sebahagian siswa yang menghadiri program ihya.....
"tak ramai orang pun", "mana yang lain", "ahli bait tak mai ka".....itulah antara ungkapan yang sering terpacul bila tiba ihya malam jum'ah di Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.
Ihya Malam Jum'ah dianjurkan oleh Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) sejak sekian lama. Kini Ihya Malam Jum'ah telah berkerjasama dengan Unit Madrasah Duat (UMAD) untuk mempelbagaikan penghayatan malam Jumaat. UDPI hanya menganjurkan bacaan yasin dan tahlil serta tazkirah dari ahli DPMM atau kepimpinan. Manakala UMAD menganjurkan program yang berbentuk menceburkan diri di medan masyarakat. Antara yang telah dilaksanakan oleh UMAD, pembentangan kertas kerja teknik ucapan dan Akedemi Tazkirah.
Al Faqir pernah tanya senior di Mansurah berkenaan dengan Ihya Malam Jum'ah disuatu masa yang dahulu:
Ustaz Abdul Qadir : "dulu , bila tiba ihya malam jum'ah ia macam hari raya...ahli akan ramai turun....sampai bila tiba ihya malam jum'ah abang-abang lama akan streka jubah-jubah mereka..."
Ustaz Adham : "masa dulu ihya malam jum'ah dibawah Unit Kampus Siswa (KAMSIS)...kini tak tahu la plak macam mana..."
Disini ana sertakan link laporan Ihya Malam Jum'ah DPMM yang bertarikh 20/10/2009 ZIKIR
Iklan Ihya Malam Jum'ah yang diterbitkan di blog DPMM
Jom sahabat-sahabat kita memeriahkan Ihya Malam Jum'ah .....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar