Kamis, 29 April 2010

Muktamar Wafidin Mansurah mendapat liputan Soutul Azhar


Alhamdulillah , Muktamar Wafidin Mansurah mendapat liputan. Warga wafidin Mansurah perlu memilikinya kerana ia bakal menjadi sejarah hebat dalam perjuangan mahasiswa. Perjalanan masih jauh dan perancangan perlu disusun bagi memastikan izzah Islam tidak dihapus sedikit demi sedikit. Takbir!!



Video sejarah perjalanan DPM Mansurah. Tahniah kepada siapa yang buat video ini.

Muhammad Aliffudin B Ramlee
5.44 petang
29/4/2010

Jangan terpengaruh dengan agenda sempit mereka


Badan Bukan Kerajaan, SOL atau Sisters of Liberalism secara rasmi membuat bantahan kepada Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter ekoran wujudnya koc ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’. Koc dengan warna merah jambu bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada orang perempuan itu diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam. Ia juga akan mulai diluaskan ke laluan lain mulai Mei ini (lihat di sini).

Jurucakap SOL, Wan Gayah Ibrahim mengkritik perlaksanaan tersebut sebagai 'menghina, merendahkan kemampuan, dan menyebabkan wanita tersisih dalam satu gerabak pendek serta kecil berwarna suram iaitu merah jambu.'

"Kami menuntut kesamarataan. Wanita mesti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Lagipun, koc yang disediakan oleh KTMB membuatkan sesetengah wanita yang ingin bergaul bebas dengan lelaki seperti teman lelaki mereka berasa tidak selesa. Wanita mesti diberi peluang untuk berkawan-kawan. Koc ini juga menyebabkan lelaki yang cenderung keperempuanan atau perempuan yang cenderung kelakian berasa dianaktirikan, diketepikan dan didiskriminasikan. Ini tidak sihat untuk Malaysia. Dalam negara yang mengamalkan 1Malaysia kita patutnya mengamalkan '1Koc Untuk Semua." Kata Wan Gayah Ibrahim yang pernah menjadi imam sembahyang Jumaat di beberapa surau di Bangsar dan Bukit Bintang satu masa dahulu.

Apabila ditanya mengenai sambutan positif penumpang wanita terhadap koc tersebut, Wan Gayah Ibrahim cuma menjawab dengan nada skeptikal, "Mereka yang menggunakan koc tersebut kolot. Apa salahnya duduk dan berdiri bersesak-sesak dengan lelaki? Ini adalah alaf baharu. Perlaksanaan koc wanita ini kerana terikut-ikut dengan negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Iran. Jangan gunakan alasan gender untuk mengenepikan wanita."

Kolumnis terkenal sebuah akhbar tabloid, Datuk Paduka Ir. Kholidah Samad yang turut dihubungi bagaimanapun sedikit berbeza pandangan dengan Wan Gayah Ibrahim, "Kalau koc itu dilaksanakan supaya wanita tidak kena raba dek lelaki maka saya sokong. Punggung saya sendiri pernah kena pegang sekali dulu di Shah Alam. Saya tak suka orang pegang punggung saya. Tapi kalau koc itu dilaksanakan kerana alasan hukum iaitu lelaki dan perempuan tidak harus bercampur maka saya tidak setuju dan membantah dengan tegasnya. Setiap amalan mestilah dengan niat kata hadis nabi. Jadi saya nak tanyalah niat KTMB di sini? Hukum tidak boleh bercampur baur tu semua ciptaan ulama dan tidak sesuai lagi dengan iklim politik negara kita pasca PRU ke 12." Demikian ujar penyokong kuat SOL tersebut.


SUMBER: FAISAL TEHRANI

ULASAN SOUTUL NAHDHOH

Makin melampau puak-puak liberal. Orang buat baik dipertikaikan.Sedangkan perkara yang dibuat KTMB ini telah disokong oleh ramai pihak. Inilah anak didik barat yang telah didoktrinkan . Banyak benda lain yang baik boleh difikirkan . Kepada wanita di Malaysia usah hiraukan pandangan SOL. Teguhkan hati mu, Insya Allah jiwa dan maruah mu akan selamat.

ZURIAT ISLAM HADHARI DAN ONE MALAYSIA TELAH MENETAS


Zuriat ISLAM HADHARI dan 1 MALAYSIA telah menetas sekarang. Itulah natijahnya, lahirnya manusia yang pakai tudung tapi pakai seluar pendek. Kemana perginya menteri yang menjaga agama ? kenapa terlalu bacul untuk melaksanakan perintah Allah SWT. ? sahabat-sahabat tentu ada jawapannya......

Sumber:  dpwwm

Rabu, 28 April 2010

Adakah ini juga satu penghinaan?

Satu demi satu maruah Islam cuba dicalar oleh orentalis. Mereka sentiasa cuba berusaha untuk meracuni pemikiran umat Islam. Sebelum ini kita begitu kecoh dengan istilah "Islam librel" . Agak terkejut setelah melihat status  Facebook milik adik saya (Amarudin) " video ni cm mmpersndakan agama lak!! x tahu nk komen pe nie".


Untuk Ammaruddin , abang ucapkan tahniah kerana ada sedikit sensitiviti terhadap Islam. Mudah-mudahan amal mu bernilai disisi Allah.

Video tersebut terdapat beberapa keraguan. Adakah lagu ini telah sampai ke negara kita. Lagu ini dinyanyikan semula oleh Ahmad Dhani (vokalis DEWA 19) bersama kumpulan The Rock Indonesia. Lagu ini milik kumpulan QUEEN.

Saya berharap sahabat-sahabat dapat dengar lagu ini dan fikirlah sendiri. Saya juga berharap kumpulan  ini tidak diluluskan albumnya di Malaysia. Kerajaan Malaysia perlu bertindak tegas dalam menangani jaringan Islam Librel di Malaysia.



LIRIK LAGU

Ibrahim, Ibrahim, Ibrahim,
Allah, Allah, Allah, Allah will pray for you.
Hey!

Mustapha, Mustapha, Mustapha Ibrahim.
Mustapha, Mustapha, Mustapha Ibrahim.

Mustapha Ibrahim, Mustapha Ibrahim
Allah, Allah, Allah will pray for you.
Mustapha Ibrahim, al havra kris vanin
Allah, Allah, Allah will pray for you.
Mustapha, hey! Mustapha
Mustapha Ibrahim, Mustapha Ibrahim, hey!

Allah-i, Allah-i, Allah-i,
Ibra-Ibra-Ibrahim, yeah!
Ibrahim, Ibrahim, Ibrahim,
Allah Allah Allah-i hey!

Mustapha Mustapha - Allah-i na stolei
Mustapha Mustapha - Achtar es na sholei
Mustapha Mustapha - Mohammad dei ya low eshelei
Mustapha Mustapha - ai ai ai ai ahelei
Mustapha,
Mustapha,
Ist avil ahiln avil ahiln adhim Mustapha,
Salaam Aleikum!

Mustapha Ibrahim, Mustapha Ibrahim
Allah, Allah, Allah will pray for you.
Mustapha Ibrahim, achbar ish navin
Allah, Allah, Allah will pray for you.
Mustapha, Mustapha
Mustapha Ibrahim, Mustapha Ibrahim, hey!

Allah-i, Allah-i, Allah-i,
Ibra-Ibra-Ibrahim, yeah!
Ibrahim, Ibrahim, Ibrahim,
Allah Allah Allah-i hey!

Mustapha Mustapha
Mustapha Mustapha
Mustapha Mustapha
Mustapha Mustapha
Mustapha,
Mustapha,
Vontap ist ahiln avil ahiln adhim Mustapha,
Aleikum Salaam hey!

Muhammad Aliffudin B Ramlee
3.09 petang
28/4/2010

Selasa, 27 April 2010

BKPJM... wadah kesatuan anak Johor di Mesir


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillahi Rabbil A'lamin, puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT yang sentiasa mengurniakan nikmat Iman dan Islam kepada kita. Selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta seluruh ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda yang meneruskan dakwah Islam ke seluruh alam sehingga dakwah Islam itu sampai kemanisannya pada kita selaku penuntut Al-Quran dan hadis baginda Rasulullah S.A.W. di bumi Mesir yang penuh dengan barakah ini.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah(agama islam), dan janganlah kamu bercerai-cerai. Dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu(sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara ” surah Ali Imran, ayat 103.

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian,

Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) merupakan satu-satunya persatuan pelajar Johor di Mesir. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1970 dengan nama Tabung Derma Pelajar Islam Johor (TDPIJ) yang berperanan untuk mengumpul derma untuk kebajikan pelajar disamping mengadakan hubungan dengan Kerajaan Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor dan pihak-pihak yang lain.
Dengan meningkatnya bilangan pelajar dan timbulnya pelbagai masalah, maka pada November 1982 Tabung Derma Pelajar Islam Johor (TDPIJ) telah dibubarkan dan digantikan dengan nama Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) hinggalah hari ini. 

Cogan kata “ KEBAJIKAN DAN PERPADUAN” telah menjadi satu gagasan dan matlamat utama di dalam pentadbiran BKPJM. Sehingga hari ini, di dalam segala aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh BKPJM, “kebajikan dan perpaduan” semestinya diantara objektif yang akan digariskan untuk membentuk ukhuwah dan perpaduan diantara ahli. Begitu juga, BKPJM telah mempelopori aktiviti kebajikan sejak sekian lama. Bahkan bukan sedikit sumbangan dan baktinya kepada anak-anak Johor yang berada di Mesir ini. BKPJM juga sangat komited dalam menjadikan kebajikan sebagai salah satu agenda perjuangannya selama ini. Skop kebajikan yang dicurahkan BKPJM kepada ahlinya bukan hanya berbentuk wang ringgit, akan tetapi BKPJM juga memberikan kebajikan dari aspek thaqafah, kecemerlangan akademik, kesihatan dan lain-lain.

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian,

Al-Quran dan Sunnah merupakan dasar dan pegangan pembawakan BKPJM. Kesatuan yang telah terbina atas dasar inilah membuktikan Allah S.W.T. masih lagi memelihara BKPJM sebagai wadah penyatuan kepada seluruh anak-anak Johor di Mesir.Selain itu, intima’ yang diberikan oleh ahli kepada BKPJM membuktikan bahawa Al-Quran dan Sunnah menjadi dasar BKPJM dan kesatuan yang telah dibina adalah kesatuan atas nama Islam. 

Sehingga hari ini, BKPJM terus dengan berbekalkan Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar membawa segala matlamat dan tujuan penubuhan BKPJM. Antara tujuan penubuhannya adalah berusaha untuk mengeratkan hubungan ukhuwwah Islamiah diantara seluruh ahlinya, membuat dan meningkatkan sebarang kemajuan pelbagai bidang untuk kepentingan BKPJM dan seluruh ahlinya, menyalurkan kebajikan kepada seluruh ahli dan lain-lain. Antara tujuan lain penubuhan BKPJM juga adalah untuk mengadakan hubungan dengan 
Kerajaan Negeri dan pihak-pihak tertentu selagi tidak melanggar dasar BKPJM. Bukti keperihatinan BKPJM dan seluruh ahlinya dalam mengadakan hubungan dengan Kerajaan Negeri ialah usaha yang telah dilakukan oleh BKPJM gabungan keseluruhan pimpinan BKPJM dan ahli BKPJM yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan satu program yang mencatat sejarah kedua di dalam pentadbiran BKPJM iaitu Majlis Perasmian Bangunan Asrama Kedua Pelajar Johor di Mesir yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim yang telah diadakan pada 17 April 2010.
Saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian,

Pada masa yang sama, BKPJM dengan sokongan dan dokongan dari seluruh ahli dalam membawa dasar dan tujuan yang telah digariskan tidak terlepas juga dari pelbagai dakwaan dan fitnah, sehinggakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan BKPJM dan ahlinya terbabit dengan politik pembangkang dan sebagainya. Risalah Islam yang telah dibawa oleh kekasih Allah junjungan kita yang mulia, baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam yang dijamin oleh Allah S.W.T. untuk mempeliharanya hingga ke hari kiamat juga tidak lari dari difitnah, dicaci maki dan dilontarkan dengan pelbagai tohmahan, apatah lagi risalah yang hendak dibawa oleh hamba-hamba Allah yang biasa seperti kita. Sehingga kini, fitnah dan tohmahan seumpama ini disambut baik sebagai kayu pengukur menguji ketabahan pimpinan BKPJM dan kesetiaan pendukung BKPJM yang mempunyai semangat dan kesedaran yang terpasak dengan kefahaman Islam. 

Semoga segala usaha yang dibuat oleh BKPJM dengan dukungan dari seluruh ahli mendapat keberkatan dan naungan Allah S.W.T. seterusnya dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang berdasarkan ilmu dan kefahaman yang dibentuk atas nama Islam.
Sekian, Wassalam.

KEBAJIKAN DAN PERPADUAN” 
 
Salam Mahabbah dari saya ;
BASIR BIN MOHAMED
Yang DiPertua,
Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir 09/10

sumber: BKPJM 

SEPAKAT MEMBANTAH

Alhamdulillah malam tadi (26hb Apr 2010) sekitar jam 9 malam perjumpaan bersama wakil-wakil wafidin yang berada di Mansurah telah diadakan. Sebanyak 8 buah negara telah sama-sama turun bagi membincangkan perkara ini dan kesemuanya telah membantah sekeras-kerasnya tentang cadangan pemusatan kami ke kaherah.

Timbul percanggahan berkenaan dengan qarar perpindahan ini, ada yang mengatakan ia adalah bagi mahasiswa/wi wafidin yang tidak bertutur dalam bahasa arab dan ada yang mengatakan qarar ini adalah bersifat umum untuk semua mahasiswa/wi wafidin. Apa pun secara kesimpulannya kesemua mereka yang bergelar wafidin harus bersedia dengan kemungkinan-kemnungkinan yang ada.

Satu lajnah telah dibentuk pada perjumpaan tersebut, beberapa keputusan akan diputuskan secara bersama di bawah lajnah ini. InsyaAllah hari ini (27 Apr 2010) perjumpaan bersama amid kuliah banat sahaja akan berlangsung. Amid kuliah lughah dan usuluddin (bain) akan menyusul pada keesokan hari (rabu), insyaAllah. Kita akan menyatakan bantahan , pandangan daripada amid sendiri berkenaan perkara ini dan mengemukakan beberapa persoalan yang masih belum terjawab pada muktamar lepas.

Dalam perbincangan malam tadi, rakan kita daripada Juzu' Qamar Ustaz Abduh menegaskan supaya seluruh muhafazah yang lain perlu menyuarakan bantahan ini sama seperti bantahan yang telah disepakati dalam perjumpaan di Mansurah ini. Sekiranya hanya satu muhafazah sahaja tidak bersetuju sebagai contoh, akan mendatangkan masalah diperingkat jamiah untuk menentukan keputusan.

Satu cadangan juga secara bersama disepakati iaitu, setiap negara perlu menghantar surat bantahan yang akan diserahkan kepada Amid, Rais Jamiah, Rais Wizara' dan Sheikhul Azhar. Ini adalah cadangan, dan diperingkat Mansurah akan menyerahkan kepada Pusat untuk cadangan ini.

Perjumpaan pertama ini telah berakhir sekitar jam 11:30 malam. Sekiranya tidak ada aral melintang, perjumpaan seperti ini akan diadakan lagi dari semasa ke semasa.

sumber : Ust Amirul

Minggu, 25 April 2010

Semoga pengorbanan ini bernilai disisiNya


Setelah habis menghari Muktamar Wafidin, Pengerusi DPM Mansurah bergegas ke rumah Ustaz Usman Al Amani bersama beberapa pemikir DPM Mansurah. Rupa-rupanya baru saya tahu bahawa ketika Ustaz Usman Al Amani menyampaikan ucapan dengan penuh dan dalam masa yang masa beliau terpaksa mengagahkan dirinya kerana demam!

Kemudian Pengerusi DPM Mansurah kembali ke rumahnya dan mengajak saya makan di rumah Ustaz Labib. Saya juga diarahkan oleh Pengerusi DPM Mansurah untuk menyiapkan laporan terperinci bagi blog rasmi DPM Mansurah .

Selepas isyak Pengerusi DPM Mansurah menghadiri perjumpaan bersama beberapa pemikir DPM Mansurah. Mereka yang hadir :

1-Ustaz Ihsan B Khalid
2-Ustaz Usman Al Amani
3-Ustaz Firdaus B Fuzi
4-Ustaz Labib B Abdul Jalil
5-Ustaz Huzaifah (BP PMRAM)
6-Ustaz Amirul (Pengerusi DPMM)
7-Ustaz Aliffudin B Ramlee (saya)

Kami meneliti segala rakaman audio dan video yang dirakamkan oleh ahli DPM Mansurah. Beberapa bukti dan hujjah dikumpul untuk tindakan dan gerak kerja seterusnya. Saya kembali ke rumah bersama Pengerusi DPM Mansurah. Dan sepanjang saya menjadi AJKT dan tidur di rumah Pengerusi DPM Mansurah inilah kali pertama saya terdengar "dengkuran" tidur akibat kepenatan dalam  menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Doakan semoga amal dan usaha kita walaupun sedikit mendapat ganjaran dari Allah. Kepada ahli DPM Mansurah agar tidak putus doa dan mendoakan kepada Pengerusi DPM Mansurah dan tenaga pemikir agar thabat dalam perjuangan ini. Kepada mereka yang memberi kerjasama , semoga usaha kalian mendapat ganjaran yang bernilai disisi Allah

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

P/s Soutul Nahdhoh: ni baru dengkuran pengerusi.....bagaimana pula dengkuran BP-BP PMRAM....

Muhammad Aliffudin B Ramlee
3.03 pagi
25/4/2010

Sabtu, 24 April 2010

MUKTAMAR WAFIDIN di Mansurah


Begitu gamatnya Muktamar Wafidin bersama pihak pengurusan Al Azhar Mansurah di Kuliyyah Dirasat Islamiyyah Lil Banat. Segalanya bermula dengan isu perpindahan pelajar Mahasiswa/wi Al Azhar dari muhafazah (cawangan) ke Kaherah. Khabar angin sedemikian hampir menjadi kenyataan. Semua mahasiswa/wi wafidin (luar negera) akan ditempatkan disatu fakulti dan menggunakan silibus pembelajaran yang baru.

Bagi pendirian kebanyakan mahasiswa/wi Malaysia di Mansurah amat menentang keras dengan isu ini. Kerana isu ini akan menimbulkan permasalahan yang cukup besar pada masa akan datang. Antara faktor yang disepakati kebanyakan mahasiswa/wi :

1) Ekonomi dan penempatan.

Bagi mahasiswa/wi Melayu di Al Azhar Mansurah terdapat lebih kurang 27 pasangan yang telah berkhawin. Keadaan ini tentu akan bersangkut paut dengan permasalahan ekonomi dan penempatan. Bagi mahasiswa/wi yang belum mendirikan rumah tangga tentu permasalahan ini boleh ditangani walaupun terdapat sedikit kepahitan. Bagi mereka yang sudah berumahtangga ini merupakan cabaran yang terbesar terhadap  mereka. Selain itu , sebahagian mahasiswa/wi Al Azhar tidak mendapat bantuan kewangan yang kukuh dan stabil. Kebanyakan dari mereka hanya mengharap saluran kewangan dari ibubapa.

Selain itu,  penempatan yang sukar diperolehi di Kaherah serta mahal dan akan memberi masalah yang besar kepada rumah-rumah negeri dan Badan Kebajikan Anak Negeri kerana isu perpindahan ini bukan hanya berlaku kepada muhafazah (cawangan) Mansurah sahaja tetapi di seluruh 7 muhafazah yang lain yang terdapat mahasiswa/wi Melayu Al Azhar. Kaherah akan padat dengan pelajar wafidin (luar negara) dari seluruh dunia

2)Silibus dan Takhasus

Sebelum ini mahasiswa/wi wafidin (luar negara) Al Azhar diberikan pilihan untuk mengikuti bentuk takhasus (fakulti) yang di tawarkan . Seperti Fakulti Bahasa Arab, Fakulti Usuludin dan Fakulti Syariah . Di dalam cabang Fakulti Usuludin terdapat beberapa takhasus, seperti Aqidah Falsafah, Dakwah, Hadis serta Tafsir. Mengikut maklumat yang diperolehi. Perpindahan semua mahasiswa/wi wafidin (luar negara) untuk ditempatkan di satu fakulti akan menjejaskan sistem pembelajaran dan tiada pilihan bagi mengikuti bidang yang diminati.

Silibus pembalajaran akan berubah. Bagi mereka yang berada di tahun 4 pengajian , bagaimana nasib mereka? Adakah mereka terpaksa memulakan pembelajaran mereka dari mula?

3) Qiraat di Mansurah

Mansurah adalah satu-satunya tempat yang terdapat pelajar qiraat bagi mahasiswi . Jika perpindahan pengajian ini diteruskan , akan memberi kesan dalam isu keselamatan . Selama ini kes kecurian dan pecah rumah kerap berlaku.

Maka pihak pengurusan Al Azhar Mansurah  telah mengadakan Majlis Muktamar Wafidin bagi menjelaskan isu ini. Antara pihak pengurusan yang hadir :

1- Amid Kuliyyah Ususludin dan Dakwah Universiti Al Azhar Mansurah
2- Amid Kuliyyah Bahasa Arab Universiti Al Azhar Mansurah
3- Amid Kuliyyah Dirasat Dan Islamiyyah Dan Bahasa Arab (Mahasisiwi)
4- Semua Wakil Kuliyyah
5- Rais Syuun Wafidin
6- Mudir Tahrir
7- Doktor dan Doktorah

Majlis dimulakan dengan ucapan tetamu kehormat. Seterusnya beberapa nasihat dan cadangan dari doktor dan doktorah. Mengikut perancangan asal, DPMM menghantar 5 orang untuk menyatakan pandangan . Mereka ialah:

1-Ustaz Usman Al Amani
2-Ustaz Saiful Bahri
3-Ustaz Labib
4-Ustaz Zahimie
5-Ustaz  Amirul (Pengerusi DPMM)

Walaubagaimanapun ketika program berlangsung hanya Ustaz Usman Al Amani dan seorang wakil dari Senegal dapat menyatakan pandangan. Tetapi ruang yang diberikan amat terhad, sedangkan ini adalah permasalahan mahasiswa/wi wafidin (luar negara) di Al Azhar. Sorakan dan tepukan begitu gamat di dalam dewan ketika Ustaz Usman Al Amani menyatakan pandangan seluruh mahasiswa/wi Melayu di Al Azhar seolah-olah berada di dalam parlimen.

Hampir kesemua mahasiswa/wi Melayu Al Azhar hadir dalam Muktamar Wafidin bagi mendengar maklumat dari pihak pengurusan Al Azhar Mansurah. Jarang sungguh dapat melihat kebersamaan ahli DPMM. Kerana isu ini berkait dengan isu kepentingan diri sendiri. Jika isu ini berkait dengan DPMM dan PMRAM sahaja sudah tentu sambutan begitu dingin dan suram. 

Walaubagaimanapun, perjalanan masih jauh. Kita belum mendapat keputusan rasmi dari Al Azhar As Syariff. Masih sempat untuk berdoa dan memohon nusrah dariNya. Ini mungkin sebahagian dari mehnah dan cabaran terpaksa kita hadapi.

Ana juga sempat mendengar luahan dan cadangan bagi menghadapi isu ini. Dr Ali Ali Luqam begitu tidak redha dengan perjalanan majlis di Muktamar Wafidin kerana tidak memberi ruang mahasiswa/wi wafidin menyatakan seluas-luasnya pandangan (maklumat yang ana terima dari Ust Adham). Ada juga sahabat yang mencadangkan kepada ana untuk membuat memorandum . Ada juga mencadangkan mengadakan solat hajat dan sebagainya. Tidak kurang juga menyarankan PMRAM menyelesaikan di peringkat tertinggi Al Azhar.

Memang fitrah manusia apabila ditimpa musibah baru kembali mencari tuhan. Mungkin ini adalah titik mula kebersamaan  kita. Adakah kita hendak mengharapkan pihak berkenaan menyelesaikan isu ini? Adakah persatuan lain seperti Nadi UMNO dan ISMA menyelesaikan isu ini? Semua masih tertunggu -tunggu apakah tindakan seterusnya DPMM dan PMRAM dalam menangani isu ini.

Marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah agar diberikan ruang dan peluang dalam isu ini.
Wallahu'alam.

Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah

Muhammad Aliffudin B Ramlee
24/4/2010
5.03 petang

Kamis, 22 April 2010

Jangan Fikir kita berada di posisi yang selamat....(edisi khas untuk akhowat)

Mungkin sudah selayaknya pemerintah Indonesia untuk mengkaji kembali 'ekspor' TKW ke negara-negara Arab, karena faktanya para TKW Indonesia di negara-negara Arab lebih memprihatinkan nasibnya dibandingkan dengan teman-teman mereka yang menjadi TKW di negara-negara bukan Arab dan non Muslim seperti, China, Taiwan, Hongkong, dan Korea.


Kisah tragis dan mengerikan kembali menimpa Tenaga Kerja Wanita (TKW) Indonesia di Timur Tengah. Kali ini, kasus yang menimpa srikandi devisa negara Indonesia itu terjadi di negeri "Ayat-Ayat Cinta", Mesir.
Kejadiannya sangat tragis: TKW tersebut diculik, disekap, dan diperkosa secara bergiliran oleh 6 orang pemuda Mesir. Lebih tragisnya lagi, aksi tersebut dilakukan di gudang pembuangan sampah.

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kairo yang kemudian mengetahui kasus ini, segera bertindak dan mendesak pihak kepolisan Mesir untuk mengungkap dan menangkap keenam pelaku tindakan bejat tersebut. Kini, keenam pelaku telah ditahan kepolisian dan menjalani proses hukum.

Surat kabar Mesir al-Yahum as-Sabi (21/4) mengabarkan, kasus tersebut bermula ketika seorang TKW Indonesia tengah berjalan di kawasan Abidin, bilangan yang dahulu menjadi pusat pemerintahan dan istana masa dinasti Muhammad Ali Pasha, karena disuruh majikannya untuk membeli sesuatu.

Tanpa disangka-sangka, tiga orang pemuda Mesir menodongkan senjata tajam ke arah TKW itu. Ketiganya lalu menyeretnya dan memperkosanya beramai-ramai di sebuah gudang sampah.

Ulah bejat pemuda Mesir itu tak berhenti hanya sampai sana saja. Mereka lalu membawa dan menculik TKW tersebut ke sebuah flat rumah, masih di kawasan yang sama, menyekapnya dan kembali memperkosanya. Lebih naas lagi, di flat tersebut ternyata ada tiga orang pemuda Mesir lainnya yang juga ikut memperkosa korban.

Setelah puas menuntaskan hasrat binatang mereka, keenam pemuda Mesir itu lalu "membuang" korban begitu saja dalam kondisi yang sangat memprihatinkan. Beruntung, ada orang Mesir baik hati yang tak tega melihat korban dan membawanya ke KBRI.

Korban kini tengah menjalani perawatan serius di salah satu rumah sakit Mesir atas biaya KBRI. Pihak KBRI sendiri tengah mengupayakan untuk mendesak pemerintahan Mesir agar menjatuhkan "hukuman mati" kepada keenam pelaku.

Kasus pelecehan dan kejahatan seksual di Mesir yang menimpa perempuan asing terbilang sangat tinggi. Sekitar setahun yang lalu, salah satu surat kabar terkemuka Amerika bahkan mengatakan Mesir adalah negara yang paling tak aman dan nyaman untuk perempuan asing.

Kondisi ini tentu saja sangat ironis, mengingat Mesir adalah negeri yang digambarkan "indah" oleh Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih, juga karena di Mesir banyak ulama besar dan juga terdapat Universitas Al-Azhar. (ys)

Sumber : era muslim

ULASAN:

Jika dulu ada sahaja akhowat kita boleh mendabik dada dengan mengatakan "ala ust..selama ni ana keluar malam ok jer"...atau... "ana keluar malam ni pon kalau ada urusan penting..."....atau...."ana bukan tak nak guna khidmat musyrif...cuma tak nak susahkan diorang".

Tapi kini mungkin tidak lagi. Berita yang kita baca menimpa kepada wanita Indonesia. Nasib kita akan datang siapa tahu.....Lu fikir la sendiri...

P/s Soutul Nahdhoh : Ikhwah jangan malas pulak kalau diminta jadi musyrif...hehehehe

Senin, 19 April 2010

Daulat Tuanku....kerana sudi mencemar duli

MEMORI TERPATRI SEJARAH DI KENANG

banner di hadapan pintu masuk

APJ Rabaah

cameraman dari mansurah..Ustaz Amirushah

bendera di kibarkan

karpet biru menghiasi dari pintu pagar ke pintu asrama
(pose terbaik dari Dr Yazid)

dah macam bodyguard....


Pengerusi Jawatan Kuasa Agama Negeri Johor (Exco Johor)
Datuk Zainal Abidin


Penasihat Majlis Agama Negeri Johor
Dato Noh Gadut


Mufti Johor
Datuk Tahrir B Dato Kiyai Samsuddin


Pegawai Kebajikan HEP Johor Mesir
Ustaz Ahmad Hanif B Naim


DYMM Sultan Johor diringi MB Johor


DYMM Sultan Johor mengaminkan pembacaan doa


Raja Zarith Sofia


Bergambar dengan Ustaz Faizul Hadi (Ketua Jabatan Nuqaba) dan Ustaz Aiman (Exco DPM Damanhur)


Pintu masuk asrama


Tuanku berkenan bersalaman dengan pelajar


bergambar dengan Ustaz Amin Sailan (Exco Perumahan BKPJM)


ni dia...plak perasmian


Plak perasmian


kereta DYMM Sultan Johor


Presiden PMRAM ke 51 , Ustaz Shahrizan Hazimie (kiri) dan Ustaz Zuhaili antara tetamu vip


Pelajar Johor mengambil peluang bersalaman


Tuanku sudi bergambar dengan pelajar


Tanggal 17 April 2010 tercatat sejarah Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) bagi perasmian Asrama Pelajar Johor (APJ) Rabaah. APJ Rabaah adalah APJ ke 3 selepas APJ Hayyu Thamin dan APJ Iskandariah.

Perasmian APJ Rabaah disempurnakan perasmian oleh DYMM Tuanku Sultan Johor pada pukul 2.40 petang. Turut hadir bersama DYMM Tuanku , DYMM Raja Zarith Sofia, Menteri Besar Johor, Exco Kerajaan Negeri, Mufti Kerajaan Negeri, Penasihat Agama MAIJ, Pegawai MAIJ.

 Setinggi tahniah kepada Ad Hoc Pelaksana atas persiapan dan persedian yang terbaik. Semoga Allah membalas jasa kalian.
 


Jumat, 16 April 2010

MOTORSIKAL untuk di jual.....

Mantan Presiden PMRAM 2009, Ustaz Abdul Muizz ingin menjual motosikal beliau. Al Faqir mengetahui berita ini di dalam status facebook Ustaz Abdul Muizz.Sila mesej terlebih dahulu Ustaz Muizz.

motor ni bakal bertukar tuan

gaya pejuang dan kuda mereka

Muhammad Aliffudin B Ramlee
8.34 malam
16/4/2010

Kamis, 15 April 2010

FAKTA MUKTAMAR SANAWI PMRAM KE 77

Barisan Badan Pengurus PMRAM 2009


Perwakilan Mansurah dalam coaster menuju ke Muktamar Sanawi PMRAM

Ketua Perwakilan Mansurah (Us. Fadzli Sa'doon) sedang memberi taklimat ringkas. Betapa pentingnya kad PMRAM..Perhatikan di tangan beliau..hehe..

Hah..inilah Ketua Perwakilan Mansurah..mcm mana..hencem x??hehe..belum berpunya lagi

Perwakilan Mansurah sedang yang khusyu' perhatikan buku muktamar....muktamar sedang berlangsung...

Perwakilan sedang menyanyikan lagu PMRAM

gaya poyo dari aku......hehehehe

Barisan badan pengurus PMRAM sedang membentangkan laporan gerak kerja yang dipengerusikan oleh Presiden PMRAM Us. Abdul Mu'izz Muhammad

Barisan HEWI PMRAM 2009

Penasihat PMRAM 2009. Ustaz Khairul Anuar (kanan) Mantan Presiden PMRAM 2008. Ustaz Hairul Nizam Mat Husin (kiri) Mantan Presiden PMRAM 2007.

KREW PMC @ PMRAM Multimedia Centre sentiasa memastikan Muktamar berjalan dengan lancar.

Kek PMRAM sempena usia ke-80 tahun..sedap betul kek ne..

ust alif junaidi.....belom berpunya...hahahaha

Us. Asri & Us. Hafiz Mat Tuah sedang memerhatikan gambar kekejaman Israil.

Gambar Tangisan Palestin.

Perwakilan Mansurah menuju pulang ke Mansurah..

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

FAKTA MUKTAMAR SANAWI PMRAM KE 77

1- Perwakilan Ikhwah Mansurah bertolak pukul 4.15 pagi dan sampai pukul 7 pagi. (maklum la....selama ni asyik datang lewat jer.....)

2- Perwakilan Zaqazig berjaya menghantar perwakilan muslimat....(mabruk)

3- 2 Usul telah dibahaskan dan dipersetujui tanpa bangkangan

4- 5 orang BP kekal menjawat jawatan BP PMRAM bagi sesi 2010

5- 4 kali nyanyian Lagu PMRAM dinyanyikan oleh perwakilan.

6- Ust Nuzul Haqimi(mansurah) telah dilantik menjadi juruaudit PMRAM.

7- Ustazah Azimah (Mansurah) menerima anugerah emas PMRAM (ni geng protokol....hehehehe)

8- Ustazh Shahrizan (Presiden PMRAM 2010) penuntut MA Al Azhar.

9- DPM terbaik DPM Zaqaziq dan BKAN terbaik Perak.

10- Maklumat Muktamar PMRAM boleh diikuti secara langsung dari blog Ustaz Mujahid

11- Pertama kali perwakilan muktamar dapat makan kek PMRAM

12- Jangan sangka Ustaz Muiz beridentiti "garang"....sebenarnya beliau romantik..hehehehe

13- yang paling penting dan fakta yang tidak boleh disangkal.....aku juga mengambil bahagian dalam sesi soalan gerak kerja..hehehehe (kalau pergi tak tanya buang masa)....kalau ada fakta lagi boleh la komen....jangan  marah bagi siapa yang marah

Sumber gambar dan maklumat : Ustaz aliff junaidi 
Komputer : salam di tanta


Muhammad Aliffudin B Ramlee
3.10 pg
15/4/2010
tanta (rumah johor)