Rabu, 29 Desember 2010

Tahniah

1. Alhamdulillah . Segala puji bagi Allah swt tatkala meraikan kegembiraan bersama seluruh rakyat Malaysia diatas kemenangan membawa pulang Piala Suzuki buat pertama kalinya menewaskan Indonesia dengan aggregat 4 - 2 . Syabas buat keseluruhan wira negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada sukan bolasepak antarabangsa sekurang - kurangnya diperingkat asean.

2. Pengamatan saya , mutu permainan skuad bolasepak negara kini mempunyai peningkatan taktikal yang baik dan cukup berpotensi untuk terus meningkat di peringkat antarabangsa. Kepercayaan FAM yang diberikan kepada pemain - pemain pemuda negara disamping pendedahan latihan diperingkat antarabangsa amat berbaloi.

3.  Tahniah ! itulah yang boleh saya katakan bagi mewakili seluruh warga Pemuda PAS Malaysia yang turut berkongsi bangga dan gembira dengan skuad pasukan bolasepak negara setelah mereka selama ini sering menjadi mangsa kritikan ekoran persembahan dan kualiti permainan yang merosot.

4. Kini pasukan Malaysia berpotensi untuk bangkit dan mara lebih jauh di peringkat antarabangsa. Saya juga mengharapkan agar kejayaan ini menjadi inspirasi buat pasukan pelapis negara untuk menjejak kejayaan pasukan utama negara hari ini . Kekentalan fizikal dan mental serta pengalaman yang luas diarena antarabangsa akan terus membina potensi dan kualiti pasukan negara .

5. Syabas juga saya ucapkan kepada penyokong yang terus sabar memberi doa dan sokongan untuk melihat pasukan  Malaysia terus bangkit biarpun pernah melalui zaman kejatuhan yang perit. Jelas semangat Malaysia Boleh ! terus membawa Malaysia ke puncak jaya .

6. Kesempatan ini , suka saya tegaskan agar kejayaan dalam sukan yang berteraskan semangat kesukanan akan menyumbang kepada penyatuan rakyat Malaysia keseluruhannya . Agar negara terus harmoni dan sejahtera dengan rakyatnya yang matang dan memiliki semangat persaudaraan yang baik tanpa sengketa.

7. Terima Kasih wira negara ! Terima Kasih jurulatih , Terima Kasih FAM dan Terima Kasih seluruh rakyat Malaysia atas kejayaan Skuad Bolasepak Malaysia meskipun tewas di Stadium Bung Karno mendepani provokasi media dan tekanan bermain di tempat lawan . Namun mereka mampu menyerap tekanan dan mendepani situasi tertekan dengan baik dan akhirnya pulang dengan kejayaan gemilang .

Semoga kejayan ini berulang lagi dimasa hadapan Insyaallah .
 
Ustaz Nasaruddin Tantawi
Ketua Pemuda PAS Malaysia

Minggu, 19 Desember 2010

Madrasah Arabiah Kluang- Medan Tarbiyyah ku

Ini adalah gambar tajammuk (perhimpunan setiap hari) pagi harian. Time ini hanya berucap kepimpinan pelajar dan wakil pelajar. Pada zaman saya dahulu rata - rata murid bila berucap hanya suruh jaga kebersihan, jangan bising. Walaupun demikian ia mengajar saya untuk kehadapan berucap dan berpidato.
Ini adalah surau di asrama pelajar putera
guru2 MAK
  
Guru2 MAK dan warden MAK
hadapan MAK
Asrama Pelajar Putera MAK
guru2 lama MAK....Ditengah yang sedang duduk bersongkok hitam adalah Tuan Guru Ustaz Mohd Lazim , pengasas dan pengtua pertama MAK
rumah Tuan Guru Ustaz Mohd Lazim B Saim.....berada di puncak bukit...diceritakan oleh guru saya di asrama (ust Amal) ..Ustaz lazim sebelum subuh akan memerhatikan anak-anak murid dan mengejut anak2 murid dengan tongkat dihentakkan dari atas bukit....maka budak2 time2 bangun dengan tergesa-gesa ...   

Sejarah....

 Nama asalnya ialah Madrasah Arabiah Persekutuan Melayu Kluang. Madrasah ini diasaskan pada 8 Mei 1946 iaitu semasa pemerintahan Tentera British (BMA). Atas dorongan  perasaan insaf beberapa orang  terkemuka di daerah Kluang ketika itu mendesak untuk menubuhkan madrasah ini sebagai satu wadah  untuk menyedarkan masyarakat peri pentingnya pendidikan agama terutama kepada golongan muda mudi yang semakin runtuh iman dan akhlak mereka.

Salah seorang tokoh yang terlibat ialah Almarhum Tuan Guru Haji Mohd Lazim bin Saim, Allahyarham Datuk Hj Ismail bin Hj Hassan iaitu bekas Ahli Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Johor. Allahyarham Tuan Hj Ahmad bin Hj Md Taib merupakan Imam Masjid Jamek Bandar Kluang, Allahyarham Yang Berhormat Datuk Kapten Ahmad bin Mohamad Don, Pegawai Mergastura Negeri Johor, Tuan Hj Talib bin Abd. Rahman, Guru Besar Sekolah Agama Bandar Kluang serta beberapa orang lagi.

Kekuatan dan keutuhan madrasah ini terletak kepada pucuk kepimpinannya iaitu Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Mohd Lazim bin Haji Saim selaku Mudir yang pertama madrasah ini, juga merupakan tokoh ulama` Negeri Johor yang disegani di kalangan tokoh ilmuan dan dihormati oleh segenap masyarakat ketika itu.

Kesungguhan Tuan Guru menyampaikan ilmu sangat dikagumi walau pun pada peringkat awal madrasah ini dibuka, bilangan hanyalah 13 orang iaitu lelaki 11 dan perempuan. Berbagai halangan dan rintangan yang berlaku beliau tetap teguh mempertahankan madrasah ini dengan kaedah pendidikan berteras ilmu Al-Quran walaupun telah wujudnya system pendidikan moden di negara  ini. Nilai perjuangan dalam dirinya menjadi teras kepada perjuangan anak didiknya, pendidikan dalam ilmu Al-Quran merupakan wadah ilmu yang menjadi teras dalam terma pendidikan setiap dari mereka buktinya ramai tokoh agama dan ilmuan dilahirkan oleh madrasah ini yang berkhidmat di seluruh Malaysia dan di luar negara.

Sejarah terpatri apabila pada 29 Mei 1955 dengan rasminya Persekutuan Melayu Kluang dan Jemaah Tadbir Madrasah bersetuju menukar nama madrasah ini kepada ‘MADRASAH ARABIAH KLUANG’.

Tuan Guru juga pernah mendapat pengiktirafan dengan perlantikan sebagai Mufti Negara Brunei Darussalam pada sekitar tahun 70-an, namun demi memastikan madrasah ini kekal dengan halatujunya, beliau sanggup menolak perlantikan tersebut tanpa memandang pada ganjaran lumayan yang ditawarkan.

 Selain itu beliau juga merupakan tokoh ulama` dan pencetus kepada pembangunan nilai-nilai pendidikan berteras islamiah di seluruh Negeri Johor. Diantara cetusan idea sehingga wujudnya MAAHAD JOHOR dan Sekolah Menengah Agama kerajaan Johor (SMAKJ) yang pertama-tamanya di Malaysia. Selang beberapa tahun ditubuhkan madrasah ini mendapat perhatian masyarakat dari luar Johor antaranya Negeri Sembilan, Melaka, Singapura dan Brunei. Pada tahun 1969, mata pelajaran akademik mula diserapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengabdian dan pengorbanan Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Mohd Lazim terhadap pembangunan Madrasah Arabiah Kluang ini berterusan hingga akhir hayat pada 5hb Januari 1990. Semoga Allah swt mencucuri RahmaNya ke atas roh beliau dan di tempatkan bersama golongan mukmin yang di kasihi olehNya, Amin…Al-Fatihah.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
telefon : 07-7721582
fax : 07-7733582
e-mail : smaklg46@ymail.com
Alamat : KM 1 , Jalan Mersing , 86000 Kluang  Johor. 

SUMBER : MAK WEB

Kamis, 16 Desember 2010

MANHAL PMRAM Mancadangkan Penyelesaian

Merujuk kepada halaman 6, Harian Metro pada hari Sabtu bertarikh 11 Disember 2010 (link), satu isu telah dipaparkan berkenaan penyelesaian yang dikemukan oleh Datuk Dr. Fadzilah Kamsah kepada seorang wanita yang bekerja sebagai GRO.



Wanita yang sedang sarat mengandung itu mengadu tentang dirinya yang tidak mempunyai sumber pencarian rezeki melainkan dengan melacur. Penyelesaian yang diberikan oleh beliau ialah dengan membenarkan wanita tersebut meneruskan kegiatan melacur untuk menyara kos sara hidup setelah bersalin dalam keadaan dia mestilah merasakan tidak redha terhadap perbuatan yang dilakukan sebelum berada dalam keadaan selesa untuk berpindah kepada pekerjaan yang lain.


Dalam perbincangan ini, pihak MANHAL PMRAM ingin mengetengahkan beberapa tumpuan utama yang akan dibahaskan. Perkara tersebut ialah :


• Bahaya mendekati zina.


• Dharurat menurut pandangan agama.


• Penyelesaian alternatif kepada masalah.


BAHAYA MENDEKATI ZINA

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Isra’ ayat ke-32 :


32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).


Hadith Nabi S.A.W. melalui Riwayat Imam Bukhari :


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا الْفُضَيْلُ بْنُ غَزْوَانَ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَزْنِي الْعَبْدُ حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَقْتُلُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ قَالَ عِكْرِمَةُ قُلْتُ لِابْنِ عَبَّاسٍ كَيْفَ يُنْزَعُ الْإِيمَانُ مِنْهُ قَالَ هَكَذَا وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ ثُمَّ أَخْرَجَهَا فَإِنْ تَابَ عَادَ إِلَيْهِ هَكَذَا وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ


Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna Telah mengabarkan kepada kami Ishaq bin Yusuf Telah mengabarkan kepada kami Al Fudhail bin Ghazwan dari Ikrimah dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma mengatakan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah berzina seorang hamba yang berzina ketika ia berzina dalam keadaan beriman, dan tidaklah mencuri ketika ia mencuri dalam keadaan beriman, tidaklah ia meminum khamr ketika meminumnya dan ia dalam keadaan beriman, dan tidaklah dia membunuh sedang dia dalam keadaan beriman." Kata Ikrimah, saya bertanya kepada 'Ibnu 'Abbas; 'bagaimana iman bisa dicabut padanya? ' ia menjawab; 'begini', sambil menjalinkan jari-jemarinya, kemudian ia keluarkan, 'maka jika ia bertaubat, iman itu kembali kepadanya, ' sambil ia menjalin jari jemarinya. (Hadith ke-6311)


Berdasarkan kepada ayat Al-Quran dan hadith nabi S.A.W. di atas, ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa zina diharamkan di dalam Islam. Allah S.W.T. mengarahkan kepada umat Islam supaya tidak menghampiri zina, apatah lagi terjebak di dalamnya dengan cara menjauhkan diri daripada unsur-unsur yang membawa kepada maksiat ini. Beberapa perkara disebutkan oleh para ulama’ sebagai punca ke arah berlakunya zina, iaitu :


1. Pandangan mata.


2. Berdua-duan dengan lelaki / wanita bukan mahram.


3. Percampuran antara lelaki dan wanita (pergaulan bebas).


4. Berhias-hias dan memperagakan kecantikan.


5. Memakai wangi-wangian dan melunakkan suara.


Perbuatan yang disebutkan ini merupakan permulaan kepada maksiat yang lebih besar iaitu zina. Hal ini disebabkan Islam mengajar umatnya menjaga lima perkara : agama, akal, diri, keturunan, dan harta. Allah S.W.T turut menyebutkan balasan perbuatan ini dalam ayat 68 dan 69, Surah Al-Furqaan :


68. dan juga mereka Yang tidak menyembah sesuatu Yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa Yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali Dengan jalan Yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan Yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;


69. akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di Dalam azab itu Dengan menerima kehinaan, -


Zina merupakan salah satu dosa besar dalam Islam disebabkan balasan dan siksaan pedih yang menimpa mereka yang melakukannya diceritakan di dalam Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Baginda menerangkan kepada kita dalam hadith di atas bahawa mereka yang mencuri, minum arak dan berzina tidak akan melakukannya dalam keadaan dia beriman. Seolah-olah gambaran perkara-perkara ini adalah suatu tembok pemisah antara keimanan dan kekufuran. Na’uzubillah min zalik.


• Balasan penzina : Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nuur ayat ke-2 :


2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.


Hukuman ini dikenakan kepada mereka yang belum berkahwin manakala bagi mereka yang telah berkahwin akan direjam berdasarkan kepada hadith sahih Nabi S.A.W. yang menceritakan perbuatan rejam baginda kepada Ma’iz dan Al-Ghamidiah. Tetapi bagi mereka yang telah sedar dan ingin bertaubat perlulah segera menjauhi perbuatan ini agar tidak mendapat laknat dan kemurkaan daripada Allah S.W.T jika mereka tetap meneruskannya. Keadaan ini disebutkan dalam hadith Nabi S.A.W. :


حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ وَأَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ شَيْخٌ زَانٍ وَمَلِكٌ كَذَّابٌ وَعَائِلٌ مُسْتَكْبِرٌ


Maksudnya : Dan telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Waki' dan Abu Muawiyah dari al-A'masy dari Abu Hazim dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada tiga orang yang mana Allah tidak mengajak mereka berbicara pada hari kiamat, dan tidak mensucikan mereka." Abu Mu'awiyah menyebutkan, "Dan tidak melihat kepada mereka. Dan mereka mendapatkan siksa yang pedih: yaitu orang tua yang pezina, pemimpin yang pendusta, dan orang miskin yang sombong." (Hadith ke-156 riwayat Imam Muslim)


DHARURAT MENURUT PANDANGAN SYARAK


Sesetengah golongan pernah cuba mengaitkan keharusan zina dengan dharurat yang menimpa seseorang. Mereka mengatakan dalam keadaan dharurat individu berkenaan dibenarkan melakukan maksiat dengan melihat kepada kaedah umum الضرورات تبيح المحظورات yang bermaksud (Dharurat Itu Mengharuskan Perkara-Perkara Haram). Contohnya seorang lelaki yang kebuluran di dalam hutan dibenarkan untuk memakan khinzir yang berada di hadapannya setelah tidak menemui sebarang makanan dengan syarat bahagian yang dimakan itu hanya sekadar mampu memberikannya tenaga.


Namun, para ulama’ meletakkan garis panduan kepada kita dalam memahami erti dharurat yang sebenarnya :


1. Dharurat ini tidak dapat dibendung dan ditakuti akan membinasakan diri atau anggota badan.


2. Keadaan ini membolehkan perkara haram dilakukan untuk menjaga nyawa individu yang berada dalan keadaan dharurat samada dengan cara memakannya atau menjadikannya ubat.


3. Situasi dharurat tidak mempunyai kaitan dengan maksiat (zina, mencuri dan sebagainya) seperti yang telah disebutkan oleh jumhur ulama’, Ibnu Al-‘Arabi dan sebagainya. (seperti contoh : tidak boleh mengatakan diharuskan berzina / mencuri disebabkan dharurat)


4. Orang yang berada dalam keadaan dharurat tidak mendapati jalan lain untuk menolak kemudharatan yang dihadapinya.


5. Melakukan perkara haram (selepas dharurat) hanya sekadar boleh mengelakkan sesuatu tidak baik berlaku (maksudnya jangan berlebih-lebih).


6. Pasti dalam dirinya bahawa jika dia tidak mengambil sesuatu yang haram untuk menyelamatkan dirinya dia akan kehilangan nyawa atau anggota badan.


7. Pasti bahawa dirinya tidak mengambil bahagian saudaranya yang lain yang juga berada dalam keadaan dharurat.


8. Keburukan jika tidak mengambil perkara yang haram tadi lebih besar daripada keburukan yang bakal menimpa jika dia melakukannya (mengambil yang haram).


Oleh itu, perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana ia berkaitan dengan keharusan yang Allah berikan sebagai ganti dalam menjaga salah satu daripada lima perkara asas anjuran agama yang telah disebutkan sebelum ini. Jika tidak, keharusan ini akan bertukar menjadi haram dan si pembuatnya terus berada dalam keadaan berdosa.


PENYELESAIAN ALTENATIF KEPADA MASALAH


Setelah melihat kepada pandangan agama dan situasi yang berlaku, pihak kami mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian masalah :


1. Optimis terhadap pengampunan dan rahmat Allah S.W.T.


Allah S.W.T sangat belas kasihan kepada hambanya, mengampunkan kesalahan mereka dan menerima taubat. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Imran ayat ke-133 :


133. dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;



Sesuatu maksiat yang dilakukan perlu dihapuskan melalui taubat kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha). Antara syarat bagi taubat ini diterima ialah :


1. Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah lalu.


2. Menyucikan diri daripada dosa iaitu memohon pengampunan daripada Allah S.W.T.


3. Berazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.


4. Jika kesalahannya itu melibatkan pengambilan harta orang lain maka ia perlu dipulangkan.


Selain itu, hadith Nabi S.A.W. pernah menceritakan perihal taubat :


Dari Abu Musa Al-Asy’ari -radhiallahu anhu- dari Nabi -alaihishshalatu wassalam- beliau bersabda :


إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا


Maksudnya : “Allah -Azza wa Jalla- akan senantiasa membuka lebar-lebar tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada siang hari dan Allah senantiasa akan membuka tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada malam hari, dan yang demikian terus berlaku hingga matahari terbit dari barat.” (Hadith riwayat Imam Muslim no. 2760)


Seorang manusia perlulah senitiasa optimis kepada Allah S.W.T. dalam semua perkara kebaikan yang dilakukan. Begitu juga dengan taubat, walau sebesar mana dosa yang dilakukan ingatlah bahawa Allah S.W.T. maha pengampun lagi penerima taubat. Firman Allah S.W.T. dalam Surah At-Tahriim ayat ke-8 :


8. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".


Walaupun hukuman di dunia tidak dijalankan, si pembuat dosa perlulah bertaubat dengan penuh kesungguhan kepada Allah S.W.T. agar diampunkan kesalahan yang telah dilakukan. Insha Allah, Dia sangat pengasih dan menerima taubat hambanya.


2. Mengikut jalan penyelesaian yang tidak bertentangan dengan syara’


Dalam pecahan ini, setiap manusia diajar supaya tidak mengikut suruhan manusia lain yang mengajak ke arah maksiat. Hal ini pernah disebutkan dalam hadith Nabi S.A.W. :


حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي نَافِعٌ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ صَبَّاحٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ زَكَرِيَّاءَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ حَقٌّ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِالْمَعْصِيَةِ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ


Maksudnya : Telah bercerita kepada kami Musaddad telah bercerita kepada kami Yahya dari 'Ubaidullah berkata telah bercerita kepadaku Nafi' dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Dan diriwayatkan pula, telah bercerita kepadaku Muhammad bin Shobbah telah bercerita kepada kami Isma'il bin Zakariya' dari 'Ubaidullah dari Nafi' dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Mendengar dan taat adalah haq (kewajiban) selama tidak diperintah berbuat maksiat. Apabila diperintah berbuat maksiat maka tidak boleh untuk mendengar dan taat". (Hadith ke-2735 riwayat Imam Bukhari)


Allah S.W.T. sangat luas rahmatNya, iaitu dengan membenarkan perkara haram itu diambil sebagai ganti kepada dharurat yang berlaku. Jika tidak, kebinasaan akan menimpa diri dan anggota individu ini. Namun, satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah konsep memahami pengertian dharurat dan syarat-syaratnya (seperti yang telah dijelaskan sebelum ini), apabila meletakkan bahawa ia tidak mempunyai ikatan dengan maksiat dan tidak ada alternatif lain dalam menyelesaikannya.


Maka jika ia merupakan saranan daripada seseorang dengan di sana masih terdapat jalan lain untuk digunakan (rujuk kepada perbahasan dharurat pada perbincangan sebelumnya), arahan tersebut tidak boleh dipatuhi. Inilah kaedah yang digunakan oleh para ulama’ pada zaman dahulu dan sekarang.


 Persoalan : Kalaulah maksiat tidak dibenarkan untuk diikuti dalam keadaan dharurat, bagaimana pula dengan memakan khinzir dalam keadaan dharurat?Adakah dengan memakannya itu tidak dikira sebagai maksiat?


Jawapan : Perkara tersebut hendaklah dilihat kepada syarat dan ketetapan dharurat pada perbahasan lalu, iaitu jika ia tidak melakukannya maka perkara ini boleh membawa kepada kebinasaan pada diri dan anggota. Dalam masa yang sama, tidak ada cara penyelesaian lain dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, keburukan yang diterima setelah melakukan perkara itu (memakan daging khinzir seperti contoh) lebih kecil jika dibandingkan dengan kebinasaan nyawa atau anggota jika dia tidak mengambilnya, maka perkara tersebut dimaafkan.


Berbeza dengan kes ini, kebinasaan yang bakal diterima lebih besar jika ia dilakukan iaitu mendapat balasan di dunia dan akhirat seperti yang telah disebutkan dalam ayat Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Tambahan pula, pada zaman sekarang masih terdapat banyak lapangan yang boleh diisi sebagai ganti kepada mata pencarian hidup, maka keadaan dharurat dalam situasi ini tertolak.


3. Memohon bantuan daripada kenalan atau pihak berwajib


Islam mengajarkan umatnya supaya saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam perkara kebaikan. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Maidah ayat ke-2 :


Maksudnya : …dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).


Dalam kes ini, individu berkenaan boleh memohon bantuan kepada kenalan atau pihak berwajib dalam meringankan bebannya. Contohnya, setelah melahirkan anak, dia boleh meminta bantuan kepada mereka yang amanah dan bertanggungjawab untuk menjaga anak tadi apabila berpergian mencari rezeki yang halal bagi menampung kos sara hidup keduanya.


Tetapi, yang paling penting si ibu tetap bertanggungjawab kepada anaknya (maksudnya tidak boleh meninggalkan anaknya bersama dengan penjaga tadi lalu menghilangkan diri). Setelah dirasakan dirinya telah stabil untuk meneruskan kehidupan, anak yang dijaga tadi bolehlah terus diseerahkan ke pangkuannya dan dibesarkan menurut panduan agama Islam.


4. Mencari sumber pencarian yang halal,


dalam hadith Nabi S.A.W. ada menceritakan :


عن أبي عبدالله النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إن الحلال بيّن والحرام بيّن ، وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس ، فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه ، ومن وقع في الشبهات فقد وقع في الحرام ، كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ، ألا وأن لكل ملك حمى ، ألا وإن حمى الله محارمه ، إلا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله ، وإذا فسدت فسد الجسد كله ، ألا وهي القلب - رواه البخاري و مسلم


Daripada Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya .Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat ,(maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya .Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat , dia akan jatuh kepada perkara yang haram.Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan ,dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalam nya .Ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya .Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging , apabila ia baik , maka baiklah seluruh jasadnya .Apabila ia rosak , rosaklah seluruh jasadnya , ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati. (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)


Dewasa ini, kita melihat pelbagai kemahiran dan bidang telah diterajui manusia dalam banyak aspek. Tambahan pula, kebanyakan daripadanya telah dikomersialkan menjadi suatu bentuk perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan. Namun Islam mengajar kepada umatnya supaya bijak memilih bidang dalam mendapatkan sumber pencarian hidup yang diredhai Allah S.W.T.


Berbalik kepada keadaan yang berlaku, pekerjaan GRO bukanlah suatu jalan terbaik dalam mendapatkan sumber rezeki. Sedangkan masih banyak lagi pekerjaan lain yang boleh dilakukan bagi menampung perbelanjaan hariannya. Bahkan jika jalan ini dipilih maka ia telah mengundang kemurkaan dan azab Allah S.W.T. Disebutkan dalam hadith Nabi S.A.W. :


حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ أَنْبَأَنَا شَرِيكٌ عَنْ سِمَاكٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَعَنَ اللَّهُ آكِلَ الرِّبَا وَمُوكِلَهُ وَشَاهِدَيْهِ وَكَاتِبَهُ قَالَ وَقَالَ مَا ظَهَرَ فِي قَوْمٍ الرِّبَا وَالزِّنَا إِلَّا أَحَلُّوا بِأَنْفُسِهِمْ عِقَابَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ


Maksudnya : Telah meneritakan kepada kami Hajjaj telah memberitakan kepada kami Syarik dari Simak dari Abdurrahman bin Abdullah bin Mas'ud dari ayahnya dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Allah melaknat pemakan riba, yang memberi makan, para saksi dan penulisnya." Ia berkata; Beliau juga bersabda: "Tidaklah nampak pada suatu kaum riba dan perzinaan melainkan mereka telah menghalalkan bagi mereka mendapatkan siksa Allah Azza wa Jalla." (Hadith ke-3618 riwayat Imam Ahmad)


Kesimpulan : Tidak dinafikan bahawa nasihat dan bimbingan itu perlu bagi merubah diri seseorang namun biarlah ia diberikan mengikut landasan syara’. Jika perkara ini masih mendatangkan kekaburan dan kesamaran, ia boleh dirujuk kepada mereka yang lebih mengeahui tanpa memberikan penyelesaian mengikut hawa nafsu. Kepada mereka yang pernah mengalami situasi ini bolehlah menyampaikannya kepada pihak berkenaan dalam usaha menegakkan yang maaruf dan mencegah yang munkar.


Akhir kata, pihak MANHAL PMRAM berharap agar permohonan maaf secara terbuka dan penjelasan semula dapat dibuat oleh pihak Dr. Fadzilah Kamsah berhubung pernyataan yang telah dikeluarkan. Semoga kita mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah S.W.T.


Rujukan :



1. Al-Quraan Al-Karim.


2. Sahih Al-Bukhari, karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.


3. Shahih Muslim karangan Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi.


4. Musnad Imam Ahmad karangan Imam Ahmad ibn Hanbal


5. Wala Taqrabu Az-Zina, karangan Muhammad Abdul Aziz Al-Hallawi.


6. Asbab Halak Al-Umam Wa Sunnatullah fil Qaum Al-Mujrimin Wal Munaharifin, karangan Syeikh Abdullah At-Talidi.


7. Qadhaya Fiqhiah Mu’asirah (Universiti Al-Azhar), karangan pensyarah-pensyarah Bahagian Fiqh Al-Muqaran, Universiti Al-Azhar.


8. Baina As-Sa'il Wal Faqih, karangan Dr. Muhammad Bakr Ismail.


Disediakan oleh,


Muhammad Hanif Jamaluddin,
Pemangku Pengerusi Felo MANHAL PMRAM.


Selasa, 14 Desember 2010

Pelacuran Di IPT

PELACURAN DI IPT MESTI DISIASAT PUNCA DAN KETERLIBATAN SISWA/WI DI DALAMNYA


Berita kegiatan yang dijalankan oleh segelintir siswa/wi IPT yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 9 Dis baru-baru ini amat memeranjatkan rakyat Malaysia. Menurut Dr Jaina Sintian selaku Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), kedapatan sebilangan siswa/wi IPT yang terlibat di dalam kegiatan pelacuran demi membiayai kos pengajian mereka. Pemuda dan pemudi yang bakal menjadi generasi pewaris bagi pentadbiran Malaysia melakukan aktiviti yang cukup menjatuhkan maruah dan imej Negara kita.


Justeru, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kepada pihak-pihak yang berkenaan secara lansung ataupun tidak untuk menyiasat apakah punca kegiatan ini dilakukan di samping menilai sejauh mana keterlibatan mereka di dalam kegiatan ini.


Sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan, kerajaan wajar untuk memikir jalan keluar bagi mengatasi masalah yang membelenggu Malaysia ini. Sikap yang tidak wajar saya rasakan apabila munculnya isu-isu sebegini, kita saling menunding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu. Saya merasakan kita perlu menyelesaikan isu ini secara bersama. Sikap melepaskan diri dan menyalahkan pihak yang lain sebenarnya akan lebih membarahkan masalah social ini di kalangan mahasiswa/wi IPT di dalam Negara kita.


Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia untuk membantu dalam apa jua aspek pembentukan , pengkaderan serta pembinaan akhlak dan minda mahasiswa\i malah jika perlu , DPP Malaysia juga bersedia member khidmat bimbingan dan kaunseling buat mereka yang telah terlanjur asal sahaja ada kerjasama dan kelepasan dari pihak berwajib university dan penguatkuasa dari pihak kerajaan.


Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan, generasi mahasiswa/wi ini adalah penentu kepada jatuh bangunnya sesebuha Negara. Rosak mereka menatijahkan kemunduran dan kerosakan yang bakal berlaku di dalam sesebuah Negara.


Nasrudin Hassan







Sabtu, 11 Desember 2010

Rabu, 08 Desember 2010

HIJRAH : KUASA MAHASISWA ISLAM


Assalamualaikum



Segala pujian bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kekasih hati Nabi Muhammad SAW, penghulu segala nabi dan rasul.


Jika kita menyorot kembali sejarah penghijrahan di zaman Rasulullah SAW, pasti kita akan menemui cara dan uslub yang digunakan oleh pemimpin agung ini bagi memulakan kebangkitan umat Islam.


Sejarah penghijrahan ini pasti tidak akan berlaku sekiranya perancangan dan strategi hanya sekadarnya sahaja.Sebab itulah kebangkitan umat Islam sebenarnya memerlukan kepada sifat kesatuan. Dan kesatuan yang dimaksudkan di sini adalah kesatuan dari sudut akidah, pemikiran dan gerak kerja.


Allah SWT sengaja menyusun hari-hari kebesaran sebagai pedoman dan panduan bagi umat Islam untuk menyusun perancangan di masa hadapan. Setiap hari-hari yang disambut tersebut mempunyai intipati yang tersendiri bagi umat Islam menghayatinya.Intipati bagi Hari Raya yang disambut pada 1 Syawal adalah sifat taqwa yang perlu ada dalam jiwa umat Islam.


Setelah menempuh fasa tarbiyah sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam kembali kepada fitrah asal kejadian dengan sifat taqwa yang wujud di dalam diri. Perkara tersebut disebut oleh Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud :


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan perkara tersebut terhadap umat-umat terdahulu, mudah-mudahan kamu semua menjadi orang-orang yang bertaqwa".(Surah Al-Baqarah : ayat 183)

Intipati bagi Hari Raya Aidiladha pula adalah sifat berkorban yang perlu diterapkan dalam jiwa umat Islam. Sejarah membuktikan bahawa Nabi Ibrahim As serta anaknya Nabi Ismail AS sanggup mengenepikan agenda peribadi apabila bertembung dengan suruhan daripada Allah SWT.Selain itu, Nabi Muhammad SAW juga menerapkan sifat berkorban ini selama 13 tahun sepanjang tempoh pembinaan umat Islam di Mekah.


Manakan tidak, para sahabat Rasulullah SAW sanggup meninggalkan harta dan kekayaan yang mereka miliki di Mekah demi bersama-sama Rasulullah SAW berhijrah menuju ke Madinah.Sehubungan itu, Nabi Muhammad SAW juga mengajar kaum Ansar agar membantu kaum Muhajirin ketika melaksanakan perintah Allah SWT.


Bukti sifat berkorban yang subur di dalam jiwa kaum Ansar, mereka sanggup menawarkan kepada kaum Muhajirin untuk tinggal bersama-sama, menyumbangkan jiwa dan harta yang ada demi semata-mata ingin melihat kalimah 'Lailaha illallah' tertegak di bumi Madinah.


Maka intipati kepada sambutan Maal Hijrah adalah sifat kesatuan umat Islam. Inilah sifat yang merupakan senjata paling ampuh bagi kebangkitan sesebuah tamadun. Sesungguhnya perpecahan sesama bangsa dan akidah bakal melahirkan jiwa umat Islam yang hilang jatidiri dan integriti.


KUASA MAHASISWA ISLAM


Melihat kepada suasana dan keadaan mahasiswa Islam kini, PMRAM begitu serius melaksanakan program dan aktiviti bagi melahirkan mahasiswa Islam yang mempunyai prinsip dan pendirian.


Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah ini, mahasiswa Islam perlu menjadikan intipati bagi hari kebesaran tersebut sebagai pegangan hidup. Sifat kesatuan perlu wujud dikalangan mahasiswa Islam bagi membentuk kuasa mahasiswa yang mampu membuat perubahan ke arah kebaikan.


Sejak kebelakangan ini, mahasiswa Islam seringkali dizalimi sehingga menyebabkan pengajian mereka di bumi Mesir ini terganggu. Isu ugutan penarikan zakat yang semakin digunapakai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan suara mahasiswa semakin lantang menyatakan kebenaran.


Selain itu, isu hak kebajikan yang sepatutnya dirasai oleh mahasiswa Islam terus dipersoalkan. Duit peruntukan yang disalurkan oleh setiap kerajaan negeri atau yayasan Islam kepada Tabung Kecemasan terus menjadi tanda tanya mahasiswa Islam ekoran mereka tidak mendapat hak tersebut daripada pihak yang menguruskan.


Sekali pandang, tindakan beberapa pihak ini seolah-olah cuba mencabar kuasa mahasiswa Islam. Dan perkara inilah yang perlu dinyahkan daripada bumi Mesir dengan tindakan yang profesional daripada mahasiswa.Oleh itu, jangan sesekali berpecah ketika menghadapi ancaman serta bertindak mengikut arahan daripada pimpinan.


Keselarasan pemikiran dan kesepakatan bekerja inilah yang PMRAM istilahkan sebagai Satu Fikrah Satu Amal.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH


Shahrizan bin Mohd Hazime
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
2010.

Selasa, 07 Desember 2010

HIJRAH

sebahagian AJKT DPMM sesi 2010/2011
berdiri dari kiri : Saiful (Bendahari), Fadzly (Pendidikan), Hanif (Rehlah) , Helmi (Kesukanan), Aliff (Dakwah) Asri (Setiausaha Agung)
duduk dari kiri : Zuhdi (Penasihat 2) , Adham ( Penasihat 1) , Nuzul ( Tim. Setiausaha Agung)

Salam Maal Hijrah kepada pembaca Blog Soutul Nahdhoh. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Terus berjuang mengangkat Islam dan menggegarkan Suara Mahasiswa Islam. Mahasiswa Islam adalah ejen perubahan masyarakat.

Teruskan untuk mentarbiyyah dan ditarbiyyah demi generasi pelapis dan penyambung mata rantai perjuangan . 
Student Power!

Jumat, 03 Desember 2010

Padan Muka ....lain kali jangan undi UMNO

Harga petrol , diesel ,gas dan gula telah naik dengan helah Kerajaan BN menipu rakyat atas keselarasan harga barang , harga apungan dunia dan menjimatkan wang negara dan kerajaan . Apa hendak jadi negara ku Malaysia. Kalau hendak jimat sepatutnya PM Najib tidak perlu meneruskan hasrat membina Menara Warisan yang bernilai RM 5 Bilion.

Nilai RM 5 Bilion boleh dijimatkan dan memberikan keuntungan besar kepada rakyat. Tapi masih ada lagi tidak mahu sedar. Terus menerus memberi dan mengampu kepada kerajaan yang telah mengecewakan rakyat bawahan.

Apa hendak jadi? Ubah Kerajaan pada PRU ke 13. Jangan biarkan diri anda dipijak-pijak . Satu Undi anda bisa mengubah....

Student Power!!

Rabu, 24 November 2010

Sultan Johor Mahu Ganti Jambatan Baru

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya kerajaan pusat membina jambatan baharu menggantikan Tambak Johor. Ini merupakan kali kedua baginda menyatakan hasrat itu selepas dilantik menjadi sultan.

Sebelum itu Almarhum ayahanda beliau, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail juga mendesak dirobohkan tambak dan digantikan jambatan baharu demi kebaikan rakyat kedua-dua buah negara dan keperluan ekonomi yang lebih relevan.

Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52 dengan harapan pembinaan jambatan baharu itu dapat memberikan keselesaan kepada rakyat Johor yang berulang alik ke Singapura, malah kemudahan untuk rakyat negara jiran melancong ke negara ini.

Sambil menghargai sumbangan besar dan keperhatinan kerajaan kepada masalah rakyat, baginda dengan nada sayu seolah-olah terkilan kerana hasrat ingin melihat Tambak Johor diroboh dan digantikan dengan jambatan baru belum dipenuhi oleh kerajaan pusat.

Menurut baginda lagi, ketiadaan Tambak Johor akan membolehkan air di Selat Tebrau bebas mengalir selakigus memberi kesan terhadap alam sekitar di sekelilingnya.

Apakah reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak tentang permintaan kedua baginda itu? Adakah kerajaan perlu membuka semula perundingan baru dengan Singapura bagi mereaslisasikan hasrat dan gesaan baginda itu?

Apakah Najib bersedia mendengar lagi ulangan kali ketiga dan seterusnya gesaan itu jika pintu rundingan tidak dibuka segera dengan pemerintah Singapura bagi menyelesaikan tuntutan baginda itu?

Episod baharu ini membuktikan desakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Almarhum ayahnda baginda dan majoriti warga Johor yang ingin melihat jambatan baharu dibina bagi menggantikan Tambak Johor bukanlah cerita omong kosong atau impian individu tertentu yang tidak berpijak di bumi nyata.

Senario itu juga memberi isyarat bahawa soal pembinaan jambatan baharu adalah isu popular yang sudah menjadi perhatian dan kehendak mendesak semua rakyat Malaysia umumnya dan warga Johor khasnya.

Apa yang diperlukan kini ialah keazaman kuat dan keberanian Najib untuk mencari jalan keluar berunding sebaik mungkin dengan pemimpin negara jiran itu supaya menerima hakikat sebenar keperluan dirobohkan tambak dan dibina segera jambatan baharu demi persahabatan dan hubungan istimewa kedua negara yang sudah terjalin lama dalam ikatan sejarah.

Jika Singapura enggan bekerjasama, kerajaan boleh membina jambatan bengkok di sebelah perairan kita seperti yang dihujah Mahathir sebelum ini. Ini dibenarkan dari sudut undang-undang kerana kita tidak menyentuh atau memasuki daerah perairan Singapura.

Dan jika cadangan itu tidak diterima pemerintah negara jiran yang terkenal sikap kaisu (tidak mahu kalah), kerajaan harus segera menyerahkan perkara itu kapada mahkamah antarabangsa untuk mencari jalan penyelesaian adil dan abadi.

sumber

Minggu, 21 November 2010

Jumat, 19 November 2010

Risalah "Taadud Jamaah " oleh TG Abdul Hadi

Persoalan tentang berbilang-bilangnya jemaah agak hangat di bumi Mesir. Maka, suka untuk saya memetik daripada sebuah buku karangan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 1993 lagi, yang bertajuk Tafsir Surah As Soff. Artikel ini bukanlah berniat untuk mengeruhkan keadaan, sebaliknya menjelaskan penyelesaian.

Alasan Menubuhkan Jemaah Baru

Terdapat di dunia ini bermacam-macam jemaah yang menamakan jemaah mereka sebagai gerakan Islam. Ia tertubuh walaupun gerakan Islam sudah sedia ada. Matlamat dan tujuannya sama sahaja. Maka akan terbentuklah jemaah yang berbilang-bilang. Selain itu, ia tertubuh disebabkan beberapa faktor-faktor, antaranya ialah :

1. Gerakan Islam yang sedia ada didakwa telah kehabisan matlamat dan tujuannya sedangkan matlamat dan cita-cita untuk menegakkan Islam belum kesampaian. Maka, hasilnya ramai yang berjuang separuh jalan, kemudian mencari perjuangan lain, kerana bosan dengan gerakan yang sedia ada, tidak istiqamah dengan perjuangan tersebut.

2. Gerakan Islam yang telah wujud didakwa tidak lengkap dan tidak menyeluruh, maka mereka menubuhkan jemaah lain, semata-mata untuk mempamerkan manhaj yang lengkap. Sedangkan mereka sepatutnya berusaha untuk melengkapkan gerakan yang sedia ada.

3. Gerakan Islam yang sedia ada didakwa mempunyai kekeliruan. Maka, dengan mewujudkan jemaah lain akan menyelamatkan mereka daripada sebarang tuduhan dan kekeliruan tersebut. Mereka tidak yakin dengan perjuangan asal, lalu mereka menubuhkan jemaah baru kononnya mereka lebih yakini dengannya.

4. Gerakan yang sedia ada didakwa telah banyak melakukan kesilapan, maka mereka menubuhkan jemaah baru kononnya untuk melepaskan diri daripada kesilapan tersebut. Walhal mereka hanya nampak kesilapan, dan tergesa-gesa menghukum.

Persoalan

Di atas ini adalah antara alasan untuk menubuhkan jemaah baru, sedangkan gerakan yang sedia ada sudah tertubuh. Maka, persoalan yang dilontarkan di sini ialah,

1. Adakah pertubuhan baru tersebut telah mencapai matlamatnya?

2. Adakah pertubuhan baru ini berjaya melepaskan diri daripada sebarang tuduhan dan kecaman?

3. Adakah pertubuhan baru ini dapat melaksanakan dakwah dengan selesa setelah keluar daripada gerakan Islam asal yang penuh dengan dugaan?

4. Adakah pertubuhan baru ini benar-benar lengkap sepertimana yang diharapkan setelah keluar daripada gerakan asal?

5. Dan sebagainya.

Alasan-alasan untuk menubuhkan jemaah baru adalah penyebab hancurnya sistem berjemaah sepertimana yang telah disebutkan di dalam Surah as Soff ayat 4. Penubuhan jemaah baru ini, pastinya tidak dapat berhadapan dengan realiti kerana beberapa perkara berikut :

Realiti Penubuhan Jemaah Baru

1. Mereka menyangka kesalahan, tuduhan dan kecaman tidak akan mereka terima dengan tertubuhnya jemaah baru, sedangkan mereka lebih banyak menerimanya setelah penubuhan jemaah baru. Bahkan mereka tidak sedar, apa yang mereka tentang itu adalah Islam sendiri.

2. Kesalahan yang mereka lihat pada Gerakan Islam yang sedia ada, lalu mereka menubuhkan jemaah lain, hakikatnya kesalahan tersebut terpalit kepada mereka pula. Bahkan mencetuskan perpecahan sesama umat Islam.

3. Hasilnya, jemaah baru ini hanya mengulangi apa yang telah dilakukan oleh Gerakan Islam yang sedia ada, dan mereka baru sahaja memulakan langkah itu, sedangkan Gerakan Islam yang sedia ada sudah lama maju ke hadapan.

4. Selain itu, pertubuhan-pertubuhan yang baru ini seolah-olah memberi gambaran buruk kepada masyarakat, meragui kemampuan Islam dalam menyelesaikan masalah ummah. Mereka melihat Islam mengajak kepada kesatuan, tetapi apabila melihat jemaah yang berbilang, mereka akan hilang kepercayaan terhadap Islam dalam menyatukan ummah.

Anologi Penubuhan Jemaah Baru

Contoh yang paling sesuai, apabila seorang doktor melihat klinik sahabatnya kekurangan tenaga pakar, peralatan dan kelengkapan, lalu doktor ini menubuhkan pula klinik baru di kawasan yang sama, dengan harapan kliniknya dapat menyediakan perkhidmatan yang lengkap, dan cukup dengan tenaga pakar.

Akhirnya doktor ini telah menyebabkan klinik milik sahabatnya itu akan terus dengan kekurangannya, dan klinik miliknya juga akan mengalami masalah yang sama. Bayangkan sekiranya doktor-doktor lain juga berfikiran yang sama sepertinya. Maka, semua klinik akan mengalami kekurangan tenaga pakar, disebabkan bilangan klinik melebihi bilangan tenaga pakar.

Maka, jalan yang sepatutnya ialah, doktor tadi perlu bergabung dengan sahabatnya untuk memperbaiki dan meningkatkan tahap kliniknya, sehinggalah kliniknya benar-benar pulih, barulah dia merancang untuk membuka cawangan sekiranya perlu, dan mempunyai kelengkapan yang cukup.

Telah kita sebutkan bahawa kita adalah penyambung perjuangan nabi-nabi, dan kita bukanlah pencipta perjuangan yang baru. Kita perlu menggabungkan diri dengan perjuangan-perjuangan yang telah dilalui oleh mereka.

Memperbetulkan Keadaan

Untuk memperbetulkan sistem yang telah rosak disebabkan berbilangnya jemaah, maka perlunya kepada salah satu daripada 2 penyelesaian ini. Iaitu :

1. Jemaah yang tertubuh atas dasar tidak puas hati, benci, kritikan, tuduhan atau sebagainya yang telah disebut sebelum ini, haruslah kembali kepada jemaah yang asal, dan sama-sama memperbetulkan kesilapan masing-masing untuk menghidupkan dan membina jemaah tersebut.

2. Atau menjalinkan kerjasama dengan membuat penetapan atau persetujuan. Antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan dalam membuat kerjasama ini ialah :

a. Setiap jemaah boleh mengekalkan undang-undang tubuh masing-masing secara berasingan, tetapi perlu bersedia mengubah cara bekerja dari semasa ke semasa.

b. Setiap jemaah hendaklah bertanggungjawab dalam memastikan anggotanya sentiasa tunduk dan patuh kepada pimpinan umum.

c. Setiap anggota jemaah hendaklah memberikan wala’ kepada pimpinan umum selagi mana ia bertindak mengikut peraturan dan etika yang telah dipersetujui.

d. Setiap anggota daripada setiap jemaah hendaklah tidak boleh sama sekali memberi bantuan, sokongan atau kerjasama kepada mana-mana pihak yang menjadi musuh pakatan ini.

e. Setiap jemaah haruslah tidak menyerang satu sama lain, malah hendaklah sama-sama mempertahankan jemaah yang disepakatinya ketika menghadapi serangan.

f. Bidang kerja setiap jemaah dan anggota hendaklah diselaras dengan baik.

g. Untuk menyelaraskan pentadbiran dan pengurusan pakatan ini, hendaklah diwujudkan jemaah kepimpinan mengikut persetujuan bersama.

Insya Allah, sekiranya ia terlaksana Islam pasti akan kembali bersatu. Semoga usaha ini dapat dilakukan bagi menyelesaikan konflik berbilang jemaah. Maka, lihatlah firman Allah SWT di dalam ayat 4 Surah as Soff ini, Allah SWT menyuruh umat Islam supaya bersistem dan berjemaah.

Maka, kembalilah kepada sistem ini, dan gabungkanlah diri anda dengan gerakan Islam. Elakkanlah perbalahan dan perpecahan yang terhasil disebabkan berbilangnya jemaah.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Selasa, 16 November 2010

SALAM ADHA


SALAM AIDIL ADHA KEPADA :

1- IBU ABAH , ADIK-ADIK DI KLUANG
2- KEPADA SAUDARA MARA DARI UTARA SAMPAI SELATAN
3- KEPADA SAF KEPIMPINAN PMRAM
4- KEPADA SELURUH AHLI PMRAM DAN DPM MANSURAH
5- SAHABAT-SAHABAT PERJUANGAN DI M.A.K , MAAHAD JOHOR DAN AL AZHAR
6- KEPADA RAKAN BLOGGER DAN MEREKA YANG MENGENALI DIRI INI


"KULLU AM WA ANTUM BIKHOIR"

Minggu, 31 Oktober 2010

Sapa Design ?



Erm....Design yang menarik. Seakan - akan Ijtima' Tarbawi. Tetapi Kutub Sittah memang Ijtima pun. Tentu sahabat-sahabat hendak tahu sapa desinger logo pada button ini. Saya melihat sendiri beliau memberi tumpuan yang jitu terhadap hasil karya ini. Usaha gigihnya membuahkan hasil yang baik.

Semuanya untuk Kutub Sittah yang gilang-gemilang. Designer ialah Dr Izzat b Abdul Hadi (Tim. Pengerusi DPM Mansurah)....Cantik dan Comel.....

Smile.....

Sabtu, 30 Oktober 2010

Pencuri....Perompak....Peragut....Pencopet.....

Setiap kali membuka Youtube maka video yang saya suka lihat ialah kisah pencuri kena pukul dengan masyarakat umum. Kadang-kadang bila lihat agak timbul rasa sedih dan sayu kepada pencuri. Tetapi apa boleh buat kejahatan yang mereka lakukan lebih besar.

Kadang-kadang timbul sikap tidak puas hati pada masyarakat kerana meletakkan undang-undang ditangan sendiri. Tapi apakah daya , masyarakat tidak dapat bersabar dengan indeks jenayah yang kian meningkat saban tahun.

Jika pengunjung melihat Youtube terbabit , semua pencuri tersebut terdiri pelbagai bangsa. Ada melayu,cina,dan India. Bukan maksud penulis hendak membela pencuri tetapi ada yang tersirat yang ingin penulis khabarkan kepada para pembaca Soutul Nahdhoh.

Mungkin pada pandangan penulis sebab yang mendorong melakukan jenayah ini (curi,ragut, rompak....):

1- Kegagalan mereka dalam mendapat peluang pekerjaan , pengangguran dan mendorong  melakukan jenayah ini.

2- Desakan hidup dan taraf kehidupan yang tinggi. Kadang-kadang sebahagian mereka ini sudah mempunyai pekerjaan

Apa jalan penyelesaianya?

Rasa kita lebih tahu jalan penyelesaianya.....ISLAM adalah Ubatnya...

Wajarkah mereka dipukul sedemikian ? (video)

1- http://www.youtube.com/watch?v=EcpzPdc8zWY
2- http://www.youtube.com/watch?v=NZYdbN9fhsY&feature=related

3-  http://www.youtube.com/watch?v=-M0zbBBv_iQ

4- http://www.youtube.com/watch?v=oXlMjkYEoIc&feature=related

Jumat, 29 Oktober 2010

Kegagalan Bukan Satu Hukuman , Tetapi Penambahbaikkan

1. Imtihan qobul baru saja berlalu bagi pelajar tahun satu yang ingin mendaftar masuk ke Universiti Al-Azhar. Maka, ramai yang melihat ia sebagai satu halangan dan cubaan menghalang pelajar-pelajar untuk meneruskan pegajian dalam bidang agama. Berbeza dengan jalan dan laluan senang yang dilalui oleh pelajar-pelajar perubatan yang siap dengan tajaan. Kita lupa dan hindarkan seketika persepsi buruk dan negatif sesetengah pihak yang cuba untuk menyusahkan pelajar-pelajar agama.

2. Mari kita lihat ia dari sudut pandangan berbeza. Andai kita menilai ia dari sudut penjagaan kualiti, Ia merupakan satu peluang dan cabaran buat mahasiswa/wi Islam dalam proses melahirkan Ulama' yang berkualiti. Bukan mudah ingin menjadi seorang ulama'. Bukan cukup sekadar lulus di kuliah sahaja, tetapi mampu menguasai seluruh aspek dan disiplin keilmuan dan mampu dikeluarkan bila-bila masa sahaja. Maka, imtihan Qobul merupakan satu peringkat tapisan serta latihan untuk menilai prestasi keilmuan kita yang sejengkal cuma.

3. Saya juga pernah melalui dan menjejakkan kaki dilaluan yang sama, juga merupakan pelajar pertama yang menjadi bahan ujikaji keberkesanan apabila ujian ini dilaksanakan. Memang agak sukar dan sedikit menyusahkan kerana kita telah bersusah payah mengerah keringat lebih setahun lepas bagi menduduki peperiksaan STAM. Dengan subjek yang banyak dan hafalan yang bertimbun, bila sudah berjaya, seolah-olah kejayaan itu sia-sia bila tiba di Mesir menduduki Imtihan Qobul, bermakna sijil STAM tiada harga disisi Al-Azhar.

4. Namun kalau kita kaji dan hayati, dimana ilmu dan kefahaman kita yang kita hadam dan kunyah semasa menduduki STAM dahulu? Disitu kita dapat menilai adakah kita belajar semata-mata ingin menduduki peperiksaan atau ingin beramal dengan ilmu yang kita belajar. Kalau kita belajar semata-mata kerana ingin menduduki peperiksaan, saya percaya otak kita akan bocor semasa peperiksaan, usai sahaja periksa, hafalan yang kita hafal hilang begitu sahaja. Dan saya juga pernah alaminya. Berbeza dengan belajar untuk menambah kefahaman.

5. Imtihan Qobul pada tahun ini ramai yang gagal berbanding tahun lepas. Apa puncanya? Itu yang perlu kita telitikan. Terserah kepada diri masing-masing untuk menilai dari sudut pandangan mana yang mahu dinilai.

6. Kita sebenarnya tidak gagal tetapi belum berjaya dalam peperiksaan. Kegagalan dan Kejayaan dalam sesuatu pekerjaan yang kita lakukan hakikatnya daripada Allah s.w.t. Sepandai dan serajin mana pun kita, andai Allah masih belum mengizinkan, maka kejayaan bukan milik kita. Namun ada ujian yang lebih besar sebenarnya yang kita sedang hadapi, iaitu ujian daripada Allah swt. Maka disitulah ujian sebenar kita, adakah kita redha dengan ujian yang Allah s.w.t. berikan. Andai kita redha, ia merupakan satu kemanisan dan kejayaan yang amat besar buat diri kita.

7. Buat diri dan sahabat-sahabat sekalian, kita yang sudah menjejakkan kaki di bumi Anbiya' ini sebenarnya sudah dikira satu kejayaan kerana kita telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk berada dan merasa apa yang kita rasai sekarang. Kenapa Allah tidak memilih orang lain? Kerana Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. Maka, sabar dan redha menjadi kunci utama. Kuliah bukan satu-satunya jalan untuk kita berjaya dalam kehidupan serta peluang mencari ilmu. Di Mesir ini peluang terbuka luas, dengan kelas talaqqi, majlis tafaqquh fiddin dan sebagainya. Hanya kita yang perlu dan mahu memilih jalan dan kelas mana yang ingin dituju.

8. Moga-moga peringatan ini dapat memberi kesan dan manfaat khususnya buat diri untuk melaksanakan apa yang dikata. Kapada sahabat-sahabat dan adik-adik baru yang belum najah dalam imtihan, harap dapat bersabar dan redha. Betulkan kembali niat dan matlamat kita hadir ke bumi anbiya' ini. Adakah untuk masuk ke universiti Al-Azhar semata-mata atau untuk menuntut ilmu dengan para masyaikh dan ulama' disini?



sumber : AMIN MENULIS

Rabu, 27 Oktober 2010

Saya Bangga dididik di Bawah PASTI (Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (video inside))


Gempar persidangan dalam UMNO baru -baru ini memuji pendidikan yang dilaksanakan oleh PASTI. Apa kata wakil Pemuda UMNO tersebut : 

“…Menyanyi, Menari, Makan, Main….inilah 4M benda yang dilakukan dorang (KEMAS)…
Tetapi tuan-tuan…kalau tuan2 tengok PASTI..kita boleh bandingkan pelajar2 yg masuk PASTI dan pelajar2 yg masuk KEMAS….kalau tuan/puan tengok Pelajar yang masuk PASTI berbeza dengan pelajar yang masuk KEMAS..
Pastu kita nak marah bila pelajar masuk PASTI pasal apa, dia CERDIK dari kita…patut kita ikut selibus dia..dia ajar apa..baca al-Quran, cakap Bahasa Inggeris, cakap Arab, Cakap Tamil, dan sebagainya…
Tetapi kita marah..sebab (padahal) rakyat sekarang nak yang lebih baik daripada sekarang…”


Kalau selama ini dakwaan pembangkang (PAS) ditepis begitu sahaja, kononnya syok sendiri, tiada bukti kejayaan dan keberhasilan, kemudian difitnah kononnya merosakkan minda pelajar2, menggelapkan masa depan pelajar2, undur kebelakang, mundur berbanding tadika kerajaan dan lain2..kali ini, cukup bawakan rakaman video ini, mereka pasti terdiam kaku....

Apa pun, bukan niat utk mempolitikkan isu ini..kedua2nya tetap memberi manfaat kepada kanak2..

Cuma penulis agak kesal suara2 dari pihak kerajaan yang seolah2 memandang rendah keupayaan PASTI, seterusnya melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah buruk ke atas tadika kanak-kanak ini..terbaru, kerajaan Melaka dilaporkan mahu merobohkan tadika PASTI kononnya atas alasan2 tertentu, boleh baca di SINI...
 

Kepada pentadbir dan guru-guru PASTI seluruh negara, harapan ambil pengajaran sebagai pemangkin utk teruskan pemerkasaan tadika PASTI...

 UMNO SOKONG PASTI



ANAK - ANAK  PASTI




ANAK CINA MASUK PASTI


ANAK - ANAK KEMAS

Senin, 25 Oktober 2010

Pandangan seorang ahli perubatan

Assalamualaikum…

Alhamdulillah..

Lama benar rasanya tidak menulis. Sibuk untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Jika dahulu berdua, sekarang sudah bertiga. Banyak perkara perlu diubah bagi memastikan perkara-perkara wajib yang lain tidak ditinggalkan. Bertambahnya tanggungjawab tidak bermakna berkurangnya tanggungjawab yang lain.

Sesi baru, baru sahaja bermula. Program Sambutan Mahasiswa/wi Baru anjuran PCM juga hampir melabuh tirainya. Setelah sebulan berlangsung dengan jayanya.
Setiap tahun pastinya PCM akan diuji dengan ujian yang berlainan. Alhmadulillah ia menandakan PCM akan terus matang dalam menangani isu-isu kesatuan yang mernyerabutkan kepala.

AMANAH

Seperti yang sedia maklum PCM telah diamanahkan oleh JPMK dalam menguruskan urusan pelajar sains kesihatan di Mansurah ini, hatta di dalam perlembagaan PERUBATAN sendiri, menyatakan mana-mana pelajar sains kesihatan yang belajar di bumi Mesir secara automatiknya menjadi ahli PERUBATAN. Memang ianya satu amanah yang besar kepada pimpinan PERUBATAN mahupun PCM dan cawangan-cawangan yang lain. Kerana amanah inilah yang diberikan ini, PCM dengan bersungguh-sungguh mahu memastikan kebajikan mereka yang datang ke Mansurah ini terjamin walaupun terdapat kata-kata yang sangat menyakitkan telinga bila mendengarnya.

Namun ianya tidak mematahkan semangat aktivis-aktivis PCM yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang untuk terus menjadi manusia ‘pelik’ asalkan amanah dapat dilaksanakan.

ISMA dan PCM

Saya tidak suka untuk menyentuh isu ini, tetapi tindakan ISMA pada kali ini memaksa saya untuk tidak berdiam lagi.

Saya tidak mahu membahaskan berkaitan dengan ta’adud jemaah berkenaan isu ISMA. Cuma saya nasihatkan kepada mereka yang berminat dengan jemaah-jemaah, supaya carilah jemaah yang sebenar. Bukan sekadar mereka pandai berteori malah pandai melaksanakan tindakan.
ISMA pada tahun ini agak menampakkan seolah-olah mereka cuba bersaing dengan PCM untuk merebut pengaruh pelajar-pelajar baru. Mana tidaknya, boleh dikatakan hampir setiap masa mereka melawat serta membantu adik-adik yang baru.

Bukan salah untuk membantu, tetapi tindakan mereka itu seolah-olah merebut pengaruh adik-adik. Supaya mereka dahulu yang dapat menabur budi kepada adik-adik. Supaya mereka dahulu dikenali oleh adik-adik. Bukankah mereka tahu yang PCM sendiri telah mempunyai organisasi bagi menguruskan kebajikan adik-adik?

Program PCM sering bertembung dengan program yang ISMA buat. secara tidak langsung membuatkan adik-adik sendiri terpecah kepada 2 kumpulan.

Sudahlah aktivis-aktivis ISMA itu terdiri daripada ustaz-ustaz, malah daripada luar Mansurah, seakan-akan berkampung bagi melaksanakan misi mereka.

Itu tidak termasuk lagi luahan ketidakpuasan hati senior-senior Yayasan Terengganu kepada ISMA di rumah Terengganu.

Mungkin anda melihat seolah-olah PCM begitu terdesak dalam merebut pengaruh. Ia memang ianya nampak seolah-olah begitu, disebabkan amanah yang telah dipertangunggjawabkan.

ISMA dan DPMM

Jangan kata saya tiada hak dalam menulis isu berkenaan dengan DPMM. Walaupun saya ahli PCM saya juga ahli DPMM, malah ahli KPKM dan PMRAM. Saya datang melalui saluran KPKM, jadi secara automatiknya saya jadi ahli PMRAM dan DPMM.

Tetapi yang menariknya, pimpinan PMRAM, KPKM dan DPMM tidak pernah mengganggu segala gerak kerja saya di dalam PCM malah mereka pernah berkata supaya saya lebih mementingkan PCM daripada mereka. Mereka tidak menganggu PCM malah membantu saya untuk mempelajari ilmu persatuan yang saya sendiri akan gunakan untuk kepentingan PCM Itulah hebatnya mereka walaupun ada sebahagian kecil kawan saya menganggap mereka itu sombong. Mungkin kawan-kawan saya tidak pernah diberi peluang untuk mengenali mereka secara dekat. Namun saya doakan agar mereka dapat mengenali PMRAM lantas tidak lagi bersangka buruk terhadap DPMM.

Jika di kawasan PERUBATAN, ISMA hanya cuba menganggu amanah PCM. Saya tidak kisah sangat. Kerana yang datang bukannya datang melalui PCM. Walaupun mereka itu di atas kertasnya akan menjadi ahli PCM secara automatik, tetapi hakikatnya mereka masih lagi terikat dengan agen-agen yang membawa mereka ke sini.

Tetapi di kawasan Pengajian Islam, adik-adik qiraat yang baru sampai, datang melalui saluran PMRAM kemudian disalurkan kepada DPMM. Mereka memang sah menjadi ahli DPMM. Maka tanggungjawab DPMM kepada mereka lebih jelas dan nyata.

Namun menjadi kekesalan bagi saya ialah, kes ‘penculikan’ terhadap adik-adik qiraat yang baru. Sudahlah cara pengambilan adik-adik mencurigakan dan membelakangi pengurusan DPMM.

Mungkin ISMA mengatakan bahawa pelajar yang datang melalui DPMM itu ahli ISMA sejak dari Malaysia lagi. Ok. Jawapannya mudah sahaja, andai kata anda ISMA, datanglah dengan ISMA, kemudian tinggallah dengan kelompok ISMA anda. Kalau anda datang dengan PMRAM kemudian disalurkan ke DPMM, anda perlu patuhi segala peraturan yang DPMM sediakan. Ke anda ingin jadi mereka yang mengambil kesempatan di atas kebaikan seseorang. Sesudah anda dapat apa yang anda mahukan, anda tinggalkan mereka terkontang-kanting!

Ia diibaratkan kes penculikan anak dara Malaysia ke Lambok, anak dara itu sendiri ingin ikut buah hatinya, mengapa kes ini menjadi isu lagi?

NASIHAT kepada ISMA

Jika dahulu ramai yang tidak bermasalah dengan ISMA, tetapi sekarang bilamana ISMA buat masalah, ia menimbulkan masalah kepada ISMA itu sendiri.

Anda boleh dikira sebagai pendatang kepada DPMM mahupun PCM. Tidak jelas kewujudan anda di sini. Jika sekiranya anda wujud untuk tidak memecahbelahkan kesatuan yang ada, maka buktikan anda bukannya pemecah belah.

Hormatilah persatuan-persatuan lain yang sedia ada. Mungkin dengan pemghormatan anda, persatuan lain akan menghormati anda.

SEDIH

Selepas kejadian ‘penculikan’ berlaku, saya 2 kali sedih. Sedih yang pertama, ISMA sanggup lakukan kes ini lagi. Sedih yang kedua, masyarakat sekeliling seolah-olah menyalahkan DPMM dalam kes ini. ISMA yang menculik, DPMM yang dipersalahkan.

Ibaratnya, anak dara yang diculik oleh si teruna, kemudian orang kamnpung yang lebai serta cakap lebat itu mempersalahlah orang tua si anak dara kerana tidak pandai menjaga anak. Tidak pula mereka mempersalahlah si teruna yang melarikan anak dara tersebut.

Isu ini perlu dinilai sebaiknya oleh anda selaku mahasiswa. Isunya mudah. Antara hak dan kebenaran. Siapa yang berhak, maka ia memang berhak terhadap hak itu.

Mungkin ramai yang mahukan keamanan. Saya pun mahu keamanan. Dalam masa sama saya mahukan hak saya juga. Apa gunanya aman, tetapi hak kita sentiasa tergadai. Seperti palestin, bilamana FATTAH berusaha mahukan keamanan dengan ISREAL, tetapi dalam masa sama hak mereka tergadai oleh ISREAL.

OPTIMIS

Setelah difikirkan kembali, kes ini dapat kita ambil positifnya.
Yang pertama, pimpinan DPMM dan PCM terdiri daripada mereka yang baru. Jadi mereka sendiri dapat menilai ISMA itu tanpa diberitahu.

Yang kedua, merapatkan kembali gerak kerja pimpinan mahupun ahli biasa PCM mahupun DPMM.

Yang ketiga, menambahkan kesedaran ahli untuk mencari ilmu berkenaan dengan jemaah.

PENUTUP

Diharapkan dengan wujudnya artikel saya ini, saya tidak dimusuhi oleh mana-mana pihak. Andaikata ingin memusuhi saya, amalkan teori sifat berlapang dada yang anda belajar. Ini hanya pandangan saya, dan anda haruslah berlapang dada.

Ini hanyalah pandangan peribadi saya, tiada kena mengena dengan PCM mahupun DPMM.
Ini bukan kali terakhir saya menulis berkenaan dengan masalah ini, saya akan terus menulis di atas kebenaran yang saya jumpai.

Sekian, siiru ‘ala barakatillah.

sumber : give and take