Jumat, 28 Mei 2010

SUBSIDI MALAYSIA TINGGI!!

ORANG ramai mengunjungi Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi bagi menyuarakan pendapat berhubung isu subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Poster dan sepanduk dipasang untuk memberikan maklumat kepada rakyat mengenai pelaksanaan subsidi di negara ini. (beritaharian.online)

CUBA PERHATIKAN POSTER DI DALAM GAMBAR. SUBSIDI MALAYSIA DIBANDINGKAN DENGAN SUBSIDI FILIFINA , INDIA , CHINA DAN SOMALIA. APA HEBATNYA SUBSIDI MALAYSIA DIBANDINGKAN DENGAN SUBSIDI SOMALIA?

UMUMNYA MENGETAHUI KDNK (KELUARAN DALAM NEGARA KASAR) MALAYSIA LEBIH TINGGI DARIPADA KDNK SOMALIA. TAMBAHAN SOMALIA ADALAH NEGARA DALAM KANCAH PEPERANGAN.

KALAU HENDAK DIKATAKAN SUBSIDI MALAYSIA TINGGI KEPADA RAKYAT...ANA RASA ITU ADALAH JAWAPAN KURANG TEPAT. EKONOMI MESIR AGAK RENDAH BERBANDING MALAYSIA. TETAPI KERAJAAN MESIR DAPAT MENGAWAL SUBSIDI NEGARA DENGAN BAIK. CONTOH:

     1- ROTI ASASI (ISYH) : 20 KEPING DENGAN HARGA LE 1 (RM O.581987)
     2- PETROLEUM (MINYAK KENDERAAN) : LE 0.90 SELITER (RM 0.5237)
     3- GAS KENDERAAN : LE 0.50 ISIPADU (RM 0.29)
(HARGA DIATAS ADALAH PADA PENGAMATAN ANA SETAKAT INI DI MESIR)

Kamis, 27 Mei 2010

BANDINGKAN.....MANA YANG LEBIH BAIK

SEBAHAGIAN ADUN MELAYU DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH



UMNO:
1. Rawi Abdul Hamid (SPM)
2.Ir. Nawawi Ahmad (Ijazah Kejuteraan)
3.Abu Hassan Sarif (SRP)
4.Ahmad Zaini Japar (SPM)
5.Saad Man (SPM)
6.Syed Sobri Syed Hashim (SPM)
7.Mahdzir Khalid (M.A. Pendidikan)
8.Ahmad Bashah Md Hanipah (SRP)
9.Suraya Yaacob (Ijazah Undang-undang)
10.Ku Rahman Ku Ismail (MBA)
11.Tajuddin Abdullah (SRP)
12.Azmi Che Hussein (Sijil Pendidikan)

PAS:
Speaker: Dr Abd Isa Ismail (PhD Pengajian Islam)
1 YAB Azizan Abdul Razak (Master in Law)
2.Abdul Ghani Ahmad (Master Pengajian Islam)
3.Ahmad Izzat Shauki (Master Pengajian Usuludin)
4.Md Roshidi Osman (Master Pengajian Islam)
5.Dr ismail Salleh (Ijazah Perubatan)
6.Ir Amiruddin Hamzah (Ijazah Kejuteraan)
7.Mohd Nasir Mustafa (Sijil Tinggi Agama)
8.Ir Pahrolrazi Mohd Nawai (Ijazah Kejuteraan)
9.Mohamed Taulan Mat Rasul (Ijazah Undang-undang)
10.Yahaya Abdullah (Ijazah Pengajian Islam)
11.Dr Hamdan Mohamed Khalib (Ijazah Perubatan) 


SUMBER: TRANGGANUKITE

Selasa, 25 Mei 2010

Jom Masuk "PARTI ISLAM " baru di Malaysia

diambil dari : UMNO ONLINE

Macam nak tergelak pun ada. Macam mana perjuangan berlandaskan Al Quran dan Sunnah boleh HALALKAN judi.

Ada sapa ULAMA UMNO nak bagi dalil Al Quran , As Sunnah , Ijmak dan Qias ? Bukan nak ambil tahu sangat pasal UMNO  pun...tetapi "kebodohan" jangan nampak terselah. Rakyat sekarang dah cerdik .

Jom Sertai ....hehehehe
Datuk Najib pun sokong UMNO PARTI ISLAM

SIK 10 Sept. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini. - Bernama.






Sabtu, 22 Mei 2010

JAMUAN STUDY GROUP USULLUDDIN TAHUN 2

Selepas bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran selama beberapa minggu maka study group kami telah mengadakan bacaan yasin dan jamuan bagi menghadapi imtihan. Jamuan study group kami telah diadakan di rumah Ustaz Hakimi.

Inilah suasana kekeluargaan yang ingin disemai dalam sanubari Azhari bagi mengeratkan ukhwah. Kepada Usulluddin tahun 2 ....ana ucapkan Selamat Menghadapi Imtihan....Mudah-mudahan kita semua najah di dunia dan di akhirat. Amin

Ustaz Daud...kenangan terakhir dizaman bujangnya

sebahagian tukang kipas

bergambar sebelum berkerja

Chef Adnan....menurunkan resepi keluarga

Ustaz Hakimi sebagai Unit Multimedia dan Minuman

Dj Bait Tahzibunnu....Ustaz Ghazali bersama P.A. Sistem

yum...sedapnya

sup ayam.....

tempat santai dan lepak

ayam yang sudah siap dipanggang

dah macam hari raya pulak....

kegembiraan kanak-kanak ini jelas terpancar di hari yang mulia (jumaat)

baca doa sebelum makan

Ustaz Hairil khusyuk menadah doa

gambar kenangan dibawah sinaran bulan

jurugambar profesional....Ustaz Sharez

Ustaz Ismail....Unit Makanan dan Pasar

Ustaz Zul...Unit Kipas

senyuman kerana tak tahan nak makan

gambar ketua kelas usul tahun 2....abg macho...Ustaz Firdaus

SEMOGA KITA SEMUA NAJAH DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
AMIN.....

Rabu, 19 Mei 2010

Apa khabar Malaysia?

 Pembunuhan , penderaan, pelacuran, penzinaan , penipuan dan perkara-perkara negatif yang lain sering menjadi tajuk utama bagi akhbar METRO. Adakah ini senario masyarakat yang ingin didedahkan? Jika demikian para pembaca harus sedar bahawa realiti masyarakat kini di Malaysia begitu hebat dalam jenayah dan kemungkaran. Jenayah yang dipaparkan saban hari kepada pembaca METRO ini bukan jenayah yang melanggar tatacara undang-undang, bahkan jenayah yang berlaku ini berhubungkait dengan akhirat.

Oleh itu, masyarakat di Malaysia harus sedar bahawa keadaan dan corak masyarakat kini begitu negatif. Perkara buruk dan terkutuk ini bukan lagi belaku di negara KUFFAR bahkan ia berlaku di negara kita sendiri. Berkemungkinan kita juga akan melihat di depan mata kita. 

Sudah tiba kepada masyarakat Malaysia untuk menuju ke satu sistem yang begitu Syumul (sempurna) iaitu ISLAM. Dan kita menjadikan ISLAM sebagai cara hidup kita.


 
Akhbar METRO 19/5/2010

Akhbar METRO 17/5/2010

Akhbar METRO 16/5/2010

Akhbar METRO 15/5/2010

Akhbar METRO 14/5/2010

Muhammad Aliffudin B Ramlee
12.28 tengah hari
19/5/2010

Tabung Dana Ehsan BKPJM....

Firman Allah Subhanau Wa Taala (S.W.T):
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah maha luas (rahmat) kurniaan-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya”.
(Surah al-Baqarah : 261)
Baru-baru ini BKPJM telah mengadakan majlis pelancaran Tabung Dana Ehsan BKPJM yang dikenali dengan nama singkatannya TDEB. Majlis pelancaran ini telah diadakan pada 6 Mei 2010 bertempat di Dewan Kutub Sittah Asrama Rumah Pelajar Johor Rabaah.

Bagi saya secara peribadi BKPJM sebenarnya telah melaksanakan satu idea yang cukup bijak bagi memperkukuhkan lagi dasar penubuhannya sebagai sebuah persatuan yang benar-benar ingin menjaga kebajikan ahli-ahlinya. “Kebajikan Terlaksana Ukhuwah Terbina” itulah tema yang diangkat bagi mengangkat semangat ahli-ahli BKPJM dalam merealisasikan kejayaan pembangunan Tabung Dana Ehsan BKPJM ini.

Saya merayu kepada sahabat-sahabat yang berkemampuan untuk bermurah hati membuat sumbangan ke dalam tabung TDEB ini. Terutamanya bagi mereka yang telah pun menerima wang zakat serta wang pinjaman daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ). Bagi pelajar-pelajar agama yang telah menerima sebanyak USD 1234, kami BKPJM hanya memohon sebanyak LE50.00 setiap seorang untuk dimasukkan ke dalam dana ini. Kesemua sumbangan tersebut akan disalurkan kepada mereka yang memiliki kreteria yang telah disepakati oleh mesyuarat exco.

Tahukah sahabat-sahabat sekalian khusus kepada ahli BKPJM sekalian?. Ada dikalangan ahli BKPJM yang hanya menerima wang perbelanjaan bulanan di Mesir ini hanya sebanyak RM250 sebulan. Ada juga dikalangan ahli kita yang ayahnya hanya menerima wang pencen bulanan sebanyak RM625 sebulan dengan tanggungan adik beradiknya yang masih bersekolah seramai 6 orang. Apakah kita sudah cukup merasa senang dengan hanya melihat sahaja sahabat sesaudara kita yang sama-sama ingin menuntut ilmu namun terpaksa menerima tekanan untuk berbelanja keperluan di sini. Ada dikalangan ahli kita yang terpaksa menunda kuliahnya kerana duit bulanan yang diberikan kepadanya telah habis digunakan untuk membeli kitab-kitab kuliah.

Dalam keadaan kita terlalu ghairah berbelanja bagi memanfaatkan wang zakat yang diperolehinya dengan membeli berbagai keprluan yang diidamkan selama ini. Namun kita terlupa bahawa ada dikalangan sahabat-sahabat kita yang terpaksa berputih mata serta terlalu sedih kerana tidak diberi kesempatan untuk memiliki wang zakatdalam keadaan dia sangat memerlukan sumbangan itu.

Ayuhlah sahabat-sahabat ku sekalian marilah kita merebut peluang pahala yang besar ini untuk turut sama menderma bagi membantu kawan-kawan kita yang dalam kesusahan ini. Sahabat-sahabat ingin menghadapi peperiksaan, mereka juga ingin menghadapi peperiksaan. Jika kawan-kawan ingin memberi tumpuan terhadap peperiksaan ini dengan tenang, mereka juga ingin memberi tumpuan terhadap peperiksaan dengan tenang. Namun bagaimanakah mereka ingin menghadapi peperiksaan ini dengan tenang sedangkan mereka asyik memikirkan bagaimana untuk mengikat perut supaya belanja bulanan pada bulan akan datang perlu diberi peluang kepada adik-adiknya di kampong halaman untuk berbelanja.

Tahukah sahabat-sahabat sekalian taraf pahala orang yang menuntut ilmu Allah ini juga sama dengan taraf orang yang pergi berjihad di jalan Allah. Tidak ingatkah kita pada firman Allah S.W.T:
“Dan tidaklah (patut dan betul) jika orang-orang yang beriman keluar semuanya pergi berperang; oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak diantara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila mereka pulang dari menuntut ilmu; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga dari melakukan larangan Allah”.
(Surah at-Taubah : 122)
Kalaulah pahala orang-orang yang menuntut ilmu itu tidak sama tarafnya dengan orang yang berjihad sudah tentu ramai dikalangan para sahabat Rasulullah meronta-ronta merayu-rayu untuk memilih pergi berjuang di medan peperangan kerana menginginkan pahala yang berlipat ganda. Namun daripada firman Allah S.W.T di atas jelas member isyarat kepada kita taraf orang yang bermusafir demi mendalami ilmu agama serta kembali dengan member peringatan kepada kaumnya adalah sama di sisi Allah.

Ini kerana tugas yang diambil oleh penuntut ilmu dan penyebar ilmu ini cukup besar manfaatnya terhadap Islam. Kehadiran mereka ke dalam masyarakat dapat memperkukuhkan lagi keimanan kaumnya terhadap kebesaran Allah S.W.T. Mereka juga sebenarnya telah mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan agama Allah ini daripada musuh-musuh Islam dengan Ilmu yang mereka ada.

Oleh itu sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menyumbang kepada Tabung Dana Ehsan ini bagi membantu sahabat-sahabat kita yang tidak berkemampuan. Supaya mereka juga dapat bersama-sama dengan kita untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah ini dengan menuntut ilmu di bumi anbia ini.

Saya tinggalkan tulisan saya kali ini dengan kisah yang melibatkan 2 orang sahabat Rasulullah yang menyumbangkan sebahagian besar hartanya demi Islam yang tercinta. Kisah 2 orang para sahabat ini menjadi sebab kepada turunya ayat ke 261 Surah al-Baqarah. Sahabat-sahabat boleh rujuk riwayat ini di dalam Tafsir al-Munir karangan Ustaz Doktor Wahbah az-Zuhaili jilid ke dua muka surat 47 cetakan Darul Fikr.
قال الكلبي : نزلت في عثمان بن عفان وعبد الرحمن بن عوف . أما عبد الرحمن بن عوف فإنه جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم بأرعة آلاف درهم صدقة. فقال : كان عندي ثمانية آلاف درهم. فأمسكت منها لنفسي ولعيالي أربعة آلاف درهم وأدبعة آلاف أقرضتها ربي. فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم : "بارك الله لك فيما أمسكت وفيما أعطيت"

وأما عثمان دضي الله عنه فقال : علي جهاز من لا جهاز له في غزوة تبوك .فجهز المسلمين بألف بعير بأقتابها وأحلاسها. وتصدق برومة ركية. كانت له على المسلمين, فنزلت فيهما هذه الآية.

وقال أبو سعيد الخدري : رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم رافعا يده يدعو لعثمان,ويقول : (يا رب , إن عثمان بن عفان رضيت عنه , فارض عنه ) فما زال رافعا يده حتى طلع الفجر, فأنزل الله تعالى فيه : ( مثل الذين ينفقون أموالهم فى سبيل الله) الآية

Telah berkata al-Kilabi : Telah turun ayat ini terhadap ‘Uthman Bin ‘Affan dan ‘Abdur Rahman Bin ‘Auf. Adapun bagi Abdur Rahman Bin ‘Auf maka sesungguhnya dia telah datang kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (S.A.W) dengan membawa sebanyak empat ribu Dirham sebagai sedekah. Maka Abdur Rahman telah berkata:”Bersamaku sebanyak lapan ribu Dirham, aku telah mengambil empat ribu daripadanya untuk kegunaanku dan keluargaku, dan empat ribu dirham dirham lagi bakinya aku telah cagarkan kepada Tuhanku”. Maka telah bersabda Rasulullah S.A.W : “Semoga Allah memberkatimu terhadap apa yang engkau telah pegang dan apa yang telah engkau berikan”.

Dan Adapun ‘Uthman Bin ‘Affan Radhiallahu ‘Anhu, maka dia telah berkata :”Padaku ada sejumlah kelengkapan bagi sesiapa yang tiada kelengkapan untuk ke peperangan Tabuk. Maka beliau telah member kelengkapan yang dimiliki itu kepada orang-orang Islam dengan seribu ekor unta beserta kelengkapan pelananya. Dan beliau telah mensedekahkan sebidang tanah yang berhampiran dengan Kota Madinah untuk orang-orang Islam. Maka telah turunlah ayat (al-Baqarah:261) terhadap ke dua-dua orang sahabat Nabi ini.

Dan telah berkata Abu Sa’id al-khudri : “Aku telah melihat Rasulullah S.A.W sedang mengangkat tangannya mendoakan terhadap ‘Uthman”. Dan Baginda bersabda :” Wahai Tuhan, sesungguhnya aku telah meredhai ke atas ‘Uthman Bin ‘Affan, maka Engkau redhakanlah terhadapnya”. Maka tidak berhenti Nabi mengangkat tanganNya mendoakan ‘Uthman sehingga masuknya waktu subuh. Maka rentetan dari itu Allah telah menurunkan kepada Nabi ayat tersebut. 

Kemantapan Fikrah Membina Syaksiah 

Sumber: Al Zinki

Senin, 17 Mei 2010

Penangan tahajjud buat mahasiswa


Ada satu waktu yang amat ajaib dalam kehidupan seharian kita. Waktu yang menjadi pilihan Tuhan untuk bertamu kepada hambaNYA. Waktu itu, sekiranya ada manusia yang bangun, membersihkan diri dan sujud kepada Pencipta, martabatnya telah diangkat lebih tinggi berbanding manusia lain. FirmanNya dalam Surah al-Israk ayat 79 bermaksud:
“Dan dari sebahagian malam, hendaklah engkau bangun (tahajud), sebagai amalan tambahan untukmu. Semoga Tuhanmu mengangkat (darjatmu) ke tempat yang terpuji.”
Saat seorang hamba pergi kepada Penciptanya dengan penuh susah-payah melawan kantuk, sebenarnya ia membuka jendela cintaNYA. Waktu tahajud adalah waktu sepertiga malam yang menyaksikan para insan di alam mimpi.  Kala itu, alam suram hanya ditonai bintang dan bulan, manakala kegelapan adalah dunia beristirehat. Waktu beginilah, apabila dahi mencecah sejadah, aura tawadhuk seorang hamba kepada Penciptanya bergelombang kuat. Solat terasa khusyuk tanpa diganggu urusan dunia yang mencengkam di siang hari. Tiada bunyi kebisingan manusia atau kenderaan yang mengacau si pendamba cintaNYA. Tahajud adalah waktu khusus untuk seorang Muslim bertemu dan bercakap-cakap dengan Allah SWT.

Paling Disayangi

Dalam sebuah keluarga misalnya, ibubapa akan menyayangi anak-anaknya secara adil. Namun percayalah, anak yang lebih ringan tulang dan sering berbakti kepada ibubapa dengan ikhlas akan lebih disayangi berbanding anak-anak yang lain. Begitu juga dalam hubungan persahabatan, teman yang mengingati setiap kebaikan kita padanya akan lebih diingati daripada teman yang hanya berkongsi kesenangan kita. Walau bagaimanapun, orang-orang begini tidak seramai orang-orang yang mementingkan diri. Jika kita memiliki mereka, pasti kita menghargai dan menyintainya sebaik mungkin.
Begitu jualah antara makhluk dengan Penciptanya. Allah SWT telah mensyariatkan ibadah wajib kepada manusia untuk dilaksanakan dalam kehidupan. Pada waktu yang sama, Dia juga memberikan peluang kepada manusia yang ingin melakukan ibadah sunat sebagai jalan mendekatkan diri kepadaNYA. Orang yang tidak meninggalkan ibadah wajib dan memperbanyakkan ibadah sunat tidak akan sama kedudukannya dengan orang lain di sisi Allah SWT. Keberkatan akan tercermin dalam kehidupan, sifat mahmudah menghiasi peribadi dan kata-katanya pasti diikuti dan didengari manusia lain. Hal ini terbukti jika kita membaca sirah para nabi, sahabat, tabi’in seterusnya orang-orang soleh di zaman ini.

Istimewa Tahajud

Salah-satu amalan yang tidak pernah ditinggalkan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian baginda adalah solat sunat Tahajud. Ketika orang lain dibuai mimpi, baginda SAW bangun mengadapNYA dengan rintihan dan tangisan. Apabila ditanya Saidatina Aisyah R.A, mengapa seorang nabi yang pasti dijamin syurga perlu menangis dan merintih lagi, maka Rasulullah SAW menjawab, baginda hanya mahu menjadi hambaNYA yang bersyukur.
Solat sunat Tahajud umpama tol menuju Allah SWT. Baginda SAW telah menyebutkan hikmah tahajud yang bermaksud:
“Setiap dua pertiga malam terakhir, Allah turun ke langit dunia sambil berseru, ‘Hambaku yang malam ini menjauhkan rusuknya dari tempat tidur kerana mendirikan solat tahajud, aku berasa malunya padanya sekiranya aku tidak mengampunkan dosanya. Mengabulkan doanya dan memberikan apa yang mereka minta. Solat sunat yang utama selepas solat fardu adalah solat tahajud.”
Oleh itu, malanglah bagi mereka yang mengetahui hikmah dan kelebihan tahajud tetapi tidak mengamalkannya secara rutin. Umpama, dia menolak hadiah dan anugerah Allah SWT yang mahu dikalungkan ke lehernya.

Terapi Mahasiswa

Musim mahasiswa disibukkan dengan kuliah dan peperiksaan. Sesetengah mahasiswa turut melibatkan diri dengan aktiviti kampus dan kemasyarakatan. Jangan menjadikan kesibukan anda sebagai alasan untuk meremehkan ibadah sunat terutama tahajud. Berdasarkan pengalaman pelajar-pelajar yang cemerlang, solat sunat tahajud adalah resepi utama mereka.
Dalam temubual personal saya dengan Nik Nur Madihah yang mendapat 20 A( SPM 2008), beliau menyatakan kekuatan utamanya untuk berjaya adalah solat sunat Tahajud. “Ketika bangun di tengah malam, hati saya berasa tenang melepaskan segala tekanan kepada Allah SWT. Tahajud dapat memberikan kita kekuatan jiwa untuk mencapai cita-cita yang disematkan,” katanya.
Saya juga teringat pesanan seorang pendakwah bebas, menurutnya, seorang Mukmin yang terlibat dengan aktiviti keagamaan perlu menjadikan ibadah sunat sebagai rutin wajibnya. Pengamalan ibadahnya tidak boleh sama seperti orang awam lain. “Saudara menyebarkan kalimah Allah, justeru diri saudara perlu dekat dengan Allah. Hanya ibadah sunat seperti Tahajud, Dhuha dan lain-lain dapat mengintimkan lagi hubungan saudara dengan Allah SWT,” pesannya.
Jika tidak kerana pentingnya solat sunat Tahajud, tidaklah Khalifah Salahuddin al-Ayubi memecat tenteranya yang tidak bangun berqiyamulail dalam operasi Perang Salib. Hanya orang-orang yang menjaga hubungannya dengan Allah SWT dapat mencapai matlamat kehidupannya, kerana Allah SWT tidak sesekali mengecewakan harapan hamba yang dicintaiNYA.

Bandingkan

Sekiranya para mahasiswa masih meragui keberkesanan solat sunat Tahajud, ayuhlah anda mulainya sekarang. Jadikan ia latihan bagi melihat perbezaan sebelum dan selepas anda mengamalkannya. Tidak ada dalam sejarah orang yang mengamalkan Tahajud secara ikhlas, hidup mereka susah dan gelisah, sebaliknya, merekalah golongan yang menerima rahmat dan keberkatan dariNYA. Walaupun miskin harta, jiwa dan wajah mereka diselaputi sakinah (ketenangan), mahabbah (cintaNya) dan taqwa.

KEPADA AHLI DPM MANSURAH YANG BERKELAPANGAN , SILA HADIRKAN DIRI KE DEWAN PERSADA JAZIRAH AL WARD UNTUK PROGRAM QIAMULAIL. REBUTKAN  WAKTU INI SEBELUM TIBA PENYESALAN DI HATI KITA. 

sumber:Ummu Hani

Muhammad Aliffudin B Ramlee
11.32 petang
17/5/2010

Sabtu, 15 Mei 2010

Video Khas untuk para Murabbi

Jom kita hayati khutbah yang disampaikan oleh Syeikhuna Usamah Al Azhari. Kisah Ilmu seorang tua dengan seorang raja. Diambil dari blog Islam Is Peace


SELAMAT HARI GURU

Jumat, 14 Mei 2010

Tarikh-tarikh dalam lipatan sejarah ...

15 Mei 2010
62 tahun Nakbah Palestin


Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah.

Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.

Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin.

Pengisytiharan itu telah digelar 'Ominous Declaration' (Pengisytiharan Celaka).

Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.

Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut.

Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan.

Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M).

Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M).

Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948.

Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis - ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana.

Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.

Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).

Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.

Sejarah Nakbah Palestin ini bukan hanya berlaku kepada Bangsa Arab Paletin semata-mata tetapi ia adalah satu isu bersama bagi Dunia Islam. Ibarat pepatah cubit peha kiri peha kanan terasa sakit. Al Fatihah untuk para pejuang Palestin.

sumber: perjalanan dunia


16 Mei 2010
Selamat hari Guru buat warga pendidik

 barisan pendidik Madrasah Arabiah Kluang

barisan pendidik Maahad Johor

Selamat Hari Guru

Muhammad Aliffudin B Ramlee
2.45 petang
14 Mei 2010 

Kamis, 13 Mei 2010

Selasa, 11 Mei 2010

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud "Fitnah itu tidur, celakalah mereka yang mengejutkannya."

(sila klik untuk paparan yang jelas)

Fitnah adalah satu malapetaka yang membinasakan. Sememangnya Islam memberi perhatian serius terhadap bahaya fitnah sehingga disebut implikasinya lebih buruk dari membunuh. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa justeru ia sering membabitkan tuduhan tanpa bukti, prasangka tanpa asas dan persepsi yang salah. Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurang-kurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain.

Ia juga seperti harimau yang sedang tidur. Sesiapa sahaja yang mengejutkannya dari tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu bingkas dan menerkam. Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah, ia akan menyala dan menyambar. Fitnah juga boleh tercetus dalam pelbagai situasi juga dari aneka posisi. Lantaran itu, berhati-hatilah kerana fitnah adalah agenda syaitan yang pastinya ingin melihat para pejuang Islam berantakan sesama sendiri.

Semoga kita dipelihara oleh Allah swt daripada kebinasaan ini. Jauhi fitnah malah jangan sekali-kali berjinak-jinak dengan fitnah. Jika ingin membuat tuduhan, pastikan ada bukti yang kukuh dan jelas.

Jika mahu mengandai atau menyangka, pastikan andaian atau sangkaan itu baik. Jika mahu membentuk persepsi, bentuklah persepsi yang tepat dan benar. Terlebih wajar sikap itu diambil tatkala kita berhadapan dengan sahabat seperjuangan. Meskipun wujud perbedaan pandangan dan kelainan tindakan di kalangan anggota PMRAM, ia tidak menghalalkan kita mencetus dan menabur fitnah.

Fitnah yang dicetus samalah kita menikam dan membunuh sahabat seperjuangan kita bahkan kesannya lebih kejam. Hanya dengan sebab fitnah, persaudaraan entah ke mana dan persahabatan entah ke mana. Maka terbuktilah bahawasanya lidah ini lebih tajam daripada mata pedang. Fitnah juga menyebabkan luka lama akan kembali berdarah dan seterusnya akan membarah jika tidak dipangkas secara tuntas.

Mengelak agar fitnah tidak terus subur menjadi tanggungjawab kita semua dengan memastikan diri kita tidak bercakap dan mengulas dalam perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau jangan sekali - sekali membentuk sikap dan fikiran semata-mata mendengar dari satu pihak tanpa menilai dengan adil dan memberi peluang kepada pihak lain pula.

Padamkan segera api fitnah dan padam juga semangat dendam yang membara. Tiada siapa yang boleh mengaut keuntungan apabila fitnah ini merebak, sebaliknya PMRAM akan binasa, anggota PMRAM akan berpecah, masa depan perjuangan menjadi suram dan Allah akan murka.

Atas nama Allah swt kita bersyahadah, kitab suci al-Quran menjadi rujukan bersama dan mendaulatkan Islam adalah matlamat kita, maka saya menyeru semua pihak agar kita bertaut kembali di atas nokhtah yang sama ini. Tiada yang membezakan kita dan tiada siapa yang boleh menjarakkan kita kecuali kita sengaja melakukannya atau kita sengaja membuka ruang kepada agen-agen musuh untuk menyelinap masuk merosakkan PMRAM dan kesatuan kita dari dalam.

Marilah kita menghayati kembali roh berpersatuan yang berpaksi atas semangat ukhuwah fillah yang utuh lagi intim. Jangan pula kita seronok melihat kesatuan kita retak dan hubungan kita rosak dan musnah. Mungkin banyak perkara terpaksa kita korbankan khasnya perasaan kita agar PMRAM, kesatuan dan ukhuwah kita kembali pulih malah lebih baik dari sebelumnya. Ini tidak mustahil dan kita boleh melakukannya demi Islam.


P/s Soutul Nahdhoh : Sewajarnya, jika ada jalan penyelesaian harus mencari jalan itu bukan cara menyebarkan keaiban saudaramu dikhalayak umum. Sedangkan Al Quran menganjurkan penyelesaian dan nasihat dengan cara yang baik "berpesan-pesan dalam kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".  Jazakallah. Kepada "pihak terbabit- suara ahli dpmm "...hari mungkin kamu menghujum orang lain..kita tidak tahu bagaimana keadaan kita pada masa akan datang. Segera berjumpa dengan "mangsa tuduhan" dan bermaafan. Bukan bermaafan dalam shoutmix. Jangan jadi tangan kiri membaling batu tangan kanan memberi bantuan (pepetah rekaan sendiri) . 


sumber artikel : PMRAM
rujukan isu : Ustaz Alif Junaidi


Kemantapan Fikrah Membina Syaksiah

Muhammad Aliffudin B Ramlee
10.13 pagi
11/5/2010

Minggu, 09 Mei 2010

Perkara Pelik hanya wujud dalam zaman UMNO

Jom Kita teliti gambar ini?

1- Bolehkah seorang wanita membaca Al Quran dikhalayak ramai dengan berpakaian sedemikian?
2- Nak tutup kepala tapi kaki tersingkap

3-Adakah ini perbuatan yang diajar oleh agama?

4-Kalimah ini tidak wujud dalam Islam tetapi direka sendiri oleh UMNO

5-Konon perjuangkan Islam tetapi menyokong ISRAEL

6-Bermati-matian pertahankan PERJUDIAN

7-Pertahanan negara yang rapuh (ada jet tak ada enjin, ada kapal selam tak boleh selam)

8-Ajar ISLAM kepada kanak-kanak tak nak..tetapi nak ajar Pendidikan Seks

9-Mempergunakan wanita seksi dalam kempen pilihanraya (ni cara zionis)

10-Media yang menipu rakyat

11-Kehakiman yang rosak

12- Polis bukan jaga ketenteraman tetapi jaga UMNO dan jadi koboi

13-Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia , malah diluar negara juga berlaku. PEGAWAI KERAJAAN MEMBAWA MISI PEGAWAI UMNO.
dari kiri : Pegawai HEP Terengganu,Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah , Pegawai Atase Pendidikan

SEBENARNYA BANYAK LAGI PERKARA PELIK DALAM  UMNO . KORANG FIKIR SENDIRI LA.

Muhammad Aliffudin B Ramlee
6.07 petang