Kamis, 08 April 2010

LE 1.72434



LE 1.72434 ...."wow! tingginya kadar tukaran dari RM 1 ke pound Mesir LE 1.72434". Rata-rata mahasiswa di Mesir begitu mengambil ihtimam dengan nilai ini. Ini mungkin nilai tertinggi yang pernah ana rasai setelah setahun di sini.

Masing-masing mahu ke bank untuk mengeluarkan duit untuk mendapat habuan runtuh ini. Ada juga sanggup menunggu dengan harapan agar nilai ini terus naik.

Tetapi ana ingin berkongsi satu kaedah yang diajarkan oleh Islam agar nilai-nilai ini terus bertambah.....sahabat tahu apa kaedahnya ?

........................................
........................................

Kaedahnya adalah INFAQ. Infaq adalah cara menambahkan harta kita. Orang yang beriman harus menyakini kelebihan infaq. Kalau kita sering kali mengejar kenikmatan dunia yang sementara , alangkah baiknya kita berebut-rebut untuk mengecapi kenikmatan abadi di syurga. Infaq adalah amal yang bercucuk tanam di dunia dan menuai di akhirat.

Adakah sahabat-sahabat percaya dengan apa yang dikhabarkan oleh Al Quran?

"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka (bersedekah) pada jalan Allah laksana sebiji (benih) yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, setiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan ganjaran-Nya kepada siapa yang disukai-Nya dan Tuhan itu Maha Luas pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." ( Al Baqarah : 261 )
 
  “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
 
Tepuk dada , tanya Iman. Jom bersedekah
 
Muhammad Aliffudin B Ramlee
4.29 petang
8/4/2010

1 komentar: