Jumat, 26 Maret 2010

Pilihanraya PMRAM, Soutul Nahdhoh, Ezzo , PAS dan UMNO

Plihanraya Badan Pengurus (BP) PMRAM

PMRAM sekali lagi mencatat sejarah untuk Muktamar Sanawi PMRAM kali ini mengadakan pilihan raya setelah 17 tahun tiada pilihan raya. Mungkin muktamar kali ini lebih menarik minat ahli PMRAM untuk hadir ke muktamar yang bersejarah ini.

Bagi memilih 9 calon Badan Pengurus tersebut, Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM memutuskan beberapa ketetapan berikut :

1.    Malam Ta`ruf Calon Kepimpinan PMRAM 2010 (MTC `10) : 29 Mac 2010 ( Isnin ) bertempat di Rumah Selangor jam 7.45 malam.
2.    Hari semakan daftar pemilih : 28 Mac hingga 1 April 2010 ( Rabu – Sabtu )
3.    Hari calon berkempen : 29 Mac hingga 8 April 2010 ( Isnin – Khamis )
4.    Hari dan tempat mengundi : Akan dimaklumkan kemudian

Maklumat lanjut tentang perjalanan aktiviti SPR PMRAM akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Saudara Rafzan Razak selaku Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2009 ditalian +20114527822

SOUTUL NAHDHOH

Terima kasih kepada pengunjung blog Soutul Nahdhoh. Al Faqir ingat blog ini hanya dikunjungi sahabat-sahabat dari perlembahan nil dan Malaysia sahaja. Tetapi blog Al Faqir turut dibaca oleh sahabat Al Faqir yang berbangsa Arab Mesir. Bagi memahami penulisan blog Al Faqir beliau menggunakan "google translate". Rupa-rupanya Pegawai HEP Johor turut mengetahui blog Al Faqir. Terima Kasih kepada Tuan Haji Hanif B Ahmad Naim (Abang Long) kerana memberi sedikit nasihat. Jazakallah kepada semua.

EZZO, PAS dan UMNO
 Bersama saudara Ezzo semasa Aidil Adha 2008

Alhamdulillah. Sempat juga menginap 1 malam di Rumah Johor Rabaah setelah agak kepenatan menghadiri 2 perjumpaan berbentuk mesyuarat di Kaherah bersama Naib Setiausaha Agung PMRAM dan SPR PMRAM.

Al Faqir juga sempat menghadiri Majlis Tahlil di Rumah Johor Rabaah yang dianjurkan oleh BKPJM. Dalam majlis tersebut tumpuan Al Faqir tertumpu kearah saudara Ezzo. Mungkin mahasiswa/wi di perlembahan nil begitu mengenali Saudara Ezzo.

Dari seorang yang begitu "fanatik" dengan UMNO kini saudara Ezzo meninggalkan UMNO. Beliau kini menumpu untuk menjadi "bebas". Beliau bercita-cita menjadi seorang Ahli Akedemik dan bebas memberi pandangan tanpa terikat dengan fahaman politik. Alhamdulilah Al Faqir diberi kesempatan oleh Allah untuk mendengar beberapa pandangan saudara Ezzo. 

Dalam perbualan tersebut Al Faqir lebih suka mendiamkan diri untuk mendengar pandangan beliau. Antara permasalahan yang diceritakan oleh saudara Ezzo mengenai masalah sosial mahasiswa medic di Mesir, lambakan mahasiswa perubatan , isu zakat yang diselewengkan dan bermacam lagi.

Tetapi yang lebih menarik perhatian Al Faqir ialah isu Kelab UMNO Kaherah dan pandangan saudara Ezzo kepada PAS bagi memenangi pilihanraya di Malaysia. Tetapi semua isu tersebut Al Faqir tidak berniat untuk menceritakan disini. Cuma saudara Ezzo berkata kepada kami bahawa dia begitu berhasrat  melihat Johor jatuh ke tangan PAS dan beliau akan berpuasa selama 2  hari (ana akan tuntut janji ini kalau ia berlaku...insya allah....). 

Walaubagaimanapun Al Faqir bukan hendak mengangkat cerita Saudara Ezzo,cuma sekadar perkongsian di Soutul Nahdhoh.

Muhammad Aliffudin B Ramlee
11.10
26/3/2010

Tidak ada komentar:

Posting Komentar