"sesungguhnya setiap jalan dakwah disertai oleh cabaran dan tribulasi, sesungguhnya aku takut jika jalan perjuangan tiada cabaran ditakuti tersalah pilih jalan perjuangan, kerana para rasul-rasul terdahulu perjuangan mereka disertai onak dan duri" -Figur Dakwah Syeikh Mustafa Mashur
Kamis, 29 April 2010
Jangan terpengaruh dengan agenda sempit mereka
Badan Bukan Kerajaan, SOL atau Sisters of Liberalism secara rasmi membuat bantahan kepada Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter ekoran wujudnya koc ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’. Koc dengan warna merah jambu bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada orang perempuan itu diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam. Ia juga akan mulai diluaskan ke laluan lain mulai Mei ini (lihat di sini).
Jurucakap SOL, Wan Gayah Ibrahim mengkritik perlaksanaan tersebut sebagai 'menghina, merendahkan kemampuan, dan menyebabkan wanita tersisih dalam satu gerabak pendek serta kecil berwarna suram iaitu merah jambu.'
"Kami menuntut kesamarataan. Wanita mesti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Lagipun, koc yang disediakan oleh KTMB membuatkan sesetengah wanita yang ingin bergaul bebas dengan lelaki seperti teman lelaki mereka berasa tidak selesa. Wanita mesti diberi peluang untuk berkawan-kawan. Koc ini juga menyebabkan lelaki yang cenderung keperempuanan atau perempuan yang cenderung kelakian berasa dianaktirikan, diketepikan dan didiskriminasikan. Ini tidak sihat untuk Malaysia. Dalam negara yang mengamalkan 1Malaysia kita patutnya mengamalkan '1Koc Untuk Semua." Kata Wan Gayah Ibrahim yang pernah menjadi imam sembahyang Jumaat di beberapa surau di Bangsar dan Bukit Bintang satu masa dahulu.
Apabila ditanya mengenai sambutan positif penumpang wanita terhadap koc tersebut, Wan Gayah Ibrahim cuma menjawab dengan nada skeptikal, "Mereka yang menggunakan koc tersebut kolot. Apa salahnya duduk dan berdiri bersesak-sesak dengan lelaki? Ini adalah alaf baharu. Perlaksanaan koc wanita ini kerana terikut-ikut dengan negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Iran. Jangan gunakan alasan gender untuk mengenepikan wanita."
Kolumnis terkenal sebuah akhbar tabloid, Datuk Paduka Ir. Kholidah Samad yang turut dihubungi bagaimanapun sedikit berbeza pandangan dengan Wan Gayah Ibrahim, "Kalau koc itu dilaksanakan supaya wanita tidak kena raba dek lelaki maka saya sokong. Punggung saya sendiri pernah kena pegang sekali dulu di Shah Alam. Saya tak suka orang pegang punggung saya. Tapi kalau koc itu dilaksanakan kerana alasan hukum iaitu lelaki dan perempuan tidak harus bercampur maka saya tidak setuju dan membantah dengan tegasnya. Setiap amalan mestilah dengan niat kata hadis nabi. Jadi saya nak tanyalah niat KTMB di sini? Hukum tidak boleh bercampur baur tu semua ciptaan ulama dan tidak sesuai lagi dengan iklim politik negara kita pasca PRU ke 12." Demikian ujar penyokong kuat SOL tersebut.
SUMBER: FAISAL TEHRANI
ULASAN SOUTUL NAHDHOH
Makin melampau puak-puak liberal. Orang buat baik dipertikaikan.Sedangkan perkara yang dibuat KTMB ini telah disokong oleh ramai pihak. Inilah anak didik barat yang telah didoktrinkan . Banyak benda lain yang baik boleh difikirkan . Kepada wanita di Malaysia usah hiraukan pandangan SOL. Teguhkan hati mu, Insya Allah jiwa dan maruah mu akan selamat.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar