Nampak isu ahli parlimen masuk ke rumah Allah semakin berlarutan. Walaupun Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan (Malaysia) membenarkan non muslim masuk ke rumah Allah dengan beberapa syarat tetapi ada segelintir orang jahil dan ingkar dengan apa yang diputuskan oleh majlis fatwa.
Tapi ada beberapa fakta menarik yang ingin dikongsikan dengan para pengunjung blog Soutul Nahdhoh:
1- PERKASAM sakit hati dan dengki
Selepas isu berkenaan meletus maka keesokan harinya PERKASAM pergi melawat Surau Al Falah (Surau yang dikunjungi YB Teo Nie) dengan menyerahkan RM 1000 dan meminta Ahli Jawatan Kuasa Surau Al Falah memulangkan RM 500 yang diberikan oleh YB Teo Nie untuk membaiki pagar surau. (Klik disini untuk maklumat selanjutnya )
2- 40 ULAMA MUDA UMNO SENYAP
Kemana perginya 40 ulama muda UMNO dalam isu ini. Yang bersuara pun hanya Ustaz Fathul Bahri sahaja. . Takkan dari 40 hanya seorang yang mempertahankan UMNO . Mana yang 39 orang lain. Nak harap Dr Masyitah susah juga. (klik disini)
3- Ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri
Cukup malang buat UMNO sejak akhir-akhir ini . UMNO hendak memainkan sentiment keagamaan tetapi terkena batang hidung sendiri. Sebelum ini isu doa untuk Lim Guan Eng supaya dapat hidayah tetapi UMNO baca yasin untuk Kamalanthan. Selepas itu isu non muslim masuk rumah Allah ternyata tidak menjadi kerana Isteri perdana menteri masuk surau jadi sasaran.
Sewajarnya UMNO kena bijak baca sifir. Rakyat bukan mudah lagi menerima sesuatu benda mentah-mentah. Belajar dari PAS yang bijak membaca sifir. Banyak isu lagi yang boleh UMNO perjuangkan dalam parlimen antara Isu Murtad, buang bayi , gejala social dan sebagainya. Kalau UMNO bawa isu ini pon hanya perundangan Allah sahaja yang boleh mengubati barah ini.
bijok aa alip....enta gada 'an.... :-)
BalasHapus