Sabtu, 24 April 2010

MUKTAMAR WAFIDIN di Mansurah


Begitu gamatnya Muktamar Wafidin bersama pihak pengurusan Al Azhar Mansurah di Kuliyyah Dirasat Islamiyyah Lil Banat. Segalanya bermula dengan isu perpindahan pelajar Mahasiswa/wi Al Azhar dari muhafazah (cawangan) ke Kaherah. Khabar angin sedemikian hampir menjadi kenyataan. Semua mahasiswa/wi wafidin (luar negera) akan ditempatkan disatu fakulti dan menggunakan silibus pembelajaran yang baru.

Bagi pendirian kebanyakan mahasiswa/wi Malaysia di Mansurah amat menentang keras dengan isu ini. Kerana isu ini akan menimbulkan permasalahan yang cukup besar pada masa akan datang. Antara faktor yang disepakati kebanyakan mahasiswa/wi :

1) Ekonomi dan penempatan.

Bagi mahasiswa/wi Melayu di Al Azhar Mansurah terdapat lebih kurang 27 pasangan yang telah berkhawin. Keadaan ini tentu akan bersangkut paut dengan permasalahan ekonomi dan penempatan. Bagi mahasiswa/wi yang belum mendirikan rumah tangga tentu permasalahan ini boleh ditangani walaupun terdapat sedikit kepahitan. Bagi mereka yang sudah berumahtangga ini merupakan cabaran yang terbesar terhadap  mereka. Selain itu , sebahagian mahasiswa/wi Al Azhar tidak mendapat bantuan kewangan yang kukuh dan stabil. Kebanyakan dari mereka hanya mengharap saluran kewangan dari ibubapa.

Selain itu,  penempatan yang sukar diperolehi di Kaherah serta mahal dan akan memberi masalah yang besar kepada rumah-rumah negeri dan Badan Kebajikan Anak Negeri kerana isu perpindahan ini bukan hanya berlaku kepada muhafazah (cawangan) Mansurah sahaja tetapi di seluruh 7 muhafazah yang lain yang terdapat mahasiswa/wi Melayu Al Azhar. Kaherah akan padat dengan pelajar wafidin (luar negara) dari seluruh dunia

2)Silibus dan Takhasus

Sebelum ini mahasiswa/wi wafidin (luar negara) Al Azhar diberikan pilihan untuk mengikuti bentuk takhasus (fakulti) yang di tawarkan . Seperti Fakulti Bahasa Arab, Fakulti Usuludin dan Fakulti Syariah . Di dalam cabang Fakulti Usuludin terdapat beberapa takhasus, seperti Aqidah Falsafah, Dakwah, Hadis serta Tafsir. Mengikut maklumat yang diperolehi. Perpindahan semua mahasiswa/wi wafidin (luar negara) untuk ditempatkan di satu fakulti akan menjejaskan sistem pembelajaran dan tiada pilihan bagi mengikuti bidang yang diminati.

Silibus pembalajaran akan berubah. Bagi mereka yang berada di tahun 4 pengajian , bagaimana nasib mereka? Adakah mereka terpaksa memulakan pembelajaran mereka dari mula?

3) Qiraat di Mansurah

Mansurah adalah satu-satunya tempat yang terdapat pelajar qiraat bagi mahasiswi . Jika perpindahan pengajian ini diteruskan , akan memberi kesan dalam isu keselamatan . Selama ini kes kecurian dan pecah rumah kerap berlaku.

Maka pihak pengurusan Al Azhar Mansurah  telah mengadakan Majlis Muktamar Wafidin bagi menjelaskan isu ini. Antara pihak pengurusan yang hadir :

1- Amid Kuliyyah Ususludin dan Dakwah Universiti Al Azhar Mansurah
2- Amid Kuliyyah Bahasa Arab Universiti Al Azhar Mansurah
3- Amid Kuliyyah Dirasat Dan Islamiyyah Dan Bahasa Arab (Mahasisiwi)
4- Semua Wakil Kuliyyah
5- Rais Syuun Wafidin
6- Mudir Tahrir
7- Doktor dan Doktorah

Majlis dimulakan dengan ucapan tetamu kehormat. Seterusnya beberapa nasihat dan cadangan dari doktor dan doktorah. Mengikut perancangan asal, DPMM menghantar 5 orang untuk menyatakan pandangan . Mereka ialah:

1-Ustaz Usman Al Amani
2-Ustaz Saiful Bahri
3-Ustaz Labib
4-Ustaz Zahimie
5-Ustaz  Amirul (Pengerusi DPMM)

Walaubagaimanapun ketika program berlangsung hanya Ustaz Usman Al Amani dan seorang wakil dari Senegal dapat menyatakan pandangan. Tetapi ruang yang diberikan amat terhad, sedangkan ini adalah permasalahan mahasiswa/wi wafidin (luar negara) di Al Azhar. Sorakan dan tepukan begitu gamat di dalam dewan ketika Ustaz Usman Al Amani menyatakan pandangan seluruh mahasiswa/wi Melayu di Al Azhar seolah-olah berada di dalam parlimen.

Hampir kesemua mahasiswa/wi Melayu Al Azhar hadir dalam Muktamar Wafidin bagi mendengar maklumat dari pihak pengurusan Al Azhar Mansurah. Jarang sungguh dapat melihat kebersamaan ahli DPMM. Kerana isu ini berkait dengan isu kepentingan diri sendiri. Jika isu ini berkait dengan DPMM dan PMRAM sahaja sudah tentu sambutan begitu dingin dan suram. 

Walaubagaimanapun, perjalanan masih jauh. Kita belum mendapat keputusan rasmi dari Al Azhar As Syariff. Masih sempat untuk berdoa dan memohon nusrah dariNya. Ini mungkin sebahagian dari mehnah dan cabaran terpaksa kita hadapi.

Ana juga sempat mendengar luahan dan cadangan bagi menghadapi isu ini. Dr Ali Ali Luqam begitu tidak redha dengan perjalanan majlis di Muktamar Wafidin kerana tidak memberi ruang mahasiswa/wi wafidin menyatakan seluas-luasnya pandangan (maklumat yang ana terima dari Ust Adham). Ada juga sahabat yang mencadangkan kepada ana untuk membuat memorandum . Ada juga mencadangkan mengadakan solat hajat dan sebagainya. Tidak kurang juga menyarankan PMRAM menyelesaikan di peringkat tertinggi Al Azhar.

Memang fitrah manusia apabila ditimpa musibah baru kembali mencari tuhan. Mungkin ini adalah titik mula kebersamaan  kita. Adakah kita hendak mengharapkan pihak berkenaan menyelesaikan isu ini? Adakah persatuan lain seperti Nadi UMNO dan ISMA menyelesaikan isu ini? Semua masih tertunggu -tunggu apakah tindakan seterusnya DPMM dan PMRAM dalam menangani isu ini.

Marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah agar diberikan ruang dan peluang dalam isu ini.
Wallahu'alam.

Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah

Muhammad Aliffudin B Ramlee
24/4/2010
5.03 petang

3 komentar:

  1. info yang baik. Ada tak disebut dalam muktamar tersebut, SEBAB SEBAB DARI PIHAK AZHAR menghimpunkan semua wafidin ke Kaherah?
    Terima kasih.

    BalasHapus
  2. to Hisyamzahra:

    sebab2 yang dinyatakan dlm muktamar adalah kelemahan dalam bahasa arab. adakah kelemahan dalam bahasa arab menyebabkan perpindahan yang lebih besar. sedangkan permasalahan ini hanya boleh selesai di peringkat muhafazah dengan tumpuan doktor ke pelajar wafidin. klau nk cakap pasal bahasa arab...penguasaan juzulqamar lebih baik dari dari kita dan kenapa mereka kena pindah juga.

    BalasHapus
  3. Kalaulah saya juga dapat hadir ke majlis tersebut. Terima kasih atas info.

    Isu ini di Tanta tak kuat sangat. Petang tadi, seorang doktor kuliah Syariah beritahu, isu ini sebenarnya dah lama. Tapi hanya setakat isu sahaja. Tak direalisasikan pun.

    Semoga sahabat-sahabat di sana kembali tenang dan kita semua dapat fokus belajar dengan baik. Teruskan semangat belajar, insyaAllah ada jalannya!

    BalasHapus