Rabu, 21 Oktober 2009

ALHAMDULILLAH ....PROGRAM KUTUB SITTAH PMRAM BERJAYA

Assalamualaikum w.b.t Syeikh Ali Jum'aah bersama Pemangku Presiden PMRAM

Syukur pada ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih mennghirup nafas Islam dan Iman . Semoga limpahan barakah ini berterusan hingga kita mendapat maradhatillah. Insya Allah

Pada 17-20 Oktober yang lepas Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah mengadakan Majlis Pembacaan Hadis Kutub Sittah . Program pada asalnya akan berlangsung di Al Azhar Conference Center terpaksa di ubah ke Rumah Johor Baru di Rabaah Adawiyyah. Pertukaran tempat terpaksa dilakukan oleh PMRAM dan penganjur program pada saat-saat akhir.

Alhamdulillah , Program Kutub Sittah telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari di Rumah Johor Rabaah dan hari terakhir program telah berlangsung di Nadi Madinatul Nasr Riyyadi di Hayyu Sadis. Saya mengucapkan terima kasih pada Pegawai Rumah Johor Al Fadhil Ustaz Ahmad Haniff B Naim dan Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) al Fadhil Basir B Muhammad kerana sudi memberikan kebenaran untuk menggunakan dewan Rumah Johor Rabaah.

Benarlah firman Allah:

"mereka merancang dan perancangan Allah, Allah sahaja sebaik-baik perancang"

Walaupun ada pihak yang cuba menggagalkan namun berkat Nur Muhammad dan pengarang kitab Sohih Bukhari , Majlis Pembacaan Hadis Kutub Sittah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Apa yang menariknya dengan bayaran LE 170 amat berbaloi kerana kami para peserta telah berjaya bertemu dan bertalaqqi dengan para Masyaikh Al Azhar. Antaranya:
1) Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baaiis Al Khitthani (Muhaddis Mesir)
2) Syeikh Dr Yusri (Pakar Bedah)
3) Syeikh Dr. Ustaz Jamal Farouk
4) Syeikh Dr. Ustaz Usamah Al Azhari
5) Syeikh Dr. Rifaat Fauzi Syeikh Muhammad Ibrahim bersama Mufti Mesir

Namun pertemuan yang paling berharga dan menjadi memori dalam hidup ini adalah kesudian Sohibus Samahah AL Fadhil Syeikh Dr Ali Jum'aah Muhammad iaitu Mufti Mesir. Ramai dikalangan para peserta tidak percaya akan kehadiran Mufti Mesir untuk bersama kami mahasiswa melayu Al Azhar.

Pertemuan ini amat menggembirakan saya dan sahabat disamping mendapat beberapa sanad daripada Syeikh Dr Ali Jum'aah dan para Masyaikh Al Azhar yang lain. Selain itu Syeikh Muhmmad Ibrahim Al Khittani mencadangkan supaya program mendengar kalam-kalam Rasulullah s.a.w dapat diteruskan dan menjadi program mingguan.

Ya Rasul, hanya ini sahaja yang mampu kami lakukan bagi melihat kalam-kalam suci dapat difahami dan diamalkan dalam hidup kami.

Alhamdulilah daripada 7563 hadis sohih di dalam Kitab Shohih Bukhari , kami telah mendengar 1772 hadis dan bab terakhir yang kami dengar adalah bab haji. Semoga kami dapat melazimi mendengar hadis Nabawiyyah. Insya Allah. Masyaikh Al Azhar

Saya mengucapkan terima kasih kepada ajk pelaksana kerana bertungkus lumus bagi memastikan berjayanya program murni ini .Alhamdulillah tanpa pengorbanan kalian sudah tentu program tersebut tidak berjaya. Jazakallah.

Anda boleh lawati laman ini:
http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/
http://hairulnizammathusain.blogspot.com/


Muhammad Aliffudin B Ramlee
11.00 pagi
Rumah Johor Rabaah
22/10/2009

1 komentar: