Kamis, 17 Desember 2009

1431 HIJRAH....LEMBARAN BARU UNTUK UMAT ISLAM

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Marilah kita melafazkan setinggi keagungan syukur kepada Sang Pencipta. Kerana kita masih lagi diberi peluang menghirup nafas Islam. Selawat dan salam ku utuskan kepada kanjeng junjungan agung Saidina Muhammad s.a.w dan para sahabatnya. Mudah-mudahan dipermudahkan kami bertemu dengan mu Ya Rasulullah di telaga Kauthar. Amin.

1430 H...APA SUDAH KITA LAKUKAN ?

Ya memang singkat hidup ini. Memang benar apa yang dibicarakan oleh Junjungan Agung S.A.W yang bermaksud:

Daripada Anas B Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: " tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan sepereti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari sehari dirasakan seperti satu jam dan satu ja dirasakan seperti satu petikan api"
                                             Hadis Riwayat: Imam Tirmizi

APA ITU AWAL MUHARRAM ?

Bagi mereka yang mengaku MUSLIM, sudah tentu mereka mengenali apa itu AWAL MUHARRAM. Pada tahun 2006 ana pernah melihat satu "terjahan" yang dilakukan oleh TV3 menerusi rancangan BULETIN UTAMA kepada masyarakat melayu di Malaysia. Di dalam rancangan tersebut, wartawan BULETIN UTAMA bertanya satu soalan yang mudah: "apakah yang dimaksudkan dengan AWAL MUHARRAM dan MAAL HIJRAH"(lebih kurang macam ni la soalan nya)

Melayu 1(dewasa lelaki): "awal muharram ialah perpindahan nabi dari mekah ke madinah  atau madinah ke mekah, saya pun tak pasti la'"
Melayu 2 (budak remaja): " tak tahu la pulak pasal awal muharram atau hijrah"
Melayu 3 (perempuan): "----" tiada jawapam hanya senyum saja

Itulah antara realiti masyarakat kita di Malaysia. Adakah pemahaman Islam sudah sempurna. Itu baru soalan berkaitan Maal Hijrah atau Awal Muharram. Belum ditanya lagi soalan berkaitan peristiwa Awal Muharram dan sebagainya.

Ini menunjukkan masyarakat kita dalam keadaan begitu cetek pemahaman Islam mereka. Apakah barah yang sedang menghidap dalam diri masyarakat kita ini:

1- Hiburan Melampau

Program menjadi artis seperti cendawan tumbuh selepas hujan tiada henti . Bermula dengan Akademi Fantasia (AF), Malaysia Idol, Who Will Win, Mentor, Gangstarz, Bintang Kecil, One Malaysian in Milion dan sebagainya. Mereka yang tidak diterima akan menangis, keluarga mereka menangis tetapi Darah umat Islam di Pelestin ditumpahkan secara haram sedikit pun kita  tidak  menangis. Diwujudkan pula pengiktirafan kepada artis-artis . Seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Anugerah Bintang Popular. Anugerah Karyawan, Anugerah Oscar Malaysia, Anugerah Industri Muzik dan sebagainya. Semua ini diwujudkan bagi pengiktirafan kepada artis-artis tetapi amat menyedihkan tiada pengiktirafan kepada sarjana-sarjana Islam, cendiakawan Islam. tokoh-tokoh Islam yang berjuang menegakkan kebenaran .

2- Murtad

Datuk Harussani (Mufti Perak) pernah memaklumkan 200 000 orang murtad. Kita tidak perlu melihat lebih jauh. Lihat sahaja statistik yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan pada tahun 2002 bagi calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mengatakan 24000 orang tidak tahu mengucap kalimah syahadah. Mungkin perkara sedemikian akan berlaku pada anak kita, adik beradik kita, jiran kita, kaum kerabat kita dan sebagainya.

3-Anak Tidak Sah Taraf

Masyrakat Malaysia semakin parah dalam isu akhlak. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari Januari 1999 hingga Jun 2004 kelahiran anak tidak sah taraf (anak haram) ialah 70340 orangmanakala anak tidak sah taraf bagi kaum  melayu islam 40000 orang. Cuba kita bayangkan kita berada pada tahun 2009. Berapa ramai bayi yang tidak berdosa akan dilahirkan?

1431 H...APA PERANCANGAN KITA ?

Marilah sahabat-sahabat sekalian kita letakkan azam baru untuk memartabatkan Islam. Kita berjuanglah disetiap ceruk lapangan dakwah bagi memartabatkan Islam. Susun perancangan kita seelok-eloknya kerana kebatilan yang dirancang akan memusnahkan kebenaran yang tidak dirancang. Terima Kasih.


Selamat Menyambut Awal Muharram 1431 H




Muhammad Aliffudin B Ramlee
10.24 pagi
17/12/2009

Tidak ada komentar:

Posting Komentar