Sabtu, 25 September 2010

Coret-Coret




Ketua Dakwah Dan Pembangunan Insan

Alhamdulillah.  Selepas Mesyuarat Agung Tahunan DPM Mansurah ke 18 selesai. Ana sekali lagi diberikan pentaklifan untuk memegang sesi kepimpinan baru DPM Mansurah sesi 2010/2011.

Sesi ini ana diberikan taklifan sebagai Ketua Unit Dakwah  Dan Pembangunan Insan. Alhamdulillah 2  orang rakan sebaya juga diberikan jawatan yang sama di PMRAM Cawangan. Iaitu Ustaz Ilyas Yusof (Ketua Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan  DPM Tanta -asal Negeri Johor- ) dan Ustaz Ahmad Daniel B Hassan (Ketua Unit Dakwah Dan Tarbiyyah BKPJM ).

Lebih menarik lagi apa bila Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM iaitu Ustaz Adlan B Mokhtaruddin juga merupakan BP angkat bagi negeri Johor dan Mansurah.


Selamat Datang Pewaris Generasi Para Ulama

25/9/2010 adalah tarikh yang begitu bersejarah bagi Badan Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir dengan menerima ketibaan mahasiswa/wi baru. Seramai 55 orang pelajar dari negeri Johor telah memilih untuk ke Al Azhar.

Yang paling mengharukan diri ana apabila sahabat perjuangan ana di Maahad Johor , Ustaz Siddiq memilih menyambung pengajiannya di Mesir. Ustaz Siddiq adalah graduan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dalam bidang Diploma Syariah. Beliau merupakan ketua pelajar di Marsah. Kini menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Syariah di Al Azhar.

dari kiri : Dr Yazid , Ustaz Faiz, Ustaz siddiq , Ana , dan Ustaz Amin

Selamat Datang kepada semua mahasiswa/wi baru ke Ardhul Kinanah.

Pelajar Madrasah Arabiah Kluang ke Mesir

Tahniah kepada Adib , Zulkarnain dan Ridhwan kerana memilih Al Azhar sebagai tempat proses pentarbiyyahan antum. Kami doakan agar antum semua thabat dan istiqomah. Amin.

dari kiri : Ridhwan , Zulkarnain dan Adib

senior.....


Muhammad Aliffudin B Ramlee
26/9/2010
10 pg

Senin, 20 September 2010

MAT 2010 Badan Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir

Alhamdulilah. Tahun ini tahun kedua ana dapat ke Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM . Tahun lepas pergi tapi tak banyak memberi sumbangan idea dan lontaran persoalan sebab maklumlah adik-adik baru. Walaubagaimanapun kepada ahli BKPJM harap dapat hadir ke MAT 2010 ini...disini medan untuk kita membina dan memperbaiki segala kekurangan supaya kita menghasilkan mutu kerja yang terbaik. Maklumat :

Tempat : Asrama Pelajar Johor
Tarikh : 22/9/2010
Hari : Rabu

POSTER SPR  BKPJM
Calon AJKT yang bertnding

Calon AJK Hewi (Semua Menang Tanpa Bertanding

Jom kita Kenali Calon PIlihan Soutul Nahdhoh:

CALON YANG DIPERTUA (Menang Tanpa Bertanding)
Nama : Syed Miftahul Ulum B Syed Mustafa Kamal
Kuliyyah : Syariah (Kaherah) Tahun 2 
Maklumat Peribadi : Seorang mudah didekati dan ramah.  Mantan Unit Kebajikan Dan Tabung Derma BKPJM 2009/2010. Peminat pasukan bola sepak Liverpool dan Sepanyol. Mengetuai bacaan qasidah di Asrama Pelajar Johor. Yang paling penting belum berpunya dan taakhi ana semasa tahun 1....hehehe jangan marah ustaz ulum. 

CALON AJKT PILIHAN 

1- Kamal Arif B Bakri
Kuliyyah : Syariah (Kaherah ) Tahun 3
Maklumat Peribadi : Merupakan Yang Dipertuan Pelajar Madrasah Arabiah Kluang sesi 2002. Semasa di Madrasah Arabiah Kluang ana begitu kagum dengan corak kepimpinan yang dipamerkan oleh beliau. Setiap pagi sabtu selepas subuh beliau akan menyampaikan kuliyyah di Madrasah Arabiah Kluang. Hebat dalam penulisan dan Ketua Editor WARTA PMRAM

2-Usamah B Aris


Kuliyyah : Usuluddin (Kaherah ) Tahun 2
Maklumat Peribadi : Merupakan junior ana di Madrasah Arabiah Kluang. Antara pelajar cemerlang dan harapan Madrasah. Pernah menjadi kepimpinan di Madrasah. Berakhlak dan bersopan santun. Salah seorang wartawan WARTA PMRAM .Gud Luck usamah.

3-Mohd  Nor Salam B Abu Bakar


Kuliyyah : Syariah (Tanta ) Tahun 3
Maklumat Peribadi : Seorang yang ceria dan happy go lucky. Antara sahabat seangkatan ana di Maahad Johor dan di Mesir. Seorang hebat dalam pelajaran. Natijah tahun 1 menadapat Jayyid. Seorang penggemar Ustaz Hairul Nizam (Mantan Presiden PMRAM) dan bercita-cita mengambil Master dalam bidang Usul FIqh...Amin.

4- Muhammad Yazid B Hanzir


Kuliyyah : Perubatan Al Azhar (Kaherah) Tahun 3
Maklumat Peribadi : Seorang yang berakhlak dan berdisiplin. Sabar dalam sesuatu perkara dan mempunyai wawasan yang tinggi. Mantan Ketua Unit Penerangan Dan Penerbitan BKPJM sesi 2009/2010.

5- Ahmad Luqman B Bukhari


Kuliyyah : Perubatan Al Azhar (Kaherah ) Tahun 3
Maklumat Peribadi : Pakar dalam teknologi  it komputer dan editing video. Mempunyai sebuah kuda tunggangan (motorsikal) yang akan digunakan dalam membuat kerja-kerja ISLAM . Insya Allah.

6- Muhammad Zulhelmie B Omar


Kuliyyah : Usuluddin (Kaherah ) Tahun 2
Maklumat Peribadi : Seorang yang funny dan mudah mesra. Kuat berkerja menjadi ajk program BKPJM. Mempunyai wawasan yang tinggi untuk BKPJM.

Muhammad Faiz B Harun 

*Tiada Gambar- Sila lihat di iklan calon AJKT

Kuliyyah : Bahasa Arab (Kaherah ) Tahun 3
Maklumat Peribadi : Rajin bersenyum dan seolah-olah tiada masalah. Merupakan Pengarah MAT 2010 BKPJM. 

Ulasan : Nampaknya tahun ini tiada pertandingan di peringkat YDP dan Hewi BKPJM. Walauapapun diharap Ahli BKPJM dapat hadir ke MAT 2010 bagi memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kesatuan yang kita dokongi ini. Disamping itu ahli digalakkan untuk melontarkan sebarang idea dan cadangan bagi menambahkan pembaikkan dalam persatuan kita iaitu BKPJM. Tiada guna kalau hanya kepimpinan bertungkus lumus membawa agenda Islam tetapi kita cuba menghalang agenda itu terlaksana. Yang paling penting kita menjaga adab bermusyawarah yang dikehendaki oleh Islam.

Jom ke MAT 2010 BKPJM dan Selamat Mengundi.

Muhammad Aliffudin B Ramlee
3.55 pagi
20/9/2010

Selasa, 07 September 2010

Fakta Anak Luar Nikah di Malaysia.....Kajian Manhal PMRAM


Fakta Kes
1. Mengikut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)), Datuk Alwi Ibrahim, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

2. 17,303 setahun anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan di Malaysia pada tahun 2009. Ini bermakna 17,303/365 iaitu 47 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap hari di Malaysia pada tahun 2009 bersamaan 2 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap jam di Malaysia pada tahun 2009. Ini juga bermakna 47 kes zina yang menghasilkan kehamilan berlaku setiap hari di kalangan Melayu (Islam) pada tahun 2009.



3. Seandainya 47 kes zina ini mewakili 1% daripada kejadian sebenar maka 4700 kes zina di kalangan Melayu (Islam) berlaku setiap hari di Malaysia pada tahun 2009. Ini bermakna sebanyak 4700 pasangan lelaki perempuan melakukan hubungan seks haram setiap hari.

4. Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

5. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.

6. Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja

(1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam.

Pecahan mengikut negeri:

* Selangor = 12,836 orang
* Perak = 9,788 orang
* Kuala Lumpur = 9,439 orang
* Johor = 8,920 orang
* Sabah = 8,435 orang
* Negeri Sembilan = 4,108 orang
* Pahang = 3,677 orang
* Kedah = 3,496 orang
* Pulau Pinang = 3,412 orang
* Melaka = 2,707 orang
* Kelantan = 1730 orang
* Perlis = 691 orang
* Sarawak = 617 orang
* Terengganu = 574 orang

* JUMLAH = 70,430 orang.


Faktor Penyebab

1. Sarang maksiat yang cukup banyak dalam negara memberikan kredit tertinggi dalam meningkatkan kadar kes zina. Tiada satu kawalan atau sekatan berkesan terhadap sarang-sarang maksiat seperti pusat disko, karaoke, rumah urut, kelab malam dan sebagainya.

2. Perkembangan teknologi yang tidak terkawal sehingga terlalu mudah untuk melayari laman-laman web lucah dan pornografi serta media yang tidak peka dengan nilai moral serta sensitiviti masyarakat dalam menyiarkan filem-filem dan iklan yang melanggar dasar etika dan akhlak.

3. Kelemahan hukuman jenayah zina yang dilihat amat ringan berbanding hukuman syariah dan ia dipandang tidak

menggerunkan para penjenayah serta tidak mampu mengajar mereka bahkan mereka berani mengulangi jenayah berulang kali tanpa rasa malu.

4. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan di mana sahaja sehingga di pusat pendidikan sendiri bermula sekolah tadika sampailah universiti lebih-lebih lagi dalam program-program hiburan seperti konsert, jom heboh, sua rasa serta sambutan-sambutan rasmi kerajaan seperti tahun baru dan lain-lain.

5. Kesukaran untuk melaksanakan perkahwinan yang mana menelan belanja puluhan ribu ringgit yang menyebabkan para pemuda-pemudi lebih suka menjalin hubungan tanpa ikatan perkahwinan dengan alasan tidak mampu berkahwin.

6. Cara hidup barat terlalu menebal sehingga merasakan perbuatan zina bukanlah satu perbuatan yang jijik bahkan salah satu bentuk menifestasi kasih sayang dan rindu antara lelaki dan wanita.

7. Kesedaran masyarakat yang lemah dalam membendung muqaddimah zina seperti membiarkan budaya couple, hubungan intim perempuan dengan lelaki bukan mahram, tidak mempedulikan lansung persoalan maksiat yang berlaku di depan mata, takut membuat aduan dan lain-lain ditambah penguatkuasaan yang lemah oleh pihak berkuasa seperti jabatan agama.

Penyelesaian

a) Terhadap Faktor

1. Menyekat pertumbuhan sarang-sarang maksiat.

2. Mengawal penyalahgunaan teknologi dan mewajibkan perisian yang menyekat pengguna daripada melayari laman-laman web lucah dan sebagainya serta kawalan media massa yang menyeluruh melalui tapisan filem dan iklan.

3. Penguatkuasaan hukuman syariah yang betul seperti yang termaktub dalam al-Quran.

4. Membuat pengasingan antara lelaki dan perempuan di pusat-pusat pendidikan dan mengawal percampuran antara lelaki dan perempuan dalam semua program.

5. Memudahkan proses perkahwinan bagi mereka yang tidak mampu dengan kerjasama jabatan agama dan pihak berwajib dengan menyediakan sumber ekonomi yang boleh dimanfaatkan oleh pasangan yang ingin berkahwin seperti skim pinjaman perkahwinan dan lain-lain.

6. Kempen menjauhi zina dan pergaulan bebas besar-besaran yang dilakukan sepanjang tahun serta memperbanyakkan aktiviti kesedaran seperti ceramah, forum dan dakwah tanpa mengira bangsa dan agama.

7. Menambah bilangan penguatkuasa agama di setiap negeri dan memberi galakan supaya membuat laporan terhadap setiap kes-kes dan aktiviti yang mencurigakan serta perlindungan terhadap mereka yang melaporkannya.

b) Melalui Hukuman

1. Islam telah meletakkan satu hukuman yang keras terhadap penjenayah zina di mana hukuman sebat 100 kali dilaksanakan kepada penzina yang belum berkahwin dan hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang telah berkahwin dan pernah melakukan hubungan kelamin yang sah.

2. Oleh kerana wujudnya halangan untuk melaksanakan hukuman syariah dalam negara ini, pihak kami mencadangkan supaya setiap aktiviti zina perlu dikira sebagai jenayah tanpa mengira bangsa dan agama dan hukuman yang lebih berat daripada apa yang ada seperti sebat dan penjara perlu dikuatkuasakan samada ianya diputuskan oleh mahkamah syariah sendiri bagi orang Islam dan sivil bagi bukan Islam.

3. Kami juga mencadangkan penguatkuasaan dalam isu zina dan khalwat tidak terhad kepada orang Islam sahaja bahkan diperluaskan skopnya kepada bukan Islam kerana zina perlu dianggap sebagai musuh utama negara sama juga seperti dadah.

4. Melaksanakan hukuman denda kepada mana-mana individu yang berpakaian menjolok mata dan melakukan aktiviti tidak sopan.

Kesimpulan

Segala bentuk cadangan dan perlaksanaan hukuman yang dinyatakan dalam artikel ini adalah melihat kepada betapa kejinya aktiviti penzinaan dalam negara dan betapa membarahnya gejala membuang bayi serta rogol sedangkan tindakan menghapuskan sumber-sumber berlakunya maksiat tersebut dipandang remeh oleh pihak berwajib. Kita seharusnya sedar setiap penyakit sekiranya tidak diubati dari akarnya maka harapan untuk sembuh tidak akan berjaya.

Disediakan oleh,

Khairul Anuar Bin Ismail
Felo MANHAL PMRAM

Sumber asli : manhal PMRAM