Senin, 14 Februari 2011

Maulidurrasul

12 Rabiul Awwal tiba lagi. Seluruh segenap lapisan masyarakat Islam dan organisasi yang memiliki kakitangan yang beragama Islam begitu cakna dengan tarikh ini. Dimana-mana sahaja tempat dalam negara kita sama ada surau, masjid , sekolah , pejabat kerajaan , pejabat swasta , parti politik dan pertubuhan yang bercorakkan Islam mula merancang sambutan Maulidurrasul.

Agenda biasa dalam Maulidurrasul di Malaysia ialah berarak sambil berselawat , jamuan , marhaban dan dengar ceramah. Kalau ada tempat yang hebat pengurusan masjid dan surau pasti dirancang pelbagai acara untuk menarik minat segenap lapisan masyarakat ke sambutan Maulidurrasul.

Sewaktu kecil dahulu , apabila sesebuah tempat itu mengadakan sambutan Maulidurrasul pasti yang menjadi kebanggaan penduduk kampung dan orang ramai ialah populariti penceramahnya. Ada tempat menjemput penceramah yang terkenal dalam kaca televisyen, ada yang menjemput mufti-mufti dan ada yang menjemput pakar-pakar motivasi.

Menjadi persoalan sekarang ialah sejauh mana kesannya selepas maulidurrasul setelah membayar harga yang tinggi kepada seorang penceramah berdasarkan popularitinya?

Saya agak tergelak apabila mendengar seorang Imam merungut apabila menjemput salah seorang penceramah yang mempunyai populariti yang tinggi di selatan tanah air dengan nada sinis : " ala...kalau jemput penceramah tu modalnya kenakan orang yang duduk dibarisan hadapan , pastu buat lawak dan gaya gelak sakan".

Dalam pada masa yang sama ada seorang pak cik yang lain mengatakan " demi mengejar keuntungan duit sanggup si penceramah itu batalkan ceramahnya di masjid ini, dan pergi ceramah di tempat lain kerana tawaran yang lebih berpautan".

Ada pak cik lain menambah : "Baik panggil ustaz-ustaz biasa dari panggil orang dah glamour....agak susah bila ada demand , kalau panggil orang popular berceramah selepas habis maulidurrasul bertambah saf jemaah dalam surau dari dua saf kepada enam saf berbaloi juga...hehehehe".

Bagi saya tidak menyalahkan 100 peratus kepada penceramah-penceramah yang popular mungkin disana ada pihak ketiga yang menjadi orang tengah dan berkhidmat sebagai consultant (perunding). Apa-apa pun terpulang kepada anda untuk menilai.

PERBANYAKKAN SELAWAT KEPADA JUNJUNGAN KITA S.A.W.

Mungkin ada benar juga kata pak cik tadi....:)