Rabu, 24 Februari 2010

KITA HAYATI BAIT INI..




MAKSUD QASIDAH MUHAMMADIYYAH

Muhammad adalah orang Arab yang paling mulia dan non-Arab,
Muhammad adalah yang terbaik daripada orang-orang yang berjalan dengan langkah kaki,
Muhammad merangkumi semua yang baik,
Muhammad adalah pemilik keunggulan dan bangsawan,

Muhammad adalah mahkota dari Rasul-Rasul Allah, tanpa kecuali,
Muhammad adalah yang paling jujur dalam kata-kata dan pidato,
Muhammad adalah syarikat dalam janji-Nya, menjaga hal itu,
Muhammad itu baik hati dalam perilaku dan watak,

Muhammad, sifatnya ilahi diberi cahaya untuk minum,
Muhammad, terus terang-Nya dari zaman dahulu,
Muhammad, hakim dengan keadilan, mempunyai kehormatan,
Muhammad adalah harta-karun berupa berkah dan kebijaksanaan,

Muhammad adalah yang terbaik daripada ciptaan Allah, dari garis keturunan Mudar,
Muhammad adalah yang terbaik daripada semua Rasul Allah,
Muhammad, jalan hidupnya adalah kebenaran, kita mengikuti dengan dia,
Muhammad, komprehensif keunggulan, benar-benar adalah tanda pembeza,

Muhammad, ia menyebutkan merupakan penyegaran bagi jiwa kita,
Muhammad, berterima kasih kepadanya adalah kewajipan kepada masyarakat,
Muhammad adalah perhiasan dunia dan kemegahan,
Muhammad adalah orang yang menghilangkan kesedihan dan kegelapan,

Muhammad adalah seorang tuan, berbudi perbuatan-Nya menyenangkan,
Muhammad, the Merciful berbentuk dengan kebaikan,
Muhammad, elite Pencipta dan pilihan-Nya,
Muhammad, tidak bersalah atas semua tuduhan,

Muhammad tertawa untuk tetamu-tetamunya, menghormati dia,
Muhammad, demi Allah! Tetangganya tidak pernah menyakiti,
Muhammad, dunia menjadi menyenangkan melalui misi-Nya,
Muhammad, ia datang dengan bukti-bukti dan kebijaksanaan,

Muhammad, pada hari membesarkan umat manusia, ia adalah perantara kita,
Muhammad, cahaya-Nya adalah panduan keluar dari kegelapan,
Muhammad, berdiri untuk Allah, penuh dengan semangat,
Muhammad adalah penutup semua Rasul,

Tuhan kita, memberkati dan damai, abadi dan selamanya,
Selepas anda tercinta, yang terbaik dari semua ciptaan.


PENGARANG QASIDAH MUHAMMADIYYAH :IMAM AL BUSAIRI





Qasidah Burdah dikarang oleh Imam al-Busiri yang dilahirkan pada tahun 610 Hijrah (1213 Masehi) dan meninggal dunia pada tahun 695 Hijrah (1296 Masehi). Nama penuhnya ialah Syarafuddin Abu Abdillah Muhammad bin Zaid al-Busiri. Beliau berketurunan Barbar, dilahirkan di Dallas (ada menyebutnya sebagai Dalos), Morocco dan dibesarkan di Busir, Mesir. Dimasa kecil, beliau telah diasuh oleh ayahandanya sendiri dalam mempelajari al-Quran dan ilmu pengetahuan yang lain. Untuk memperdalamkan lagi ilmu agama dan kesusasteraan Arab, Imam al-Busiri lalu berhijrah ke Kaherah. Di Kaherah, Imam al-Busiri menjadi seorang sasterawan dan penyair yang ulung. Kemahirannya didalam bidang syair mengatasi para penyair lain dizamannya. Karya-karya kaligrafinya juga terkenal dengan keindahannya. Gurunya yang paling utama ialah Abdul Abbas al-Mursi yang merupakan anak murid kepada pengasas tariqat Shazili iaitu Imam Abul Hasan as-Shazili. Melalui gurunya itulah Imam al-Busiri mengambil ijazah tariqat Shazili. Imam al-Busiri juga bersahabat baik dengan Imam Ibnu ‘Ataillah al-Iskandari yang mengarang puisi tasawwuf yang sangat terkenal dalam dunia Islam dan tidak jemu-jemu disyarah sehingga ke hari ini iaitu al-Hikam.
Qasidah Burdah mengandungi 160 bait yang ditulis dengan gaya bahasa atau uslub yang menarik, lembut dan elegan. Imam al-Busiri menterjemahkan kehidupan Nabi Muhammad saw kedalam bentuk bait-bait puisi yang sangat indah. Dengan bahasa yang sebegitu indah, Imam al-Busiri telah berhasil menanamkan kecintaan dan kasihnya umat Islam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw dengan lebih mendalam. Selain dari rasa kecintaan dan kasih yang mendalam terhadap Nabi saw, nilai-nilai sastera, sejarah dan moral turut terkandung dalam qasidah tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah apabila qasidah ini sentiasa sahaja dibaca di institusi-institusi pengajian tradisional malah qasidah ini turut diajar di Universiti al-Azhar, Mesir.
Imam al-Busiri hidup dalam zaman transisi atau perpindahan kuasa dinasti Ayyubiyyah kepada dinastik Mamalik Bahriyah. Pada ketika itu, pergolakan politik semakin gawat, akhlak masyarakat merosot dan para pemerintah terlalu mengejar kemewahan. Maka dalam suasana serba kekalutan itu, muncullah Qasidah yang dikarang oleh Imam al-Busiri yang seakan-akan mengajak manusia kembali mencontohi kehdupan Nabi saw yang berasaskan uswatun hasanah yakni suri tauladan yang baik, mengawal hawa nafsu dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar yang berasaskan al-Quran dan Hadith.
Burdah yang menjadi tema utama dalam karya al-Busiri itu adalah merujuk kepada jubah yang dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Burdah milik Nabi Muhammad saw ini telah diberikan kepada Ka’ab bin Zuhair bin Abi Salma, seorang penyair terkenal Muhadramin (penyair dua zaman iaitu Jahiliyyah dan Islam). Riwayat pemberian burdah oleh Rasulullah saw kepada Ka’ab bin Zuhair bermula apabila Ka’ab sentiasa menggubah syair yang mengejek-ejek Nabi saw dan para sahabat. Kerana rasa jiwanya terancam, ia lari bersembunyi untuk melindungi diri dari kemarahan para sahabat. Ketika terjadi penaklukan Makkah,, saudara Ka’ab yang bernama Bujair bin Zuhair mengutus surat kepadanya yang isinya antara lain menganjurkan Ka’ab agar pulang bertaubat dan berjumpa Rasulullah saw. Setelah memahami isi surat itu, Ka’ab pun pulang ke rumah dan bertaubat. Ka’ab lalu berangkat menuju ke Madinah. Menerusi Abu Bakar as-Siddiq, Ka’ab menyerahkan diri kepada Rasulullah saw. Ka’ab mendapat penghormatan yang tinggi dari Rasulullah saw sehinggalah baginda melepaskan burdahnya dan diberikan kepada Ka’ab. Ka’ab kemudiannya menggubah sebuah qasidah yang dikenali dengan nama Qasidah Burdah. Qasidah ini ditulis dengan indah oleh seorang ahli kaligrafi, Hasyim Muhammad al-Baghdadi didalam kitab kaligrafinya yang berjudul Qawaid al-Khat al-Arabi. Burdah yang diberikan oleh Rasulullah saw kepada Ka’ab kemudiannya menjadi milik keluarga Ka’ab sehinggalah ia dibeli oleh Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan dengan harga dua puluh ribu dirham. Burdah itu kemudiannya dibeli pula oleh Khalifah Abu Ja’far al-Mansur dari dinasti Abbasiyyah dengan harga empat puluh ribu dirham. Burdah itu seterusnya dipakai pada setiap kali solat hari raya oleh khalifah dan kemudiannya menjadi tradisi turun-temurun.
Berbalik kepada cerita tentang Imam al-Busiri, beliau pernah dilantik menjadi pegawai tinggi dalam kementerian percukaian di bandar Dil Bis sewaktu pemerintahan kerajaan Mamalik. Mungkin disebabkan wujudnya korupsi dalam jabatan kerajaan, Imam al-Busiri mengambil keputusan untuk meninggalkan jawatannya lalu mengasingkan diri daripada perkara-perkara yang melibatkan dunia, kekayaan dan kuasa. Lantaran itu, beliau mendampingkan diri dengan Abu Abbas al Mursi, iaitu anak murid utama kepada pengasas tariqat Syadzili, Syeikh Abu Hassan Syadzili. seperti yang disebut awal tadi, beliau menguasai bidang sastera khususnya syair. Kehebatannya dalam bidang penulisan menyebabkan beliau disanjung-sanjung oleh masyarakat dan pegawai kerajaan termasuk Raja sendiri. Namun, nikmat ini tidak kekal lama. Imam al-Busiri tiba-tiba jatuh sakit dan diserang penyakit Syalal (lumpuh). Mengikut catatan ahli tarikh, beliau lumpuh separuh badan.Tabib-tabib yang terkemuka gagal mengubat penyakitnya. Dalam keadaan kesakitan dan tidak berdaya, Imam al-Busiri mengarang qasidah yang berkaitan dengan Nabi Muhammad saw. Qasidah-qasidah ini disusun dengan begitu indah dan diulang-ulang oleh Imam al-Busiri. Kemuncaknya,pada satu malam ketika Imam al-Busiri tertidur, beliau bermimpi melagukan qasidah-qasidah yang dikarangnya di hadapan Baginda Rasulullah saw sendiri. Rasulullah saw dalam mimpi tersebut begitu gembira dan menyukai qasidah tersebut, lantas baginda mengusap muka Imam al-Busiri dengan kedua-dua tangan baginda yang mulia. Rasulullah saw turut menyentuh bahagian tubuh Imam al-Busiri yang lumpuh dan memakaikan Imam al-Busiri dengan burdah baginda.
Sebaik sahaja tersedar dari mimpi tersebut, Imam al-Busiri mendapati beliau tidak lagi lumpuh! Imam al-Busiri dengan segera keluar dari tempatnya untuk menceritakan kisahnya kepada orang lain. Beliau bertembung dengan seorang pemuda yang bertanya kepadanya, "Syeikh, bawakan kepadaku qasidah-qasidah yang telah kau karang tentang Nabi SAW." Terkejut dengan permintaan pemuda tersebut, Imam al-Busiri bertanya, "Dimanakah anda mengetahui tentang qasidah yang kukarang? Aku tidak pernah menceritakannya mahupun melagukannya kepada sesiapapun!!" Jawab pemuda tersebut, "Aku bermimpi malam tadi bahawa Nabi SAW didendangkan dengan qasidah-qasidah yang cukup indah yang memuji baginda. Aku lihat baginda begitu gembira dan menyukai qasidah tersebut dan memakaikan pakaian baginda (burdah) kepada orang yang melagukan qasidah tersebut…Dan aku melihatmu dalam mimpiku!"
Sejak saat tersebut, Qasidah Burdah yang dikarang oleh Imam al-Busiri menjadi masyhur. Anak-anak Islam pada zaman silam diajarkan tentangnya dan menjadi nasyid harian. Malahan ramai di antara 'ulama Islam seperti Ibnu Hajar Haithami yang menganggap harus untuk mempelajari qasidah ini bagi penuntut-penuntut ilmu Islam bagi memupuk kecintaan terhadap baginda Rasulullah SAW. Selain dari Qasidah Burdah, sebuah lagi qasidah yang sangat terkenal yang dikarang oleh Imam al-Busiri ialah Qsidah Mudariyya.

p/s SOUTUL NAHDHOH: sempena kelahiran baginda mari kita memperbanyakkan selawat, berpuasa pada hari khamis, dan melakukan amalan yang disukai baginda supaya mudah kita beroleh syafaat. Teringin pula al faqir ke Maqam Imam Busairi untuk mengalunkan qasidah muhammadiyyah supaya bercambah kerinduaan terhadap Rasulullah s.a.w. Semoga al faqir berpeluang menziarah mu Saidina Muhammad. Minta maaf kepada pengunjung kerana terjemahan qasidah agak tidak tepat kerana menggunakkan google translate akibat kesuntukkan masa.

Muhammad Aliffudin B Ramlee
2.00 pagi
Rumah Johor Hayyu Thamin
24/2/2010
(komputer Ust Basir ydp bkpjm)





Sabtu, 20 Februari 2010

JAULAH AJKT Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir ke Mansurah

AJKT BKPJM sesi 2009/2010

Jom anak-anak Johor di Mansurah , kita hadiri pertemuan ini. Bertukar-tukar pandangan dan pendapat demi kelangsungan BKPJM. 
Masa : 4.00 petang
Tempat : Dewan Persada Jazirah Al Ward, Mansurah
Tarikh : 20/02/2010

Tentetif: Ucapan Pengerusi Majlis
             Ucapan Mandub
             Ucapan Pengerusi DPM Mansurah 
             Ucapan YDP BKPJM
             Jamuan
*tentetif tidak rasmi....sekadar makluman awal.

Jom kita hadiri, samaada pelajar Azhar, Qiraat dan Perubatan. 

 


Jumat, 19 Februari 2010

PROGRAM TEKNIK MENYAMPAIKAN UCAPAN....

Penceramah : Ustaz Muhammad Mujahid b Ir Haji Mohammad Fadzil
Jawatan : Fellow MANHAL (Pusat Kajian Dan Pengumpulan Hasil Ilmiah) PMRAM
Pendidikan Terkini : Tahun 4 , Fakulti Usuluddin , Jabatan Aqidah Dan Falsafah.
Blog: Ibnuirfadzil.blogspot.com


Ustaz Mujahid berbaju hitam...pengerusi Ustaz Osman

 

Kertas kerja boleh didapati pada Ustaz Osman al Amani dengan harga LE 1.

Muhammad Aliffudin B Ramlee
5.48 petang
19/02/2010

PERTEMUAN DUA LAUT....SATU TANDA KEAGUNGAN MU YA ALLAH

مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ (١٩) بَيۡنَہُمَا بَرۡزَخٌ۬ لَّا يَبۡغِيَانِ (٢٠

"Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu..Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.."
Alhamdulillah. Setelah setahun empat bulan menetap di Mesir, inilah kali pertama saya dipelawa ke Ra'asul Bar di Dumyat. Ini merupakan pengalaman menarik saya kali pertama ke tempat bersejarah yang disebut di dalam Surah Ar Rahman ayat 19-20. Setelah dipelawa oleh Ustaz Zahimie (Exco Pengetahuan Dan Pendidikan) untuk menemani beliau menjadi musyrif (Bodyguard Akhwat) lantas ana menerimanya kerana peluang yang sekian lama ana tunggu muncul di depan mata. Dengan 2 orang musyrif (ana dan Ustaz Zahimie), Keluarga Ustaz Rashidi (4 orang) dan akhwat seramai 9 orang, kami bertolak dari Mansurah pukul 8.30 pagi. Alhamdulillah , ketika di sana ana tiada rezki untuk melihat garisan warna yang berlainan yang memisah 2 laut (Laut Medeteranian dan Sungai Nil. Walaubagaimanapun jom kita hayati pemandangan indah ini.....
berlatar belakangkan rumah api...
 perpisahan antara sungai nil dan laut medeteranian
 dihadapan rumah api
ustaz Zahimie....
subhanallah....laut medeteranian...
bersama ustaz Rashidi (anak kepada blogger Al Hussyeen)
sungai nil....
geng akhwat.....
ya Misr....
perjalanan sungai nil dari huli ke hilir...dari puncak ke kuala
suasana perumahan di Ra'asul Bar
ini gambar tiada kena mengena dengan Ra'asul Bar
JAZAKALLAH

Kamis, 18 Februari 2010

BERSATUNYA 2 JIWA

 

Kami ( Batch Usul Tahun 1 08/09) terkejut dengan berita dari ym dari Akh Muhammad Ali bahawa beliau akan bernikah dengan gadis pilihanya. Kami bagai tidak percaya sahabat ini memulakan langkah mengakhiri zaman bujangnya. Walau apa pun, Tahniah dan syabas kepada Akh Muhammad Ali kerana berjaya menuruti salah satu sunnah baginda.

Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai manusia bertaqwalah kepada Allah yang menciptakan kamu dari satu diri (nafs) dan menjadikan pasangan dari dirinya sendiri. Dan membiakkan dari keduanya manusia lelaki dan perempuan yang banyak. Dan takutlah kepada Allah yang kamu minta-minta dengannya dan peliharalah hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.”
Sesungguhnya, berkahwin adalah sunnah yang hendaklah disegerakan bagi siapa yang telah cukup syarat-syaratnya. Penekanan kepada perkahwinan telah dibuat oleh Rasulullah saw melalui hadis:
“Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan paling taqwa kepadanya, tetapi aku berpuasa, aku sembahyang dan aku tidur, aku juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikut aku.”

Barakallahuma ila Akhi Muhammad Ali

p/s SOUTUL NAHDHOH: Maaf entri ni lambat tulis...Akh Muhammad telah selamat di akad nikah oleh bapa mertua beliau pada 15/02/2010. Baru-baru ni jiran sebelah rumah bertanya kepada ibu ana , bila ana akan bernikah? Rasa-rasanya bila ek???

Muhammad Aliffudin B Ramlee
11.40 malam
18/2/2010

Selasa, 16 Februari 2010

KONFLIK AIR DUNIA

Assalamualaikum.  
 ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ 
maksudnya: telah tampak (jelas) kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki agar mereka merasa sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka , agar mereka kembali (ke jalan yang benar) 
surah ar-rum: 41


Agak terkejut setelah melihat Buletin Utama (15 Feb 2010) mengenai catuan air di Kluang , Johor. Sebelum ini, ana pernah merasai bagaimana begitu sukar akibat catuan air pada tahun 2005. Ketika itu tempoh catuan itu berlaku selama 2 bulan. Keadaan ketika itu amat sukar dan payah kerana ana tinggal di asrama menyebabkan permasalahan sering berlaku dikalangan pelajar seperti membasuh baju, menyucikan diri dan sebagainya. Sehingga memaksa pihak pengurusan madrasah menggali 2 buah perigi untuk kegunaan pelajar. Suasana sedemikian mendorong kepada masalah sumber minuman pelajar. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh ana dan rakan - rakan ialah terpaksa meminum air perigi dengan dicampurkan sedikit perisa sirap bagi menghilangkan rasa payau perigi.

Kini peristiwa itu kembali lagi ke Kluang , Johor. Ana doakan semoga keluarga ana dan rakan - rakan tabah mengahadapi dugaan ini.

FAKTA MENGENAI AIR

Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-

Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)
Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji)

CIRI-CIRI

Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen.
Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan.

Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.
Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.
Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.

Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini.

 AIR DISEBUT DI DALAM AL QURAN


أَوَلَمۡ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ ڪَانَتَا رَتۡقً۬ا فَفَتَقۡنَـٰهُمَا‌ۖ وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ كُلَّ شَىۡءٍ 
حَىٍّ‌ۖ أَفَلَا يُؤۡمِنُونَ
maksudnya: dan apakah orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu , kemudian kami pisahkan antara keduanya, dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air, maka mengapa mereka tidak beriman?

KONFLIK AIR DUNIA MENCETUSKAN PEPERANGAN

Pada tahun 2006 Pertubuhan Bangsa Bersatu telah mengeluarkan data yang agak memeranjatkan. Satu dari lima manusia dalam dunia ini tidak menikmati air seperti apa yang kita rasai dalam negara ini. Ini bermakna lebih dari 1 bilion umat manusia hidup tanpa sokongan kehidupan yang paling asas: air. Laporan dari PBB ini juga telah menunjukkan bahawa pada tahun 2025 hampir 2.5 bilion penduduk dunia ini akan menghadapi krisis kekurangan air.

Banyak negara-negara dan wilayah di selatan Sahara telah berbelas-belas tahun tidak didatangi oleh hujan. Bukina Faso, Ethiopia, Somalia, Benin atau Togo adalah contoh di mana kekurangan air sedang menjana krisis kemanusiaan yang paling parah. Afghanistan diberitakan telah memasuki tahun ke 9 di mana hujan telah gagal turun.

Kekurangan air ini wujud dalam beberapa tahap. Pada tahap yang agak selesa kekurangan ini hanya bermakna air tidak mencukupi untuk membasuh dan membersihkan badan, tetapi masih ada untuk diminum walau pun kebersihannya boleh dipersoalkan. Tahap ini sedang dialami oleh hampir 2.5 bilion umat manusia. Tahap yang lebih parah ialah apabila warga tidak ada air untuk diminum. Panas terik bumi kering kontang dan akhirnya air yang di dalam perut bumi pun menjadi kering. Ini sedang dialami oleh hampir 1.1 bilion manusia.

Melalui data dan laporan PBB ini, kita boleh meramalkan bahawa dalam masa yang tidak berapa lama dunia kita ini akan berkecamuk dalam suasana perang. Jika kita perhatikan dengan teliti pentas perang yang sedang terbuka di Iraq pada ketika ini boleh di hujah sebagai bertujuan untuk menjarah telaga-telaga minyak. Pada ketika susutnya pengaliran minyak ke dalam pasaran dunia adalah logik untuk kuasa-kuasa imperialis Anglo-Amerika mengepung dan membolot di mana sahaja kawasan-kawasan yang berpotensi atau memiliki minyak mentah dalam perut buminya

Tetapi apabila Israel menyerang Lubnan tujuannya bukan untuk menjarah telaga minyak. Kuasa Zionis Israel memulakan perang untuk mengepung dan memiliki kawasan-kawasan lembah aliran Sungai Litani di selatan Lubnan. Perang yang telah dilancarkan oleh Israel baru-baru ini adalah satu bentuk percubaan awal untuk menjarah punca air di lembah Levant.

Zionis Israel telah lama sedar bahawa tanpa air yang lumayan gaya hidup konsumerisme moden di kota-kota Israel tidak mungkin dapat dicapai. Bukit Golan yang ditawan oleh Israel pada tahun 1967 dahulu adalah salah satu dari punca air ke Israel. Pada ketika ini Laut Mati yang airnya ditapis untuk dijadikan air tawar telah mula susut. Tidak dapat tidak Israel wajib menawan punca air dari Sungai Litani dan Lembah Levant untuk terus hidup.

Perebutan punca air juga sedang berlaku di antara Turki, Syria dan Iraq. Dari pergunungan kawasan sempadan tiga negara ini munculnya Sungai Euphrates dan Tigris atau Dajlah. Di tebing Dajlah terdirinya kota Baghdad, kota kuno yang membuka tamadun dunia. Kesusutan Sungai Dajlah dan Euphrates akan mengakibatkan keriangannya kawasan lembah pertanian yang subur di Selatan Iraq.

Pada ketika ini Turki dan Syria telah membuat beberapa buah empangan di hulu sungai-sungai ini. Empangan ini pasti akan mengurangkan aliran air ke Iraq. Perebutan air ini pasti akan menjadi satu punca perang dalam masa yang tidak lama.

Keadaan yang sama juga sedang berlaku di antara Ethiopia , Sudan dan Mesir. Sungai Nile yang berpunca di Ethiopia melintasi Sudan dan keluar ke laut Tengah di Mesir. Sungai ini adalah tulang belakang ekonomi Mesir. Tanpa Sungai Nile tidak wujud tamadun Arab Mesir. Krisis akan timbul dalam bila-bila masa sahaja. Krisis ini adalah krisis perebutan agihan air Nile yang akan melibatkan tiga negara ini.

India dan Cina penah berperang untuk merebut kawasan pergunungan di Himalaya yang dipanggil Aksai Chin pada tahun 1962. Hingga ke hari ini kes kawasan Aksai Chin yang dipertikaikan ini masih belum selesai. Kawasan pergunungan ini adalah punca-punca air kepada Hwang Ho, Yang Tze Kiang dan Ganges.

Kita wajib menerima hakikat bahawa air dalam dunia ini adalah terhad. Sama seperti minyak, air juga akan susut. Air yang kita lihat ini sebenarnya wajib kita kongsi bukan sahaja sesama manusia tetapi bersama dengan tumbuhan, serangga, hidupan liar, unggas dan segala bentuk hidupan.

Memang kalau kita perhatikan di Port Dickson, di Klang atau di Terengganu kita akan nampak air. Ini air laut yang masin. Ianya tidak dapat menampung hidupan di darat. Dalam dunia yang maha luas ini air tawar hanya 2.5 %. Dari jumlah ini tiga suku darinya wujud di pergunungan atau masih membeku sebagai ais.

Krisis air ini muncul selari dengan krisis minyak. Gaya hidup konsumer yang dibawa oleh modeniti ini telah memangkinkan kelahiran dua krisis ini. Pertambahan penduduk semakin meninggikan permintaan air dan meninggikan permintaan minyak. Gaya hidup moden juga telah membazirkan air dan membazirkan bahan bakar minyak.. Manusia moden wajib berfikir kerana dalam masa yang tidak berapa lama dua krisis ini; air dan minyak – akan bertembung seperti di Lebanon baru-baru ini. Ikan di pinggan sudu di tangan tanyalah hati apa yang diingini.

PERANCANGAN RAPI ZIONIS MEMBINA ISRAEL RAYA

Dari kacamata konflik, air di Timur Tengah boleh menjadi objek, alat, ataupun penyelesaian konflik jika dikelola secara bijak oleh setiap negara. Air menjadi objek konflik ketika negara serantau saling berebut, baik dengan menggunakan kekuatan tentera mahupun diplomasi untuk melakukan pencerobohan dan hegemoni. Jika satu negara mempunyai sumber air, atau berjaya menguasai sumber air negara lain, maka air akan menjadi alat konflik. Kerana dengan cara itu negara yang menguasai sumber air mampu menekan negara lain, sesuai kepentingan yang ia inginkan.

Ini menunjukkan bahawa air mempunyai kekuatan yang luar biasa. Jadi tak hairan jika pada tahun 1995, Naib Presiden Bank Dunia Ismael Serageldin meramalkan bahawa perang masa depan tidak lagi dipicu oleh perebutan emas hitam (minyak), tetapi oleh emas biru (air). Al-Quran sendiri sudah memberikan isyarat, bahawa air tidak kalah penting dengan minyak. Dalam dalam surat Al-Anbiya ayat 30 Allah Swt. berfirman yang ertinya, "Dan Kami jadikan dari pada air itu segala sesuatu menjadi hidup, apakah kamu tidak beriman?"

Persediaan Air di Wilayah Arab

Persediaan air permukaan (sungai) di wilayah Arab mencapai 127,5 bilion meter padu setiap tahunnya. 71%-nya mengelilingi tiga negara, iaitu Mesir, Iraq dan Sudan. 67% diantaranya berasal dari luar negara Arab.

Hal ini kerana Iraq mempunyai dua sungai iaitu Eufrat dan Tigris (Dejlah). Sungai Eufrat mengalir dari Turki menuju Syria, dan bermuara di Iraq. Sedangkan Sungai Tigris mengalir langsung dari Turki ke Iraq.

Sedangkan Mesir dan Sudan kerana memiliki sungai Nil yang bermuara pada Habsyah (Nil biru) dan tasik Victoria (Nil Putih). Nil putih dan biru ini bertemu di dekat Khourtum, ibukota Sudan, kemudian mengalir ke Mesir.

Air Sebagai Pencetak dan Objek Konflik

Air bisa menjadi alat konflik ketika ia digunakan untuk menekan negara lain. Sebut sahaja Nil yang mempunyai hulu di Habsyah, maka Habsyah boleh menggunakan kuasanya dalam sumber air untuk menekan Mesir.

Bila Habsyah tidak mahu menekan Mesir, Habsyah boleh dimanfaatkan oleh negara lain, seperti yang berlaku sekarang. Hegemoni AS dan Israel yang kuat di tanduk Afrika, ditambah dengan adanya Yahudi Habsyah yang disebut dengan "Beta Israel", menjadikan Zionis semakin mantap memainkan peranannya untuk menekan Mesir melalui Habsyah. Kerana Israel meminta Mesir untuk mengalirkan air Nil melelaui jalur Sinai ke Israel. Jika Mesir tidak memenuhi permintaan Israel tersebut, maka Zionis-Israel akan mengintervensi Habsyah supaya tidak mengalirkan air Nil Habsyah ke Mesir.

Saat ini ada beberapa kajian yang siap diterapkan untuk membuat empangan air di Habsyah dengan bantuan Bank Dunia. Kegiatan ini diramal akan mengurangkan 20% air Nil yang akan mengalir ke Mesir, sehingga Mesir kehilangan sekitar 7 bilion meter padu daripada 55,5 bilion meter padu bekalan air setiap tahun.

Bahkan untuk menekan Mesir, ada propaganda agar Habsyah membendung turun Nil biru, sehingga akan membentuk tasik besar di Habsyah sebagai gudang air raksasa, kemudian menjualnya kepada negara yang mahukannya, persis seperti menjual minyak.

Turki juga memanfaatkan kuasa hulu sungai Eufrat dan Tiggris dalam menekan negara hilir untuk kepentingan kebangsaannya. Untuk itu, Turki merancang mega projek Anatolia yang merangkumi pembinaan 25 sistem pengairan, 22 empangan di laluan Sungai Eufrat, dan 19 penjanaan elektrik.

Satu daripada 22 empangan tersebut telah dibina pada tahun 1990 dengan nama empangan Attaturk. Dengan pembinaan satu empangan ini sahaja, bekalan air ke Syria dan Iraq telah berkurangan masing-masing sebesar 40% dan 80%. Apalagi jika 21 projek empangan lain direalisasikan, tentu akan menjadi mimpi buruk bagi Syria dan Iraq. Dengan kekuatan kuasa air hulu inilah Turki pernah menekan Syria dalam membasmi pemberontakan puak Kurdis di Selatan Turki.

Air juga akan menjadi objek konflik ketika ia diperebutkan. Hal ini seperti Iraq dan Syria yang memperebutkan air sungai Eufrat. Pihak Syria membuat empangan air di sungai Eufrat untuk kepentingan dalam negerinya. Sedangkan Iraq berusaha menggagalkan empangan tersebut, untuk menjaga agar bekalan air ke Iraq tetap mencukupi. Isytihar ini hampir saja menimbulkan perang kedua negara. Maka pada tahun 1974 dan 1975, Iraq sebagai pihak yang dirugikan mengancam untuk membom empangan Syria di Tabqa.

Ambisi Israel Merebut Air

Israel memerlukan air untuk mempertahankan eksistensi negara Zionis yang kuat dan mandiri. Untuk itu Israel berusaha merebut air secara mimpi, mengemis, mencuri, bahkan merampas secara paksa melalui peperangan.

Secara mimpi, ambisi Israel berjaya air telah tampak sejak Zionisme ingin mencapai target membina negara Israel Raya. Target itu bertulis dan bergantung Knesset Israel yang berbunyi, "Tuhan memberikan kepada kamu wahai anak-anak Israel, wilayah antara Dejlah dan Nil." Ini bererti Israel Raya berambisi mendapatkan wilayah antara air dan air (sungai Dejlah dan sungai Nil).

Secara mengemis, selepas penandatanganan perjanjian Balfour pada tahun 1917, pemimpin Persidangan Yahudi Chaim Azriel Weizmann meminta pada Perdana Menteri Inggeris Luid George agar memperluaskan wilayah Israel, lebih luas daripada perjanjian Balfour. Weizmann meminta supaya Inggeris menambahkan tasik Lithani di Lubnan, sungai Yordan, Panisa, dan Yarmuk menjadi sebahagian daripada negara Israel.

Secara mencuri, Israel melakukan aksinya melalui projek yang diaktori oleh Ilyasa 'Kiely pada tahun 1974. Projek ini berusaha mengambil air dari negara-negar tetangga, dengan ramalan Israel akan mengalami krisis air di masa depan. Mencuri air dari Mesir, Israel menggali telaga-telaga yang dalam di sempadan, kemudian mengalirkan air sungai Nil ke Israel dengan menggunakan tabung lengkung di bawah terusan Suez. Menurut laporan lembaga HAM "Al-Ard Center", projek ini membolehkan mengalirkan air sungai Nil satu bilion meter padu kepada Israel. Sumber lain mengatakan sekitar 8 bilion meter padu. Selain itu projek ini juga mengalirkan air Nil ke bahagian selatan, tepatnya ke padang pasir Negev. Tentunya projek ini merugikan Mesir, sehingga sering menjadi isu hangat selepas perjanjian Camp David.

Secara merampas, Zionis-Israel tidak segan-segan melancarkan perang untuk merebut sumber air. Merampas air dengan perang adalah arahan daripada petinggi Zionis. Pada tahun 1955 David Ben Gurion berkata, "Yahudi memerangi Arab adalah untuk merebut air. Keputusan perang ini menentukan eksistensi Israel. Bila perang ini tidak behasil, maka kita tidak akan mampu bertahan lama di Palestin."

Dalam bukunya Water, Conflict Resoulution, and Environmental Sustainability in the Middle East (2001) Federick mengatakan, bahawa peperangan antara Syria dan Israel pada tahun 1950-an dan 1960-an didasari oleh konflik air lintas serantau. Dalam perang melawan Arab (1964-1965) khususnya di sempadan Syria dan Lubnan, salah satu motiv Israel adalah menguasai sungai Jordan, sungai Panias, sungai Yarmuk, dan sungai Hashabani. Begitu juga salah satu motiv perang 1967 adalah untuk menukar arah aliran sungai Yordan untuk kepentingan Israel. Tahun 1982, Israel melancarkan perang ke Lubnan, salah satu motivnya adalah menguasai sungai Lithani.

Bersatu Mengakhiri Penjajahan Zionis-Israel

Menyikapi konflik air lintas regional, ada dua teori yang bisa dipakai. Pertama, teori kedaulatan wilayah tanpa batas (unlimited territorial sovereignty). Teori ini menyatakan bahawa negara mempunyai kuasa penuh dalam mengeksploitasi air wilayahnya walau merugikan negara lain. Teori ini diterapkan India yang membiarkan air wilayahnya mengalami pencemaran, sehingga merugikan Bangladesh yang merupakan negara hilir.

Teori kedua ialah persepaduan wilayah tidak terhad (unlimited territorial integrity), kebalikan daripada teori pertama. Teori ini menyatakan bahawa satu negara tidak berhak mengubah kuantiti dan high dari ketersediaan air yang mengalir ke wilayah negara lain. Teori ini digunakan Mesir untuk menjaga kewujudan suplay air ke Nil Mesir. Tujuannya untuk mampu menjangka negara-negara hulu, sehingga tidak membuat empangan berlebihan yang boleh mengurangkan bekalan air ke Mesir.

Dari kedua teori yang menetapkan dasar air lintas serantau ini, negara-negara Arab yang majoriti umat Islam seharusnya menggunakan teori pertama untuk menamatkan penjajahan Israel di Palestin.

Dengan kekuatan air, negara-negara Islam sebenarnya mampu dengan mudah menekan Israel untuk menamatkan penjajahan. Hal ini kerana keperluan air Israel masih bergantung pada dunia Islam. Bukankah Israel Begantung pada 83% air Tebing Barat berdasarkan perjanjian Oslo? Bukankah Israel bergantung pada 40% air tasik Galilee di dataran tinggi Golan yang ruang tambahan pada 1981? Bukankah kekuatan Israel bergantung pada air sungai Yordan? Bukankah Israel juga masih bergantung pada air Nil Mesir dengan memanfaatkan Habsyah dan memanfaatkan kerajaan Mesir yang lemah?

Analis tetap di majalah Al-Mukhtar Al-Islami terbitan Kaherah (edisi Jun 2009) Dr. Muhammad muru mengatakan, "Saat ini Israel mengkonsumsi air sebesar 3,5 bilion meter padu, dan Israel ingin menambah bekalan air sebanyak 12 bilion meter padu untuk menjalankan projek-projek penjajahan." Jika pemimpin dunia Islam tunduk dan menuruti nafsu Zionis ini, umat islam akan semakin meringkuk dalam kehinaan. Namun jika umat Islam bersatu menghentikan bekalan air ke Israel, maka tidak hanya mimpi Israel yang terkubur, Palestin juga bisa tersenyum dan kemudian terbebaskan.

disusun dari sumber:
1- Al Quran
2-Kitab Dirasat Islamiyyah , Bab Pencemaran Air, Kuliyyah Usuludin Dan Dakwah Univeristi Al Azhar Mansurah, Dr Ustaz Ali Ahmad Ali
3- http://www.eramuslim.com/berita/analisa/kekuatan-air-pada-konflik-timur-tengah.htm
4- http://ricecooker.kerbau.com/2006/09/07/hishamuddin-rais-lepas-minyak-air/
5- Wikipedia

Senin, 15 Februari 2010

ALHAMDULILLAH....TAHNIAH KEPADA ADHOC BAZARIA DPM MANSURAH 2010

Syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi ruang dan peluang kepada kita menghayati nikmat kehidupan . Selawat dan salam kepada kanjeng agung Saidina Muhammad s.a.w. serta para ahli bait keturunan baginda.
Alhamdulillah , Bazaria DPM Mansurah 2010 telah melabuhkan tirainya. Bazaria yang berlangsung 2 hari bermula 13/2/2010 hingga 14/2/2010 dapat memberikan secangkir pengalaman dalam bidang perniagaan . Untuk menceburkan diri dalam perniagaan perlu mengambil beberapa risiko yang tinggi. Risiko dari segi kerugian, kekurangan modal, sabotaj dan sebagainya.

Bazaria DPM Mansurah 2010 adalah satu medan yang terbaik bagi menonjolkan kebolehan masyarakat Azhari. PMRAM menyediakan pelbagai cabang untuk disertai pelbagai latar belakang masyarakat Azhari untuk berdaya saing seperti perniagaan, penulisan, penerbitan, sukan, ilmiah dan sebagainya. Sebahagian ilmu-ilmu ini kita tidak dapat di dalam kuliyyah dan kelas-kelas. Jazakallah dan tahniah kepada Adhoc pelaksana Bazaria DPM Mansurah 2010 kerana berjaya melaksanakan program seumpama ini. Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa kalian. Amin. Jazakallah.

SUASANA BAZARIA (RUANGAN IKHWAH)

persediaan air carrot susu

persediaan oleh Tok Guru Katering..lauk ketam sambal

bendahari bazar....Ustaz Hafiz Tuah

jual air kotak lagi untung....bisik hatiku

cantik tak gerai AJKT ....gerai "Kita PMRAM"

buat apa main sorok2 tu....

gerai "Kita PMRAM" best...ungkap Ust Labib

Simbol perasmian oleh Timbalan Presiden PMRAM merangkap BP Angkat DPM Mansurah

Duta Kecil Carrot Susu Ais....Tuan Miqdad

ni ayah Miqdad...Duta Ketam Tok Guru

sebahagian juadah di bazar

Bos Gerai "Kita PMRAM" bersama Bos Gerai Masyarakat

Kami adalah....Bodyguard Pengerusi DPMM...

bersama dj ketika slot Dana Syaqah PMRAM

ramainya nak bergambor dongan den..

Ketua Cheff...

bakal bapa....

di bazaria ini juga kita boleh mengeratkan ukhwah.....

ni la Pengarah Bazaria 


sebahagian AJKT


bersama Tokey Gerai Tok Guru







Minggu, 14 Februari 2010

GEMPAK DI BAZARIA MANSURAH....

Alhamdulilah. Ahli Mansurah dipelawa untuk menghadiri Bazaria Asean DPM Mansurah 2010. Bertemakan "Satu Hati". Bazaria kali ini menawarkan 6 gerai Ikhwah dan 7 gerai Akhwat. Tentu yang paling menjadi tumpuan ialah gerai AJKT DPM Mansurah iaitu Gerai Kita PMRAM.

 
papan tanda gerai "Kita PMRAM"

STRUKTUR GERAI "Kita PMRAM"

Penaung
MUHAMAD AMIRUL B HASIM

Pengarah
MD NUZUL HAKIMI B IBRAHIM

Bos Gerai "Kita PMRAM"
MUHAMMAD ALIFFUDIN B RAMLEE

Assistant Bos
MOHD ALIF JUNAIDI B ABDULLAH

Ketua Cheff
MOHD ASRI B ZOLKAFLI

Cheff
SAIFUL HAFIZ B AHMAD SABIRON
MOHD ZAHIMIE B MOHD DZAHID
MOHD RUSHDI B TAHIRUDIN
MOHD JAAFAR B MOHAMAD SHODEK
MOHD DAUD B HASSAN
MOHD FADZLY B SADOON

MINUMAN YANG DI TAWARKAN DI GERAI KITA PMRAM

Bonjorno : LE 2.50(HARGA RUNTUH) LE 2.00
Sirap Bandung : LE 2.00
Carrot Susu Ais : LE 2.50
Teh O Panas : LE 1.50
Teh Tarik : 2.00
Limau Ais : 1.50


 
sebahagian duta-duta Gerai " Kita PMRAM" (bp PMRAM)

Tawaran Istimewa Bazaria Asean dari gerai kami :
Satu Carrot Susu Ais : LE 2.50
Kalau anda beli 2 Carrot Susu Ais : LE 4.75
Jadi disarankan untuk anda membeli bersama pasangan pilihan anda (rakan anda...heheheh)

Menu Istimewa :

 













 
ketam sambal dari Tok Guru Katering.

Selasa, 09 Februari 2010

TERIMA KASIH KEPADA USTAZKU....

dari kiri: Ustaz Raid dan Ustaz Tolal

Ustaz Tolal segak berpakaian melayu hadiah dari anak-anak muridnya

Ustaz Raid bersama anak perempuanya yang comel bernama Tala

keluarga Ustaz Raid

sebahagian pensyarah Marsah

Ustaz Raid menerang sesuatu pada ku

kelas ku yang "happy go lucky"

Bila melihat foto-foto diatas begitu rindu untuk kembali di waktu dahulu. Memang benar kata hikmah yang berbunyi " semalam adalah sejarah, hari ini adalah realiti dan esok adalah misteri". Memang seronok belajar di Marsah (Kolej Pengajian Islam Johor). Walaupun sekadar 6 bulan bagi mengikuti Kursus Bahasa Arab bagi persediaan ke Mesir namun kenangan bersama Ustaz Raid dan Ustaz Tolal memang menggamitkan.

Disitu aku mengenali bangsa arab. Walaubagaimanpun kedua-dua ustaz aku berasal dari arab Jordan . Tetapi bagi Ustaz Tolal , ibunya berasal dari arab Palestin. Kini aku berada di bumi arab. Agak sukar untuk berbicara dalam fushah. Mungkin memerlukan inisiatif dan daya usaha yang tinggi untuk menggapainya. Walaubagaimanapun aku mengucapkan terima kasih kepada kedua guruku ini kerana sudi membimbing aku dan rakan-rakan dalam memantapkan bahasa arab .

Jazakallah.

p/s: dah lama x ym dengan abah dan ibu....klu ada masa open la ym...boleh sembang2 hehehehe

Muhammad Aliffudin B Ramlee
11.21 malam
9/2/2010