANGAN BAGI DPM MANSURAH 16-23 JULAI 2010. JOM KITA MENYUMBANG UNTUK PALESTIN. 3 CIRI YANG WAJAR TIADA BAGI SEORANG PEJUANG: 
1-KEDEKUT
2-MALAS
3- ALASAN
 IKLAN PROSMA 2009
NANTIKAN IKLAN PROSMA 2010

Kamis, 15 Juli 2010

Jom Kita Jayakan MISI DANA SYAQAH PMRAM

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له،
وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله، وصفيه وخليله، وخيرته من خير خلقه وحبيبه. صلوات ربي وسلامه عليه، وعلى آله وصحبه، ومن سار على نهجه، وارض اللهم عنا معهم بعفوك وكرمك وإحسانك يا رب العالمين

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan buat yang selayakNYA di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Selautan selawat dihadiahkan buat Baginda s.a.w yang telah menyelamatkan umatnya daripada lembah kesesatan bersama para sahabat Baginda.

Misi Dana Syaqah walaupun masih belum mencapai sasarannya mengikut jangkaannya pada tahun 2009 berdasarkan usul di dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76, ianya tetap akan diteruskan secara komited oleh pihak PMRAM. Tidak bermaksud matan usul yang mensyaratkan tahun 2009 adalah tahun pemilikan Syaqah PMRAM akan terhenti sebegitu sahaja dengan berakhirnya tahun 2009. Ianya tetap diteruskan bagi menjayakan misi tersebut seterusnya meringankan bebanan PMRAM dalam menanggung sewaan dua buah pusat operasi PMRAM yang mencecah puluhan ribu per tahun.

Misi perlu diteruskan bagi melihat bebanan pimpinan akan datang dapat diringankan sekaligus menjamin mutu kerja yang lebih efisyen. Konsep menyumbang berdasarkan kefahaman perlu disemai diakalangan ahli PMRAM melalui duta-duta PMRAM disemua peringkat cawangan PMRAM. Seluruh AJKT PMRAM Cawangan merupakan agen dan duta PMRAM dalam menjelaskan setiap misi dan visi PMRAM Pusat agar segala pelan perancangan pihak PMRAM Pusat dapat dijayakan secara kolektif. Bukanlah pimpinan sahaja yang perlu mengerah keringat bagi menjayakan misi ini bahkan seluruh ahli perlu memainkan peranan yang sama bagi merealisasikan hasrat murni ini.

Bagi yang telah menunaikan kewajipan melaksanakan amanahnya dalam menyumbang LE 300 pada sesi lalu sekalung penghargaan diucapkan dari pihak PMRAM atas kesungguhan menjayakan misi ini. Ruang sumbangan terus dibuka kepada semua selagi misi ini tidak tercapai. Penjualan produk-produk Dana Syaqah tetap diteruskan bagi menjana wang yang sedia ada hasil dari sumbangan sejak misi ini mula dilancarkan pada tahun 2006. Bagi yang tidak berkemampuan, sumbangan idea serta cadangan amat dialu-alukan bagi penambahbaikan perjalanan misi ini.

Teruskan menyumbang berdasarkan kemampuan. Moga sumbangan tersebut dikira sebagai amalan kebajikan dan dilipat gandakan disisiNYA.

"Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya " (al-Baqarah : 216)



MOHD FARKHAN B MD ZAIN
KETUA LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN PMRAM 2010

Jumat, 09 Juli 2010

Perjalanan Agung kekal di ingati...

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ


"Mahasuci (Allah) , yang telah memperjalankan hamba-Nya (Saiyidina Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidilaqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya dia Maha Mendengar , Maha Melihat"
Surah Al Isra' : 1

Isra' Mi'raj merupakan salah satu siri perjalanan agung baginda dari Masjid Al Haram ke Masjid Al Aqsa seterusnya ke Sidratul Muntaha . Disana Saiyidina Nabi bertemu dengan Allah s.w.t. Disana jugalah difardhukan solat 5 waktu ke umat Islam. Disana juga Saiyidina Nabi diperlihatkan oleh Allah s.w.t tentang bentuk-bentuk siksaan dan balasan kebaikan bagi mereka yang melakukan amal soleh.

 Peristiwa Isra' Mi'raj berlaku di dalam tahun kesedihan lantaran Saiyidina Nabi bersedihan atas kewafatan 2 orang yang amat disayangi baginda dalam perjuangan medan dakwah iaitu Saidatina Khadijah dan Pak Cik baginda Abu Talib. Perjalanan Isra' Mi'raj adalah salah satu cara untuk menetapkan hati baginda s.a.w dalam medan dakwah. Peristiwa Isra' Mi'raj salah satu mukjizat baginda s.a.w.

Kebanyakkan  ulama mufassirin bersepakat bahawasanya peristiwa Isra Mi'raj berlaku pada jasad dan roh baginda kerana lafaz kalimah (عَبۡدِه) adalah gabungan dari jasad dan roh yang menaiki Buraq dalam keadaan baginda s.a.w berjaga (sedar) bukan dalam mimpi .

Peristiwa Isra Mi'raj juga melibatkan 2 masjid iaitu Masjid Haram (Kaabah) dan Masjid Al Aqsa. Masjid Al Aqsa pernah dijadikan sebagai kibat pertama umat Islam. Antara persoalan yang dapat kita renungkan seketika , mengapa Allah s.w.t menjadikan Masjd Al Aqsa salah satu lokasi perjalanan baginda s.a.w sehingga baginda nabi solat di Masjid Al Aqsa .

Menurut pandangan yang penulis nukilkan dari Kitab Tafsir Wasit karangan Syeikh Dr Wahbah Zuhaili mengenai "Masjidilaqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya" :

1- Kerana Masjid Al Aqsa dan kawasan sekitarnya adalah tempat penurunan para rasul dan nabi-nabi berserta kenabian dan pensyariatan.

2- Kerana kesuburan tanah seperti pokok-pokok, sungai, buah-buahan.

Kini Palestin dan Al Aqsa telah menderita hampir 60 tahun dan masih menunggu Sang Pembela seperti mana sejarah pernah tercatat apabila Saiyidina Umar Al Khattab dan Sultan Salehuddin Al Ayubi membebaskan Kota Palestin dan Al Aqsa.

Ayuh pemuda dan diri ini ! Bangkitlah dirimu dengan menyemai benih-benih tarbiyyah. Jangan biarkan dirimu di penuhi dengan alasan. Jangan sematkan dalam sanubarimu untuk mengangkat nama dan pandangan masyarakat umum terhadap mu. Jangan kamu kedekut untuk menginfakkan jiwa , wang dan keringat untuk Islam. Kerana perjuangan ini memerlukan pengorbanan .Perjuangan ini bukan seketika kerana KITA adalah mata rantai perjuangan.

p/s: entri ditulis bagi menggantikan "muzakarah berkelompok" yang tertangguh dan galakkan siapa yang hendak  menginfakkan DANA SYAQAH PMRAM.

Muhammad Aliffudin B Ramlee
6.25 petang
9/7/2010
Bait Tijari   


Senin, 05 Juli 2010

menuju 21


Alhamdulilah. Pejam celik kini menuju umur 21 tahun. Dulu selalu duduk berkepit dengan ibu abah , kini membawa haluan sendiri di rantau orang. 2 tahun lepas semasa keluar keputusan STAM , Ustazah Zaiton menggalakan Al Faqir ke Mesir , beliau berkata  " pergi la Alif ke Mesir, anak muda kena menuntut ilmu jauh-jauh baru ada semangat dalam jati diri".

Al Faqir menyahut pandangan Ustazah Zaiton dengan beberapa nasihat daripada Ustaz Hanafi B Abdul Hamid (guru kelas semasa tingkatan 5) dan Ustaz Kamal B Mohd Said (Pengetua M.A.K).

Dah 2 tahun menyambut kelahiran di luar negara. Tapi keadaan masih dalam keadaan lama biarpun dah masuk umur 21 tahun. Di Malaysia , Al Faqir jarang menyambut Hari Lahir. Setiap tahun apabila bangun  dari tidur maka ibu akan mengucapkan hari lahir.

Al Faqir selalu teringakan peasanan ibu "dulu tapak kaki Achak (gelaran al faqir disisi keluarga) hanya sebesar 2 tapak jari tangan ibu sahaja sekarang sampai 5 jari tangan ibu". Al Faqir hanya tersenyum dan menatap wajah ibu yang hampir dimamah usia. Ya Allah berkatilah Ibu ku.

Nasihat abah tidak pernah Al Faqir lupa " Achak , dulu tok abah dan nenek orang susah jadi tak dapat belajar agama, sekarang hidup kita cukup sederhana pergilah menuntut ilmu agama selagi mana yang mampu"

Aduh! nasihat demi nasihat yang dicurahkan , tetapi Al Faqir masih malas dalam menuntut ilmu dan bertalaqqi. Kini tanggungjawab semakin berat antara memikul amanah persatuan dan keluarga perlu diseimbangkan.

Dari perjalanan usia bermula 6/7/1989 kini menuju 21 tahun (6/7/2010) mudah-mudahan siri perjalanan kehidupan ini tidak sia-sia. Apa-apapun kepada semua sahabat " Kenang daku dalam dalam doamu".

Muhammad Aliffudin B Ramlee
5/7/2010
8.30 malam

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin baru kepada Ustaz Daud B Hassan serta zaujahnya dan Ustaz Firdaus serta zaujahnya. Moga bahagia ke anak cucu . Amin.