Kamis, 03 Desember 2009

PERUBATAN ISLAM... satu keperluan para daie

Assalamualaikum w.b.t

Syukur kita panjatkan segala pujian hanya untukMu ya Allah. Selawat dan salam ku hamparkan buat kanjeng junjungan Rasul s.a.w. Mudah-mudahan dipermudahkan kami bertemu dengan mu wahai kekasih Allah. Amin.

Alhamdulilah, semalam ana sempat menghadiri perjumpaan perubatan islam. Perubatan Islam terletak dibawah tanggungjawab ana selaku Unit Kebajikan dan Kemanusiaan. Oleh kerana setiap tibanya musim peperiksaan, kebanyakan siswi dan siswa Mansurah ditimpa gangguan makhluk halus. Maka inisiatif telah diambil oleh Al Fadhil Ustaz Adham Hodari untuk mengumpul mahasiswa Mansurah yang berminat mendalami Perubatan Islam bagi membantu beliau dalam menghadapi gangguan makhluk halus.

Alhamdulilah, Ustaz Adham berjaya mengumpul lebih kurang 25 orang untuk membantu beliau dalam masalah ini. Satu perubahan yang drastik mungkin boleh saya nukilkan disini ialah kehadiran akhwat Mansurah amat menggalakkan terutamanya mahasiswi baru Qiraat. Syabas ana ucpakan kepada antunna sekalian.

Sahabat sekalian yang dirahmati Allah,

Allah s.w.t merakam kisah Nabi Allah Musa a.s menentang ahli sihir firaun didalam Surah Al A'raf :

"meraka (para ahli sihir ) berkata, "wahai Musa! Engkau yang akan melemparkan terlebih dahulu , atau kami yang akan melemparkan ?"[115] Dia (Musa) menjawab , "Lemparkanlah (lebih dahulu)!" Maka setelah mereka melemparkan , mereka menyihir mata orang ramai dan jadikan orang ramai disitu takut, kerana mereka memperlihatkan sihir yang hebat (menakjubkan) . [116] Dan kami wahyukan kepada Musa, " Lemparkanlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba ia menelan (habis) segala kepalsuan mereka. [117] Maka terbuktilah kebenaran dan segala mereka kerjakan menjadi sia-sia.[118]

Jelaslah pada kita bahawa ahli sihir firaun dikalahkan oleh Saidina Musa dengan mukjizat baginda yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Begitu juga pada kita , segala gangguan makhluk halus dapat dihapuskan dengan Mukjizat Agung iaitu Al Quran yang dianugerahkan kepada Rasul kita Saidina Muhammad s.a.w.

Kajian sains yang telah dijalankan oleh Saintis Jepun menyatakan bahawa, apabila segelas air dibacakan kalimah "basmallah" maka molekul air akan berubah menjadi molekul yang cantik. Ini menunjukkan bahawa kalimah Al Quran adalah kalimah yang agung dan mempunyai unsur-unsur spritual.

Jadi menangani makhluk halus boleh ditangani dengan menggunakan Mukjizat Agung iaitu Al Quran.Satu kaedah yang mudah bagi para daie untuk berkhidmat pada masyarakat.

BAGAIMANA GANGGUAN ITU BOLEH WUJUD?

Terdapat pelbagai maklumat menyatakan gangguan itu datang kepada manusia. Tetapi sukacita ana ingin nukilkan maklumat ini dari kitab (At Tibb Nabawi) karangan Al Imam Ibnu Qayyim Al Juazi didalam bab Sawan Babi. Mungkin dalam benak fikiaran kita kenapa Imam Ibnu Qayyaim Al Jauzi mengaitkan gangguan makhluk halus dengan sawan babi? Sawan Babi yang dinyatakan oleh Al Imam Ibnu Qayyim boleh terhasil dengan 2 cara: Pertama -Spritual yang kotor , Kedua - Kesan dari makanan. Adapun "spiritual yang kotor" dikalangan cendiakawan menyatakan untuk menangkis spiritual yang kotor dengan spritual yang baik.

Disini dapat kita fahami dengan mudah bahawa gangguan makhluk halus datang apabila dalaman kita atau jiwa atau batin kita kotor dipenuhi dengan maksiat. Untuk menangkis ganggauan maka memerlukan terapi rohani dengan membaca Al Quran, berzikir, berdoa dan sebagainya. Supaya diri kita dekat kepada Allah s.w.t dan menyerahkan sepenuh jiwa dan raga kepada Allah s.w.t untuk memelihara jiwa kita.

Walaubagaimanapun ana bukanlah orang yang faqih didalam ilmu Perubatan Islam. Ana hanya mengetahuinya melalui pembacaan dan pengalaman yang sedikit dalam menangani gangguan makhluk halus. Mungkin berbagai jenis gangguan yang kita akan hadapi seperti saka, sihir, dan sebagainya dan memerlukan kita mendalaminya sebagai persediaan para daie ke medan masyarakat.

BAGAIMANA CARA KITA MEMBINA ROHANI YANG BERSIH?

Terdapat pelbagai cara yang mungkin sahabat tahu. Tetapi sukacita ana menukilkan beberapa cara yang digalakkan oleh Al Fadhil Ustaz Adham:
1-Membaca Al Quran dan memahami maknanya
2-Berzikir-Basmallah 100x
               -Lailaha illa Allah 100x
               -Istigfar 100x
               -Ya Daim 100x
               -Selawat 100x
3- Bacaan Mathurat
4- Solat sunat
5- Hizb amalan perkasa

Ini hanya sebahagian sahaja yang dinyatakan sebagai langkah permulaan. Apa yang penting , kita perlu memikirkan sejauh mana istiqamah kita dalam melaksanakan amalan sunat kita. Terutamanya sekali ialah IKHLAS.

Apa-apa pun segala penyakit itu datang dari Allah yang maha kuasa untuk menguji hamba-hambanya. Dan Allah jualah yang memberikan kepada seseorang itu untuk sembuh dengan izinya. Segala perencanaan kita terletak dibawah kekuasaanya.

Ya Allah, kami bermohon kepada Mu , untuk melindungi diri kami dan keluarga kami dari kejahatan syaitan dan iblis. Mudah-mudahan jiwa kami dipelihara dengan sempurna dibawah rahmatMu. Aminn....


 Al Fadhil Ustaz Adham Hodari

rujukan:
1-Terjemah Al Quran
2-Tibb Nabawi
3-Kamus Miftah

Muahmmad Aliffudin B Ramlee
11.31 pagi
3/12/2009

Tidak ada komentar:

Posting Komentar