Senin, 01 Maret 2010

BOLEHKAH KITA BERKATA SEDEMIKIAN?

 Asrama Rumah Melayu Abbasiah

Baru-baru ini ana telah mem"foward" satu mesej menggunakan rangkaian YM (yahoo mesengger). Dalam YM ada tercatat satu link yang boleh di lawati (dana syaqah) berserta satu mesej " fakta arma milik pmram....mengapa ada persatuan lain diberikn keistimewaan dan menafikan hak pmram".

Selepas beberapa saat kemudian ana menerima respon. Salah satu respon yang ana terima berbunyi : "BENDA NI ISU LAPOK DAH...KAN PMRAM DH NK BELI SYAQAH...JGN PNDNG BELAKAG TERUSKAN KEDEPAN...".

Penjelasan dari ana:

"BENDA NI ISU LAPOK DAH"

Saudara yang dirahmati oleh Allah, ini bukan isu lapok atau tidak lapok. Ini adalah hak mahasiswa sekian lama. Kalau kita seagama dan sebangsa boleh diperlekehkan dan ditindas, bagaimana penderitaan rakyat Palestin dalam memperjuangkan hak mereka. Adakah isu mereka isu lapok? Perjuangan rakyat Palestin ingin menuntut kembali hak mereka setelah ditindas sekian lama. Tetapi PMRAM tidak mengambil langkah mengangkat senjata tetapi mencari jalan perundingan dan perdamaian demi memastikan kebajikan mahasiswa/wi terjaga. Cuma ini adalah sejarah yang tidak boleh dinafikan bahawa PMRAM berhak juga ke atas ARMA.

"KAN PMRAM DH NK BELI SYAQAH"

Ya, memang PMRAM hendak membeli syaqah (apartment ) untuk dijadikan pejabat. Sedarkah kita usaha mengumpul dana syaqah telah bermula sejak tahun  2006. Kini harga sewaan pejabat PMRAM semakin meningkat . Kalau pembelian ini tidak dapat dijayakan maka kos harga rumah dan sewaan akan meningkat. Ana setuju pernyataan saudara yang berbunyi " KAN PMRAM DH NK BELI SYAQAH" kalau saudara adalah penyumbang LE 300. Jazakallah kerana sudi menyumbang.

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ۬ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ
 
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(surah al baqarah : ayat ke 261)

"JGN PNDNG BELAKAG TERUSKAN KEDEPAN...".

Ini adalah pernyataan yang ana setuju. Terima kasih kerana sudi memberi respon. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan dana syaqah boleh berjumpa dengan ana atau AJK Unit Kebajikan dan Kemanusiaan . Ana teringat kata-kata Ustaz Saiful Bahri yang berbunyi : " kita kalau nak khawin boleh pinjam duit sana sini, tetapi dalam nak buat kebajikan, derma dana syaqah banyak dalih dan dalil". Firman Allah dalam menggalakkan bersedekah :

لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ‌ۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ۬

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya
(surah ali imran : ayat ke 92)


p/s SOUTUL NAHDHOH : kepada saudara yang memberi komentar tersebut jangan sakit hati yer..sekadar memerlukan pencerahan dalam isu sedemikian. Segala komentar amat dialu-alukan. Jadi bolehkah kita berkata sedemikian ???? tepuk dada tanya iman . Jazakallah.

Muhammad Aliffudin B Ramlee
10.57 pagi
1/3/2010

Tidak ada komentar:

Posting Komentar