Jumat, 04 Desember 2009

KU KORBANKAN KAMBING KU....


Assalamualikum w.b.t

Rasanya belum terlambat untuk ana menceritakan perjalanan ibadah korban Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah. Akhirnya sempat juga ana menyiapkan entri pada kali ini untuk tatapan pengunjung blog SOUTUL NAHDHOH. 

(dicopy paste dari: http://www.dpm-mansoura.blogspot.com/)

Tarikh : 11 Zulhijjah 1430H bersamaan 28hb November 2009
Masa mula : 08:00 Pagi
Berakhir : 10:30 Malam
Tempat : Depan DPJA
Kehadiran : 40 Orang
Pengarah : Us Alifuddin bin Haji Ramlee

Timb Pengarah : Utz Adayana Bt Mohamed
Penyembelih : Us Salman bin Maskuri

PENYEMBELIHAN DAN MELAPAH

Seawal jam 8 pagi kelihatan ahli DPMM mula datang ke DPJA bagi membantu proses penyembelihan dan melapah. Sekitar jam 9 pagi proses penyembelihan bermula. Al-Fadhil Us Salman bin Maskuri telah menyembelih ketiga-tiga ekor kharuf yang ada. Setelah selesai proses penyembelihan, proses melapah diteruskan dengan membahagikan kepada tiga kumpulan bagi ketiga-tiga ekor kharuf tersebut. Apabila selesai melapah, tugas seterusnya diserahkan kepada ikhwah-ikhwah dihalaman DPJA bagi proses memotong daging dan tulang untuk diagihkan pada awalnya. Beberapa ahli akhawat juga turut sama membantu dalam menyediakan Nasi Impit kuah kacang di sebelah pagi dan Nasi Goreng di sebelah petang bagi petugas-petugas yang bertungkus lumus bagi proses sembelihan dan lapahan ini.

PENGAGIHAN DAN MEMASAK

Sekitar jam 1 tengah hari, proses sembelihan dan lapahan selesai. Permasalahan berlaku apabila daging korban yang telah siap dipotong tidak mencukupi untuk diagihkankan kepada semua ahli DPMM. Perbincangan diadakan bagi menyelesaikan masalah ini. Cadangan daripada Us Salman bin Maskuri telah disepakati iaitu memasak kesemua daging korban tersebut. Alhamdulillah kesemua petugas masih sanggup dalam membantu proses seterusnya iaitu memasak. Beberapa ikhwah diminta untuk membeli barang dan selebihnya memotong daging. Pihak akhawat sekali lagi membantu bagi memotong dan menyiapkan barang-barang bagi proses memasak. Kari daging kharuf adalah menu utama beserta nasi telah dipersetujui. Beberapa orang ahli telah men'infaq'kan duit mereka untuk proses memasak ini. Sekitar jam 6 malam, lauk dan nasi siap dimasak. Kesemua ahli ikhwah telah dijemput melalui yahoo mesengger untuk ke DPJA bagi menjamu selera untuk ahli akhawat pula, lauk telah diagihkan oleh beberapa orang ikhwah pada malam tersebut juga. Seusai jam 10:30 malam majlis selesai.

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh mahasiswa/wi yang sama-sama membantu dalam menjaya ibadah korban pada sesi ini. Ribuan kemaafan dihulur di atas segala kekurangan yang ada. Moga setiap amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah s.w.t. sebagai bekal untuk bertemu dengan-Nya. Amin ya rabbal alamin.


SISIPAN KENANGAN DI INGATI BERSAMA

Firman Allah s.w.t di dalam Al Quran yang mulia :


"dan bagi setiap umat Kami syariatkan penyembelihan (korban), agar mereka menyebut nama Allah atas rezki yang dikurniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternak. Maka tuhanMu ialah tuhan yang maha esa , kerana itu berserah dirilah kamu kepadaNya . Dan sampaikanlah (muahmmad) khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)."

                                                                                                              surah al haj : 34






kambing ini dimiliki oleh Ustaz Izharrudin (bob)




 kambing ini dimiliki oleh seorang ustazah


kambing ini ana yang punya...comel tak?


Panglima Kambing menunjuk jaguh...



ust alif junaidi ...seorang wakil rakyat beramah mesra dengan masyarakat


Ustaz Adham...datang memberikan tazkirah



suasana dihari raya adha pertama..hanya makan mee kari je...


inilah dinamakan senyum senyum kambing


ustaz salman selaku penyembelih undangan



Allahu Akhbar x3
kambing sanggup berkorban untuk saidina Ismail
adakah kita sanggup berkorban untuk Allah dan RasulNya...?



usah ditangisi pengorbananya...yang hidup kena terus berjuang untuk mengenang erti pengorbanan..


ana bersama ustaz nuralif (pak dam)


my jamaah...ust alifudin, ust alif junaidi, ust osman, ust nuralif, ust tuan azman



Panglima Hakimi...berjaya memenggal kepala kambing...


ust saiful bahry menunjukkan kaedah pembedahan yang betul...



skuad pembersih daging....


kesatuan kesefahaman membentuk kerjasama...



biar bejaga malam tetapi kehidupan siang hari tetap dilaksanakan



ini daging khoruf...bersiap sedia untuk di masak....



awas...ini tanda bukan ana gelojoh...tetapi beradab...
terima kasih kepada HEWI yang masakkan untuk kami di malam hari....

Alhamdulilah, walaubagaimanapun cara kita mengalirkan darah haiwan ternakan untuk dikorbankan tetapi kita perlu ingat bahawa bangsa yahudi dan amerika laknatullah sedang mengalirkan darah-darah saudara kita di Palestin, Iraq, Bosnia, Afghanistan dan sebagainya. Tujuan kita korban ialah untuk mendapat keredhaan Allah. Marilah kita hidup di bawah penghayatan Islam dan mengikut acuan Islam supaya nasib saudara-saudara kita yang ditindas yahudi dan amerika terbela dibawah naungan KHALIFAH.

Ana selaku pengarah untuk Korban 1430 H mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang berpenat lelah dan bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran ibadah koban pada tahun ini.Hanya Allah jualah dapat membalas jasa kalian. Jazakalah.


Muahmmad Aliffudin B Ramlee
1.15 pagi
 4/12/2009 bersamaan 17 Dzulhijjah 1430 H
 




 


1 komentar:

  1. Gambaq panglima pegang kepala kambing tu paling ganaz.... dan gambaq makan mee sperti org yg x mkn seminggu tu pling sopan..hehehehehe

    BalasHapus