Selasa, 16 Februari 2010

KONFLIK AIR DUNIA

Assalamualaikum.  
 ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ 
maksudnya: telah tampak (jelas) kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki agar mereka merasa sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka , agar mereka kembali (ke jalan yang benar) 
surah ar-rum: 41


Agak terkejut setelah melihat Buletin Utama (15 Feb 2010) mengenai catuan air di Kluang , Johor. Sebelum ini, ana pernah merasai bagaimana begitu sukar akibat catuan air pada tahun 2005. Ketika itu tempoh catuan itu berlaku selama 2 bulan. Keadaan ketika itu amat sukar dan payah kerana ana tinggal di asrama menyebabkan permasalahan sering berlaku dikalangan pelajar seperti membasuh baju, menyucikan diri dan sebagainya. Sehingga memaksa pihak pengurusan madrasah menggali 2 buah perigi untuk kegunaan pelajar. Suasana sedemikian mendorong kepada masalah sumber minuman pelajar. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh ana dan rakan - rakan ialah terpaksa meminum air perigi dengan dicampurkan sedikit perisa sirap bagi menghilangkan rasa payau perigi.

Kini peristiwa itu kembali lagi ke Kluang , Johor. Ana doakan semoga keluarga ana dan rakan - rakan tabah mengahadapi dugaan ini.

FAKTA MENGENAI AIR

Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-

Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)
Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji)

CIRI-CIRI

Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen.
Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan.

Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.
Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.
Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.

Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini.

 AIR DISEBUT DI DALAM AL QURAN


أَوَلَمۡ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ ڪَانَتَا رَتۡقً۬ا فَفَتَقۡنَـٰهُمَا‌ۖ وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ كُلَّ شَىۡءٍ 
حَىٍّ‌ۖ أَفَلَا يُؤۡمِنُونَ
maksudnya: dan apakah orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu , kemudian kami pisahkan antara keduanya, dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air, maka mengapa mereka tidak beriman?

KONFLIK AIR DUNIA MENCETUSKAN PEPERANGAN

Pada tahun 2006 Pertubuhan Bangsa Bersatu telah mengeluarkan data yang agak memeranjatkan. Satu dari lima manusia dalam dunia ini tidak menikmati air seperti apa yang kita rasai dalam negara ini. Ini bermakna lebih dari 1 bilion umat manusia hidup tanpa sokongan kehidupan yang paling asas: air. Laporan dari PBB ini juga telah menunjukkan bahawa pada tahun 2025 hampir 2.5 bilion penduduk dunia ini akan menghadapi krisis kekurangan air.

Banyak negara-negara dan wilayah di selatan Sahara telah berbelas-belas tahun tidak didatangi oleh hujan. Bukina Faso, Ethiopia, Somalia, Benin atau Togo adalah contoh di mana kekurangan air sedang menjana krisis kemanusiaan yang paling parah. Afghanistan diberitakan telah memasuki tahun ke 9 di mana hujan telah gagal turun.

Kekurangan air ini wujud dalam beberapa tahap. Pada tahap yang agak selesa kekurangan ini hanya bermakna air tidak mencukupi untuk membasuh dan membersihkan badan, tetapi masih ada untuk diminum walau pun kebersihannya boleh dipersoalkan. Tahap ini sedang dialami oleh hampir 2.5 bilion umat manusia. Tahap yang lebih parah ialah apabila warga tidak ada air untuk diminum. Panas terik bumi kering kontang dan akhirnya air yang di dalam perut bumi pun menjadi kering. Ini sedang dialami oleh hampir 1.1 bilion manusia.

Melalui data dan laporan PBB ini, kita boleh meramalkan bahawa dalam masa yang tidak berapa lama dunia kita ini akan berkecamuk dalam suasana perang. Jika kita perhatikan dengan teliti pentas perang yang sedang terbuka di Iraq pada ketika ini boleh di hujah sebagai bertujuan untuk menjarah telaga-telaga minyak. Pada ketika susutnya pengaliran minyak ke dalam pasaran dunia adalah logik untuk kuasa-kuasa imperialis Anglo-Amerika mengepung dan membolot di mana sahaja kawasan-kawasan yang berpotensi atau memiliki minyak mentah dalam perut buminya

Tetapi apabila Israel menyerang Lubnan tujuannya bukan untuk menjarah telaga minyak. Kuasa Zionis Israel memulakan perang untuk mengepung dan memiliki kawasan-kawasan lembah aliran Sungai Litani di selatan Lubnan. Perang yang telah dilancarkan oleh Israel baru-baru ini adalah satu bentuk percubaan awal untuk menjarah punca air di lembah Levant.

Zionis Israel telah lama sedar bahawa tanpa air yang lumayan gaya hidup konsumerisme moden di kota-kota Israel tidak mungkin dapat dicapai. Bukit Golan yang ditawan oleh Israel pada tahun 1967 dahulu adalah salah satu dari punca air ke Israel. Pada ketika ini Laut Mati yang airnya ditapis untuk dijadikan air tawar telah mula susut. Tidak dapat tidak Israel wajib menawan punca air dari Sungai Litani dan Lembah Levant untuk terus hidup.

Perebutan punca air juga sedang berlaku di antara Turki, Syria dan Iraq. Dari pergunungan kawasan sempadan tiga negara ini munculnya Sungai Euphrates dan Tigris atau Dajlah. Di tebing Dajlah terdirinya kota Baghdad, kota kuno yang membuka tamadun dunia. Kesusutan Sungai Dajlah dan Euphrates akan mengakibatkan keriangannya kawasan lembah pertanian yang subur di Selatan Iraq.

Pada ketika ini Turki dan Syria telah membuat beberapa buah empangan di hulu sungai-sungai ini. Empangan ini pasti akan mengurangkan aliran air ke Iraq. Perebutan air ini pasti akan menjadi satu punca perang dalam masa yang tidak lama.

Keadaan yang sama juga sedang berlaku di antara Ethiopia , Sudan dan Mesir. Sungai Nile yang berpunca di Ethiopia melintasi Sudan dan keluar ke laut Tengah di Mesir. Sungai ini adalah tulang belakang ekonomi Mesir. Tanpa Sungai Nile tidak wujud tamadun Arab Mesir. Krisis akan timbul dalam bila-bila masa sahaja. Krisis ini adalah krisis perebutan agihan air Nile yang akan melibatkan tiga negara ini.

India dan Cina penah berperang untuk merebut kawasan pergunungan di Himalaya yang dipanggil Aksai Chin pada tahun 1962. Hingga ke hari ini kes kawasan Aksai Chin yang dipertikaikan ini masih belum selesai. Kawasan pergunungan ini adalah punca-punca air kepada Hwang Ho, Yang Tze Kiang dan Ganges.

Kita wajib menerima hakikat bahawa air dalam dunia ini adalah terhad. Sama seperti minyak, air juga akan susut. Air yang kita lihat ini sebenarnya wajib kita kongsi bukan sahaja sesama manusia tetapi bersama dengan tumbuhan, serangga, hidupan liar, unggas dan segala bentuk hidupan.

Memang kalau kita perhatikan di Port Dickson, di Klang atau di Terengganu kita akan nampak air. Ini air laut yang masin. Ianya tidak dapat menampung hidupan di darat. Dalam dunia yang maha luas ini air tawar hanya 2.5 %. Dari jumlah ini tiga suku darinya wujud di pergunungan atau masih membeku sebagai ais.

Krisis air ini muncul selari dengan krisis minyak. Gaya hidup konsumer yang dibawa oleh modeniti ini telah memangkinkan kelahiran dua krisis ini. Pertambahan penduduk semakin meninggikan permintaan air dan meninggikan permintaan minyak. Gaya hidup moden juga telah membazirkan air dan membazirkan bahan bakar minyak.. Manusia moden wajib berfikir kerana dalam masa yang tidak berapa lama dua krisis ini; air dan minyak – akan bertembung seperti di Lebanon baru-baru ini. Ikan di pinggan sudu di tangan tanyalah hati apa yang diingini.

PERANCANGAN RAPI ZIONIS MEMBINA ISRAEL RAYA

Dari kacamata konflik, air di Timur Tengah boleh menjadi objek, alat, ataupun penyelesaian konflik jika dikelola secara bijak oleh setiap negara. Air menjadi objek konflik ketika negara serantau saling berebut, baik dengan menggunakan kekuatan tentera mahupun diplomasi untuk melakukan pencerobohan dan hegemoni. Jika satu negara mempunyai sumber air, atau berjaya menguasai sumber air negara lain, maka air akan menjadi alat konflik. Kerana dengan cara itu negara yang menguasai sumber air mampu menekan negara lain, sesuai kepentingan yang ia inginkan.

Ini menunjukkan bahawa air mempunyai kekuatan yang luar biasa. Jadi tak hairan jika pada tahun 1995, Naib Presiden Bank Dunia Ismael Serageldin meramalkan bahawa perang masa depan tidak lagi dipicu oleh perebutan emas hitam (minyak), tetapi oleh emas biru (air). Al-Quran sendiri sudah memberikan isyarat, bahawa air tidak kalah penting dengan minyak. Dalam dalam surat Al-Anbiya ayat 30 Allah Swt. berfirman yang ertinya, "Dan Kami jadikan dari pada air itu segala sesuatu menjadi hidup, apakah kamu tidak beriman?"

Persediaan Air di Wilayah Arab

Persediaan air permukaan (sungai) di wilayah Arab mencapai 127,5 bilion meter padu setiap tahunnya. 71%-nya mengelilingi tiga negara, iaitu Mesir, Iraq dan Sudan. 67% diantaranya berasal dari luar negara Arab.

Hal ini kerana Iraq mempunyai dua sungai iaitu Eufrat dan Tigris (Dejlah). Sungai Eufrat mengalir dari Turki menuju Syria, dan bermuara di Iraq. Sedangkan Sungai Tigris mengalir langsung dari Turki ke Iraq.

Sedangkan Mesir dan Sudan kerana memiliki sungai Nil yang bermuara pada Habsyah (Nil biru) dan tasik Victoria (Nil Putih). Nil putih dan biru ini bertemu di dekat Khourtum, ibukota Sudan, kemudian mengalir ke Mesir.

Air Sebagai Pencetak dan Objek Konflik

Air bisa menjadi alat konflik ketika ia digunakan untuk menekan negara lain. Sebut sahaja Nil yang mempunyai hulu di Habsyah, maka Habsyah boleh menggunakan kuasanya dalam sumber air untuk menekan Mesir.

Bila Habsyah tidak mahu menekan Mesir, Habsyah boleh dimanfaatkan oleh negara lain, seperti yang berlaku sekarang. Hegemoni AS dan Israel yang kuat di tanduk Afrika, ditambah dengan adanya Yahudi Habsyah yang disebut dengan "Beta Israel", menjadikan Zionis semakin mantap memainkan peranannya untuk menekan Mesir melalui Habsyah. Kerana Israel meminta Mesir untuk mengalirkan air Nil melelaui jalur Sinai ke Israel. Jika Mesir tidak memenuhi permintaan Israel tersebut, maka Zionis-Israel akan mengintervensi Habsyah supaya tidak mengalirkan air Nil Habsyah ke Mesir.

Saat ini ada beberapa kajian yang siap diterapkan untuk membuat empangan air di Habsyah dengan bantuan Bank Dunia. Kegiatan ini diramal akan mengurangkan 20% air Nil yang akan mengalir ke Mesir, sehingga Mesir kehilangan sekitar 7 bilion meter padu daripada 55,5 bilion meter padu bekalan air setiap tahun.

Bahkan untuk menekan Mesir, ada propaganda agar Habsyah membendung turun Nil biru, sehingga akan membentuk tasik besar di Habsyah sebagai gudang air raksasa, kemudian menjualnya kepada negara yang mahukannya, persis seperti menjual minyak.

Turki juga memanfaatkan kuasa hulu sungai Eufrat dan Tiggris dalam menekan negara hilir untuk kepentingan kebangsaannya. Untuk itu, Turki merancang mega projek Anatolia yang merangkumi pembinaan 25 sistem pengairan, 22 empangan di laluan Sungai Eufrat, dan 19 penjanaan elektrik.

Satu daripada 22 empangan tersebut telah dibina pada tahun 1990 dengan nama empangan Attaturk. Dengan pembinaan satu empangan ini sahaja, bekalan air ke Syria dan Iraq telah berkurangan masing-masing sebesar 40% dan 80%. Apalagi jika 21 projek empangan lain direalisasikan, tentu akan menjadi mimpi buruk bagi Syria dan Iraq. Dengan kekuatan kuasa air hulu inilah Turki pernah menekan Syria dalam membasmi pemberontakan puak Kurdis di Selatan Turki.

Air juga akan menjadi objek konflik ketika ia diperebutkan. Hal ini seperti Iraq dan Syria yang memperebutkan air sungai Eufrat. Pihak Syria membuat empangan air di sungai Eufrat untuk kepentingan dalam negerinya. Sedangkan Iraq berusaha menggagalkan empangan tersebut, untuk menjaga agar bekalan air ke Iraq tetap mencukupi. Isytihar ini hampir saja menimbulkan perang kedua negara. Maka pada tahun 1974 dan 1975, Iraq sebagai pihak yang dirugikan mengancam untuk membom empangan Syria di Tabqa.

Ambisi Israel Merebut Air

Israel memerlukan air untuk mempertahankan eksistensi negara Zionis yang kuat dan mandiri. Untuk itu Israel berusaha merebut air secara mimpi, mengemis, mencuri, bahkan merampas secara paksa melalui peperangan.

Secara mimpi, ambisi Israel berjaya air telah tampak sejak Zionisme ingin mencapai target membina negara Israel Raya. Target itu bertulis dan bergantung Knesset Israel yang berbunyi, "Tuhan memberikan kepada kamu wahai anak-anak Israel, wilayah antara Dejlah dan Nil." Ini bererti Israel Raya berambisi mendapatkan wilayah antara air dan air (sungai Dejlah dan sungai Nil).

Secara mengemis, selepas penandatanganan perjanjian Balfour pada tahun 1917, pemimpin Persidangan Yahudi Chaim Azriel Weizmann meminta pada Perdana Menteri Inggeris Luid George agar memperluaskan wilayah Israel, lebih luas daripada perjanjian Balfour. Weizmann meminta supaya Inggeris menambahkan tasik Lithani di Lubnan, sungai Yordan, Panisa, dan Yarmuk menjadi sebahagian daripada negara Israel.

Secara mencuri, Israel melakukan aksinya melalui projek yang diaktori oleh Ilyasa 'Kiely pada tahun 1974. Projek ini berusaha mengambil air dari negara-negar tetangga, dengan ramalan Israel akan mengalami krisis air di masa depan. Mencuri air dari Mesir, Israel menggali telaga-telaga yang dalam di sempadan, kemudian mengalirkan air sungai Nil ke Israel dengan menggunakan tabung lengkung di bawah terusan Suez. Menurut laporan lembaga HAM "Al-Ard Center", projek ini membolehkan mengalirkan air sungai Nil satu bilion meter padu kepada Israel. Sumber lain mengatakan sekitar 8 bilion meter padu. Selain itu projek ini juga mengalirkan air Nil ke bahagian selatan, tepatnya ke padang pasir Negev. Tentunya projek ini merugikan Mesir, sehingga sering menjadi isu hangat selepas perjanjian Camp David.

Secara merampas, Zionis-Israel tidak segan-segan melancarkan perang untuk merebut sumber air. Merampas air dengan perang adalah arahan daripada petinggi Zionis. Pada tahun 1955 David Ben Gurion berkata, "Yahudi memerangi Arab adalah untuk merebut air. Keputusan perang ini menentukan eksistensi Israel. Bila perang ini tidak behasil, maka kita tidak akan mampu bertahan lama di Palestin."

Dalam bukunya Water, Conflict Resoulution, and Environmental Sustainability in the Middle East (2001) Federick mengatakan, bahawa peperangan antara Syria dan Israel pada tahun 1950-an dan 1960-an didasari oleh konflik air lintas serantau. Dalam perang melawan Arab (1964-1965) khususnya di sempadan Syria dan Lubnan, salah satu motiv Israel adalah menguasai sungai Jordan, sungai Panias, sungai Yarmuk, dan sungai Hashabani. Begitu juga salah satu motiv perang 1967 adalah untuk menukar arah aliran sungai Yordan untuk kepentingan Israel. Tahun 1982, Israel melancarkan perang ke Lubnan, salah satu motivnya adalah menguasai sungai Lithani.

Bersatu Mengakhiri Penjajahan Zionis-Israel

Menyikapi konflik air lintas regional, ada dua teori yang bisa dipakai. Pertama, teori kedaulatan wilayah tanpa batas (unlimited territorial sovereignty). Teori ini menyatakan bahawa negara mempunyai kuasa penuh dalam mengeksploitasi air wilayahnya walau merugikan negara lain. Teori ini diterapkan India yang membiarkan air wilayahnya mengalami pencemaran, sehingga merugikan Bangladesh yang merupakan negara hilir.

Teori kedua ialah persepaduan wilayah tidak terhad (unlimited territorial integrity), kebalikan daripada teori pertama. Teori ini menyatakan bahawa satu negara tidak berhak mengubah kuantiti dan high dari ketersediaan air yang mengalir ke wilayah negara lain. Teori ini digunakan Mesir untuk menjaga kewujudan suplay air ke Nil Mesir. Tujuannya untuk mampu menjangka negara-negara hulu, sehingga tidak membuat empangan berlebihan yang boleh mengurangkan bekalan air ke Mesir.

Dari kedua teori yang menetapkan dasar air lintas serantau ini, negara-negara Arab yang majoriti umat Islam seharusnya menggunakan teori pertama untuk menamatkan penjajahan Israel di Palestin.

Dengan kekuatan air, negara-negara Islam sebenarnya mampu dengan mudah menekan Israel untuk menamatkan penjajahan. Hal ini kerana keperluan air Israel masih bergantung pada dunia Islam. Bukankah Israel Begantung pada 83% air Tebing Barat berdasarkan perjanjian Oslo? Bukankah Israel bergantung pada 40% air tasik Galilee di dataran tinggi Golan yang ruang tambahan pada 1981? Bukankah kekuatan Israel bergantung pada air sungai Yordan? Bukankah Israel juga masih bergantung pada air Nil Mesir dengan memanfaatkan Habsyah dan memanfaatkan kerajaan Mesir yang lemah?

Analis tetap di majalah Al-Mukhtar Al-Islami terbitan Kaherah (edisi Jun 2009) Dr. Muhammad muru mengatakan, "Saat ini Israel mengkonsumsi air sebesar 3,5 bilion meter padu, dan Israel ingin menambah bekalan air sebanyak 12 bilion meter padu untuk menjalankan projek-projek penjajahan." Jika pemimpin dunia Islam tunduk dan menuruti nafsu Zionis ini, umat islam akan semakin meringkuk dalam kehinaan. Namun jika umat Islam bersatu menghentikan bekalan air ke Israel, maka tidak hanya mimpi Israel yang terkubur, Palestin juga bisa tersenyum dan kemudian terbebaskan.

disusun dari sumber:
1- Al Quran
2-Kitab Dirasat Islamiyyah , Bab Pencemaran Air, Kuliyyah Usuludin Dan Dakwah Univeristi Al Azhar Mansurah, Dr Ustaz Ali Ahmad Ali
3- http://www.eramuslim.com/berita/analisa/kekuatan-air-pada-konflik-timur-tengah.htm
4- http://ricecooker.kerbau.com/2006/09/07/hishamuddin-rais-lepas-minyak-air/
5- Wikipedia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar