Kamis, 15 Juli 2010

Jom Kita Jayakan MISI DANA SYAQAH PMRAM

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له،
وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله، وصفيه وخليله، وخيرته من خير خلقه وحبيبه. صلوات ربي وسلامه عليه، وعلى آله وصحبه، ومن سار على نهجه، وارض اللهم عنا معهم بعفوك وكرمك وإحسانك يا رب العالمين

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan buat yang selayakNYA di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Selautan selawat dihadiahkan buat Baginda s.a.w yang telah menyelamatkan umatnya daripada lembah kesesatan bersama para sahabat Baginda.

Misi Dana Syaqah walaupun masih belum mencapai sasarannya mengikut jangkaannya pada tahun 2009 berdasarkan usul di dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76, ianya tetap akan diteruskan secara komited oleh pihak PMRAM. Tidak bermaksud matan usul yang mensyaratkan tahun 2009 adalah tahun pemilikan Syaqah PMRAM akan terhenti sebegitu sahaja dengan berakhirnya tahun 2009. Ianya tetap diteruskan bagi menjayakan misi tersebut seterusnya meringankan bebanan PMRAM dalam menanggung sewaan dua buah pusat operasi PMRAM yang mencecah puluhan ribu per tahun.

Misi perlu diteruskan bagi melihat bebanan pimpinan akan datang dapat diringankan sekaligus menjamin mutu kerja yang lebih efisyen. Konsep menyumbang berdasarkan kefahaman perlu disemai diakalangan ahli PMRAM melalui duta-duta PMRAM disemua peringkat cawangan PMRAM. Seluruh AJKT PMRAM Cawangan merupakan agen dan duta PMRAM dalam menjelaskan setiap misi dan visi PMRAM Pusat agar segala pelan perancangan pihak PMRAM Pusat dapat dijayakan secara kolektif. Bukanlah pimpinan sahaja yang perlu mengerah keringat bagi menjayakan misi ini bahkan seluruh ahli perlu memainkan peranan yang sama bagi merealisasikan hasrat murni ini.

Bagi yang telah menunaikan kewajipan melaksanakan amanahnya dalam menyumbang LE 300 pada sesi lalu sekalung penghargaan diucapkan dari pihak PMRAM atas kesungguhan menjayakan misi ini. Ruang sumbangan terus dibuka kepada semua selagi misi ini tidak tercapai. Penjualan produk-produk Dana Syaqah tetap diteruskan bagi menjana wang yang sedia ada hasil dari sumbangan sejak misi ini mula dilancarkan pada tahun 2006. Bagi yang tidak berkemampuan, sumbangan idea serta cadangan amat dialu-alukan bagi penambahbaikan perjalanan misi ini.

Teruskan menyumbang berdasarkan kemampuan. Moga sumbangan tersebut dikira sebagai amalan kebajikan dan dilipat gandakan disisiNYA.

"Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya " (al-Baqarah : 216)



MOHD FARKHAN B MD ZAIN
KETUA LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN PMRAM 2010

Tidak ada komentar:

Posting Komentar