Senin, 05 Juli 2010

menuju 21


Alhamdulilah. Pejam celik kini menuju umur 21 tahun. Dulu selalu duduk berkepit dengan ibu abah , kini membawa haluan sendiri di rantau orang. 2 tahun lepas semasa keluar keputusan STAM , Ustazah Zaiton menggalakan Al Faqir ke Mesir , beliau berkata  " pergi la Alif ke Mesir, anak muda kena menuntut ilmu jauh-jauh baru ada semangat dalam jati diri".

Al Faqir menyahut pandangan Ustazah Zaiton dengan beberapa nasihat daripada Ustaz Hanafi B Abdul Hamid (guru kelas semasa tingkatan 5) dan Ustaz Kamal B Mohd Said (Pengetua M.A.K).

Dah 2 tahun menyambut kelahiran di luar negara. Tapi keadaan masih dalam keadaan lama biarpun dah masuk umur 21 tahun. Di Malaysia , Al Faqir jarang menyambut Hari Lahir. Setiap tahun apabila bangun  dari tidur maka ibu akan mengucapkan hari lahir.

Al Faqir selalu teringakan peasanan ibu "dulu tapak kaki Achak (gelaran al faqir disisi keluarga) hanya sebesar 2 tapak jari tangan ibu sahaja sekarang sampai 5 jari tangan ibu". Al Faqir hanya tersenyum dan menatap wajah ibu yang hampir dimamah usia. Ya Allah berkatilah Ibu ku.

Nasihat abah tidak pernah Al Faqir lupa " Achak , dulu tok abah dan nenek orang susah jadi tak dapat belajar agama, sekarang hidup kita cukup sederhana pergilah menuntut ilmu agama selagi mana yang mampu"

Aduh! nasihat demi nasihat yang dicurahkan , tetapi Al Faqir masih malas dalam menuntut ilmu dan bertalaqqi. Kini tanggungjawab semakin berat antara memikul amanah persatuan dan keluarga perlu diseimbangkan.

Dari perjalanan usia bermula 6/7/1989 kini menuju 21 tahun (6/7/2010) mudah-mudahan siri perjalanan kehidupan ini tidak sia-sia. Apa-apapun kepada semua sahabat " Kenang daku dalam dalam doamu".

Muhammad Aliffudin B Ramlee
5/7/2010
8.30 malam

1 komentar:

  1. Salam akhi,

    Sanah helwa buat enta. Moga dgn bertambah umur, makin bertambah ilmu & ketaqwaan kpd Allah. (afwn lmbt..he2)

    BalasHapus