Sabtu, 26 Desember 2009

JOM PUASA PADA HARI ASYURA......

Assalamualaikum w.b.t.

 Alhamdulillah atas nikmatNya yang tidak terjangka, selawat dan salam ku utuskan untukmu kekasih Allah. Mudah-mudahan kami dipermudahkan untuk bertemu mu wahai Rasulullah s.a.w.

Selapas kita diberi ruang dan peluang untuk mengenang erti Awwal Muharram kini sempat bertemu dengan hari ke 10 dari bulan Muharram yang lebih kita kenali sebagai HARI ASYURA. Di dalam HARI ASYURA kita digalakkan untuk melaksanakan amalan sunat.

Salah satu dari  amalan sunat yang dilakukan pada hari asyura ialah menggembirakan keluarga atau saudara mara terdekat,misalnya kita menyediakan makanan dan minuman yang lebih sedap daripada biasanya.sabda rasulullah s.a.w :
"sesiapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari asyura,maka allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu."
(riwayat at-tabrani dan al-baihaqi)

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : 

” Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.”

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : ” Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?”. Maka berkata Rasulullah S.A.W : ” Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir’aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !”.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa banyak sangat perkara yang sunat dilakukan pada 10 Muharram? Apakah peristiwa yang berlaku pada tarikh itu? Macam keramat jer bunyinya?

   1. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah;
   2. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit;
   3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan;
   4. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud;
   5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;
   6. Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara;
   7. Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah;
   8. Nabi Ayub a.s. dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritanya;
   9. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam;
  10. Laut Merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari tentera Fir’aun;
  11. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah;
  12. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kerajaan besar oleh Allah;
  13. Nabi Isa a.s. diangkat ke langit;
  14. Hari pertama Allah ciptakan alam;
  15. Hari pertama Allah turunkan hujan;
  16. Hari pertama Allah turunkan rahmat;
  17. Allah jadikan Arasy;
  18. Allah jadikan Luh Mahfuz; dan
  19. Allah jadikan malaikat Jibril.

Amalan sunat yang paling mudah untuk kita laksanakan pada Hari astura ilah "berpuasa".Tetapi ada juga sebahagian dikalangan masyarakat Islam yang tidak berlapang dada di dalam masalah khilaf sehingga menuduh satu perkara itu "bid'ah" , sesat, dan sebagainya. Apakah dalil yang mudah untuk kita nyatakan kepada mereka? Al Faqir bukanlah orang yang layak untuk merungkaikannya. Tetapi berdasarkan jawapan yang telah di berikan oleh Syeikhuna , Syeikh Said Jamal beliau menyatakan kepada kami seperti berikut:

1-DARI AL QURAN

katakanlah (Muhammad), " dengan  kurnia Allah dan rahmattNya, hendaklah dengan itu mereka itu mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan."
surah yunus: 58

2- DARI AS SUNNAH

Apabila nabi s.a.w berhijrah ke madinah , baginda melihat orang-orang yahudi berpuasa pada hari asyura . Rasulullah s.a.w bertanya: "berpuasa apakah kamu ini?" orang-orang yahudi itupun menjawab : "hari ini hari besar . pada hari ini allah menyelamatkan nabi musa dan menenggelamkan firaun dengan askar-askarnya,maka nabi musa telah berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada allah pada hari ini.maka kami pun berpuasa."
nabi menjawab; "kamilah yang lebih berhak mengikut jejak langkah nabi musa daripada kamu." lalu rasulullah s.a.w berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya agar berpuasa pada hari itu.
(riwayat muslim)

3- MUNASABAH

Berkata Syeikhuna, ketika Baginda s.a.w ditanya kenapa Baginda s.a.w berpuasa setiap hari Isnin, maka baginda menjawab kerana hari isnin baginda di lahirkan. Ini bermakna Baginda s.a.w sentiasa menyambut hari lahir setiap minggu. Maka alangkah baiknya jika umatnya melakukan puasa sunat hari asyura sebagai menyambut saranan Baginda s.a.w menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan yang Allah s.w.t berikan kepada Nabi Musa setelah menenggelamkan bala tentera firaun. Kerana kita ummat Saidina Muhammad lebih layak untuk menyambut Hari Asyura berbanding dengan kaum yahudi.

Inilah sedikit ilmu yang ingin Al Faqir kongsikan buat sahabasahabat sekalian. Jika terdapat kesalahan fakta dan ilmu sudi-sudilah untuk menegur. Insya Allah semoga Hari Asyura 1431 ini sebagai langkah permulaan kita untuk meraih Nusrah dari Allah kepada ummat Islam yang ditindas.




"SALAM PENGHAYATAN HARI ASYURA 1431"



Muhammad Aliffudin B Ramlee
3.51 petang
26/12/2009 bersamaan 9 Muharram 1431

Tidak ada komentar:

Posting Komentar