Sabtu, 02 Januari 2010

MUZAKARAH BERKELOMPOK (USRAH) TAWAQQUF BILA TIBA.......

Assalamualaikum w.b.t

Bagi warga DPM Mansurah khususnya bagi golongan Azharyyun dan Azhariyyat pertengahan bulan Jan 2010 dan awal bulan Feb 2010 akan bertempur dengan peperiksaan. Maka dari sekarang kita digalakkan untuk menyelesaikan segala kelengkapan dan persiapan.

Semua menantikan tarikh keramat tersebut bagi merungkai segala ilmu untuk dicurahkan kepada kertas jawapan. Maklumlah skema pemarkahan peperiksaan di Al Azhar tidak sama dengan skema pemarkahan di universiti lain. Kerana di Al Azhar mereka ada akta tersendiri. Iaitu "Akta ISA (Ikut Suka Al Azhar)" .

Tetapi ada juga dikalangan sahabat kita diberi pentaklifan sebagai NAQIB terpaksa menangguhkan USRAH demi memberikan keselesaan kepada Ahli Halaqah untuk mengulangkaji. Itu satu tindakkan terbaik dari seorang NAQIB bagi mengatasi masalah Ahli Halaqah.

Namun alangkah baiknya jika USRAH diteruskan juga walaupun dengan menggunakan beberapa cadangan ini. Langkah ini perlu untuk mengerat kemesraan disaat NAQIB dan Ahli Halaqah menghadapi situasi tekanan dan genting sebelum menghadapi IMTIHAN.

Cadangan Saya untuk NUQABA' :
1- Adakan perjumpaan walaupun 1/2 jam
        *Makan Ais Krim dan kek di FAYYUMI
        *Ziarah ke Zoo Mansurah
        *Naik Kapal di Sungai Nil
2-Adakan Jamuan
3-Ziarah Maqam Ulama dan Auliyya

Ini hanyalah beberapa cadangan sahaja. Tetapi pada 22/12/2009 kumpulan USRAH (kumpulan tidak rasmi) iaitu Kumpulan Usuluddin Tahun 1 (Batch 2008/2009) telah mengadakan perjumpaan setelah setahun tidak bersama akibat berlainan komitmen dan pembelajaran telah mengadakan Hari Tabadul Hadiyyah (Pertukaran Hadiah). Ana kira cadangan ini boleh juga dilaksanakan untuk mengerat ukhwah.

Walabagaimanapun ana menyerahkan kebijaksanaan NAQIB untuk membuat keputusan terbaik untuk Ahli Halaqahnya.

p/s: Terima kasih kepada akh Haidar  kerana menghadiahkan kepada ana kincin bola lisut yang comel.Terima Kasih kepada Ustaz Mohd sekeluarga kerana sudi menjadi tuan rumah. Jazakallah.


Kenduri selepas Imtihan Fasal 2 2008/2009
Usrah Usuluddin Tahun1 (08/09)

ini gambar masa tabadul hadiah
dari belakang kiri: Daud Ashari,Izzudin,Kimi,Mohd,Daud Hassan
dari tengah kiri: Syakir, Hanif, Ferdaus, Zainol
dari depan kiri: Haidar, Sofiuddin,Shahmi, Aliffudin

"SALAM MAHABBAH DAN IMTIHAN"

Muhammad Aliffudin B Ramlee
12.25 pagi
02/01/2010

1 komentar: