Ku persembahkan pujian dari hamba yang hina ini kepada Mu. Ku hamparkan selawat dan salam buat kanjeng junjungan Saidina Muhammad. Para mereka yang meneruskan risalah perjuangan Rasul hingga akhir qiamat.
Ya kini sudah setahun berada di Perlembahan Nil. Pada tarikh 14 oktober 2008 adalah detik bermakna buat diri ini menjejakan harapan merentasi lautan kerana dengan izin yang maha Esa selamat tiba di Mesir. Pada waktu itu ana melihat kemesraan abang senior menyambut kami di lapangan terbang.
Namun setelah sebulan menetap di Asrama Pelajar Johor, ana menerima tawaran kemasukan Universiti Al Azhar di Mansurah. Hati kecil pada mula ingin memberontak tatkala menerima permohonan itu. Ini kerana ana seorang sahaja pelajar baru lelaki Johor pada tahun itu ke Mansurah bersama seorang pelajar baru akhwat Johor iaitu Ustazah Eleyyeen. Tapi selepas menerima nasihat daripada naqib ana di Asrama Pelajar Johor iaitu Al Fadhil Ustaz Faizzul Hadi (abang fathi), ana merelakan diri ana untuk pergi ke Mansurah.dari kiri: syafie, ana, salam, al azmi, hakim
Di Mansurah ana menimba pengalaman dalam organisasi. Ana sebenarnya bukan pelajar "glamour" di Mansurah. Tapi siapa tahu perencanaan Allah terhadap hambanya. Di Mansurah sebenarnya merupakan muhafazah yang terlalu unik. Ini kerana latar belakang pengajian pelajar-pelajar yang pelbagai. Ada jurusan Usuluddin, Bahasa Arab, manakala di sebelah akhwat terdapat juga jurusan Syariah dan Qiraat . Disini juga terdapat Universiti Mansurah. Pelajar di Universiti Mansurah kini mencecah hampir 1000. Bagi pelajar perubatan pula terdapat jurusan kerjasama dari Manchester dan pergigian.
salam, salleh dan ana merenung masa hadapan
Namun kini hampir setahun ana mengenali Mansurah. Pelbagai ragam dan cara masyarakat "melayu" disini perlu ana fahami. Sebagaimana firman Allah :"wahai manusia sesungguhnya kami jadikan dari kalangan kamu lelaki dan perempuan, dan kami jadikan juga kamu puak-puak dan kumpulan-kumpulan untuk saling kenal mengenal, sesunguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah yang paling bertaqwa"
Ya kini amanah semakin berat. Tanggungjawab semakin bertambah. Semua ini memerlukan rahmat dan kasih sayang dari Allah. Ana juga memerlukan dokongan dan sokongan dari sahabat- sahabat sekalian bagi menerajui DPM Mansurah dibawah pandangan rahmat Allah.
Terima Kasih .
Salam Kasih dan Sayang
Muhammad Aliffudin B Ramlee
1.19 petang
4/11/2009
بسم الله الرحمن الرحيم
BalasHapusAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Sirru'ala barakatillah
Erm.. Kagumner tgk akhi2 masih lagi mamou mengukir senyuman walaupon telah berjauhan dgn sanak saudara... Teruskan Perjuagan, Teruskan Istiqomah.. Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abadaa..