Selasa, 24 November 2009

MADRASAH ARABIAH KLUANG ....institusi agama rakyat terakhir Johor.

sebahagian murabbiku, dari kiri: Ustaz Hanafi, Ustaz Zaki, Ustaz Rahim. Ustaz Kamal(Pengetua)
Ustaz Murad, Ustaz Amal

ustaz murad ad damanhury


Penulis khat sekolah : Saudara Dzulhilman B Roslan (UUM). Beliau adalah adik kepada Pengerusi DPM Tanta


suasana Yaman di M.A.K


Ana bersama Syafie

batch 2002 hingga 2006










pemandangan hadapan M. A.K

Assalamualaikum w.b.t

Marilah sahabat-sahabat kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada Al Khaliq. Selawat dan salam buat junjungan kita Saidina Muhammad s.a.w. Kepada mereka yang berjuang dan memartabatkan Al Quran dan isi kandungannya. Semoga perjuangan mereka ini mendapat ganjaran dari Allah. Amin...

Sahabat seperjuangan sekalian,

Tentu sahabat pernah merasai nikmat menuntut ilmu . Tentu kita pernah belajar di bawah bangunan yang di namai "sekolah". Sekolah adalah tempat pentarbiyyah awal kita sebelum melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Ana pernah merasai pelbagai jenis sekolah, sama ada di sekolah milik kerajaan pusat, sekolah kerajaan negeri , sekolah agama rakyat dan pengajian pondok. Semua itu adalah jenis sekolah yang mungkin sahabat pernah merasai.

Tetapi sekolah yang menjadi memori yang terindah dalam pentarbiyyah ana adalah di Madrasah Arabiah Kluang.

MADRASAH ARABIAH KLUANG

Madrasah Arabiah Kluang (M.A.K) adalah salah satu sekolah agama rakyat di negeri Johor yang ditubuhkan oleh Allahyarham AL Fadhil Ustaz Mohd Lasim B. Mohd Saim pada 8 Mei 1946 di Persekutuan Melayu Kluang. Ustaz Mohd Lasim B Mohd Saim lulusan dari Madrasah Al Junied di Singapura. Karamat Ustaz Mohd Lazim memang tidak boleh dipertikaikan kerana beliau adalah satu-satunya ulama dan pemimpin utama di daerah Kluang. Pada awal penubuhan M.A.K hanya dibiayai oleh penduduk tempatan dan yuran yang dikenakan ketika itu adalah RM 1 sebulan. Bangunan tersebut adalah kayu. Setelah beberapa lama M.A.K dipindahkan keatas bukit berhampiran Masjid India Kluang. Di sana ana telah merasai suasana pembelajaran dalam bangunan kayu yang serba usang dengan jumlah pelajar 55 orang dengan 1 kipas sahaja.

Pada tahun 1950an M.A.K terus menjadi tumpuan destinasi pembelajaran pelajar dari Kemboja, Singapura. Kini M. A. K terus unggul ditengah bandar Kluang. Wasiat Allahyarham Ustaz Mohd Lasim agar terus menjalan sistem pembelajaran agama yang menyeluruh dan memastikan Pengetua M.A.K adalah bekas penuntut M.A.K bagi meneruskan dasar M.A.K. Kini M.A.K ditadbir oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Kamal B Mohd Said merupakan guru saya dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5.

M.A.K pernah diarah tukar nama oleh "pihak berkuasa" kepada Sekolah Menengah Agama Arab Kluang. Namun pertukaran itu tidak tahan lama kerana tenaga pengajar dan penuntut-penuntut lebih menyukai nama MADRASAH ARABIAH KLUANG. Al Fadhil Ustaz Mohd Kamal pernah memberitahu pada saya "sesungguhnya kalimah dalam bahasa arab lebih mempunyai ruh daripada bahasa-bahasa yang lain, cuba anta lihat kalimah "madrasah" dan "sekolah" mana yang lebih unggul" saya mengangguk tanda faham ketika itu sahaja.

Baru- baru ini ana menayakan melalui mesej kepada ustaz ana, iaitu Ustaz Kamal B Said (Pengetua M.A.K) "Assalamualaikum Ustaz, ustaz sihat? Betul ke madrasah telah di ambil oleh kerajaan pusat sebagaimana digembur-gembur dalam berita baru-baru ini?"
Ustaz Kamal:"kalau kerajaan cinta Islam ambil, ust reda tp kalau kerajaan x suka Islam nak ambil m.a.k, ust x akan serahkan. Kalau kerajaan x suka Islam rampas madrasah ust terpaksa".
Untuk pengetahuan sahabat sekalian, kerajaan pusat sudah bersiap sedia untuk mengambil M.A.K sejak tahun 2002 lagi tetapi Ustaz Kamal tetap mempertahankan sehingga sekarang. Para guru disana berkhidmat dalam gaji yang sedikit untuk melihat Islam tertegak di bumi ini.

Antara mantan pelajar di M.A.K ialah Dr Syarifah Hayati (Pensyarah dan ahli panel dalam rancangan agama di televisyen) , Dr Daeng Sanusi B Daeng Mariok (Mantan Pesuruhjaya Pas Johor) , Al Fadhil Ustaz Hanif B Naim (Pegawai Kebajikan Pelajar Johor) Al Fadhil Ustaz Yazid B Pardi (BP PMRAM 09) dan ramai daripada penuntut M.A.K berkhidmat di Majlis Agama Islam Johor.

Kini ana rindukan tarbiyyah di M.A.K....ana teringin kembali menjadi pelajar seperti dahulu yang mendapat kasih sayang daripada guru-guru.

Ya Allah....Aku bermohon pada MU, supaya MU memberkati hidup dan mati ibu bapa ku serta guru-guru ku yang telah mencurahkan ilmu kepada ku samaada secara lansung ataupun tidak. Murahkan rezki mereka dan berilah kekuatan kepada guru-guru M.A.K memimpin satu-satunya sekolah agama rakyat di negeri Johor ini. Demi memastikan kelansungan Islam . Amin

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada M.A.K boleh menghubungi
Al Fadhil Ustaz Kamal B Mohd Said 019 7681405
Bank : Bank Muamalat
Atas Nama: Tabung Amanah sek arab kluang
Akaun: 01040002211471
sila dapatkan makluman daripada Ustaz Kamal makluman terkini.

"pertahankan institusi agama rakyat di Johor"

Muhammad Aliffudin B Ramlee
1.52 pagi
25/11/2009

6 komentar:

  1. assalamualaikum..saya pelajar daripada UTHM.
    saya diberi tugasan membuat kajian mengenai "mengkaji relevan sekolah pondok pada masa kini".oleh yang demikian,saya meminta kerjasama daripada pihak tuan untuk memberi alamat lengkap dan nombor telefon sekolah tuan untuk membolehkan kami membuat kajian di sana.disini saya sertakan email dan nombor telefon saya untuk membolehkan tuan memberi maklumbalas kepada saya.maklumbalas segera daripada pihak tuan amatlah saya hargai.wassalam.
    email : era.nordin@gmail.com
    no.telefon : 019-5524686 (fazherawati)
    017-4807153 (khalil)

    BalasHapus
  2. assalammualaikum..saya merupakan bekas pelajar MAK pada tahun 2001-2003.walaupun sudah meninggalkan alam persekolahan hampir 8 tahun,saya masih mengingati segala pembelanjaran serta pada guru2.terimbas kembali kenangan ketika orentasi untuk pelajar baru tingkatan 1..macam2 yang saya belajar.dari saya seorang yang kekok untuk buat tulisan khat kini saya mahir untuk menulis.alhamdulillah..terhutang budi kepada ustazah zainab bt shariff yang mengajar.tak lupa juga kepada guru2 yang lain.pelajaran ilmu Nahu,sampai sekarang masih terngiang2 di telinga semasa ustazah talha.he3..walaupun tegas,sampai sekarang masih ingat.kalau boleh diputar balik masa,rasa nak kembali semula pada zaman di MAK.saya doakan semoga Sekolah Menengah Agama(Arab)Kluang kekal terus memberikan ilmu kepada murid2.aminn.....
    syukran...

    BalasHapus
  3. Assalamualaikum,
    Baru dapat berita yang Ustaz Murad dah meninggal dunia. Waktu bila saya kurang pasti. Arwah merupakan rakan karib pada arwah adik saya (Ahmad Adam Shah bin Mohd Aris) yang juga merupakan penuntut di MAK.
    Semoga roh arwah Ustaz Murad berada di kalangan orang2 yang soleh. Amin

    BalasHapus
  4. Assalammualaikum, saya nak mendaftarkan anak lelaki yg merupakan penuntut tingkatan satu di sekolah menengah kebangsaan ke Madrasah Arabiya Kluang. Apakah syarat2 kemasukan yang diperlukan?. Untuk makluman pihak tuan, keputusan UPSR 2014 ialah 2A 3B...terimakasih

    BalasHapus
  5. Assalammualaikum, saya nak mendaftarkan anak lelaki yg merupakan penuntut tingkatan satu di sekolah menengah kebangsaan ke Madrasah Arabiya Kluang. Apakah syarat2 kemasukan yang diperlukan?. Untuk makluman pihak tuan, keputusan UPSR 2014 ialah 2A 3B...terimakasih

    BalasHapus
  6. Assalammualaikum, saya nak mendaftarkan anak lelaki yg merupakan penuntut tingkatan satu di sekolah menengah kebangsaan ke Madrasah Arabiya Kluang. Apakah syarat2 kemasukan yang diperlukan?. Untuk makluman pihak tuan, keputusan UPSR 2014 ialah 1A 2B 3C harap maklum ,anak saya sekarang ni alrian kelas tengkatan 1 arab..1k,dia berminat sangat nak masuk kelas Al- tahfiz

    BalasHapus