Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengulangi  hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya kerajaan pusat membina  jambatan baharu menggantikan Tambak Johor. Ini merupakan kali kedua   baginda menyatakan hasrat itu selepas dilantik menjadi sultan.
Sebelum  itu Almarhum ayahanda beliau, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan  Ismail juga mendesak dirobohkan tambak dan digantikan jambatan baharu  demi kebaikan rakyat kedua-dua buah negara dan keperluan ekonomi yang  lebih relevan.
Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam sambutan  ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52 dengan harapan pembinaan  jambatan baharu itu dapat memberikan keselesaan kepada rakyat Johor yang  berulang alik ke Singapura, malah kemudahan untuk rakyat negara jiran  melancong ke negara ini.
Sambil menghargai sumbangan besar dan  keperhatinan kerajaan kepada masalah rakyat, baginda dengan nada sayu  seolah-olah terkilan kerana hasrat ingin melihat Tambak Johor diroboh  dan digantikan dengan jambatan baru belum dipenuhi oleh kerajaan pusat.
Menurut  baginda lagi, ketiadaan Tambak Johor akan membolehkan air di Selat  Tebrau bebas mengalir selakigus memberi kesan terhadap alam sekitar di  sekelilingnya.  
Apakah reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd  Najib Abdul Razak tentang permintaan kedua baginda itu? Adakah kerajaan  perlu membuka semula perundingan baru dengan Singapura bagi  mereaslisasikan hasrat dan gesaan baginda itu?
Apakah Najib  bersedia mendengar lagi ulangan kali ketiga dan seterusnya gesaan itu  jika pintu rundingan tidak dibuka segera dengan pemerintah Singapura  bagi menyelesaikan tuntutan baginda itu?
Episod baharu ini  membuktikan desakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Almarhum ayahnda baginda  dan majoriti warga Johor yang ingin melihat jambatan baharu dibina bagi  menggantikan Tambak Johor bukanlah cerita omong kosong atau impian  individu tertentu yang tidak berpijak di bumi nyata.
Senario itu   juga  memberi isyarat bahawa soal pembinaan jambatan baharu adalah isu  popular yang sudah menjadi perhatian dan kehendak mendesak semua rakyat  Malaysia umumnya dan warga Johor khasnya.
Apa yang diperlukan  kini ialah keazaman kuat dan keberanian Najib untuk mencari jalan keluar   berunding sebaik mungkin dengan pemimpin negara jiran itu supaya  menerima hakikat sebenar keperluan dirobohkan tambak dan dibina segera  jambatan baharu demi persahabatan dan hubungan istimewa kedua negara  yang sudah terjalin lama dalam ikatan sejarah.
Jika Singapura  enggan bekerjasama, kerajaan boleh membina jambatan bengkok di sebelah  perairan kita seperti yang dihujah Mahathir sebelum ini. Ini dibenarkan  dari sudut undang-undang kerana kita tidak menyentuh atau memasuki  daerah perairan Singapura.
Dan jika cadangan itu tidak diterima  pemerintah negara jiran yang terkenal sikap kaisu (tidak mahu kalah),  kerajaan harus segera menyerahkan perkara itu kapada mahkamah  antarabangsa untuk mencari jalan penyelesaian adil dan abadi.
sumber 

 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar