Selasa, 02 Februari 2010

Mansurah...betul ker bandar ni tenang?




sungai nil di Mansurah

masjid Nasr di tengah bandar Mansurah

Ketika kali pertama menjejakkan kaki di Mansurah ana berasa begitu tenang sahaja. Memang Mansurah , bandar yang jauh daripada ksibukan Kota Kaherah . Bandar ini menawarkan kepada masyarakat kehidupan yang harmoni. Kalau mengikut sejarah Mansurah bermaksud "Bandar Kemenangan". Bandar ini pernah menjadi saksi kepada pejuangan Islam dan Peperangan Salib. Dibumi bertuah inilah terpenjaranya Panglima Perang Salib King Louis ix.

Baru-baru ini ana berkesempatan menjadi musyrif (pengawal akhwat) kepada pelajar perubatan dari Kaherah. Oleh kerana bilangan mereka yang ramai maka sahabat baik ana mempelawa untuk membantu dia. Pada asalnya agak keberatan lantaran peperiksaan semester awal yang belum habis lagi. Tetapi memandangkan jumlah bilangan pelancong(akhwat perubatan ) yang agak ramai maka terpaksa melaksanakan misi yang agak susah. Mana tak susah, kalau pelancong (akhwat perubatan) hendak ke Sikkah Jadid untuk membeli jubah. Siapa tidak kenal perangai perempuan kalau membeli belah (hehehehe akhwat jangan marah tau). Sehingga kawan ana geleng kepala dari hujung kedai ke hujung kedai diterokai .

Ketika dalam perjalanan pulang menghantar mereka ke Tir'ah maka salah seorang dari akhwat bercakap sesama mereka: "ermm rugi la tak dapat beli jubah di Mansurah, bila lah lagi nak datang?, tapi Mansurah ni best jugak....naik teksi baru LE 3 , pastu barang-barang sini murah , aman ,tenang tak macam Kaherah". Maka perbualan mereka (akhwat perubatan) diteruskan tanpa ana menghirau.

Yang menjadi persoalan sekarang betul ke mansurah ni aman, tenang. Jika diukur dari sudut kebendaan dan keduniaan maka saya boleh bersetuju. Tapi jika diukur dari sudut keselamatan adakah kita boleh melebelkan dan bersetuju ?. Saya pasti mereka yang mempunyai akal yang waras tentu dapat menilainya.

Isu keselamatan semakin membimbang buat warga Malaysia di Mansurah. Kejadian kecurian dan pecah rumah sering terjadi muktahir ini.Sehingga memaksa Pengerusi DPM berulang alik ke Tir'ah menyelesaikan tugasnya sebagai Mandub . Begitu juga peranan yang dimainkan Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) mengishtiharkan "Darurat". Pelbagai ikhtiar dilaksanakan seperti memasang mangga dan kunci, solat hajat dan sebagainya. Begitu juga di DPM , bacaan Hizb dan solat hajat juga dilakukan.

Kadang-kadang ana berasa pelik ada segelintir akhwat sanggup meredah malam tanpa menggunakan khidmat musyrif. Ada daripada mereka beralasan "ala ustaz x da apa2...ok jer". Tak kurang yang mengata sedemikian "kami bukan x mau guna khidmat musyrif kami x nak susah kan diorang". Memang diMansurah tiada apa tapi apakah baik jika kita mengambil langkah berjaga-jaga. Adakah kita boleh tawakkal sahaja tanpa ada konsep usaha?.

Alhamdulilah keadaan keselamatan dan kecurian dikalangan warga Malaysia semakin menurun. Kita berharap suasana ini terus aman dan damai. Mungkin bala yang Allah timpakan kepada kepada kita sebagai peringatan bagi hambanya kadang-kadang lalai dengan tugas kita sebagai HAMBA ALLAH bukan HAMBA DUNIA.

Mudah-mudahan keamanan dan keselamatan warga Malaysia dibumi Mansurah ini dalam naungan dan lindungan Allah selagi mana kita patuh dan taat kepadaNya. Amin.

Muhammad Aliffudin B Ramlee
3.31 petang
2/1/2010

2 komentar:

  1. Salah Akh, perkongsian yang menarik. bertuah dapat rasa suasanya di negara orang terutama ada pengalaman jadi musyrif (mcm dlm cerita KCB la plak, he2). Teringin juga nak pergi tapi apaka daya rezeki ana belum ada lagi. Insya-Allah suatu masa nanti.. Jazakallah!

    BalasHapus
  2. wasalam..terima kasih...cpt-cpt la ke sini hehehe klu kawendgn org melayu kt mesir apa salahnya....

    BalasHapus