Sabtu, 10 Oktober 2009

DANA SYAQAH PMRAM 2009


Assalamualaikum w.b.t

Segala puji kita panjatkan pada RABBUL JALIL dan selawat serta salam kita sertakan pada JUNJUNGAN kita Saidina Muhammad serta para zuriat dan keturunanya. Kepada para sahabat - sahabat rasul yang senantiasa menyambung wasilah perjuangan baginda serta para mereka yang mengikuti dari semasa ke semasa hingga ke hari qiamat.

sahabat- sahabat sekalian,

Ana mengucapkan setinggi terima kepada semua ahli DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA/WI MANSURAH kerana memberi peluang pada insan yang kerdil ini memegang amanah yang dipundakkan di atas bahu ana sebagai Tim. Setiausaha Agung DPM MANSURAH sesi 09/10.

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR(PMRAM) sebagai wadah pejuangan mahasiswa/wi melayu Islam di Republik Arab Mesir. Sesungguhnya setiap perjuang yang mendaulatkan Islam memang wajar disertai pelbagai mehnah dan tribulasi dalam kerja dakwah. Sesuai dengan firman ALLAH s.w.t pada ayat kedua dari surah Al- Mulk :

"yang menjadikan kematian dan kehidupan sebagai menguji kamu siapayang paling baik amalanya "
Ayat diatas sesuai dengan mutiara indah dari seorang figur dakwah Ikhwan Muslilmin , Syeikh Mustafa Mashur :

"sesungguhnya setiap jalan dakwah disertai oleh cabaran dan tribulasi, sesungguhnya aku takut jika jalan perjuangan tiada cabaran dan ujian, ditakuti tersalah pilih jalan perjuangan, kerana para rasul-rasul terdahulu perjuangan mereka disertai onak dan duri"

sahabat- sahabat sekalian,

Untuk pengetahuan , PMRAM ketika dahulu menjalankan segala operasi pentadbiran di Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah (ARMA). Ketika 1994 PMRAM mendapat notis untuk mengosongkan pejabatnya di ARMA bagi memberi kepada pihak KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH (KBMK) untuk membaiki kerosakan ARMA.

Walaubagaimanapun setelah ARMA dibaiki pulih, PMRAM tidak dibenarkan kembali pada pejabat asalnya di ARMA. Akhirnya PMRAM terpaksa menyewa sebuah apartmen bagi menjalankan operasi pentadbiranya . Namun dugaan kepada hambaNya tetap datang bagi menguji sejauh mana istiqomah seorang hamba pada jalan dakwah. PMRAM terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga sewa dari setahun ke setahun. Pada bulan November 2008 harga sewa meningkat pada LE 1800.

Atas kesedaran ahli PMRAM, pada 2006 ahli PMRAM telah mencadangkan agar pihak PMRAM dapat membeli dan memiliki apartment sebagai pejabat rasmi PMRAM. PMRAM telah meletakkan target pada tahun tersebut untuk mengumpul LE 1.5 juta. Ketika mana MUKTAMAR SANAWI PMRAM ke 76 pada tahun 2009 salah seorang mantan pimpinan PMRAM telah mencadangkan usul yang berbunyi:

",menjayakan pembelian syaqah PMRAM akhir 2009"

Bagi menjayakan matan usul ini, semua ahli perwakilan muktamar telah bersetuju bagi menjayakan usul tersebut. Mekanisme yang boleh kita jayakan adalah:

1) Bayaran tunai LE 300
2) Bayaran ansuran LE 300 selama 3 bulan
3) Bayaran ansuran LE 300 sehingga akhir DISEMBER
4) Sumbangan dan derma ikhlas kepada Tabung Dana Syaqah PMRAM
5) Bagi pelajar yang ingin pulang ke tanah air, disarankan untuk membawa proposal
dana syaqah
6) Mendoakan dan solat hajat supaya hasrat PMRAM memiliki syaqah terlaksana pada
akhir tahun ini.

sahabat- sahabat sekalian,

Apa tujuan PMRAM berhasrat memiliki apartmen pentadbiran sendiri?
1) Melincinkan perjalananpentadbiran PMRAM
2) Mengurangkan kos perbelanjaan bayaran sewa pejabat dan urusan kepejabatan
3) Mempunyai hak mutlak diatas pengurusan pejabat PMRAM

Untuk kepimpinan Badan Pengurus PMRAM sesi 2009, Misi Dana Syaqah di bawah Naib Presiden 3 selaku Badan kebajikan dan Kemanusiaan. PMRAM berhasrat untuk memiliki pejabat pentadbiran sendiri pada akhir 2009 ini. Marilah kita bersama merialisasikan hasrat kita bersama bagi memartabatkan Islam dan perjuangan mahasiswa/wi melayu islam di perlembahan Nil ini.

Akhir kalam selamat kita menjayakan DANA SYAQAH PMRAM dan terima kepada mereka telah memberi sumbangan derma bagi menjayakan misi ini secara langsung atau tidak. Mudah-mudahan ALLAH dapat membalas kebaikan antum semua. Amin ya ALLAH.



"JULANG THAQAFAH BAKTI DI CURAH"


Muhammad Aliffudin b Ramlee
Tim. Setiausaha Agung
Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
5.50 pg (10/10/2009)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar