Jumat, 27 November 2009

SALAM EIDIL ADHA......

Assalamualaikum dan salam lebaran...

Allahu Akhbar...Allahu Akhbar....Allahu Akhbar

Selamat hari raya eidil adha ana ucapkan kepada pengunjung blog Al Faqir ini. Jutaan kesyukuran dan keinsafan kita hamparkan buat Pencipta kita Yang Esa. Di coretan ini ana mengucapkan Selamat Hari Raya Eidil Adha kepada :

1-BONDA dan AYAHNDA serta keluarga.

Salam Pengorbanan achak utuskan dalam coretan kali ini. Achak mohon maaf kerana tidak sempat menelefon di pagi lebaran dek kerana kerja dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Ini adalah raya haji ke 2 di perantauan . Ingatlah tiada kejayaan yang manis sebelum kita menempuh pengorbanan. Alhamdulillah...untuk tahun ini achak di beri rezeki lebih oleh Allah S.W.T untuk melaksanakan ibadah korban. Mudah-mudahan dilebaran akan datang kita akan menyambut kegembiraan dan kesyukuran bersama. Insya Allah. Halalkan makan dan minum serta pengorbanan ibu dan abah curahkan kepada achak. Serta kepada adik-adik , achak memohon maaf jika achak gagal dalam melaksanakan tugas sebagai abang. Maaf zahir dan batin dari Benua Afrika.

2- SAHABAT- SAHABAT DAN AHLI DPM MANSURAH.

Salam Ukhwah fillah bagi mereka yang megenali diri ana ini. Jutaan kemaafan ku pinta dalam ruangan maya ini bagi menebus segala kesilapan  diri ini terhadap kalian. Mungkin ada perkara-perkara yang menjadi dendaman dalam sanubari kalian akibat daku terlalu mengikut nafsu. Daku ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjadi pendukung perjuangan Islam serta penyokong DPM Mansurah. Mungkin selama daku menjadi kepimpinan melakukan perkara yang tidak menyenangi hati kalian. Ingatlah sahabat ku, daku bukanlah orang yang terbaik dikanlangan kamu....dan daku adalah musafir yang baru mengenali erti KHALIFAH. Maka jika daku berada dijalan Al Quran , As Sunnah , Ijmak dan Qias maka sokonglah, jika daku menyimpang dari jalan tersebut serta mendukung agenda thagut maka kalian sedarkanlanh. Menjadi kepimpinan bukan satu yang kekal tetapi menjadi hamba yang bertaqwa itulah yang perlu kita cari. Selamat Eidul Adha 1430 H kepada mereka yang mengenali diri Al Faqir ini.


sebelum solat raya bersama Syeikhuna Said Jamal di Masjid Sayyidah Zainab
dari kiri: Ana, Amin Taufiq, Adham dan Abd Qadir

P/s: kepada ahli DPMM , jangan lupa hari sabtu , 28/11/2009 bersamaan 2 zulhijjah 1430 H program ibadah korban dpm mansurah. Pakat turun ramai-ramai. Untuk raya ke 5 insya allah ada entri terbaru untuk perjalanan ibadah korban di mesir untuk keluarga tersayang.

Muhammad Aliffudin B Ramlee
6.36 petang
27/11/2009


1 komentar: