Kamis, 27 Januari 2011

Hukum Bersalam Antara Lelaki dan Perempuan

Pendahuluan

Para sahabat, para ulama’ salaf dan ulamak kontemporeri telah berselisih mengenai hukum bersalaman antara lelaki  dan perempuan ajnabiah (bukan mahram). Perselisihan yang terbit daripada masalah ini berpunca daripada  perbezaan dalam nas hadis serta al-athar (الأثر). Situasi ini akan dibahaskan dengan terperinci pada tiga bahagian :

• Perbahasan pertama mengenai pandangan ulama’ mengenai hukum bersalaman antara lelaki  dengan perempuan,  beserta dalil daripada sunnah, dan sedikit kesimpulan mengenai masalah ini.
• Perbahasan kedua mengenai keraguan yang terdapat dalam  hukum keharusan berjabat tangan dengan perempuan serta jawapan kepadanya.
• Pandangan ulama’ mengenai hukum berjabat tangan  dengan perempuan tua.

Bahagian Pertama : Pandangan Ulama’ Mengenai Hukum Bersalaman Antara Lelaki  Dengan Perempuan 

Kebanyakan ulama’ membahaskan hukum berjabat tangan dengan perempuan dengan menyamakan dengan hukum pandangan antara  lelaki dan  perempuan melalui kaedah qias yang lebih utama (الأولى). Di sini dibawakan beberapa pendapat para ulama’ dalam masalah ini:

1. Disebutkan di dalam kitab بدائع الصنائع yang menyatakan bahawa hukum menyentuh dua anggota ini (dua tapak tangan ), tidak dibolehkan bersalaman antara lelaki dan perempuan. Hal ini kerana, diharuskan melihat perempuan kerana dharurat (keperluan) tetapi ia tidak ada pada sentuhan perempuan. Ini disebabkan perbuatan menyentuh  perempuan  boleh menaikkan nafsu dan meransang syahwat dengan kadar yang  lebih kuat  berbanding dengan hanya melihatnya.

2. Dalam kitab رد المختار ada menyebutkan bahawa tidak boleh seseorang lelaki menyentuh muka seseorang perempuan  dan tapak tangannya walaupun aman dari nafsu syahwat kerana kesannya lebih besar daripada melihatnya, tetapi dibolehkan menyentuh perempuan tua yang tidak bernafsu  sekiranya aman daripada syahwat. Begitu juga dibolehkan  bagi lelaki yang sudah tua menyentuh perempuan sekiranya kedua-dua pihak yakin terhindar dari gangguan syahwat.

3. Di dalam kitab الشرح الصغير Syeikh Ad-Dardir telah menyebut bahawa tidak harus bersalaman dengan perempuan walaupun perempuan tersebut sudah tua dan tidak bernafsu.

4. Telah disebutkan dalam kebanyakan kitab mazhab As-Syafie bahawa haram bersalaman antara lelaki dan perempuan. Antaranya :

• Imam Nawawi menyatakan dalam kitab روضة الطالبين  bahawa melihat perempuan adalah perkara yang dilarang, maka larangan menyentuh perempuan adalah lebih utama kerana ianya lebih memberahikan.
• Imam Ramli menyatakan dalam kitab نهاية المحتاج bahawa tidak boleh seseorang lelaki menyentuh wajah seseorang perempuan asing (الأجنبية), walaupun melihatnya adalah dibolehkan seperti dalam keadaan pengajian, bertunang dan persaksian.
• Imam As-Syarbini menyatakan dalam kitab مغني المحتاج, diharamkan menyentuh seseorang perempuan kerana ianya lebih  menaikkan nafsu dan syahwat serta lebih memberahikan berbanding hanya melihatnya.

Doktor Wahbah Az-Zuhaili menyatakan di dalam kitab الفقه الإسلامي وأدلته   hukum melihat seseorang perempuan adalah haram,  maka menyentuhnya pun diharamkan kerana ianya merangsangkan syahwat dan lebih memberahikan. Ia berdasarkan dalil dan hujah bahawasanya sekiranya air mani keluar dari  seseorang kerana menyentuh perempuan maka ia membatalkan  puasa, tetapi sekiranya keluar air mani dari seseorang hanya kerana melihat perempuan, puasanya tidak terbatal ”.


Doktor Yusuf Al-Qardawi menyebut dalam kitab فتاوى معاصرة, haram seseorang lelaki  bersalaman dengan perempuan sekiranya nafsu dan syahwat daripada salah satu pihak yang terangsang, ataupun dikhuatiri mendatangkan fitnah mengikut sangkaannya. Begitu juga berpindah hukum daripada harus kepada haram sekiranya seseorang itu menyentuh mahramnya dengan nafsu dan syahwat. Tetapi dibolehkan bersalaman dengan perempuan ketika aman dari fitnah.

Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni  menyebut di dalam kitab   روائع البيان في تفسير آيات الأحكام bahawa tidak dibenarkan lelaki bersalaman dengan perempuan kerana Nabi S.A.W. tidak melakukannya ketika berbai`ah (mengangkat sumpah) dengan wanita, maka bagaimana kita boleh mengatakan selain daripada Nabi dibolehkan bersalaman dengan perempuan sedangkan mereka tidak aman daripada fitnah dan ransangan syahwat serta tidak aman dari  hasutan syaitan yang bergerak di dalam pembuluh darah mereka.

Syeikh Al-Bana telah menyebut dalam kitab الفتح الرباني bahawa haram berjabat tangan dengan perempuan ajnabiah dan menyentuh kulitnya tanpa ada pelapik.

Dalil Pengharaman Daripada Sunnah

1) Hadith :

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَخِي ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَمِّهِ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَمْتَحِنُ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِ مِنْ الْمُؤْمِنَاتِ بِهَذِهِ الْآيَةِ بِقَوْلِ اللَّهِ (يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ إِلَى قَوْلِهِ غَفُورٌ رَحِيمٌ ) قَالَ عُرْوَةُ قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا الشَّرْطِ مِنْ الْمُؤْمِنَاتِ قَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ بَايَعْتُكِ كَلَامًا وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ قَدْ بَايَعْتُكِ عَلَى ذَلِكِ تَابَعَهُ يُونُسُ وَمَعْمَرٌ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِسْحَاقَ عَنْ الزُّهْرِيِّ وَقَالَ إِسْحَاقُ بْنُ رَاشِدٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ وَعَمْرَةَ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ishaq Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Ibrahim bin Sa'dari Telah menceritakan kepada kami Anak saudaraku Ibnu Syihab dari pamannya Telah mengabarkan kepadaku Urwah bahwanya Aisyah radliallahu 'anha Telah mengabarkan kepadanya, bahwasanya; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menguji kaum wanita yang berhijrah kepadanya dengan ayat ini: "Wahai sang Nabi, apabila wanita-wanita mukminat datang kepadaku hendak berbai'at -hingga firman-Nya- (Allah) Maha Pengampun dan juga Penyayang." (QS. Almumtahanah 2). Urwah berkata; Aisyah berkata; Wanita-wanita mukminat yang mengikrarkan syarat ini, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda padanya: "Sesungguhnya aku telah membai'atmu." Yakni beliau membai'atnya hanya sebatas ungkapan. Dan demi Allah, tangan beliau tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun dalam berbai'at. Beliau tidak pernah membaiat mereka kecuali dengan ungkapan: "Sungguh, aku telah membai'atmu atas perkataan itu." Hadits ini dikuatkan oleh Yunus, Ma'mar dan Abdurrahman bin Ishaq dari Az Zuhri. Dan Ishaq bin Rasyid berkata; dari Az Zuhri dari Urwah dan 'Amrah. – Hadith ke-4512 riwayat Imam Bukhari. 

Ulasan : Imam Ibnu Hajar menyebut di dalam kitab Fathul Bari bahawa “perkataan (قد بايعتك كلاما) bermaksud  bai`ah tersebut hanya berlaku dengan ucapan sahaja tanpa berjabat tangan”. Bahkan Imam Nawawi menyebut dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim bahawa berbai`ah dengan perempuan adalah dengan tidak menggunakan tapak tangan, dan Nabi Muhammad S.A.W. tidak menyentuh kulit perempuan ajnabiah tanpa ada dharurat. Hadith ini juga  menunjukkan bahawa Nabi tidak  menyentuh tangan wanita ajnabiah yang sama ada ketika bai`ah mahupun selain daripadanya.

Maka difahami disini bahawa Nabi tidak berbuat demikian (bersalaman) walaupun baginda adalah maksum (terpelihara) daripada segala keraguan, dan mereka yang selain daripada baginda lebih utama mengelakkan daripada bersalaman dengan perempuan/lelaki yang bukan mahram. Tetapi telah   jelas sebelum ini bahawa tidak boleh berjabat tangan dengan perempuan kerana pengaharamannya. Maka diharamkan menyentuh perempuan ajnabi walaupun bukan pada auratnya iaitu muka dan tapak tangannya.

2) Hadith : 

حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ قَالَ سَمِعَ ابْنُ الْمُنْكَدِرِ أُمَيْمَةَ بِنْتَ رُقَيْقَةَ تَقُولُ بَايَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نِسْوَةٍ فَلَقَّنَنَا فِيمَا اسْتَطَعْتُنَّ وَأَطَقْتُنَّ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَرْحَمُ مِنَّا مِنْ أَنْفُسِنَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ بَايِعْنَا قَالَ إِنِّي لَا أُصَافِحُ النِّسَاءَ إِنَّمَا قَوْلِي لِامْرَأَةٍ قَوْلِي لِمِائَةِ امْرَأَةٍ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah berkata; Ibnu Munkadir mendengar Umaimah binti Ruqaiqah berkata, "Aku membaiat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan beberapa wanita, lalu beliau mentalqin kami pada apa yang kami bisa dan mampu. Aku berkata, "Allah dan Rasul-Nya lebih menyayangi kita daripada diri kita. Aku pun berkata, "Wahai Rasulullah, baatlah kami!" Beliau bersabda: 'Sesungguhnya aku tidak menjabat tangan wanita, hanyasanya perkataanku untuk seorang wanita sebagaimana perkataanku untuk seratus wanita." – Hadith ke-25765 riwayat Imam Ahmad.

3) Hadith :
 
حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ سَرْحٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ بْنُ يَزِيدَ قَالَ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ أَنَّ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ كَانَتْ الْمُؤْمِنَاتُ إِذَا هَاجَرْنَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُمْتَحَنَّ بِقَوْلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ) يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَنْ لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا وَلَا يَسْرِقْنَ وَلَا يَزْنِينَ (إِلَى آخِرِ الْآيَةِ قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا مِنْ الْمُؤْمِنَاتِ فَقَدْ أَقَرَّ بِالْمِحْنَةِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَقْرَرْنَ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِهِنَّ قَالَ لَهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْطَلِقْنَ فَقَدْ بَايَعْتُكُنَّ وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ غَيْرَ أَنَّهُ يُبَايِعُهُنَّ بِالْكَلَامِ قَالَتْ عَائِشَةُ وَاللَّهِ مَا أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى النِّسَاءِ قَطُّ إِلَّا بِمَا أَمَرَهُ اللَّهُ تَعَالَى وَمَا مَسَّتْ كَفُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَفَّ امْرَأَةٍ قَطُّ وَكَانَ يَقُولُ لَهُنَّ إِذَا أَخَذَ عَلَيْهِنَّ قَدْ بَايَعْتُكُنَّ كَلَامًا

Maksudnya : Telah menceritakan kepadaku Abu At Thahir Ahmad bin 'Amru bin Sarh telah mengabarkan kepada kami Ibnu Wahb telah mengabarkan kepadaku Yunus bin Yazid dia berkata; Ibnu Syihab berkata; telah mengabarkan kepadaku 'Urwah bin Az Zubair bahwa 'Aisyah isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, bertanya, "Apabila para wanita yang beriman hijrah kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, mereka selalu diuji sebagaimana dalam firman Allah 'azza wajalla: '(Hai nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan 'janji setia, bahwa mereka tiada akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina …) ' (Qs. Mumtahanah: 12). 'Aisyah berkata, "Siapa yang memegang teguh janji-janji tersebut dengan setia, berarti mereka lulus dari ujian, dan apabila mereka telah mengingrarkan janji tersebut dengan ucapan mereka di hadapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada mereka: "Pergilah, sesungguhnya kalian telah berbai'at kepadaku." Demi Allah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah memegang tangan seorang wanita pun, beliau membaiat mereka dengan ucapan. Aisyah melanjutkan, "Demi Allah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengambil sumpah kepada kaum wanita kecuali atas apa yang diperintahkan oleh Allah, dan beliau tidak pernah menyentuh telapak seorang wanita pun, apabila beliau membai'at mereka, beliau hanya mengucapkan; "Sesungguhnya saya telah membai'at kalian." – Hadith ke-3470 riwayat Imam Muslim.

4) Hadith : 

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما : إن رسول الله  صلى الله عليه وسلم كان لا يصافح النساء في البيعة

Maksudnya : Daripada Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash r.a. : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. tidak berjabat dengan wanita di dalam bai’ah. 

Ulasan : Allah S.W.T. berfirman di dalam Surah Al-Ahzab :


21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Maka wajib bagi kita sebagai umat baginda perlu mencontohi Nabi S.A.W. kerana baginda merupakan ikutan yang baik seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas.

5) Hadith : 

عن معقل بن يسار - رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم – قال : لأن يطعن في رأ س أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له

Maksudnya : Daripada Ma’qal bin Yasar r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda : Jika jarum besi dicucuk di kepala salah seorang di kalangan kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram). 

Ulasan : Hadith ini menunjukkan perumpamaan perbuatan yang boleh membinasakan diri adalah lebih baik daripada tangan seseorang lelaki menyentuh kulit wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).

6) Hadith : 

حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ أَخْبَرَنَا أَبُو هِشَامٍ الْمَخْزُومِيُّ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا سُهَيْلُ بْنُ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Manshur telah mengabarkan kepada kami Abu Hisyam Al Makhzumi telah menceritakan kepada kami Wuhaib telah menceritakan kepada kami Suhail bin Abu Shalih dari bapaknya dari Abu Hurairah dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Sesungguhnya manusia itu telah ditentukan nasib perzinaannya yang tidak mustahil dan pasti akan dijalaninya. Zina kedua mata adalah melihat, zina kedua telinga adalah mendengar, zina lidah adalah berbicara, zina kedua tangan adalah menyentuh, zina kedua kaki adalah melangkah, dan zina hati adalah berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan semua itu akan ditindak lanjuti atau ditolak oleh kemaluan." – Hadith ke-4802 riwayat Imam Muslim.

Kesimpulan : Hasil daripada  perbahasan diatas maka dapat difahami bahawa tidak boleh seseorang lelaki berjabat tangan dengan perempuan ajnabiah, bahkan anggota badan mereka. Ini berdasarkan dalil-dalil yang telah dinyatakan sebelum ini daripada perbuatan baginda S.A.W.

Sesungguhnya syara’ menyatakan pandangan wajib ditundukkan kerana khuatir akan berlakunya fitnah. Maka tidak syak lagi bahawa bersentuhan antara anggota badan lelaki dan perempuan adalah lebih kuat kesannya kepada bangkitnya syahwat tambahan pula ia merupakan faktor yang membawa kepada fitnah berbanding dengan pandangan.

Ditambah pula dengan nilai ketaqwaan kepada Allah yang semakin berkurangan pada zaman ini, dan berkurangnya mereka yang wara`, maka menjauhkan diri dari fitnah dan sebab-sebabnya adalah dituntut. Perbuatan bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan adalah merupakan sebahagian daripada fitnah tersebut, dan segala jalan yang membawa kepada perkara haram perlulah disekat dan dihalang.

Bahagian Kedua : Keraguan Pada Hukum Keharusan Berjabat Tangan Dengan Perempuan Serta Jawapan

1. Diriwayatkan daripada Ummi `Atiah, beliau berkata : 

لما قدم الرسول الله(ص) في المدينة جمع النساء الأنصار في البيت ثم أرسل إلينا عمر بن الخطاب , فقام على الباب فسلم فرددنا عليه السلام فقال : أنا رسول رسول الله إليكن ألا تشركن بالله شيئا, فقلنا : نعم, فمد يداه من خارج البيت فمددنا أيدينا من داخل البيت ثم قال : (اللهم اشهد). - رواه ابن خزيمة, وابن حبان, والبزار, والطبري

Maksudnya : Ketika Rasulullah S.A.W. tiba di Madinah, baginda menghimpunkan perempuan-perempuan Ansar di dalam sebuah rumah, kemudian baginda mengutuskan Sayyidina Umar  Al-Khattab kepada kami. Saidina Umar berdiri dihadapan pintu serta memberi salam, dan kami menjawab salamnya, dan beliau berkata : Aku ini adalah utusan dari Rasulullah kepada kamu semua, hendaklah kamu jangan mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Maka kami berkata : Ya. Beliau kemudiannya menghulurkan tangannya dari luar rumah dan kami pun menghulurkan tangan kami dari dalam rumah serta berkata : Ya allah, saksikanlah. - Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Al-Bazar, dan Imam At-Thabari.

Jawapan : Al-Hafiz Ibnu Hajar telah menyebut dalam kitab Fathul Bari : Sesungguhnya menghulurkan tangan dari sebalik tabir merupakan satu  isyarat kepada berlakunya bai`ah walaupun tidak berlaku berjabat tangan. Barangkali juga,  mereka menghulur tangan ketika bai`ah tanpa menyentuh satu sama lain (berjabat tangan).

2. Diriwayatkan daripada Ummi `Atiah, beliau berkata : 

حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ سِيرِينَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَرَأَ عَلَيْنَا) أَنْ لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا (وَنَهَانَا عَنْ النِّيَاحَةِ فَقَبَضَتْ امْرَأَةٌ يَدَهَا فَقَالَتْ أَسْعَدَتْنِي فُلَانَةُ أُرِيدُ أَنْ أَجْزِيَهَا فَمَا قَالَ لَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا فَانْطَلَقَتْ وَرَجَعَتْ فَبَايَعَهَا

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Abu Ma'mar Telah menceritakan kepada kami Abdul Warits Telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Hafshah binti Sirin dari Ummu 'Athiyyah radliallahu 'anha ia berkata; Kami berbai'at kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, lalu beliau pun membacakan ayat kepada kami: "Dan janganlah mereka menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun." Kemudian beliau juga melarang kami untuk melakukan Niyahah (meratap saat tertimpa musibah). Lalu seorang wanita menggenggam tangannya dan berkata, "Sesungguhnya si Fulanah telah membahagiakanku, dan aku ingin segera membalasnya." Namun, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak berkata apa pun pada wanita itu. Wanita itu pergi, kemudian kembali lagi, dan beliau pun membai'atnya. – Hadith ke-4513 riwayat Imam Bukhari.

Lafaz Hadis ( فقبضت امرأة يدها ) menunjukkan bahawa nabi berbaiah dengan mereka menggunakan tangan yakni nabi berjabat tangan dengan mereka.

Jawapan : Imam Ibnu Hajar Al-‘Asqolani menyatakan di dalam kitabnya Fathul Bari - yang dimaksudkan dengan (فقبضت امرأة يده) ialah

• Pernyataan ini merupakan majaz (menggunakan maksud selain daripada maksud asal) bahawa mereka lewat menerima (قبول) baiah daripada baginda.
• atau bai`ah tersebut (berjabat tangan) berlaku dengan keadaan tangan berlapik.

3. Sesunguhnya perkataan Nabi S.A.W. yang berbunyi ( إني لا أصافح النساء ) yang bermaksud “Aku tidak berjabat tangan dengan perempuan” dikhususkan dalam keadaan berbai`ah sahaja, tidak boleh diambil hukum larangan berjabat tangan tersebut secara mutlak.

Jawapan : Ulama’ Usul Fiqh menyatakan ketetapan dalam kaedah mereka iaitu “Sesuatu hukum tidak boleh diibaratkan kerana sebab yang khusus selagi lafaz tersebut umum”. Maka, hukum haram berjabat tangan adalah mutlak dalam semua keadaan berdasarkan lafaz yang digunakan umum.

4. Berjabat tangan dengan perempuan ajnabiah dibolehkan kerana ia dianggap sebagai dharurat disebabkan tersebarnya situasi masyarakat berjabat tangan antara lelaki dan perempuan ajnabiah dan sebaliknya.

Jawapan : Tersebarnya situasi berjabat tangan antara lelaki dan perempuan ajnabiah dan sebaliknya tidak dianggap sebagai dharurat kerana ia tidak boleh mengubah hukum yang jelas daripada Al-Quran dan As-Sunnah melainkan hukum tersebut pada asalnya terbina daripada situasi zaman maka ia akan berubah mengikut peredaran masa dan keperluan.

Bahagian Ketiga : Hukum Berjabat Tangan  Dengan Perempuan Tua

Pada bahagian ini, hukum berjabat tangan dengan perempuan tua menurut pandangan para ulama’ adalah seperti berikut :

• Jumhur ulamak : Mazhab Syafie, Maliki  dan selainnya mengatakan tidak harus berjabat tangan dengan perempuan ajnabiah samada muda mahupun tua. Disebutkan di dalam kitab الشرح الصغير bahawa Syeikh Ad-Dardir menyatakan tidak harus bersalaman dengan perempuan walaupun perempuan tersebut sudah tua dan tidak bernafsu.
• Mazhab Hanafi dan Hanbali  membolehkan berjabat tangan dengan perempuan tua yang tidak bersyahwat. Tetapi sekiranya tidak aman daripada syahwat dan fitnah, ia tidak dibolehkan.

Disebutkan di dalam kitab رد المختار   bahawa tidak boleh seseorang lelaki menyentuh muka seseorang perempuan dan tapak tangannya walaupun aman dari nafsu syahwat kerana  kesannya lebih besar daripada melihatnya, tetapi dibolehkan menyentuh perempuan tua yang tidak bernafsu sekiranya aman dari syahwat. Disebutkan juga dalam kitab حاشية ابن عابدين  bahawa perempuan yang sudah tua tidak mengapa berjabat tangan dengannya dan dibolehkan menyentuh tangannya selagi aman dari syahwat.

    Dalam kita المبسوط   ada menyatakan sekiranya perempuan tua itu tidak bersyahwat, tidak mengapa bersalaman dan menyentuh tangannya. Manakala di dalam kitab مجمع الأنهار  : sekiranya aman dari fitnah, maka harus menyentuh perempuan jika perempuan tersebut tua dan tidak bersyahwat serta dibolehkan juga seorang lelaki yang tua menyentuh perempuan sekiranya  kedua-duanya aman daripada fitnah.

Kesimpulan : Berdasarkan keadaan semasa yang berlaku, pendapat yang selamat dipakai ialah pandangan kebanyakan para ulama’ iaitu haram menyentuh antara kulit lelaki dan wanita walaupun salah seorang daripada keduanya telah lanjut usia dan tidak mempunyai syahwat (keinginan). Hal ini berdasarkan kepada sandaran dalil dan perbahasan yang telah dinyatakan oleh para ulama’ dalam masalah ini.


Rujukan :

1. Sohih Al-Bukhari, karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.
2. Sohih Muslim, karangan Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi.
3. Musnad Imam Ahmad, karangan Imam Ahmad bin Hanbal.
4. Ahkam Al-‘Aurat Wa An-Nazhar, karangan Syeikh Musa’id bin Qasim Al-Falih.
5. Ahkam Al-Quran, karangan Ibnu Al-‘Arabi.
6. Rawai’ Al-Bayan fi Tafsir Ayaat Al-Ahkam, karangan Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni.
7. Adab Al-Mushofahah, karangan Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.


Disediakan oleh,
Muhammad Sarkawi bin Salleh,
Felo MANHAL PMRAM.
 

Senin, 24 Januari 2011

Cairo International Book Fair (Part 2)

buku yang di hadiahkan oleh Ustaz Izharuddin
 Artikel kali ini berkenaan kitab-kitab asas yang perlu ada bagi seorang penuntut ilmu. Maklumat ini ana dapat dari kitab kecil yang dikarang oleh Habib Umar B Muhammad B Salim B Hafiz. Kitab ini dihadiahkan oleh ahli bait saya Ustaz Izharuddin (Bob) selepas beliau pulang dari Yaman. Kitab ini bertajuk : Maqosid Halaqoh Taa'lim Wa Wasa'iluha

Bagaimanapun saya hanya mengeluarkan sebahagian sahaja kitab-kitab asas yang disarankan  oleh Habib Umar.

الفقه الاسلامي

الفقه الشافعي

1- (( سفينة النجاة )) - للشيخ سالم بن سمير الخضرمي
2- (( المقدمة الحضرمية )) - للشيخ عبدالله بن عبدالرحمن
3- (( متن الغاية والتقريب )) - للقاضي أبي شجاع
4- (( منظومة الزبد )) - امام ابن رسلان
5- (( عمدة السالك وعدة الناسك )) - امام ابن النقيب

الفقه الحنفي

1- (( مراقي الفلاح شرح النور الايضاح )) - الحسن بن عمار الشر نبلالي
2- (( اللباب شرح الكتاب ))
3- (( الختيار لتعليل المختار )) - الموصلي
4- (( الهداية شرح بداية المبتدي )) - للمرغيناني
5- (( متن كنز الدقائق )) -  للنسفي

الفقه المالكي

1- (( المدونة )) للامام مالك
2- (( مختصر سيدي خليل ))
3- (( الرسالة الفقهية )) - للأبي زيد القيروني

الفقه الحنبلي

1- (( كشاف القناع عن متن الاقناع )) - للبهوتي
  2- (( منتهى الارادات )) - للبهوتي
3- (( الانصاف في الراجح من الخلاف )) - للمرداوي
4- (( الروض المربع شرح زاد المستقناع )) - للبهوتي

الفقه المقارن 

1- (( الميزان )) - امام الشعراني
2- (( بداية المجتهد ونهاية المقتصد )) - ابن رشد الحفيد المالكي
3- (( المبسوط )) - للسرخسي الحنفي
4- (( المغني )) - ابن قدامة الحنبلي
5- (( المجموع )) - شرح المهداب للنووي الشافعي
6- (( بدائع الصنائع في ترتيب الشرائع )) - للكاساني الحنفي
7- (( تحفة الفقهاء )) - لعلاء الدين السمرقندي الحنفي
8- (( البيان شرح المهداب )) للعمراني اليمني الشافعي
9- (( القوانين الفقهية )) - ابن جزي المالكي
10 - كتاب الفقه الاسلامي )) - للدكتور وهبة زحيلي

ألأداب والسلوك
 1- (( بداية الهداية )) - امام الغزالي
2- (( آداب سلوك المريد )) - امام الحداد
3- ((  منهج العابدين )) - امام الغزالي 

Sekarang tidak perlu susah  sangat. Sebab Manhal PMRAM telah mewujudkan Katalog  senarai buku rujukan . Jadi ia amat sesuai dengan manhaj kita yang membawa Manhaj Al Azhar dan Manhaj Wasotiyyah.


 Jangan lepaskan . Boleh download disini (Kitab Rujukan)

Minggu, 16 Januari 2011

Media Baru : Peranannya Terhadap Gerakan Islam

Media Baru: Peranan Dan Cabarannya Terhadap Gerakan Islam

Pengenalan 1

Media baru adalah istilah yang dimaksudkan untuk mencakup kemunculan digital, komputer, atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai ‘media baru’ adalah digital, seringkali memiliki karakteristik dapat dimanipulasi, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. Beberapa contoh adalah seperti internet, website, blog, facebook, computer, multimedia, permainan komputer, CD-ROMS, dan DVD. Media baru bukanlah television, filem, majalah, buku atau publikasi berasaskan kertas. (Wikipedia)

Pengenalan 2

Gerakan Islam adalah istilah yang dimaksudkan bagi satu amal Islami berterusan yang bersifat massa, berkumpulan dan tersusun demi mengembalikan hak agama Islam untuk memimpin masyarakat dan mengarah seluruh kehidupan. (al Qaradhawi)

Pengenalan 3

Khalayak pengguna facebook agak tergamam, kecewa dan keliru apabila dikhabarkan bahawa pengasas facebook, Mark Zuckerberg akan menutup media jaringan sosial paling popular itu pada pertengahan Mac 2011 nanti. Khabar angin yang sentiasa mewarnai alam media baru itu mungkin sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk melihat sejauh manakah kebergantungan masyarakat dunia terhadap peranan media baru di dalam kehidupan mereka.

Ini adalah satu contoh keadaan kalut yang menggambarkan betapa besarnya peranan media baru dalam mencorak pemikiran dan pergerakan manusia moden hari ini. Hakikatnya, seluruh dunia begitu terkesan dengan peranan media baru terutama di dalam menggerakkan golongan ‘middle class’ untuk merobohkan tembok penguasaan kelas atasan/pemerintah di dalam menentukan politik dan hala tuju sesebuah negara.

Sebagaimana media baru telah menjadi senjata ampuh yang mencabar dan mengancam kerajaan dan anti establishment, ia juga turut mengundang isu yang sama terhadap gerakan Islam yang berada di tengah-tengah medan pertarungan merebut teraju kepimpinan manusia.
Kertas ini ditulis secara sepintas untuk melihat bagaimanakah peranan dan cabaran media baru terhadap oleh gerakan Islam dan langkah-langkah yang perlu diambil demi memastikan media baru bertindak sebagai senjata yang menghunus untuk mereka, bukan ke atas mereka.

Cabaran Media Baru Terhadap Gerakan Islam

Berikut adalah beberapa cabaran yang bersifat ancaman yang akan memberikan kesan buruk dan negatif terhadap misi dan momentum gerakan Islam di persada masyarakat. Ia juga turut memalit pandangan negatif terhadap para pekerja gerakan Islam;

Lahirnya kelompok muslim yang merajakan kefahaman liberal dan kebebasan hidup mengikut perspektif barat. Ia adalah kesan daripada sekurang-kurangnya dua faktor: Pertama, rasa bosan dan ingin bebas daripada budaya politik mengongkong pemerintah. Kedua, rasa kagum dan terima kasih terhadap dunia barat yang mempromosikan hak dan kebebasan hidup melalui media baru.

Lahirnya kelompok muslim yang secara bebas, terbuka dan tidak terkawal di dalam mengkritik, bahkan mempersendakan perkara-perkara pokok dan suci di dalam ugama. Fenomena kotor ini begitu mempengaruhi tahap sensitiviti umat Islam yang semakin rendah, terutama di kalangan golongan muda dan pertengahan yang begitu terpengaruh dengan budaya baru canangan media baru tersebut.

Menambahkan kekeliruan masyarakat non-muslim terhadap agama Islam dan para pejuangnya, terutama pengenalan mereka terhadap agama Islam yang disalah ertikan. Ini juga disebabkan oleh dua faktor utama; Pertama, mereka lebih rapat kepada rakan-rakan muslim berfahaman liberal yang salah. Kedua, mereka lebih terdedah kepada maklumat-maklumat mengenai Islam daripada sumber-sumber yang salah.

Hilangnya populariti terhadap media baru dan alternatif Islam disebabkan paparan dan hasilan ‘kurang menyengat’ oleh pengamal media baru muslim. Fenomena ini begitu dilihat apabila portal – portal berita faham liberal jauh mendahului saingannya dari portal – portal berita bersifat Islamik.

Patern ‘sentiasa terkebelakang’ atau ‘memegang ekor kerbau’ yang sinonim dengan umat Islam pastinya menambah burukkan lagi persepsi massa terhadap keupayaan Islam untuk memimpin.

Hilangnya minat, pengaruh dan sokongan golongan muda terhadap gerakan Islam dan programnya disebabkan minat mendalam mereka terhadap media baru yang begitu dikuasai kumpulan bukan Islamik. Ini dapat dikesan melalui kurangnya populariti ikon dan qudwah islami di mata golongan muda hari ini.

Budaya akhlak yang agak liar dan buruk yang mewarnai amalan interaksi di dalam media baru akibat pengaruh budaya kebebasan bersuara acuan barat melaluinya. Budaya tidak berakhlak mulia ini akhirnya telah menimbulkan polemik, caci maki dan fitnah yang boleh memporak perandakan institusi kehidupan masyarakat Islam.

Kebocoran maklumat dan kerahsiaan dalaman gerakan Islam yang begitu mudah, cepat dan meluas. Walaupun fenomena ini melampaui tidak hanya ke atas gerakan Islam sahaja, bahkan kepada seluruh pertubuhan dan kerajaan (contohnya fenomena Wikileaks), tetapi ia telah memberi kesan yang besar kepada keutuhan gerakan Islam yang mementingkan etika dan adab kerahsiaan dalam jamaah.

Kegagalan kumpulan Islam untuk mengelak diri atau mengawal diri daripada mendedahkan perselisihan di antara mereka melalui media baru, samada ianya bersifat perselisihan individu di dalam jamaah ataupun di antara kumpulan yang berlainan. Jika sebelum ini perselisihan dalaman hanya pecah di dalam dan mudah diuruskan, tetapi kini ia dilihat agak sukar akibat ‘kegatalan’ pengamal media baru untuk sentiasa mendahului di dalam penyampaian berita dan maklumat sensasi.

Goncangnya ‘keperibadian muslim’ gerakan Islam dengan lahirnya ahli-ahli yang agak longgar ikatannya dengan adab dan akhlak pekerja gerakan Islam. Lahirnya, melalui media baru, budaya mengkritik kepimpinan yang agak melampau, hilangnya budaya thiqah di antara pemimpin dan anak buah, tersisihnya keluhuran budaya wala’ dan taat dan melebarnya jurang perselisihan di antara individu jamaah pasti akan mengakibatkan binaan Islami yang semakin merapuh di dalam gerakan Islam.

Cabaran – cabaran yang bersifat ancaman dari media baru ke atas gerakan Islam sebagaimana di atas menunjukkan betapa besarnya peranan media baru dan hubungannya di dalam memastikan momentum gerakan Islam di dalam menguasai massa dan seterusnya mencapai misi menerajui kepimpinan negara.

Justeru adalah menjadi tuntutan yang begitu mendesak ke atas gerakan Islam dan pekerjanya untuk menutupi segala kekurangan dan kelemahan yang dikesan akibat kelahiran media baru, seterusnya menjadikannya pula sebagai senjata ampuh bagi gerakan Islam di dalam meraih pengaruh dan sokongan masyarakat terhadap mereka.

Gerakan Islam Dan Peranan Media Baru

Berikut adalah beberapa cadangan yang menjadi cabaran positif untuk gerakan Islam yang perlu dinilai, seterusnya dilaksanakan demi memanfaatkan kemudahan teknologi media baru demi kebaikan dan kekuatan Gerakan Islam.

Melahirkan atau memanfaatkan tenaga mahir daripada kalangan aktivis gerakan Islam yang berupaya mengurus dan mencipta sesuatu melalui media baru yang mampu menarik masyarakat untuk mendekati dan memahami Islam, seterusnya mendapat sokongan mereka.

Mewujudkan beberapa tapak di laman sesawang yang sempurna dan menarik untuk kunjungan ramai para pengguna media baru, terutama generasi muda di dalam mendapatkan maklumat tepat, terkini, alternatif, interaktif dan menarik. Ini pastinya menuntut komitmen dan sumber kewangan yang besar, tetapi itu sepatutnya tidak boleh menjadi halangan yang besar kepada sebuah gerakan yang masih ketinggalan di dalam bidang penting ini.

Mengendalikan Facebook atau twitter bersifat portal berita yang sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat menarik dalam genre dipelbagaikan. Juga, kempen-kempen yang berterusan untuk menarik jumlah ‘fans’ yang mencecah ratusan ribu. Sebagai contoh, facebook ‘Pemuda PAS Malaysia’ dan ‘harakahmuda’ yang telah diusahakan oleh Dewan Pemuda PAS

Malaysia hendaklah diperkasakan dengan pemberitaan yang segera dan pelbagai. Ini memandangkan minat dan ‘kegilaan’ yang begitu ketara di kalangan anak muda terhadap penggunaan kedua-dua tapak tersebut.

Sentiasa mampu menyediakan jawaban yang segera daripada sudut pandang Islam terhadap segala isu msyarakat dan negara yang sentiasa dinantikan. Maka media baru akan menjadi instrument dakwah yang cukup berkesan.

Tenaga amilin (sepenuh masa) yang khusus untuk menumpukan sepenuh masanya untuk mengendalikan projek media baru.

Menyebarkan maklumat dan aktiviti lapangan gerakan Islam secara berterusan dan menarik. Di antara aktiviti yang perlu ditonjolkan adalah yang bersifat kebajikan dan hiburan Islam, selain aktiviti dan pendirian politik Islam.

Sentiasa menonjolkan akhlak Islam yang konsisten di dalam penyebaran maklumat dengan menjauhi penyebaran fitnah, penghinaan terhadap individu, humor melampau dan sebagainya.

Sentiasa menyebarkan akhlak Islam dan berpesan agar pengguna media baru terdidik dengan budaya Islam yang mementingkan akhlak yang cemerlang.

Dengan melaksanakan tuntutan di atas ke arah penggunaan media baru secara berkesan oleh gerakan Islam, segala ancaman dan serangan ke atas Islam akan dapat diatasi dengan lebih baik dan terkawal. Ia menjadi cabaran besar ke atas aktivis gerakan Islam untuk menyempurnakan kewajiban tersebut yang menuntut pengorbanan harta, tenaga dan pemikiran.

Penutup

Peranan besar media baru di dalam mencorak pemikiran masyarakat haruslah dilihat secara positif oleh gerakan Islam. Kita terpaksa mendepani kemajuan sains dan teknologi maklumat secara lebih berani dan bersedia. Di hujungnya, kita berharap untuk melihat media baru akan menjadi senjata utama memartabatkan perjuangan gerakan Islam untuk mengembalikan hak Islam sebagai ugama rasmi dari langit untuk menyusun kehidupan manusia, khalifah Allah di bumi ini.

Media baru mestilah dianggap senjata Allah untuk khalifahNya di medan juang.


Murnikan Perjuangan
Maknakan Kemenangan

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Pengerusi Akademi Tarbiyah DPP Pusat
(Dibentangkan untuk Himpunan Dunia Media Baru oleh DPP Malaysia)

Kamis, 13 Januari 2011

Cairo International Book Fair (Part 1)

Cairo International Book Fair 2011(CIBF) datang lagi. Tak sabar rasanya hendak pergi. CIBF adalah salah satu pesta buku yang terbesar di dunia. Untuk teknik membeli dan pilihan buku asas boleh lihat artikel saya sebelum ini.  ( Pesta Buku Antarabangsa Kaherah )

Insya Allah pada part yang kedua saya akan kongsikan kepada para pembaca semua antara senarai kitab-kitab berkenaan Usuluddin bagi Jabatan Tafsir Quran . Sebab saya adalah mahasiswa Jabatan Tafsir.

Walaubagaimanapun bermula sekarang kena buat perancangan kewangan dan masa agar kita tidak ketinggalan dalam CIBF 2011.

Kenangan di (Pesta Buku Antarabangsa Kaherah)

Sabtu, 01 Januari 2011

Jom Kita Bersama BKAN Melaka.

KAHERAH 1 Januari - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime menyokong pendirian Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang tetap menyatakan kebenaran dan hak kepada beberapa pihak berwajib.


Katanya, isu ini terjadi apabila terdapat pihak yang ingin menubuhkan persatuan mahasiswa yang baru dan mengenepikan BKKIMM yang telah lama berjasa terhadap seluruh mahasiswa-mahasiswi Melaka.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Presiden PMRAM memberitahu bahawa beliau yakin, pendirian BKKIMM itu dibuat kerana kebenaran dalam isu yang menimpa BKAN Melaka ini sebenarnya berpihak kepada mahasiswa-mahasiswi Melaka.

"Saya sebenarnya yakin dengan tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa-mahasiswi Melaka yang bangun mempertahankan hak dan maruah mereka di hadapan pihak berwajib. Sikap seperti inilah yang dipuji oleh Islam dan tindakan mereka patut disokong oleh seluruh mahasiswa-mahasiswi Islam di Mesir" Ujar beliau ketika diminta mengulas isu yang menimpa BKAN Melaka baru-baru ini.

Pendirian yang diambil oleh BKKIMM ini juga ekoran dinafikan hak pejabat persatuan di rumah Melaka yang baru. Padahal persatuan inilah yang bertungkus lumus sejak tahun 2008 dahulu memohon kepada kerajaan bagi memperolehi rumah Melaka yang dirasmikan baru-baru ini.

Menurutnya, lebih menyedihkan lagi apabila persatuan mahasiswa ini dinafikan kewujudannya tanpa sebarang alasan dan bukti yang kukuh. Isu ini pasti tidak masuk akal bagi mereka yang berfikir secara rasional.

Tambahnya lagi, PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh BKAN dan DPM yang melakukan solat hajat untuk memohon kekuatan bagi BKKIMM menghadapi isu ini lebih-lebih lagi di musim peperiksaan sekarang.

Bagaimanapun menurut beliau lagi, PMRAM menyeru kepada seluruh mahasiswa-mahasiswi Islam yang berada di BKAN dan DPM bagi menyediakan kekuatan untuk membantu BKKIMM menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa sejarah kejayaan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) bagi mendepani tindakan isu pengharaman pasti akan berulang sekiranya seluruh mahasiswa-mahasiswi bersatu membantu BKKIMM.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Ulasan
 
Nampak satu demi satu percubaan "tangan-tangan busuk" untuk menggugat kesatuan Mahasiswa/wi.  Sebelum ini beberapa persatuan pelajar cuba untuk dihapuskan . Mereka berusaha untuk memegang persatuan pelajar di Mesir dan menghapuskan sistem demokrasi yang ada dalam persatuan tersebut sehingga ditukar sistem yang mereka berhak memutuskan segala keputusan dan perancangan mereka.
 
Akhirnya wujudlah sebuah persatuan yang MANDOM dan tak mampu menjuarai kebajikan dan isu pelajar. Menyebabkan persatuan terbabit tunduk dan patuh  pada kemungkaran dan kezaliman.
 
Sepatutnya "pihak yang berwajib" menjalankan kerja yang perlu diutamakan . Apa jadi dengan kes HISBAH di Mesir ? Kes Keselamatan ? Kes Akedemik dan sebagainya..... Tetapi sibuk dengan hendak tubuh persatuan baru yang bermotifkan politik dan hasad dengki maka kerja-kerja HISBAH , Keselamatan dan sebagainya diuruskan oleh persatuan pelajar.
 
Persatuan pelajar yang tidak berbayar gaji sanggup memikul bebanan ini. Sewajarnya pihak berwajib itu berterima kasih.  Tetapi melemparkan tuduhan dan fitnah yang tidak berasas terhadap persatuan pelajar. Apa jadi dengan fitnah terhadap pelajar Johor di Mesir sehingga dituduh 90 peratus pembangkang. Kalau 90 peratus pembangkang sudah lama Pakatan Rakyat memerintah Negeri Johor.
 
 
 
STUDENT POWER!!