
Tengah: Farhan, Shamsudin, Rashid, Ilyas, Rafaie, Amin, Ana (aliff)
Depan: Hamzah,Hanif, Rashid , Faizzudin, Yusuf, Fitri
Assalamualaikum w.b.t
Syukur ku lafazkan pujian hanya untuk MU, selawat dan salam pada junjungan baginda Saidina Muhammad s.a.w serta kerahmatan kurniaan MU ya Allah kepada mereka senantiasa memastikan jalan dakwah tertegak di atas bumi ini. Aminn
Sahabat sekalian yang dirahmati Allah
Firman Allah s.w.t di dalam Al Quran yang bermaksud:
"berapa ramai kumpulan yamg kecil menewaskan kumpulan yang besar"
Apa yang kita faham melalui wahyu Allah ini?
Apa yang di sebut kumpulan yang kecil?
Cuba kita renungkan kembali sejarah perkembangan tamadun Islam...bagaimana para pejuang Islam meletakkan Islam di tempat yang tinggi. Sejarah telah membuktikan dengan berlakunya peperangan pertama dalam tamadun Islam iaitu Peperangan Badar. Umat Islam berperang dalam serba kekurangan. Begitu juga didalam siri peperangan yang lain umat Islam berperang menentang musuh Allah dan Rasul dalam jumlah kekuatan yang begitu sedikit. Tetapi mereka diberikan kemenangan oleh Allah s.w.t walaupun dalam bilangan yang sedikit. Benarlah firman Allah :
"kamu tolong agama Allah nescaya Allah akan menolong kamu dan menegakkan kaki-kaki kamu"
Pernahkah sahabat sekalian menghadiri USRAH?
Ya sudah tentu para mereka yang ingin melihat Islam kembali di muliakan sudah tentu pernah mengikuti USRAH. USRAH bagi pendapat ana adalah kumpulan yang kecil dan para ahli USRAH saling menyaling diantara mereka membina kefahaman bersama, membina kerjasama dan saling tolong menolong. Mereka bertemu atas kasih sayang yang dibina atas manhaj yang murni. Itulah USRAH yang ana faham. Bagaimana pengertian USRAH yang sahabat sekalian faham pula?
Sejak ana dipundakkan amanah oleh Allah s.w.t ana agak kurang menghadiri USRAH. Ini mungkin kerana kelalaian ana dalam menyusun jadual waktu. Ya bagi diri yang hina ini, ana mengenal USRAH ketika di tingkatan 2 di Madrasah Arabiah Kluang dan naqib ana ketika itu adalah Akh Hasbullah . Akh Hasbullah merupakan salah seorang anak murid Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ketika di tingkatan 5 ana diberi pentaklifan sebagai naqib dan membawa halauan halaqah atau USRAH ketika tidaklah susah mana. Ini kerana manhaj yang diberikan amat mudah untuk diikuti ana dan sahaja.
Semasa ana di Maahad Johor, sekali lagi ana di beri pentaklifan sebagai naqib. Tapi dalam masa yang sama salah seorang sahabat ana yang bernama akh Faizzudin telah menubuhkan satu kumpulan USRAH yang baru. Ini bermakna ana mengikuti 2 kumpulan USRAH. Lalu ana dan para sahabat ketika itu menamakan kumpulan kami sebagai kumpulan ANSORULLAH.

Alhamdulillah kini tiba di Mesir ana , ketika tahun pertama ana masih lagi mengikuti USRAH dibawah pengurusan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah. Naqib ana ketika itu ialah Al Fadhil Ustaz Asri . Namun kini ana melihat semangat untuk berUSRAH dikalangan para sahabat sudah pudar. Apakah fenomena yang berlaku? Apakah kita masih tidak menyedari perkara ini? Racun-racun pemikiran barat mula meresapi dalam pemuda Islam kita.
Tahukah sahabat sekalian USRAH adalah persediaan kelompok kecil sebelum kita mendirikan sesebuah negara Islam. Bagaimana kita ingin menegakkan Islam dalam masa yang sama kita masih belum mampu memahami antara satu sama lain. Bagaimana kita ingin menggongcang kuffar kalau dalam kita masih ada perpecahan yang berlaku.
Ayuh sahabat, entri kali ini ditujukan pada diri ana yang hina. Marilah kita mengikuti USRAH dan kita membina kekuatan Islam dari bawah. Kalau perancangan Freemason bermula dari bawah untuk merosakkan Islam. Kita juga perlu membina kekuatan dengan kumpulan yang sedikit dari bawah untuk menangkis.

Salam Penghayatan USRAH untuk semua
Satu Fikrah Satu Amal
Muhammad Aliffudin B Ramlee
6.00 malam
27/10/2009