Jumat, 01 Januari 2010

ISU NAMA ALLAH ...

Assalamualaikum w.b.t.


Isu gempar berkaitan keagamaan kembali menerjah tahun 2010 di Malaysia. Apa isu nya? Isu berkaitan dengan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas)  memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly. Saya tidak ingin mengulas panjang berkaitan keputusan makamah tersebut.

Apa pun kita selaku mahasiswa perlu mengulas isu ini dari beberapa persepektif. Mungkin ada dikalangan mahasiswa/wi berkelayakan untuk mengupas isu ini dari sudat perundangan, atau nilai norma masyarakat setempat atau apa-apa sudut yang memberi impak positif kepada pemerhati isu semasa.

Maka, kita selaku mahasiwa/wi Al Azhar boleh dikira berkelayakan tinggi untuk mengulas isu tersebut dari persepektif agama dan ilmiah . Maka perbahasan ini boleh diketengahkan kepada Fakulti Usuuluddin Jabatan Aqidah dan Falsafah(klu tak silap saya) untuk dibahaskan.

Saya bukanlah layak untuk mengupas isu ini dari sudut ilmiah dek kerana masih lagi belum berkelayakan seperti yang dinyatakan. Bagaimanapun saya telah mencadangkan kepada Al Fadhil Ustaz Salman B Maskuri (pemilik blog akhi salman.blogspot.com) . Saya juga mencadangkan kepada sahabat-sahabat yang berkemampuan untuk membahaskan supaya ilmu ini dapat dikongsikan kepada masyarakat .

Saya melihat para blogger "UMNO" begitu mengambil berat akan isu ini. Kerana sudah lama mereka "TIDUR" dalam diulit mimpi yang panjang. Baru kini mereka sedar bahawa agama mereka telah dirobek. Apa-apa pun mereka perlu sedar bahawa mereka jugalah yang merobek agama dan bangsa mereka sendiri. Antara isu yang saya juga merasai tempiasnya ialah "penarikan bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat".

Disini saya syorkan kepada sahabat untuk melihat perbahasan MP Baling mengenai penggunaan kalimah ALLAH. (YB TAIB Mempertahankan)

Apa yang  perlu kita buat sekarang untuk mengembalikan keizzahan ISLAM??
Tepuk Dada Tanya Iman Kita....

"SATU FIKRAH SATU AMAL"

Muhammad Aliffudin B Ramlee
2.12 pagi
01/01/10

1 komentar: