Satu demi satu kelainan yang cuba ditonjolkan oleh Menteri Besar Kelantan , Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz . Kali ini perubahan yang ingin di lakukan dalam bidang seni hiburan yang terkenal di Kelantan iaitu "Dikir Barat". Islam tidak menghalang hiburan tetapi mesti memenuhi batasan syariat. Islam juga memberi cadangan penyelesaian dalam satu masalah. Kenapa budaya barat begitu mudah meresapi dan meracuni anak-anak orang Islam? Kerana Islam mempunyai ubat dan ramuan bagi penyakit tersebut. Cuma mereka yang jahil dan bongkak menolak Islam. Syabas kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Mudah-mudahan terus mendapat rahmat dan naungan dari Allah s.w.t.
Sumber : harakahdaily
KOTA BHARU, 29 April: Kelantan mencetus satu lagi  kejutan baru apabila menubuhkan pasukan dikir barat di kalangan ulama  yang terdiri daripada guru-guru agama dan imam masjid.
Biar pun berpakaian jubah dan serban di kepala, mereka boleh berdikir  seperti kumpulan dikir barat lain. Jangan terkejut kerana inilah idea  dicetus Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dan baru-baru ini beliau melancarkan kumpulan dikir barat tersebut  yang dikenali sebagai Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat.
Ketika berucap pada perlancaran kumpulan terbabit, Menteri Besar  melahirkan rasa syukur kerana cita-citanya untuk memperbanyakkan medium  dakwah berjaya direliasasikan melalui persembahan dikir barat.
“Kenapa kita tidak pergunakan persembahan dilkir barat untuk saluran  dakwah Islam. Hari ini kita melancarkan Kumpulan Dikir Barat Sri  Halaqat,” katanya di Balai Islam, Lundang.
Bagi melahirkan rasa gembiranya, beliau menyumbangkan wang peribadi  sebanyak RM10,000 bagi mengisi Tabung Kumpulan Dikir Sri Halaqat.
Beliau berkata, minat rakyat Kelantan kepada dikir barat tidak dapat  dinafikan kerana di mana-mana sahaja persembahan kebudayaan itu  diadakan, ramai orang datang.
Sementara itu, Pengelola Halqat Negeri, Abdullah Abdul Razak berkata,  penubuhan Kumpulan Dikir Barat Halaqat merupakan cetusan idea Menteri  Besar sendiri yang dimulakan pada awal 2009.
Katanya, selain Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat, pihaknya juga  menubuhkan Kumpulan Seni Budaya Halaqat.
"Beberapa pengubahsuaian dilakukan iaitu tok juara dikir diubah nama  kepada tukang pantun, manakala tukang karut dipanggil tukang syair.
Unit Dakwah Halaqat kini mempunyai tenaga seramai 3,177 orang yang  terdiri daripada mubaligh dan guru al-Quran.
Katanya, hasil kelas pembelajaran al Quran yang dikendalikan  guru-guru al-Quran secara purata setiap tahun dapat melahirkan seramai  4,200 pelajar yang khatam al-Quran.
Muhammad Aliffudin B Ramlee
2.23 petang
1/5/2010
 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar