Senin, 07 Desember 2009

APA LA NASIB ORANG MALAYSIA NIE....

Assalamualikum w.b.t.

Apa blogger sekalian. Ana harap keadaan kita terus menerus mendapat naungan dan limpahan rahmatNya. Insya Allah.

Malaysia tanah tumpah darahku. Itulah semangat "nasionalisme" yang ditinggalkan penjajah British kepada benak pemikiran national Melayu. Akibatnya kita berpegang teguh dengan semangat kebangsaan menyebabkan kita melupakan dasar dan perundangan Islam yang dilaksanakan oleh Kesultanan Islam Melayu Melaka.

Para penjajah yang menakluki tanah-tanah umat Islam terus menanamkan fikrah-fikrah sesat kepada anak watan seperti nationalisme, patriotisme, kapitalisme, sukalarisme dan sebagainya. Akhirya berjayalah agenda kuffar memesongkan identiti umat Islam. Kesan daripada hal yang sedemikian maka satu persatu maruah umat Islam ditanggalkan tanpa umat Islam merasa sedar dan malu. Contohnya pemakaian pakaian renang bagi wanita kerana dimomokan untuk mengharum nama negara dipersada dunia. Hakikatnya golongan kuffar menepuk tangan atas keberjayaan pemikiran mereka dalam diri individu yang bernama MUSLIM!

Begitu juga negara Malaysia tidak terkecuali mendapat tempiasnya. Sebentar tadi (3.50 pagi 7/12/2009) saya melihat Buletin Utama . Sudah lama tidak melihat tv3. Tapi bila ana melihat tv3 ada isu yang perlu ana kupaskan dalam entri saya untuk kali ini.

1-TARIAN CUTI-CUTI ONE MALAYSIA

Selepas PM Malaysia ke 6 mengagaskan "One Malaysia" saya melihat pelbagai cara slogan itu diamati. Maka munculah pelbagai slogan yang menggunakan konsep "One Malaysia". Bagaimanapun itu adalah cara seseorang pemimpin menarik sokongan rakyat marhean. Sebelum ni Tun Dr Mahathir dengan slogan "Wawasan 2020" yang mementingkan aspek kemajuan teknologi dan industri tetapi memberi kesan aspek kemunduran dan kebejatan sosial dan akhlak. Begitu juga dengan Tun Abdullah Badawi membuat "pendekatan baru dalam Islam" dengan gagasan "Islam Hadhari" tetapi perkara itu membuatkan ia tidak dapat bertahan lama pemerintahanya.

Wang bukanlah segalanya untuk merubah sesuatu perkara. Amalan yang mereka praktikan dengan menggunakan peruntukkan yang banyak untuk sesuatu perkara amat tidak berbaloi. Contohnya ialah Kempen "Tak Nak Merokok" yang membelanjakan RM 20 juta (seingat saya) tetapi gagal membendung sehingga kerajaan terpaksa menaikkan harga rokok untuk membendung kewangan para perokok dari membazir. Kita melihat Kerajaan PAS Kelantan yang memerintah hampir 20 tahun berjaya membentuk masyarakat Kelantan yang sayangkan ilmu dan membenci perkara maksiat dengan menguatkan enekmen kerajaan negeri seperti larangan hiburan melampau, pemakaian aurat dan sebagainya.

Adakah Tarian Cuti-cuti One Malaysia mampu membentuk sakhsiah remaja?

Mungkin ada jawapan dikalangan mereka yang menjawab untuk mengenali jati diri dan budaya pelbagai kaum. Tetapi sejauh mana keberkesanannya? Kita akan lihat 2 hingga 3 tahun akan datang kalau tidak di angkat Islam sebagai  paksi kehidupan mungkin "One Malaysia" akan terkubur...

2-KARNIVAL JOM HEBOH (KJH)

Untuk pengetahun kita 2010 ialah edisi ke 8 KJH. Apa program yang dinantikan oleh remaja? Sudah tentu konsert malam penutup yang menampilkan artis tanah air. Sebelum ini, sudah ramai ilmuan dan mufti menentang KJH. Tetapi apakah daya, suara artis lebih diangkat tinggi berbanding suara ulama. Mungkin KJH edisi ke 8 sebagaimana dinyatakan oleh Datuk Farid Ridzuan (Ceo Media Prima) untuk membuka lokasi yang baru di Kelantan dan Terengganu pada 2010.
Jika KJH diluluskan di Kelantan mungkin Tuan Guru Datuk Nik Aziz akan mengubah Karnival Jom Heboh kepada "Karnival Jom Hisab Diri". Dengan adanya diskusi Ilmu dan penghayatan agama buat rakyat Kelantan. Bagaimanapun kita lihat sama ada KJH akan diadakan di Kelantan atau tidak . Mungkin juga modul KJH akan dirombak oleh Tuan Guru kepada penghayatan Islam. Insya Allah.

3-WE LOVE TOK GURU

Ini mungkin isu yang tidak perlu ana ulas. Bermula dengan kisah "100 budak nakal" yang membawa suara 1000 Jemaah Rakyat Perihatin Kelantan" yang mendesak Tuan Guru meletakkan jawatan. Tetapi yang menyokong teguh Tuan Guru Nik Aziz ialah 10 000. Bagaimanpun itu isyarat kepimpinan ulama perlu dipertahankan semua lapisan masyarakat khususnya muslim.

Itulah antara coretan peristiwa yang berlaku di Malaysia. Semua ini perlu kita kembalikan kepada Al Quran dan Sunnah. Firman Allah s.w.t didalam kalamNya yang mulia:

"maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan kembali kepada kami?"

                                                                                                                       surah al mukminun : 115

Marilah kita renungi hadis Rasulullah s.a.w untuk muhasabah kita bersama:
 Daripada Ali Bin Abu Talib R.a, Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila umat ku telah membuat 15 perkara maka bala pasti akan turun pada mereka antaranya:
1-apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2-apabila amanah dijadikan sesuatu sumber keuntungan
3-Zakat di jadikan hutang
4-Suami menuruti kehendak isteri
5- Anak derhaka kepada ibubapanya 
6- Sedangkan (anak derhaka) berbaik kepada rakanya
7-(anak derhaka) ia suka menjauhkan diri dari ayahnya
8-Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9-Yang menjadi ketua di satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka
10-seseorang di muliakan kerana ditakuti kejahatannya
11-Arak sudah di minum di merata tempat
12-Kain sutera banyak dipakai kaum lelaki
13-Artis-artis disanjung tinggi
14-Muzik banyak dimainkan
15-Generasi akhir umat ini melaknat generasi pertama(sahabat)


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi, ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain."
                                             hadis riwayat Imam Tirmizi hafizallahutaala


Itulah sedikit sebanyak ingatan untuk kita renungi maksiat yang berlaku kini dan nantikanlah bahawa kedatangan kiamat itu adalah pasti.
Hanya Allah saja yang Tahu.


Muhammad Aliffudin b Ramlee
6.26 pagi
7/12/2009


tarian cuti-cuti "one malaysia"

konsert yang melampau  melalaikan remaja islam


BERDIRI TEGUH MEMPERTAHANKAN KEPIMPINAN ULAMA
TAKBIR!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar