Jumat, 27 November 2009

SALAM EIDIL ADHA......

Assalamualaikum dan salam lebaran...

Allahu Akhbar...Allahu Akhbar....Allahu Akhbar

Selamat hari raya eidil adha ana ucapkan kepada pengunjung blog Al Faqir ini. Jutaan kesyukuran dan keinsafan kita hamparkan buat Pencipta kita Yang Esa. Di coretan ini ana mengucapkan Selamat Hari Raya Eidil Adha kepada :

1-BONDA dan AYAHNDA serta keluarga.

Salam Pengorbanan achak utuskan dalam coretan kali ini. Achak mohon maaf kerana tidak sempat menelefon di pagi lebaran dek kerana kerja dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Ini adalah raya haji ke 2 di perantauan . Ingatlah tiada kejayaan yang manis sebelum kita menempuh pengorbanan. Alhamdulillah...untuk tahun ini achak di beri rezeki lebih oleh Allah S.W.T untuk melaksanakan ibadah korban. Mudah-mudahan dilebaran akan datang kita akan menyambut kegembiraan dan kesyukuran bersama. Insya Allah. Halalkan makan dan minum serta pengorbanan ibu dan abah curahkan kepada achak. Serta kepada adik-adik , achak memohon maaf jika achak gagal dalam melaksanakan tugas sebagai abang. Maaf zahir dan batin dari Benua Afrika.

2- SAHABAT- SAHABAT DAN AHLI DPM MANSURAH.

Salam Ukhwah fillah bagi mereka yang megenali diri ana ini. Jutaan kemaafan ku pinta dalam ruangan maya ini bagi menebus segala kesilapan  diri ini terhadap kalian. Mungkin ada perkara-perkara yang menjadi dendaman dalam sanubari kalian akibat daku terlalu mengikut nafsu. Daku ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjadi pendukung perjuangan Islam serta penyokong DPM Mansurah. Mungkin selama daku menjadi kepimpinan melakukan perkara yang tidak menyenangi hati kalian. Ingatlah sahabat ku, daku bukanlah orang yang terbaik dikanlangan kamu....dan daku adalah musafir yang baru mengenali erti KHALIFAH. Maka jika daku berada dijalan Al Quran , As Sunnah , Ijmak dan Qias maka sokonglah, jika daku menyimpang dari jalan tersebut serta mendukung agenda thagut maka kalian sedarkanlanh. Menjadi kepimpinan bukan satu yang kekal tetapi menjadi hamba yang bertaqwa itulah yang perlu kita cari. Selamat Eidul Adha 1430 H kepada mereka yang mengenali diri Al Faqir ini.


sebelum solat raya bersama Syeikhuna Said Jamal di Masjid Sayyidah Zainab
dari kiri: Ana, Amin Taufiq, Adham dan Abd Qadir

P/s: kepada ahli DPMM , jangan lupa hari sabtu , 28/11/2009 bersamaan 2 zulhijjah 1430 H program ibadah korban dpm mansurah. Pakat turun ramai-ramai. Untuk raya ke 5 insya allah ada entri terbaru untuk perjalanan ibadah korban di mesir untuk keluarga tersayang.

Muhammad Aliffudin B Ramlee
6.36 petang
27/11/2009


Selasa, 24 November 2009

MADRASAH ARABIAH KLUANG ....institusi agama rakyat terakhir Johor.

sebahagian murabbiku, dari kiri: Ustaz Hanafi, Ustaz Zaki, Ustaz Rahim. Ustaz Kamal(Pengetua)
Ustaz Murad, Ustaz Amal

ustaz murad ad damanhury


Penulis khat sekolah : Saudara Dzulhilman B Roslan (UUM). Beliau adalah adik kepada Pengerusi DPM Tanta


suasana Yaman di M.A.K


Ana bersama Syafie

batch 2002 hingga 2006










pemandangan hadapan M. A.K

Assalamualaikum w.b.t

Marilah sahabat-sahabat kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada Al Khaliq. Selawat dan salam buat junjungan kita Saidina Muhammad s.a.w. Kepada mereka yang berjuang dan memartabatkan Al Quran dan isi kandungannya. Semoga perjuangan mereka ini mendapat ganjaran dari Allah. Amin...

Sahabat seperjuangan sekalian,

Tentu sahabat pernah merasai nikmat menuntut ilmu . Tentu kita pernah belajar di bawah bangunan yang di namai "sekolah". Sekolah adalah tempat pentarbiyyah awal kita sebelum melanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Ana pernah merasai pelbagai jenis sekolah, sama ada di sekolah milik kerajaan pusat, sekolah kerajaan negeri , sekolah agama rakyat dan pengajian pondok. Semua itu adalah jenis sekolah yang mungkin sahabat pernah merasai.

Tetapi sekolah yang menjadi memori yang terindah dalam pentarbiyyah ana adalah di Madrasah Arabiah Kluang.

MADRASAH ARABIAH KLUANG

Madrasah Arabiah Kluang (M.A.K) adalah salah satu sekolah agama rakyat di negeri Johor yang ditubuhkan oleh Allahyarham AL Fadhil Ustaz Mohd Lasim B. Mohd Saim pada 8 Mei 1946 di Persekutuan Melayu Kluang. Ustaz Mohd Lasim B Mohd Saim lulusan dari Madrasah Al Junied di Singapura. Karamat Ustaz Mohd Lazim memang tidak boleh dipertikaikan kerana beliau adalah satu-satunya ulama dan pemimpin utama di daerah Kluang. Pada awal penubuhan M.A.K hanya dibiayai oleh penduduk tempatan dan yuran yang dikenakan ketika itu adalah RM 1 sebulan. Bangunan tersebut adalah kayu. Setelah beberapa lama M.A.K dipindahkan keatas bukit berhampiran Masjid India Kluang. Di sana ana telah merasai suasana pembelajaran dalam bangunan kayu yang serba usang dengan jumlah pelajar 55 orang dengan 1 kipas sahaja.

Pada tahun 1950an M.A.K terus menjadi tumpuan destinasi pembelajaran pelajar dari Kemboja, Singapura. Kini M. A. K terus unggul ditengah bandar Kluang. Wasiat Allahyarham Ustaz Mohd Lasim agar terus menjalan sistem pembelajaran agama yang menyeluruh dan memastikan Pengetua M.A.K adalah bekas penuntut M.A.K bagi meneruskan dasar M.A.K. Kini M.A.K ditadbir oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Kamal B Mohd Said merupakan guru saya dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5.

M.A.K pernah diarah tukar nama oleh "pihak berkuasa" kepada Sekolah Menengah Agama Arab Kluang. Namun pertukaran itu tidak tahan lama kerana tenaga pengajar dan penuntut-penuntut lebih menyukai nama MADRASAH ARABIAH KLUANG. Al Fadhil Ustaz Mohd Kamal pernah memberitahu pada saya "sesungguhnya kalimah dalam bahasa arab lebih mempunyai ruh daripada bahasa-bahasa yang lain, cuba anta lihat kalimah "madrasah" dan "sekolah" mana yang lebih unggul" saya mengangguk tanda faham ketika itu sahaja.

Baru- baru ini ana menayakan melalui mesej kepada ustaz ana, iaitu Ustaz Kamal B Said (Pengetua M.A.K) "Assalamualaikum Ustaz, ustaz sihat? Betul ke madrasah telah di ambil oleh kerajaan pusat sebagaimana digembur-gembur dalam berita baru-baru ini?"
Ustaz Kamal:"kalau kerajaan cinta Islam ambil, ust reda tp kalau kerajaan x suka Islam nak ambil m.a.k, ust x akan serahkan. Kalau kerajaan x suka Islam rampas madrasah ust terpaksa".
Untuk pengetahuan sahabat sekalian, kerajaan pusat sudah bersiap sedia untuk mengambil M.A.K sejak tahun 2002 lagi tetapi Ustaz Kamal tetap mempertahankan sehingga sekarang. Para guru disana berkhidmat dalam gaji yang sedikit untuk melihat Islam tertegak di bumi ini.

Antara mantan pelajar di M.A.K ialah Dr Syarifah Hayati (Pensyarah dan ahli panel dalam rancangan agama di televisyen) , Dr Daeng Sanusi B Daeng Mariok (Mantan Pesuruhjaya Pas Johor) , Al Fadhil Ustaz Hanif B Naim (Pegawai Kebajikan Pelajar Johor) Al Fadhil Ustaz Yazid B Pardi (BP PMRAM 09) dan ramai daripada penuntut M.A.K berkhidmat di Majlis Agama Islam Johor.

Kini ana rindukan tarbiyyah di M.A.K....ana teringin kembali menjadi pelajar seperti dahulu yang mendapat kasih sayang daripada guru-guru.

Ya Allah....Aku bermohon pada MU, supaya MU memberkati hidup dan mati ibu bapa ku serta guru-guru ku yang telah mencurahkan ilmu kepada ku samaada secara lansung ataupun tidak. Murahkan rezki mereka dan berilah kekuatan kepada guru-guru M.A.K memimpin satu-satunya sekolah agama rakyat di negeri Johor ini. Demi memastikan kelansungan Islam . Amin

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada M.A.K boleh menghubungi
Al Fadhil Ustaz Kamal B Mohd Said 019 7681405
Bank : Bank Muamalat
Atas Nama: Tabung Amanah sek arab kluang
Akaun: 01040002211471
sila dapatkan makluman daripada Ustaz Kamal makluman terkini.

"pertahankan institusi agama rakyat di Johor"

Muhammad Aliffudin B Ramlee
1.52 pagi
25/11/2009

Sabtu, 21 November 2009

SECEBIS KENANGAN BERSAMA SYEIKH ASHRAF HAMID HASANAIN

Syeikh Ashraf mengimamkan solat isyak bersama ahli DPMM

dari kiri: Ustaz Akhi Kamil, Syeikh Ashraf, dan Pengerusi DPMM Ustaz Amirul

Syeikh Ashraf Hamid Hasanain sedang memberikan ucapan

Al Fadhil Ustaz Malik (BP PMRAM) mengetuai bacaan qasidah

ahlibait ku , Ustaz Badruldin

gambar kenang-kenangan ahli DPMM bersama Syeikhuna

cuba cari mana gambar ana...hehehe

Alhamdulillah. Ini pertemuan yang paling bermakna kerana ini pertemuan bersama ulama selepas pertemuan dengan Masyaikh Al Azhar di dalam Program Kutub Sittah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Walaupun sudah sebulan berlalu, namun
isu kutub sittah masih bergema dan akhirya dibawa ke Parlimen Malaysia.

Inilah perbezaan PMRAM dan persatuan yang lain, PMRAM lebih mengutamakan ulama berbanding sebahagian persatuan lain yang hanya mengutamakan Syeikh Jamil Al JPMK. Marilah kita berdoakan supaya isu kutub sittah berpihak kepada PMRAM. Amin...

Desak , Desak , Desak JPMK
Tunai, Tunai , Tunai 3 Tuntutan
Suara, Suara , Suara Al Azhar
Allahu Akbar

"satu fikrah satu amal"

Muhammmad Aliffudin B Ramlee
10.44 pagi
21/11/2009

Senin, 09 November 2009

GELAGAT AJKT DI HARI PEMBENTANGAN ETIKA PMRAM

Assalamualaikum w.b.t

Hari Pembentangan Etika PMRAM telah berlansung di Rumah Terengganu pada 5 November 2009. Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah telah menyertai program tersebut. Semua AJKT DPM Mansurah telah menghadiri program tersebut kecuali Ustaz Saiful Hafiz B Sabiron (Exco Dakwah) kerana masalah kesihatan.

Hari Pembentangan Etika PMRAM telah dirasmikan oleh Pemangku Presiden PMRAM Al Fadhil Ustaz Shahrizan B Mohd Hazimie. DPM Mansurah telah memberikan komitmen pada program tersebut . Yang paling menarik ialah keberanian AJK Hewi Ustazah Suhaina Sarifudin (USR Hewi) yang melontarkan pertanyaan pada Badan Sambutan Dan Rehlah PMRAM sebanyak 8 soalan. Disini ana paparkan gambar kenang-kenangan gelagat AJKT di hari tersebut. Terima Kasih.

barisan AJKT DPM Mansurah 2009/2010
Ustaz amirul tiada dalam gambar ini kerana masalah kesihatan dan memerlukan rehat

S/U Agung DPM Mansurah

satu hati menyanyikan lagu PMRAM

buat apa nie..

Tidak dapat menumpukan perhatian

Gaya seorang CEO Islamik

Ana , Dr Yazid (UPP Johor) dan Jaafar

ku keseorangan...

Nuzul dengan baju barunya

Jaafar yang begitu ceria

Ustaz Jaafar tidak dapat bertanyakan soalan kerana semua soalan beliau telah ditanyakan oleh Ustazah Suhaina

Ex MJ 07 yang menjadi exco dari kiri: Aslizan (UPP Tanta), Aiman (UKKS Damanhur), Ilyas (UPAP Tanta), Syed (USR Tanta)

akibat tidak menumpukan perhatian Ust Asri tidak dapat menjawab soalan peperiksaan

Ust Amirul tidak sempat sarapan...akibatnya terpaksa makan dalam dewan

p/s: Kita doakan semoga Pengerusi DPM Mansurah Ustaz Amirul sihat dan sembuh dan terus memimpin DPMM . aminn.

Muhammad Aliffudin B Ramlee
12.27 tgh malam
10/11/2009


Sabtu, 07 November 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU TUAN PRESIDEN

Assalamualaikum w.b.t

Syukur lafaz yang tidak terhingga pada Mu ya Allah. Selawat dan salam pada kekasih kami Saidina Muhammad dan sekalian zuriat keturunan baginda. Mudah- mudah dipermudahkan urusan kami di padang Mahsyar untuk bertemu mu ya Rasulullah. Amin

Preisden PMRAM 2009 bersama zaujahnya

Alhamdulillah bertambah lagi satu Badan Pengurus PMRAM yang berumah tangga. Sebelum ni Ustaz Labib B Abd Jalil (BP Sambutan dan Rehlah) menamatkan zaman bujangnya . Kini Presiden PMRAM 2009 Ustaz Abdul Muiz Muhammad menamatkan zaman solonya. Apa pun dari ana mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" semoga Allah memberkati hidup Ustaz Muiiz hingga ke anak cucu. Amin

p/s: Presiden Pmram dan Ustaz Labib dah khawin...otai-otai lama mansurah(Ust Kadir , Ust Amin , Ust Asri, Ust Adham dan Ust Amirul) bila pulak ?? Jangan marah ...

Rabu, 04 November 2009

SUDAH SETAHUN JAGUNG....

di KLIA
Assalamualaikum w.b.t

Ku persembahkan pujian dari hamba yang hina ini kepada Mu. Ku hamparkan selawat dan salam buat kanjeng junjungan Saidina Muhammad. Para mereka yang meneruskan risalah perjuangan Rasul hingga akhir qiamat.

Ya kini sudah setahun berada di Perlembahan Nil. Pada tarikh 14 oktober 2008 adalah detik bermakna buat diri ini menjejakan harapan merentasi lautan kerana dengan izin yang maha Esa selamat tiba di Mesir. Pada waktu itu ana melihat kemesraan abang senior menyambut kami di lapangan terbang.

Namun setelah sebulan menetap di Asrama Pelajar Johor, ana menerima tawaran kemasukan Universiti Al Azhar di Mansurah. Hati kecil pada mula ingin memberontak tatkala menerima permohonan itu. Ini kerana ana seorang sahaja pelajar baru lelaki Johor pada tahun itu ke Mansurah bersama seorang pelajar baru akhwat Johor iaitu Ustazah Eleyyeen. Tapi selepas menerima nasihat daripada naqib ana di Asrama Pelajar Johor iaitu Al Fadhil Ustaz Faizzul Hadi (abang fathi), ana merelakan diri ana untuk pergi ke Mansurah.dari kiri: syafie, ana, salam, al azmi, hakim

Di Mansurah ana menimba pengalaman dalam organisasi. Ana sebenarnya bukan pelajar "glamour" di Mansurah. Tapi siapa tahu perencanaan Allah terhadap hambanya. Di Mansurah sebenarnya merupakan muhafazah yang terlalu unik. Ini kerana latar belakang pengajian pelajar-pelajar yang pelbagai. Ada jurusan Usuluddin, Bahasa Arab, manakala di sebelah akhwat terdapat juga jurusan Syariah dan Qiraat . Disini juga terdapat Universiti Mansurah. Pelajar di Universiti Mansurah kini mencecah hampir 1000. Bagi pelajar perubatan pula terdapat jurusan kerjasama dari Manchester dan pergigian.
salam, salleh dan ana merenung masa hadapan
Namun kini hampir setahun ana mengenali Mansurah. Pelbagai ragam dan cara masyarakat "melayu" disini perlu ana fahami. Sebagaimana firman Allah :

"wahai manusia sesungguhnya kami jadikan dari kalangan kamu lelaki dan perempuan, dan kami jadikan juga kamu puak-puak dan kumpulan-kumpulan untuk saling kenal mengenal, sesunguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah yang paling bertaqwa"

Ya kini amanah semakin berat. Tanggungjawab semakin bertambah. Semua ini memerlukan rahmat dan kasih sayang dari Allah. Ana juga memerlukan dokongan dan sokongan dari sahabat- sahabat sekalian bagi menerajui DPM Mansurah dibawah pandangan rahmat Allah.

bersama anak-anak kedah tahun 1
dari belakang:hayyum, kimi , hanif
hadapan: shahmi,sofiuddin,ana

Terima Kasih .

Salam Kasih dan Sayang

Muhammad Aliffudin B Ramlee
1.19 petang
4/11/2009