Jumat, 30 Juli 2010

Islam Adalah Penyelamat



Syabas kepada kepada Gerakan Suara Rakyat (S.U.A.R.A) telah menganjurkan program kesedaran kepada mahasiswa/wi berkenaan isu semasa tanah air . SUARA ialah gerakan membangkitkan kesedaran mahasiswa/wi tentang politik yang berlaku di Malaysia sejak 8 Mac 2008. Supaya mahasiswa/wi turut serta dalam memahami politik di Malaysia.

Sebelum ini SUARA telah menganjurkan ceramah dari pimpinan politik dari tanah air. Seperti Ust Taib Azzamuddin, Rombongan Datuk Seri Ir Nizar dan PAS Perak, Datuk Seri Anwar Ibrahim , Saiffudin Nasution dan lain-lain lagi.

Tapi ada yang pelik dikalangan mahasiswa/wi bila kita menyebut nama-nama pimpinan politik khususnya dari pembangkang maka ada yang terpacul dari mulut-mulut mereka:

1-"politik...politik...politik"

2-"Kita datang mesir nak belajar bukan nak berpolitik"

3-"Politik aku kurang minat la"

dan banyak lagi. Penulis tak kisah sangat dengan pandangan mereka. Itu pandangan peribadi mereka. Tapi kita perlu sedar bahawa ada beberapa kepentingan dalam politik.

Kita nak memperkenalkan politik Islam kepada masyarakat. Politik yang diimbangai dengan hukuman dosa dan pahala. Cukuplah kita membiarkan hampir 50 tahun kezaliman BN kepada masyarakat. Takkan kita hendak menjadi masyarakat yang membuta tuli dan mendiam segala kezaliman yang berlaku sehingga memusnahkan generasi kita?

Semasa ceramah Bicara Pemuda penulis sempat membeli buku baru karangan Ustaz Nasharuddin Tantawi (Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Pusat) berkenaan "ISLAM ADALAH PENYELAMAT".



Dalam buku tersebut Ust Nasharuddin Tantawi membahagikan kepada 4 bahagian:

1-Realiti Keruntuhan di Sosial di Malaysia

Dalam bab ini Ust Nasharuddin Tantawi telah melakukan satu kajian spontan melalui akhbar tentang masalah sosial dan jenayah yang begitu membarah di Malaysia. Disamping itu dikaitkan dengan isu semasa pembuangan bayi dengan menekan aspek syumuliah Islam terhadap masalah ini. Didalam bab ini juga dilakukan perbandingan jahiliyyah dulu dan moden.

2-Keruntuhan Sosial - Islam Adalah Penyelesaian

Dalam bab ini dijelaskan kepada sidang pembaca berkenaan 2 sumber rujukan Islam iaitu Al Quran dan As Sunnah serta fungsi 2 rujukan ini dalam menonjolkan Islam sebagai jalan penyelesaian masalah sosial ini.

3-Kebinasaan dan Kemusnahan - Negara Perlukan Islam Demi Kesejahteraan.

Dalam bab ini diterangkan sebab-sebab Islam diperlukan dalam sesebuah negara dan bukti Islam mengamalkan kebebasan beragama bagi penganut agama yang lain. Bukan itu sahaja malah Islam menjaga nyawa, akal, harta, melindungi hak non muslim, dan sebagainya.

4-Musibah , Kafarrah dan Ibtila'

Dalam bab ini diterang tentang 3 faktor tersebut ( Musibah , Kafarrah dan Ibtila'). Dan diakhir tajuk diterangkan kepada sidang pembaca khususnya non muslim mengapa ISLAM adalah jalan penyelamat kepada masalah sosial.

Selamat membaca kepada semua. Kepada penyokong Islam digalakkan membeli dan memiliki buku ini dan boleh dijadikan hadiah kepada non muslim .


pic terbaru dari mesir sempena musim panas

Muhammad Aliffudin B Ramlee
4.02pagi
30/7/2010

Tidak ada komentar:

Posting Komentar