Selasa, 15 Desember 2009

TAHNIAH UNTUK SKUAD 23 TAHUN MALAYSIA



Assalamualikum w.b.t.

Alhamdulilah. Malaysia berjaya melangkah ke final bagi kali ke 10 (tak salah ana) untuk Sukan Sea di Loas. Kali terakhir Malaysia layak ke final dalam sukan serantau ini ketika Sukan Sea di Kuala Lumpur.

 Apa yang membanggakan ketahanan skuad kendalian Rajagopal mengusai permainan dengan baik di separuh masa pertama. Tetapi Laos mula menunjukan kebangkitan mereka di separuh masa kedua.  Bagaimanapun Malaysia berjaya memberikan tentangan yang sengit bagi merancakkan situasi perlawanan.

Gol Malaysia pertama pada minit ke 13 dijaringkan oleh Baddrol yang membuat lipatan gunting. Baddrol sekali lagi menambah derita Laos pada separuh  dengan sepakan "kuisan" ke pihak lawan. Manakala gol ketiga Malaysia menjelma pada minit ke 81 oleh Syafiq.


Apa-apa pun sebenarnya pada pandangan saya bola sepak Malaysia boleh meningkat jika berlaku ketelusan dalam sistem bola sepak Malaysia. Ini kerana sukan bola sepak merupakan sukan teras negara dan banyak membazir wang rakyat.


Sekali lagi Tahniah buat Skuad Bawah 23 tahun dan mudah-mudah dapat menewaskan Vietnam di final nanti.
Insya Allah.


Alhamdulillah.


Muhammad Aliffudin B Ramlee
11.31 tengah hari
15/12/2009



Tidak ada komentar:

Posting Komentar