Minggu, 27 Juni 2010

KHIANAT...

klik untuk paparan yang lebih jelas

1

2

Kenangan...

dari kiri berdiri: Haidar, Daud Ashari, Daud Hassan, Izzudin, Mohamad, Aku (Aliffudin) , Hanif, Zainol
dari kiri dihadapan : Ferdaus, Sofiuddin, Hanif Usman
yang tiada dalam gambar: Shahimie
Gambar ini diambil pada 23/6/2010

Selesai sahaja jamuan usulluddin tahun satu batch 08/09 selesai, Ust Mohammad mencadangkan agar diambil gambar kenang-kenangan. Agak pening juga photografer arab nak uruskan jejaka kacak seperti kami ni (hehehehe). Akhirnya jadilah macam ni. Ada nampak poyo x?

Nasihat kepada sahabat semua agar banyakkan berdoa dan berbuat baik mudah-mudahan natijah yang keluar semuanya cemerlang. Amin.

Kenang daku dalam doamu....

Muhammad Aliffudin B Ramlee
5.43 pagi
27/6/2010

Sabtu, 26 Juni 2010

Awas....

1.Bukan semua ulama itu bagus. Bukan semua ulama akan masuk syurga. Jadi sesiapa yang menggelarkan diri mereka ulama haruslah memilih samada nak menjadi ulama yang ke syurga atau ke neraka. Ulama ke syurga ialah ulama akhirat. Mereka berjuang untuk menyelamatkan manusia dan umat daripada kezaliman dan kegelapan jahiliyyah samada berbentuk pemikiran seumpama sekularisma dan lain-lain.

2. Ulama yang ke neraka pula ialah mereka yang digelar ulama Suu' atau ulama yang jahat atau ulama rice cooker dan peti sejuk. Mereka akan bersama dengan mana-mana golongan yang dapat menjaga periuk nasi mereka atau dapat menyokong kepentingan peribadi mereka.

3.Golongan ini ialah golongan yang paling dirisaukan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan lebih dibimbangi daripada fitnah dajjal. Jadi ulama neraka lebih teruk daripada dajjal. Maka sebagaimana kita harus berhati-hati daripada fitnah dajjal maka seperti itulah kita harus berhati-hati daripada golongan ulama suu' atau lebih daripada itu.

4. Ciri-ciri ulama neraka amat mudah. Bisu dalam menyatakan kebenaran dan Haq atau cenderung kepada kezaliman. Mereka juga suka mendekati pintu istana para pemimpin yang dikenali sebagai zalim. Mereka lupa firman Allah s.w.t :
ولا تركنوا الى الذين ظلموا فتمسكم النار


"jangan kamu condong atau cenderung kepada kezaliman maka dengan itu kamu akan dijilat api neraka"

Jikalaulah hati yang cenderung kepada kezaliman itu pun diberi balasan neraka oleh Allah maka apatah lagi mereka yang bergelar ulama yang menyertai aktiviti kezaliman.

5. Ulama suu' yang meninggalkan tugasan menentang kezaliman akan diazab oleh Allah lebih awal daripada penyembah berhala atau ahli Syirik walaupun mereka beriman dengan Allah s.w.t. Imam Ibnu Roslan dalam matan Zubad menyebut:

وعالم بعلمه لم يعملن
معذب من قبل عباد الوثن
"Seorang alim yang meninggalkan ilmunya maka akan diazab lebih dahulu daripada penyembah berhala"

6. Oleh itu sekiranya mereka senyap, mereka akan diazab. Sekiranya bersama kezaliman, akan diazab. Sekiranya mendekati golongan zalim dengan alasan untuk berdakwah tetapi tidak melaksanakannya bahkan memberi fitnah kepada masyarakat awam juga akan diazab sebagai tidak cerdik menggunakan ilmu. Inilah yang dikatakan fitnah.

7. Maka untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi ulama suu' jangan bersama mereka yang zalim, mendedahkan diri kita kepada kezaliman, jangan jadi syaitan bisu yang takut kepada manusia lebih daripada Allah dan hendaklah kita bersama umat Islam yang membawa wadah yang jelas dasar Islamnya yang ingin menegakkan kebenaran yang hakiki. Bukan bersama mereka yang masuk kedalam lubang najis dan bergelombang dengan dunia najis untuk membersihkan najis tersebut. Kalau pun najis tersebut boleh dibersihkan tetapi bau busuk masih boleh melekat ditubuh mereka.

Rujukan:

1. Ihya' Ulumiddin Imam Al-Ghazali
2.Matan Zubad


sumber: Fellow Manhal PMRAM

Jumat, 25 Juni 2010

TIADA GUNA ADA SEJUTA ULAMA DALAM UMNO JIKA...


Tiada guna ada sejuta ULAMA menyertai UMNO jika....

1- Perundangan Islam tidak bercirikan Al Quran dan As Sunnah.
2- Umat Islam semakin ramai murtad.
3- Umat Islam masih lagi gagal menutup aurat dengan sempurna.
4- Nasib sekolah agama rakyat gagal dibela.
5- Pelacuran semakin berleluasa.
6- Pusat perjudian di Genting Highlands masih beroperasi.
7- Remaja melayu semakin berani meminum arak.
8- Akhlak remaja semakin teruk
9- Artis lebih diagungkan berbanding ulama
10- Pemimpin terus mengaut khazanah negara dan rakyat
11- Memisahkan agama dengan politik
12- Kes buang bayi semakin meningkat.
13- Jenayah tidak dapat dibendung
14- Pelajar agama diruduh militan


dan lain-lain lagi.

BERITA

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno malam ini tanpa penyertaan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang banyak disebut-sebut sebelum ini.

Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata mereka merupakan kumpulan pertama dan akan disusuli dengan sekumpulan kedua dalam waktu terdekat.

“Sebenarnya ada dua golongan yang menyokong Umno. Satu sebagai ahli secara langsung dan lagi bukan ahli tetapi menyokong Umno.

“Dr Asri termasuk dalam kedua-dua kumpulan ini. Tetapi pada masa sekarang Dr Asri dalam kumpulan kedua iaitu menyokong dari luar dan satu hari nanti akan menjadi ahli Umno,” kata beliau menjawab soalan status Asri yang disebut-sebut akan menyertai Umno hari ini.

Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Menara Dato' Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam pada itu Fadlan berkata idea untuk menyertai Umno dibincangkan secara mendalam sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari ruang berdakwah menerusi parti politik. 

“Kami berharap langkah memasuki Umno ini akan menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno, kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik,” kata beliau.

Ketika ditanya mengapa tidak memilih PAS sebagai parti politik, Fadlan berkata tiada sebab khusus tetapi dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu sudah ada ramai ulama.

Kata beliau, pihaknya merasakan penyertaaan dalam Umno akan menyediakan ruang yang lebih besar untuk tujuan berdakwah.

Rakannya Fathul Bari Mat Jahya berkata Umno memberi ruang yang dicari-cari untuk tujuan berdakwah selepas mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan.

Beliau yang merupakan penasihat agama sebuah agensi perubatan di ibu negara tidak menjelaskan sekatan yang dimaksudkan tetapi difahamkan ia berkaitan dengan syarat tauliah yang diwajibkan oleh jabatan-jabatan agama.

Rakan mereka, Asri kini berhadapan dengan tindakan undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.

Shahidan pula menjawab mulai sekarang mereka tidak akan berhadapan dengan masalah memandangkan Umno mempunyai 3.2 juta ahli, jumlah yang cukup besar untuk mereka menyampaikan dakwah.

“Yang saya bimbang, mereka nanti tak cukup masa untuk balik rumah, nanti hanya balik rumah dua kali sebulan,” kata beliau pada sidang media yang sama selepas majlis penyerahan borang.

Ketika ditanya sama ada Umno akan menyediakan golongan ulama sebagai bakal calon pilihan raya umum ke-13, Shahidan berkata, “saya tidak tahu tentang perkara itu.”

“Tetapi saya sebagai Ketua Umno Bahagian Arau merasakan kepimpinan masa depan bahagian, saya merasakan perlu terdiri daripada golongan ilmuan macam ini,” kata beliau.

Ini kali pertama Umno menerima golongan ulama dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa.

Mereka yang terdiri daripada pensyarah, bekerja sendiri dan pekerja swasta menjadi ahli Cawangan Dataran Merdeka dan akan beralih ke negeri masing-masing kemudian.

Pada Sabtu lalu Setiausaha Kerja Umno mengumumkan Asri akan menyertai Umno hari ini.

Asri tidak mengesahkan ataupun menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu perbincangan sedang diadakan dengan pucuk kepimpinan Umno.

Ketika ditanya sama ada Asri tidak menyertai mereka untuk memasuki Umno malam kerana isu fahaman wahabi dan Jemaah Islamiah sejak seminggu dua ini, Fadlan berkata, beliau tidak pasti.

“Yang itu kena tanya pada Dr Asri sendiri,” kata beliau sambil menambah, pihaknya tidak memaksa mana-mana ulama menyertai Umno pada hari ini.

Beliau merupakan rakan Asri.

Ketika ditanya sama ada mereka menyertai Umno kerana ada kaitan dengan siasatan amalan wahabi dan JI, Fadlan berkata, “ia tiada kaitan.”

Katanya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah juga sudah mengatakan bahawa ini masalah peribadi, yang dikaitkan dengan pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia.

Muhammad Aliffudin B Ramlee
11.12 malam
25/10/2010

Senin, 21 Juni 2010

SANTAI..

JUDI BOLA TETAP HARAM.
KAMI SUKA MAIN BOLA, KAMI BENCI JUDI BOLA SEPAK
TAK KAN KITA MAHU LAHIRKAN GENERASI YANG SUKA BERJUDI

Minggu, 20 Juni 2010

Reformasi Pendidikan Negara bermula disini









Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) milik PAS akan mengambil pelajar sulung pada sesi Julai nanti apabila bangunan yang didirikan di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar siap sepenuhnya, kata Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Bercakap dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi, beliau memberitahu institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditubuhkan oleh Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) itu telah mendapat pengiktirafan daripada universiti-universiti di Indonesia.

"Tempoh masa pengajian selama tiga tahun untuk mendapatkan diploma dan kemudian boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah di universiti di Indonesia. Kita telah pun mendapat pengiktirafan daripada universiti di Indonesia,” katanya.

KUISM di bawah tanggungjawab Lembaga Khas Penubuhan Institut Pengajian Tinggi (LKPIPT) buat permulaannya akan menawarkan dua program iaitu Diploma Muamalat dan Kewangan Islam serta Diploma Dakwah dan Komunikasi.

KUISM menawarkan kemasukan kepada pelajar-pelajar berkelulusan Sijil Menangah Ugama/Agama (SMU/SMA) dan / atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.
Manakala yang tidak mempunyai kelulusan tersebut boleh dipertimbangkan melalui ujian kelayakan yang akan diadakan.

Yuran pengajian pula ialah sebanyak RM1, 500 setiap satu semester.
Mahfodz yang juga Pengerusi Lembaga Khas Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi bagi PAS (LKPIPT) juga berkata, idea penubuhan IPT di bawah seliaan sudah timbul pada tahun 80-an namun baru menjadi kenyataan pada tahun 2006 apabila PAS menubuhkan LKPIPT dan idea penubuhan IPT diluluskan oleh PAS Pusat pada 2008.

Nama KUISM ini dipilih bersesuai dengan satu nama besar dalam perjuanagn gerakan Islam dan pendidikan Islam negara iaitu Allahyarham Prof Zulkifli Muhammad, yang merupakan tokoh politik dan pendidikan Islam.
Beliau yang merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS pada 1956 dan Ahli Parlimen PAS Kawasan Bachok, Kelantan pada tahun 1959-1964 terkorban dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Sebagai tokoh pendidikan Islam, beliau telah mencadangkan dan dengan gigih mengusahakan penubuhan Kolej Islam Malaya 1953, juga sebagai pencetus idea penubuhan

Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (Nilam Puri) pada 1965.

Penubuhan KUISM, menurut Mahfodz mempunyai beberapa objektif antaranya membuka peluang kepada masyarakat Malaysia untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan akidah supaya dapat menangkis segala salah faham terhadap Islam.

Selain itu, KUISM juga bermatlamat melahirkan golongan intelektual dan profesional Islam yang boleh memimpin dan memberi sumbangan sebagai pendidik, pendakwah, pentadbir, dan pengurus.
Kampus tetap KUIZM di Taman Melewar sedang giat dijalankan dan akan menelan belanja awal sebanyak RM1.5 juta.

Pembinaanya termasuk asrama untuk penempatan pelajar teutamanya untuk pelajar perempuan.
Sehubungan itu, Mahfodz menyeru kepada mana-mana pihak yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan.

Sumbangan wang boleh disalurkan terus ke akaunBank Islam 14041010074783 atas nama Akademi Pendidikan Zulkifli Muhammad.

Menyentuh mengenai tenaga pengajar, Mahfodz berkata, mereka terdiri daripada pensyarah dari universiti tempatan dan akan diambil sama ada untuk sepenuh masa atau secara sambilan.
Setakat ini, KUISM belum menjalinkan kerjasama dengan universiti tempatan bagi menunjukkan PAS juga mampu menubuhkan IPT sendiri.

"Institusi ini pun sama dengan universiti lain. Cuma buat permulaan ini kita belum ada buat hubungan dengan universiti lain kerana kita nak menunjukkan bahawa PAS boleh menubuhkan universiti.

“Mungkin selepas setahun atau dua tahun kita akan buat kerjasama dengan universiti lain khususnya yang ada pengajian Islam seperti Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Malaya, dan lain-lain," katanya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Rektor KUISM, Dr Shahbudin Ngah dan Setiausaha Kerja MPPK, Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Othman.

Erti Firman Allah: “Bandingan orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama satu biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, satu tangkai mengandungi seratus biji. Dan Allah menggandakan ganjaran bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
[SURAH AL-BAQARAH : 261]


Alamat:
Lot 2549-3, Lorong Haji Hassan,
Off Jalan Batu Geliga, Taman Melewar,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
No. Tel:
Dr. Shahbudin Ngah (013-7704285)
Us. Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman (012-3484140)
Sumbangan kepada:
AKADEMI PENDIDIKAN ZULKIFLI MUHAMMAD
14041010074783 (Bank Islam)

JOM KITA JAYAKAN MATLAMAT PENUBUHAN KUIZM. KOLEJ UNIVERSITI MILIK PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

Dr. Mahfodz Mohamed
Pesuruhjaya PAS Johor

Jumat, 18 Juni 2010

Jangan terpedaya dengan konspirasi media

 
Isu militan tiba-tiba sahaja muncul di arena media Malaysia. Lalu, saya rasa terpanggil untuk mengulas sedikit kejernihan berkenaan isu ini. Sebelum itu, tertera di dalam Facebook Faizal Sabhon..

Maaf, saya bukan "anti kerajaan". Saya yakin kebebasan bersuara adalah hak rakyat Malaysia.Kenyataan "memantau" 6000 pelajar yang barangkali mempunyai hubungan dengan "semengat jihad melampau" itu perlu dihalusi. Ini adalah kerana metod AL AZHAR adalah WASATIAH atau sederhana dalam segala aspek. Mustahil pelajar AL AZHAR akan terlibat dengan gerakan seumpama itu. (17 Jun, 6.30 pm)

Manakala, di bawah ini apa yang tertulis di dalam Facebook Khairi..

harap pelajar-pelajar Mesir jangan terpengaruh dengan kumpulan militan, begitu juga ikhwan muslimin di Mesir. (17 Jun, 1.30 pm)

Apa pandangan anda? Setakat ini saya tidak nampak unsur-unsur militan di bumi Mesir. Kita kenal, undang-undang Mesir begitu ketat dalam masalah keselamatan. Kalau kita semak bilangan penghuni di dalam penjara di Mesir, akan tertulis angka 0. (sila rujuk web Nationwide)

Kenapa? Adakah memang tiada orang di dalam penjara? Tidak. Ia adalah rahsia. Apabila kita lihat kepada Ikhwanul Muslimin, adakah mereka diajar dengan unsur militan? Mungkin Khairi boleh siarkan beberapa fakta yang telah beliau kaji.

Ikhwanul Muslimin adalah parti politik di Mesir. Bukan militan. Tak tahulah sejak bila Khairi mengkaji tentang Ikhwanul Muslimin. Entahlah.. Pelajar Azhar pun militan? Saya agak sokong pandangan Faizal Sabhon.

Tak fahamlah.. kenapa dikaitkan dengan militan. Kalau Khairi rajin, tolong jawab sikit kat Facebook. Beliau memang rajin dengan Facebooknya. Berita lompat parti pun ada dalam Facebooknya.

Berita KOSMO

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengakui bimbang kemungkinan segelintir daripada 6,000 pelajar Malaysia di luar negara terutama Mesir terlibat dengan kegiatan militan.

Justeru, pihaknya meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan pelajar terbabit terutama yang mengambil jurusan agama.

"Pemantauan lebih ketat dilakukan melalui khidmat pegawai-pegawai yang ditempatkan di kediaman pelajar. Kita bimbang ekoran pendedahan terbaru oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini mengenai gerakan terbaru Jemaah Islamiyah (JI).

"Pelajar-pelajar ini mempunyai semangat jihad yang tinggi tetapi apa yang kita khuatir semangat itu disalah tanam oleh pihak-pihak tertentu," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Bersama Media di Muzium Kesenian Islam di sini semalam. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. 


ULASAN SOUTUL NAHDHOH

Isu utama ialah cubaan pihak tertentu bagi mengalih pandangan rakyat yang kini lebih tertumpu kepada isu "penghalalan judi " kepada isu "militan " dikalanga mahasiswa/wi.

Sudahlah..jangan cuba memperbodohkan RAKYAT....Mereka sebenarnya yang militan. Mereka yang membunuh orang dalam tahanan yang tidak bersalah , mereka juga yang meruntuhkan rumah Allah, mereka juga menghalalkan arak dan judi , mereka juga yang membangkitkan isu perkauman, mereka yang merampas tanah rakyat , mereka juga yang mengurangkan subsidi rakyat , mereka juag yang menindas golongan agama dan sebagainya . Semua isu tersebut tidak pernah dinyatakan oleh mereka sebalik mereka mendabik dada bahawa mereka "Pejuang Agama , Bangsa dan Negara"

ISU YANG PERLU RAKYAT TUMPU IALAH " ISU PENGHALALAN JUDI OLEH KERAJAAN" 

sumber :  ust mujahid

Selasa, 15 Juni 2010

Pemimpin menggunakan harta rakyat dalam Islam


Baru-baru ini kita mendengar kerajaan telah membina Istana baru yang berharga 811 juta. Itu adalah salah satu projek yang menelan banyak duit rakyat walaupun kemiskinan masih lagi membelenggu ramai rakyat malaysia. Dalam masa yang sama biasiswa pelajar luar negara dibekukan. Kita cuba lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar dan Umar menggunakan duit rakyat.


ANCAMAN RASUL TERHADAP PENYALAH GUNAAN HARTA


من استعمل منكم على عمل فكتمنا مخيطا فما فوقه كان غلولا يأتي به يوم القيامة

“ Sesiapa yang dilantik dikalangan kamu untuk melakukan satu tugas, kemudian dia menyembunyikan harta senilai jarum atau pun lebih dari itu itu adalah harta yang dikhianati yang akan ditanggungnya pada hari kiamat.”

Hadis sahih Muslim

Nabi saw bersabda:

إن رجالا يتخوضون في مال الله بغير حق فلهم النار يوم القيامة

"Sesungguhnya manusia-manusia yang menggunakan harta Allah swt dengan cara yang salah akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat.”

Hadis sahih riwayat Bukhari.

PENGGUNAAN HARTA RAKYAT OLEH ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Abu bakar as-Siddiq pada mulanya tidak menerima gaji dan tidak mahu menggunakan harta rakyat . beliau tetap pergi berniaga ketika dia dilantik sebagai khalifah. Ibnu Saad menceritakan dalam kitabnya:

Apabila Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai khalifah , belaiu keluar pada waktu pagi dengan membawa pakaian-pakaian untuk dijual . Dipertengahan jalan beliau bertemu dengan saidina Umar dan Abu Ubaidah Al-Jarrah . Mereka berdua bertanya kepada Abu Bakar ra “Kamu hendak kemana wahai khalifah?” Lalu Abu Bakar menjawab “ Hendak ke pasar.” Mereka berdua pun membalas “ Apa yang kamu hendak buat dipasar sedangkan engkau sudah dilantik sebagai khalifah untuk menjaga orang-orang Islam? ! Abu Bakar ra menjawab “ Dari sumber mana aku hendak memberi makan keluarga ku?


Gaji Abu Bakar


Dalam kitab Tabaqat al-Kubra , Ibnu Saad menyebut :


Apabila Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai Khalifah , orang-orang Islam telah menetap gajinya sebanyak dua ribu dirham (setahun). Abu Bakar ra berkata :

زيدوني فإن لي عيالا وقد شغلتموني عن التجارة

“ Tambah lagi kerana sesungguhnya aku anak-anak yang ku tanggung. Sesungguhnya jawatan khalifah ini menyebabkan aku tidak sempat untuk berniaga.”

Lalu mereka menambah 500 dirham.

Ibnu Hajar menyatakan hadis ini sahih

Memulangkan kembali harta setelah jawatan dilepaskan

Hasan bin Ali ra berkata:

Apabila Abu Bakr as-Siddiq hampir meninggal dunia , beliau berpesan:

يا عائشة انظري اللقحة التي كنا نشرب من لبنها والجفنة التي كنا كنا نصطحب فيها والقطيفة التي كنا نلبسها فإن كنا ننتفع بذلك حين كنا نلي أمر المسلمين. فإذا مت فاردديه إلى عمر

“ Wahai Aisyah, lihatlah ‘unta yang hampir melainkan anak’ yang kita minum daripadanya, bekas yang digunakan untuk memasak dan pakaian baldu yang kita pakai. Semuanya kita gunakan semasa aku menjadi khalifah. Apabila aku mati hendaklah kembalikan kepada Umar.”

Apabila beliau wafat Aisyah menghantar barang-barang tadi kepada Umar ra. Umar pun berkata:

رضي الله عنك يا أبا بكر

“ Semoga Allah meredaimu wahai Abu Bakr.”

Hadis riwayat at- Thabrani . al-Haithami berkata para perawi-perawinya thiqah.

CARA UMAR MENGGUNAKAN HARTA RAKYAT

Umar ra berkata:

إني أنزلت نفسى من مال الله منزلة مال اليتيم إن استغنيت استعففت وان افتقرت أكلت بالمعروف

“ Sesungguhnya aku menggunakan harta rakyat seperti penggunaan harta anak yatim, sekiranya aku tidak memerlukan aku tidak mengambilnya dan sekiranya aku benar-benar memerlukan baru aku akan mengambilnya dengan cara yang baik (tidak berlebihan).”

Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih

Kita lihat bagaimana sejauh mana Umar menggunakan harta rakyatnya. Umar sangat bersederhana dalam berpakaian dan hanya memiliki satu pakaian sahaja. Abdul Aziz bin Abi Jamilah al-Ansari ra:

Suatu hari Umar terlambat keluar untuk solat Jumaat , apabila beliau naik ke atas mimbar beliau meminta maaf kepada para jemaah dan berkata:

إنما حبسني قميصي هذا لم يكن لي قميص غيره

“ Baju aku yang menyebabkan lambat (basuh baju). Aku hanya ada satu baju ini sahaja.”

Walaupun dia ada sebab untuk menggunakan duit orang Islam untuk membeli pakaiannya tetapi beliau tidak melakukannya. Umar mengambil harta kerajaan ketika benar-benar perlu dan beliau hanya mengambil harta kerajaan setelah mendapat keizinan rakyatnya. Barra bin Makmur menceritakan:

Sesungguhnya suatu hari Umar keluar ke mimbar dan mengadu sakit. Orang menyatakan bahawa dia perlu makan madu untuk merawat penyakitnya. Dalam baitul mal (tempat simpanan kerajaan) terdapat madu. Lalu Umar berkata:

إن أذنتم لي فيها أخذتها وإلا فإنها علي حرام

“Sekiranya kamu semua izinkan aku mengambilnya aku akan ambil. Jika tidak, haram aku mengambilnya.”

Umar tidak menggunakan harta rakyat melainkan benar-benar perlu dan dibenarkan oleh rakyatnya.

KESIMPULAN

1. Setiap sen yang dibelanjakan oleh pemimpin akan dipertanggungjawab oleh tuhan. Kemana ia dibelanjakan? adakah ia suatu pembaziran? adakah mengikut syariat?

2. Pihak kerajaaan hendaklah mendedahkan kepada rakyat gaji-gaji pemimpin utama. Kita lihat baru-baru ini david cameroon (pm england) mendedahkan gajinya sebanyak 150,000 pound sterling.

3. Setiap penyelewangan dan penyalah gunaan harta akan ditanggung oleh penjenayah tersebut pada hari kiamat dan dibawanya pada hari kiamat kepada tuhannya. Tanah-tanah yang diambil bukan dengan cara yang betul akan dikalungkan tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi dilehernya pada hari kiamat (hadis sahih).

4. Setiap harta kerajaan hendaklah digunakan harta tersebut mengikut apa yang dibenarkan sahaja. Tidak boleh barang yang dibenarkan di pejabat di bawa balik. Dalam hal ini kita kena berhati-hati menggunakan harta awam. Ulama mengharamkan membasuh tangan dengan air minum sabil kerana ia hanya untuk diminum. Pada masa kini banyak harta kerajaan digunakan oleh parti politik untuk berkempen, tabur janji dan sebagainya.

5. Bagi memastikan semua penggunaan itu menepati syariat hendaklah ada panel penasihat syariah bagi memastikan ia bertepatan dengan syariat.

6. Hendaklah pemimpin menggunakan duit rakyat seperti mana Umar menggunakan duit. Menggunakan bila benar-benar perlu dan meminta keizinan rakyat.

7. Pemimpin yang menyalah gunakan harta sehingga dibenci rakyat akan menyebabkan tidak diterima solatnya. Nabi saw bersabda:


ثلاثة لا ترتفع صلاتهم فوق رؤوسهم شبرا (أحدها) رجل أم قوما وهم له كارهون

" Tiga golongan yang solatnya tidak akan diterima (salah satunya) seorang lelaki yang mengimami kaumnya sedangkan kaumnya membencinya."

Hadis sahih riwayat Ibnu Majah

Dr Yusuf Qardawi berkata:

" Kalaulah pemimpin kecil (imam) pun ditolak solatnya kerana tidak disukai oleh jemaahnya (kerana sebab yang syarie) apakan lagi pemimpin besar iaitu ketua negara."

Oleh itu -hati dan berwaspadalah wahai pemimpin kecil atau pemimpin besar dari melakukan kesalahan sehingga dibenci oleh kebanyakan rakyatnya.


Rujukan: Al-Malul Am oleh Muhammad said al-Baghdadi dan Al-Muntaqa At-Targhib watrghib oleh Dr Yusuf Qardawi.
SUMBER: AKHI SALMAN

Kamis, 10 Juni 2010

Rindunya....bila dapat pulang ke MALAYSIA


Di dingin pagi terlihat gambar terbaru dalam facebook sepupu gambar keluarga. Sudah lama keluarga ini tidak berkumpul. Mungkin kerana hampir 10 keluarga yang bertebaran semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu , Kuala Lumpur , Negeri Sembilan dan Johor ).

Tahniah dan barakallahuma atas pernikahan untuk Uni Adik dan pasanganya . Semoga bahagia ke anak cucu. Selepas ni mungkin giliran Uni Chik (Perak ) akan melansungkan pernikahan. Doakan sepupumu di Mesir cepat mendirikan "masjid". hehehehe

Kamis, 03 Juni 2010

Apa pandangan anda? Nak sokong lagi?


TOLAK APCO DI MALAYSIA
BOIKOT BARANG YAHUDI DAN AMERIKA
ISU PALESTIN ADALAH ISU AKIDAH UMAT ISLAM
PASTIKAN ANDA BERADA DI POSISI KEBENARAN

YA ALLAH HAPUSKANLAH MEREKA YANG MENENTANG AGAMAMU ..YA ALLAH