Selasa, 27 Oktober 2009

USRAH

Dari belakang: Abdullah, Syafie, Dzulhilman, Aizat
Tengah: Farhan, Shamsudin, Rashid, Ilyas, Rafaie, Amin, Ana (aliff)
Depan: Hamzah,Hanif, Rashid , Faizzudin, Yusuf, Fitri


Assalamualaikum w.b.t

Syukur ku lafazkan pujian hanya untuk MU, selawat dan salam pada junjungan baginda Saidina Muhammad s.a.w serta kerahmatan kurniaan MU ya Allah kepada mereka senantiasa memastikan jalan dakwah tertegak di atas bumi ini. Aminn

Sahabat sekalian yang dirahmati Allah

Firman Allah s.w.t di dalam Al Quran yang bermaksud:

"berapa ramai kumpulan yamg kecil menewaskan kumpulan yang besar"

Apa yang kita faham melalui wahyu Allah ini?
Apa yang di sebut kumpulan yang kecil?

Cuba kita renungkan kembali sejarah perkembangan tamadun Islam...bagaimana para pejuang Islam meletakkan Islam di tempat yang tinggi. Sejarah telah membuktikan dengan berlakunya peperangan pertama dalam tamadun Islam iaitu Peperangan Badar. Umat Islam berperang dalam serba kekurangan. Begitu juga didalam siri peperangan yang lain umat Islam berperang menentang musuh Allah dan Rasul dalam jumlah kekuatan yang begitu sedikit. Tetapi mereka diberikan kemenangan oleh Allah s.w.t walaupun dalam bilangan yang sedikit. Benarlah firman Allah :

"kamu tolong agama Allah nescaya Allah akan menolong kamu dan menegakkan kaki-kaki kamu"

Pernahkah sahabat sekalian menghadiri USRAH?

Ya sudah tentu para mereka yang ingin melihat Islam kembali di muliakan sudah tentu pernah mengikuti USRAH. USRAH bagi pendapat ana adalah kumpulan yang kecil dan para ahli USRAH saling menyaling diantara mereka membina kefahaman bersama, membina kerjasama dan saling tolong menolong. Mereka bertemu atas kasih sayang yang dibina atas manhaj yang murni. Itulah USRAH yang ana faham. Bagaimana pengertian USRAH yang sahabat sekalian faham pula?

Sejak ana dipundakkan amanah oleh Allah s.w.t ana agak kurang menghadiri USRAH. Ini mungkin kerana kelalaian ana dalam menyusun jadual waktu. Ya bagi diri yang hina ini, ana mengenal USRAH ketika di tingkatan 2 di Madrasah Arabiah Kluang dan naqib ana ketika itu adalah Akh Hasbullah . Akh Hasbullah merupakan salah seorang anak murid Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ketika di tingkatan 5 ana diberi pentaklifan sebagai naqib dan membawa halauan halaqah atau USRAH ketika tidaklah susah mana. Ini kerana manhaj yang diberikan amat mudah untuk diikuti ana dan sahaja.

Semasa ana di Maahad Johor, sekali lagi ana di beri pentaklifan sebagai naqib. Tapi dalam masa yang sama salah seorang sahabat ana yang bernama akh Faizzudin telah menubuhkan satu kumpulan USRAH yang baru. Ini bermakna ana mengikuti 2 kumpulan USRAH. Lalu ana dan para sahabat ketika itu menamakan kumpulan kami sebagai kumpulan ANSORULLAH. Alangkah indahnya saat itu. Saling menjalinkan ukhwah. Saling memahami dan bantu membantu. Manhaj diberikan buakan hanya manhaj ilmiah tetapi ana dan para sahabat menerima manhaj berbentuk jasmani. Kami telah pergi mengembara ilmu ke Pondok Baitul Qurra di Melaka dan kami juga telah pergi ke Muktamar Pas di Kelantan pada 2007(tapi ana tak boleh pergi kerana tidak diizinkan oleh ayah).

Alhamdulillah kini tiba di Mesir ana , ketika tahun pertama ana masih lagi mengikuti USRAH dibawah pengurusan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah. Naqib ana ketika itu ialah Al Fadhil Ustaz Asri . Namun kini ana melihat semangat untuk berUSRAH dikalangan para sahabat sudah pudar. Apakah fenomena yang berlaku? Apakah kita masih tidak menyedari perkara ini? Racun-racun pemikiran barat mula meresapi dalam pemuda Islam kita.

Tahukah sahabat sekalian USRAH adalah persediaan kelompok kecil sebelum kita mendirikan sesebuah negara Islam. Bagaimana kita ingin menegakkan Islam dalam masa yang sama kita masih belum mampu memahami antara satu sama lain. Bagaimana kita ingin menggongcang kuffar kalau dalam kita masih ada perpecahan yang berlaku.

Ayuh sahabat, entri kali ini ditujukan pada diri ana yang hina. Marilah kita mengikuti USRAH dan kita membina kekuatan Islam dari bawah. Kalau perancangan Freemason bermula dari bawah untuk merosakkan Islam. Kita juga perlu membina kekuatan dengan kumpulan yang sedikit dari bawah untuk menangkis.

Salam Penghayatan USRAH untuk semua

Satu Fikrah Satu Amal

Muhammad Aliffudin B Ramlee
6.00 malam
27/10/2009

Rabu, 21 Oktober 2009

ALHAMDULILLAH ....PROGRAM KUTUB SITTAH PMRAM BERJAYA

Assalamualaikum w.b.t Syeikh Ali Jum'aah bersama Pemangku Presiden PMRAM

Syukur pada ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih mennghirup nafas Islam dan Iman . Semoga limpahan barakah ini berterusan hingga kita mendapat maradhatillah. Insya Allah

Pada 17-20 Oktober yang lepas Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah mengadakan Majlis Pembacaan Hadis Kutub Sittah . Program pada asalnya akan berlangsung di Al Azhar Conference Center terpaksa di ubah ke Rumah Johor Baru di Rabaah Adawiyyah. Pertukaran tempat terpaksa dilakukan oleh PMRAM dan penganjur program pada saat-saat akhir.

Alhamdulillah , Program Kutub Sittah telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari di Rumah Johor Rabaah dan hari terakhir program telah berlangsung di Nadi Madinatul Nasr Riyyadi di Hayyu Sadis. Saya mengucapkan terima kasih pada Pegawai Rumah Johor Al Fadhil Ustaz Ahmad Haniff B Naim dan Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) al Fadhil Basir B Muhammad kerana sudi memberikan kebenaran untuk menggunakan dewan Rumah Johor Rabaah.

Benarlah firman Allah:

"mereka merancang dan perancangan Allah, Allah sahaja sebaik-baik perancang"

Walaupun ada pihak yang cuba menggagalkan namun berkat Nur Muhammad dan pengarang kitab Sohih Bukhari , Majlis Pembacaan Hadis Kutub Sittah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Apa yang menariknya dengan bayaran LE 170 amat berbaloi kerana kami para peserta telah berjaya bertemu dan bertalaqqi dengan para Masyaikh Al Azhar. Antaranya:
1) Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baaiis Al Khitthani (Muhaddis Mesir)
2) Syeikh Dr Yusri (Pakar Bedah)
3) Syeikh Dr. Ustaz Jamal Farouk
4) Syeikh Dr. Ustaz Usamah Al Azhari
5) Syeikh Dr. Rifaat Fauzi Syeikh Muhammad Ibrahim bersama Mufti Mesir

Namun pertemuan yang paling berharga dan menjadi memori dalam hidup ini adalah kesudian Sohibus Samahah AL Fadhil Syeikh Dr Ali Jum'aah Muhammad iaitu Mufti Mesir. Ramai dikalangan para peserta tidak percaya akan kehadiran Mufti Mesir untuk bersama kami mahasiswa melayu Al Azhar.

Pertemuan ini amat menggembirakan saya dan sahabat disamping mendapat beberapa sanad daripada Syeikh Dr Ali Jum'aah dan para Masyaikh Al Azhar yang lain. Selain itu Syeikh Muhmmad Ibrahim Al Khittani mencadangkan supaya program mendengar kalam-kalam Rasulullah s.a.w dapat diteruskan dan menjadi program mingguan.

Ya Rasul, hanya ini sahaja yang mampu kami lakukan bagi melihat kalam-kalam suci dapat difahami dan diamalkan dalam hidup kami.

Alhamdulilah daripada 7563 hadis sohih di dalam Kitab Shohih Bukhari , kami telah mendengar 1772 hadis dan bab terakhir yang kami dengar adalah bab haji. Semoga kami dapat melazimi mendengar hadis Nabawiyyah. Insya Allah. Masyaikh Al Azhar

Saya mengucapkan terima kasih kepada ajk pelaksana kerana bertungkus lumus bagi memastikan berjayanya program murni ini .Alhamdulillah tanpa pengorbanan kalian sudah tentu program tersebut tidak berjaya. Jazakallah.

Anda boleh lawati laman ini:
http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/
http://hairulnizammathusain.blogspot.com/


Muhammad Aliffudin B Ramlee
11.00 pagi
Rumah Johor Rabaah
22/10/2009

Rabu, 14 Oktober 2009

PROGRAM MAJLIS PEMBACAAN HADIS KUTUB SITTAH CUBA DI GAGALKAN


Assalamualikum. w.b.t.

Insya Allah, jika tiada aral melintang, pada 17 hingga 21 Oktober kita akan menghadiri program Majlis Pembacaan Kutub Sittah di Al Azhar Conference Center . Tetapi belum bermulanya program tersebut sudah ada "pihak" yang tidak menyenangi berlangsungnya program tersebut. Kenapa "pihak" terbabit begitu takut kepada program sedemikian ?? Adakah "pihak" tersebut takut dengan goncangan ilmu Ulama-ulama Al Azhar??

Saya begitu terkilan dengan "pihak" yang cuba menggagalkan program kutub sittah tersebut. Program tersebut bukannya program biasa, ini adalah program pembacaan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Adakah "pihak" tersebut begitu takut dengan program yang di anjur oleh PMRAM sehingga terpaksa "melalak" kepada pengurusan ACC untuk dibatalkan program tersebut??. Tambahan pula , "pihak" yang menentang kali ini bukan calang-calang orang. Salah seorang yang memiliki kuasa besar dalam organisasi. Apa yang menyedihkan walaupun belajar sampai ke peringkat yang tinggi sekalipun tetapi tidak dapt membezakan mana program yang baik. Adakah program Majlis Pembacaan Hadis Kutub Sittah sama dengan program tari menari di ARMA???

Program kutub sittah ini merupakan program julung-julung kalinya berlangsung, kita selaku ahli PMRAM perlu mendoakan kepada "pihak" tersebut agar diberi hidayah oleh Allah dan dipermudahkan segala urusan pada hari tersebut. AminMuhammad Aliffudin B. Ramlee
14/10/2009
4.57petang

Sabtu, 10 Oktober 2009

DANA SYAQAH PMRAM 2009


Assalamualaikum w.b.t

Segala puji kita panjatkan pada RABBUL JALIL dan selawat serta salam kita sertakan pada JUNJUNGAN kita Saidina Muhammad serta para zuriat dan keturunanya. Kepada para sahabat - sahabat rasul yang senantiasa menyambung wasilah perjuangan baginda serta para mereka yang mengikuti dari semasa ke semasa hingga ke hari qiamat.

sahabat- sahabat sekalian,

Ana mengucapkan setinggi terima kepada semua ahli DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA/WI MANSURAH kerana memberi peluang pada insan yang kerdil ini memegang amanah yang dipundakkan di atas bahu ana sebagai Tim. Setiausaha Agung DPM MANSURAH sesi 09/10.

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR(PMRAM) sebagai wadah pejuangan mahasiswa/wi melayu Islam di Republik Arab Mesir. Sesungguhnya setiap perjuang yang mendaulatkan Islam memang wajar disertai pelbagai mehnah dan tribulasi dalam kerja dakwah. Sesuai dengan firman ALLAH s.w.t pada ayat kedua dari surah Al- Mulk :

"yang menjadikan kematian dan kehidupan sebagai menguji kamu siapayang paling baik amalanya "
Ayat diatas sesuai dengan mutiara indah dari seorang figur dakwah Ikhwan Muslilmin , Syeikh Mustafa Mashur :

"sesungguhnya setiap jalan dakwah disertai oleh cabaran dan tribulasi, sesungguhnya aku takut jika jalan perjuangan tiada cabaran dan ujian, ditakuti tersalah pilih jalan perjuangan, kerana para rasul-rasul terdahulu perjuangan mereka disertai onak dan duri"

sahabat- sahabat sekalian,

Untuk pengetahuan , PMRAM ketika dahulu menjalankan segala operasi pentadbiran di Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah (ARMA). Ketika 1994 PMRAM mendapat notis untuk mengosongkan pejabatnya di ARMA bagi memberi kepada pihak KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KAHERAH (KBMK) untuk membaiki kerosakan ARMA.

Walaubagaimanapun setelah ARMA dibaiki pulih, PMRAM tidak dibenarkan kembali pada pejabat asalnya di ARMA. Akhirnya PMRAM terpaksa menyewa sebuah apartmen bagi menjalankan operasi pentadbiranya . Namun dugaan kepada hambaNya tetap datang bagi menguji sejauh mana istiqomah seorang hamba pada jalan dakwah. PMRAM terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga sewa dari setahun ke setahun. Pada bulan November 2008 harga sewa meningkat pada LE 1800.

Atas kesedaran ahli PMRAM, pada 2006 ahli PMRAM telah mencadangkan agar pihak PMRAM dapat membeli dan memiliki apartment sebagai pejabat rasmi PMRAM. PMRAM telah meletakkan target pada tahun tersebut untuk mengumpul LE 1.5 juta. Ketika mana MUKTAMAR SANAWI PMRAM ke 76 pada tahun 2009 salah seorang mantan pimpinan PMRAM telah mencadangkan usul yang berbunyi:

",menjayakan pembelian syaqah PMRAM akhir 2009"

Bagi menjayakan matan usul ini, semua ahli perwakilan muktamar telah bersetuju bagi menjayakan usul tersebut. Mekanisme yang boleh kita jayakan adalah:

1) Bayaran tunai LE 300
2) Bayaran ansuran LE 300 selama 3 bulan
3) Bayaran ansuran LE 300 sehingga akhir DISEMBER
4) Sumbangan dan derma ikhlas kepada Tabung Dana Syaqah PMRAM
5) Bagi pelajar yang ingin pulang ke tanah air, disarankan untuk membawa proposal
dana syaqah
6) Mendoakan dan solat hajat supaya hasrat PMRAM memiliki syaqah terlaksana pada
akhir tahun ini.

sahabat- sahabat sekalian,

Apa tujuan PMRAM berhasrat memiliki apartmen pentadbiran sendiri?
1) Melincinkan perjalananpentadbiran PMRAM
2) Mengurangkan kos perbelanjaan bayaran sewa pejabat dan urusan kepejabatan
3) Mempunyai hak mutlak diatas pengurusan pejabat PMRAM

Untuk kepimpinan Badan Pengurus PMRAM sesi 2009, Misi Dana Syaqah di bawah Naib Presiden 3 selaku Badan kebajikan dan Kemanusiaan. PMRAM berhasrat untuk memiliki pejabat pentadbiran sendiri pada akhir 2009 ini. Marilah kita bersama merialisasikan hasrat kita bersama bagi memartabatkan Islam dan perjuangan mahasiswa/wi melayu islam di perlembahan Nil ini.

Akhir kalam selamat kita menjayakan DANA SYAQAH PMRAM dan terima kepada mereka telah memberi sumbangan derma bagi menjayakan misi ini secara langsung atau tidak. Mudah-mudahan ALLAH dapat membalas kebaikan antum semua. Amin ya ALLAH.



"JULANG THAQAFAH BAKTI DI CURAH"


Muhammad Aliffudin b Ramlee
Tim. Setiausaha Agung
Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
5.50 pg (10/10/2009)

Jumat, 09 Oktober 2009

Muqoddimah



Asalamualikum

Alhamdulillah saya panjatkan syukur pada ALLAH dan junjungan Muhammmad , kerana memberikan peluang dan ruang pada kita meneruskan sisa perjuangan demi memartabatkan ISLAM di bumi ini.

Alhamdulillah akhirnya sekian lama menunggu masa dan peluang serta keizinan dari ALLAH, maka saya dapat membuat satu blog peribadi bagi saya menyatakan beberapa pandangan untuk kita kongsi bersama.

Alfun mabruk pada mereka yang sudi menyediakan blog untuk saya terutama kepada Mantan Pengerusi DPM Mansurah 2007/2008 Al Fadhil Ustaz Abdul Kadir Umar kerana menyiapkan blog untuk saya. Kepada Pengerusi DPM Mansurah 2009/2010 Ustaz Amirul Hasim dan Penasihat DPM Mansurah Ustaz Adham Hodari kerana menyokong saya untuk terjun pada dunia per"blog"kan.

Terima Kasih kepada semua.

Muhammad Aliffudin B Ramee
9/10/2009
Jumaat 3.52 petang