Minggu, 25 April 2010

Semoga pengorbanan ini bernilai disisiNya


Setelah habis menghari Muktamar Wafidin, Pengerusi DPM Mansurah bergegas ke rumah Ustaz Usman Al Amani bersama beberapa pemikir DPM Mansurah. Rupa-rupanya baru saya tahu bahawa ketika Ustaz Usman Al Amani menyampaikan ucapan dengan penuh dan dalam masa yang masa beliau terpaksa mengagahkan dirinya kerana demam!

Kemudian Pengerusi DPM Mansurah kembali ke rumahnya dan mengajak saya makan di rumah Ustaz Labib. Saya juga diarahkan oleh Pengerusi DPM Mansurah untuk menyiapkan laporan terperinci bagi blog rasmi DPM Mansurah .

Selepas isyak Pengerusi DPM Mansurah menghadiri perjumpaan bersama beberapa pemikir DPM Mansurah. Mereka yang hadir :

1-Ustaz Ihsan B Khalid
2-Ustaz Usman Al Amani
3-Ustaz Firdaus B Fuzi
4-Ustaz Labib B Abdul Jalil
5-Ustaz Huzaifah (BP PMRAM)
6-Ustaz Amirul (Pengerusi DPMM)
7-Ustaz Aliffudin B Ramlee (saya)

Kami meneliti segala rakaman audio dan video yang dirakamkan oleh ahli DPM Mansurah. Beberapa bukti dan hujjah dikumpul untuk tindakan dan gerak kerja seterusnya. Saya kembali ke rumah bersama Pengerusi DPM Mansurah. Dan sepanjang saya menjadi AJKT dan tidur di rumah Pengerusi DPM Mansurah inilah kali pertama saya terdengar "dengkuran" tidur akibat kepenatan dalam  menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Doakan semoga amal dan usaha kita walaupun sedikit mendapat ganjaran dari Allah. Kepada ahli DPM Mansurah agar tidak putus doa dan mendoakan kepada Pengerusi DPM Mansurah dan tenaga pemikir agar thabat dalam perjuangan ini. Kepada mereka yang memberi kerjasama , semoga usaha kalian mendapat ganjaran yang bernilai disisi Allah

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

P/s Soutul Nahdhoh: ni baru dengkuran pengerusi.....bagaimana pula dengkuran BP-BP PMRAM....

Muhammad Aliffudin B Ramlee
3.03 pagi
25/4/2010

2 komentar: