Sabtu, 30 Januari 2010

PESTA BUKU ANTARABANGSA KAHERAH....APA YANG PERLU KITA BUAT?

28 Januari 2010 hingga 10 Febuari 2010 akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kaherah 2010 (Ma'arid Kutub). Di Ma'arid Kutub inilah kesempatan "ulat-ulat buku" untuk membeli dan memborong buku-buku yang menjadi idaman. Di Ma'arid Kutub ini juga terdapat pelbagai pustaka, percetakan (Matba'ah) dari seluruh dunia. Seperti kelazimanya  Ma'arid Kutub kali ini akan berlangsung di Stadium Kaherah.

Kalau mengikut pengalaman ana tahun lepas, ana menjelajah selama 3 hari di Ma'arid Kutub. Itupun ada dewan-dewan yang belum sempat ana menjelajah. Dsini ana sediakan tips-tips yang mungkin bermanfaat untuk kita semua:

1- Bandingkan harga. Seperti tahun lepas kebiasaannya Maktabah di sekitar Murur Mansurah akan menurunkan harga mereka. Ini kerana untuk menyaingi Ma'arid Kutub Kaherah. Bagi mereka yang ingin membeli kitab-kitab yang berjilid banyak boleh tinjau di maktabah sekitar Murur Mansurah. Ini untuk memudahkan anda daripada membeli di Ma'arid Kutub untuk memikul kitab yang banyak.

2-Mencari kitab yang tiada dijual di Mesir. Seperti kitab-kitab karangan ulama dari luar negara seperti Arab Saudi, Lubnan , Yaman dan sebagainya.

3-Tetapkan 1 hari suntuk untuk menjaulah dan meneliti harga yang ditawarkan. Kemudiaan hari ke 2 baru ke Ma'arid Kutub untuk membeli kitab yang dikehendaki

4-Lihat siapa pen"tahqiq" kitab tersebut. Ditakuti tersalah membeli kitab yang ditahqiq oleh mereka yang kurang kita minati. Walaubagaimanapun tiada masalah untuk membeli.

5-Utamakan kita rujukan kuliyyah. Ini mungkin diperlukan.

Disini cadangan kitab-kitab rujukan kuliyyah di Al Azhar Mansurah

FAKULTI USULUDDIN DAN DAKWAH JABATAN HADIS

1-SOHIH BUKHARI
2-SYARAH SOHIH BUKHARI (IMAM IBNU HAJAR ASQOLANI)
3-HADITH MUHADITHUN
4-BAHRUL MAZI (SYEIKH IDRIS AL MARBAWI)
5-SOHIH MUSLIM
6-ARBAIN AN NAWAWIYAH
    6.1-AL WAFI SYARAH ARBAIN AN NAWAWI
    6.2-JAWAHIR AL LU'LUIYAH
    6.3-AL IBRAZIYAH SYARAH ARBAIN AN NAWAWIYAH
    6.4-SYARAH ARBAIN LIBNI DAQIQ AL EID
7-RIYADHUS SOLIHIN (IMAM NAWAWI)
8-AL AZKAR (IMAM NAWAWI)
9-SYAMAIL MUHAMMADIAH (IMAM TIRMIZI)
10-MAWAHIB AL LADUNIYAH [SYARAH SYAMAIL]
11-TADRIB AN NAWAWI
12-TAQRIB AR RAWI
13-MATAN BAIQONIYAH
    13.1-AT TAQRIRAT AS SUNIYAH SYARAH BAIQONIYAH
    13.2-AD DHARAR AL BAHIYAH SYARAH BAIQONIYAH
14-MUQADDIMAH IBNU SOLAH
15-AD DHARAR MANTHURAH
p/s:kalau nk tahu lebih banyak kena tanya Ustaz Saiful Azlam

FAKULTI USULUDDIN DAN DAKWAH JABATAN DAKWAH

1-AL MILAL WA NIHAL (IMAM SYARASTANI)
2-FEQH AD DAULAH (DR YUSUF AL QARDHAWI)
3-FEQH DAKWAH (DR YUSUF AL QARDHAWI)
4-MUQARANAH AL ADYAN
p/s: untuk jabatan dakwah ana tak tahu sangat. pasal di mansurah tiada budak melayu ambil syuqbah dakwah.

FAKULTI USULUDDIN DAN DAKWAH JABATAN AQIDAH DAN FALSAFAH

1-JAUHARATUL TAUHID
    1.1-SYARAH TUHFATUL MURID
2-AL MINQOZ MINA DHOLAL (IMAM GHAZALI)
3-SORIHUL BAYAN (SYEIKH ABDULLAH AL HARARI)
4-IHYA ULUMUDDIN (IMAM GHAZALI)
5-AL MAZHABIYAH AHTOR BID'IE (SYEIKH RAMADHAN BHUTI)
6-AL HIKAM LI IBNI A'TOILLAH
7-AL BAYAN JAZIM AN TASAUF NAHJU LAZIM (DR SAID ABU ASAAD)
p/s:kalau nk tahu lebih banyak kena tanya Ustaz Aliff Junaidi atau Ustaz Hafiz Yusuf

FAKULTI USULUDDIN DAN DAKWAH JABATAN TAFSIR

1-TAFSIR AL QURAN AL AZIM (IMAM IBNU KATHIR)
2-AL JAMI' LIL AHKAM AL QURAN (IMAM QURTUBI)
3-TAFSIR THOBARI (IMAM THOBARI)
4-TAFSIR FI ZILALIL QURAN (SYED QUTB)
5-AL ITQAN FI ULUMIL QURAN (IMAM SAYUTI)
6-MANAHIL IRFAN
7-MABAHIS FI ULUMIL QURAN
8-MANHAJ MUFASSIRIN
p/s:kalau nk tahu lebih banyak kena tanya Ustaz Adham atau mana-mana ustaz dalam syukbah tafsir

FAKULTI BAHASA ARAB

RUJUKAN KULIYYAH:
1-DALAIL AL I'JAZ (ABDUL QAHAR AL JARJI CETAKAN DARUL MADANI)
2-ASRARUL BALAGHAH (ABDUL QAHAR AL JARJI CETAKAN DARUL MADANI)
3-BUGHYATUL IDHOH (IBNU HISHAM AL ANSORI)
4-AUDHAHUL MASALIK
5-LISANUL ARAB (AL ALAMAH IBNU MANZUR CETAKAN DARUL HADITH )

KEPERLUAN PENTING:
1-AL I'RAB FIL QAWAID I'RAB (IBNU HISHAM AL ANSORI )
2-RUHUL MA'ANIE (IMAM AL ALUSI CETAKAN DARUL HADITH)
3-AL MU'JAM ASASIE
4-AL MU'JAM WASID
5-DIWANUL JARIR (CETAKAN DARUL FIKRI)
6-ZUHAIR ABI SULMA
7-TASYIDU MABANIE (AL MUHADITH ABDULLAH AL GHUMARI CETAKAN DARUL MASYARI')
8-MUGHNI LABIB (IBNU HISHAM AL ANSORI CETAKAN DARUS SALAM )
p/s:kalau nk tahu lebih banyak kena tanya Ustaz Usman al Amani

6-Pembelian kitab yang difikirkan hanya segi murah sahaja. Kalau murah tetapi tulisan terlalu kecil dan susah untuk dibaca tiada guna juga. Lebih baik kitab mahal sedikit tetapi tulisan yang agak normal untuk dibaca dan difahami.

7-Bawa orang yang berpengalaman untuk membeli kitab bagi mendapatkan khidmat nasihat mereka tentang pembelian dan pemilihan kitab yang terbaik.

8-Yang paling penting sekali ialah kelengakapan seperti troli, minuman (ini kerana minuman yang dijual di dalam Ma'arid kutub mahal dan terpaksa tunggu lama untuk mendapatkanya).

9-Untuk mengetahui pelbagai kitab anda boleh lihat senarai kitab rujukan tulisan doktor Al Azhar di kitab-kitab kuliyyah anda.

"SELAMAT MEMBORONG KITAB"

p/s: segala info di atas ana dapati daripada Ustaz Faizzul Hadi (abang Ustaz Fathi), Ustaz Ishaq Hanis, Ustaz Zaki Mohd Noor, Ustaz Saiful Bahri , Ustaz Saiful Hafiz dan Ustaz Helmi. Jazakallah kepada mereka mudah-mudahan memberi sedikit maklumat kepada pengunjung SAUTUL NAHDOH. Maklumat lanjut sila layari http://www.cairobookfair.org/

Muhammad Aliffudin B Ramlee
2.35 petang
30/10/2010

Jumat, 29 Januari 2010

Sejarah Terburuk PRK UKM...



Susulan PRK di UKM..

Dua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditahan ketika berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti universiti berkenaan.
NONEMereka bagaimanapun dibebaskan 30 minit selepas itu dan diminta ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang petang ini untuk memberikan keterangan.

Difahamkan sebelum itu berlaku pergelutan kecil antara pihak polis dan kumpulan pelajar.

Seorang pemimpin kumpulan tersebut memberitahu
Malaysiakini, bermula jam 2.30 petang tadi, kira-kira 200 mahasiswa berdemonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus di dua fakulti.

Difahamkan pro-M menganjurkan demonstrasi tersebut bagi membantah keputusan pilihan raya di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina yang didakwa tidak tepat.
NONE"Mengikut kiraan kita, kita menang di kedua-dua fakulti tersebut, tetapi keputusan yang diumumkan berbeza," kata sumber berkenaan.

Kira-kira 30 polis mengawal keadaan sejak sebelum waktu solat Jumaat lagi.

Dalam pilihanrayanya semalam, pro-M tewas di tangan musuh tradisi pro-A. Mereka mendapat 15 kerusi berbanding 19 yang dimenangi pro-A. Bebas mendapat 1 kerusi. Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi. (
Malaysiakini)

Kronologi Perhimpunan..




Perhimpunan berjalan dengan aman demi memberi penjelasan kepada warga kampus mengenai apa yang berlaku sewaktu perjalanan Pilihan Raya Kampus semalam








Kekacauan bermula apabila pihak yang tidak sepatutnya merempuh masuk dan melayan mahasiswa seperti melayan penjenayah













Segalanya tercetus apabila wujudnya kebobrokkan dan penyelewengan yang berlaku ketika diumumkan keputusan PRK UKM semalam (28/1/10). Mahasiswa bukanlah boneka atau 'kuda' yang boleh diperkotak-katikkan dan ditunggangi oleh mana-mana pihak. Sepatutnya biarlah mahasiswa sendiri yang menyelesaikan perkara ini tanpa melibatkan mana-mana pihak yang tidak sepatutnya.

Begitulah fitrah dan lumrah dunia. Penuh dengan tribulasi dan mehnah. Hanya yang tabah dan cekal dengan keimanan sahaja yang tidak akan berganjak dari perjuangan. Benarlah firman Allah :


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ٢٩:٢
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka itu sudah beriman sedangkan mereka itu belum diuji?"

p/s soutul nahdhoh : nampaknya mahasiswa/wi di Malaysia bangkit untuk mempertahankan hak mereka...bagaimana dengan mahasiswa/wi di mesir...adakah kita bersedia menyertai kebangkitan ini ?
artikel ini diambil daripada sahabat baik ana faizassyirazi

Rabu, 27 Januari 2010

5 Baihaqi 2006 (batch 2002-2006)



5 Baihaqi 2006 merupakan kelas yang paling mengamit memori. Inilah perjuangan terakhir kami sebelum keluar dari dunia sekolah menengah. Bermula pada tahun 2002  bilangan pelajar tingkatan 1 lelaki  bagi generasi ke 56 adalah seramai 78 orang (lebih kurang). Kini Madrasah Arabiah Kluang berusia 64 tahun penubuhannya. Namun pada tahun 2006 bilangan pelajar generasi ke 56 bagi tingkatan 5 Baihaqi seramai 36 orang.

Guru kelas kami ketika itu ialah Al Fadhil Ustaz Hanafi b Abdul Hamid (Mantan BP PMRAM). Ustaz Hanafi memang seorang guru yang ceria dan dedakasi. Kini Batch 2002 (generasi ke 56) sudah membawa haluan dan liku kehidupan masing- masing.

Kali terakhir sebahagian kami berkumpul ketika perancangan reunion generasi kami. Cadangan yang telah disepakati untuk membuat reunion pada 2010 ini. Namun ketika di bangku madarsah , pengetua kami sering mendoakan kami agar mudah masuk ke universiti. Alhamdulillah sebahagian daripada generasi ini berjaya menjejakan kaki ke menara gading.

Disini adalah senarai 5 Baihaqi 2006

USIM
1-Mohd Khairul Azam B Mohd Hamdan
2-Mohd Khairul Azwan B Mohd Hamdan
3-Mohd Amin B Hassan
4-Shahrul Nor B Sulaiman
5-Mohd Anas B Mohd Aris
6-Mohd Sofi

Al AZHAR
1-Muhammad Aliffudin B Ramlee
2-Mohd Syafiee B Musni
3-Mohd Aslizan B Hassan
4-LuqmanulHakim B Ab Rahman

UUM
1-Mohd Dzulhilman B Roslan
2-Mohd Nor B Ali
3-Mohd Nuraizat B Abdul Rahim

UDM
1-Mohd Khairy B Abdul Hamid

SYRIA
1-Mohd Nazim

KUIS
1-Mohd Fakharuddin B Zikep

MARSAH
1-Mohd Faiz B Mohd Akil

DIPLOMA
1-Mohd Husni B Mohd Ardi
2-Mohd Hafizzulhanif B Ghazali
3-Mohd Arif B Mohd Abid
4-Mohd Syafiq B Kusnen
5-Mohd Afiq B Mohd Azlan

X DAPAT DIKENAL PASTI/ SUDAH BERKERJA
1-Mohd Saiful B Jalil
2-Mohd Bukhari B Ismon

3-Izzudin B Mohammad
4-Mohd Firdaus Khan
5-Mohd Taufiq B Hamid
6-Salam B Budi
7-Dhiya Azri B Shahdan
8-Mohd Hafizi B Besar
9-Mohd Shahrizan B Salleh
10-Mohd Firdaus B Yusuf
11-Raja Zainal Abidin
12-Ubaidillah



Kepada 5 Baihaqi 2006, Selamat Maju Jaya. Jangan lupa jemput kami bila anda hendak mendirikan mahligai indah (khawin)

Muhammad Aliffudin B Ramlee]
27/1/2010
7.43mlm

Senin, 25 Januari 2010

SIAPA PRESIDEN PMRAM 2010..?

Saban tahun Saf kepimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir akan silih berganti. Begitu lumrah dalam perjuangan. Perjuangan yang ikhlas akan diganti oleh mereka yang ikhlas. Maka tidak hairan apabila sesebuah organisasi yang berteraskan manhaj islami terus subur walaupun tribunasi dan mehnah datang menerpa.

Kali ini ahli PMRAM bakal menyaksikan Muktamar PMRAM ke 74. Sudah pasti perkara yang paling dinantikan oleh ahli PMRAM ialah Presiden PMRAM 2010. Untuk menduduki kerusi Presiden dan Badan Pengurus PMRAM bukan sebarang tempat dianggap mudah. Kita lihat sahaja ketokohan mantan kepimpinan PMRAM dalam bidang ilmiah. Contohnya Ust Hairul Nizam, Ustaz Nazrul dan sebagainya. Begitu juga dengan Ustaz Abdul Muizz dengan karya hebat yang bertajuk "KHILAF". Bagi ana untuk melakukan penulisan buku yang berorentasi ilmiah amat memerlukan kejituan yang tinggi disamping komitmen masa, tenaga , dan kewangan .


Mantan Presiden PMRAM 2007



Ustaz Khairul Anwar B Ismail
Mantan Presiden 2008


Ustaz Abdul Muizz B Muhammad
Presiden 2009

Jadi , siapa Presiden PMRAM 2010. Sama-sama kita nantikan.

satu fikrah satu amal

Muhammad Aliffudin B Ramlee
12.28 tgahari
25/1/2010

Jumat, 22 Januari 2010

Kehilangan Payung Makhota Johor.....Al Fatihah...




Sultan Johor mangkat - 22/01/2010 11:25pm - Sumber - Utusan.

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.

Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini. - Utusan


Sultan Iskandar raja yang tegas, adil - Sumber - Berita Harian.

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat hari ini pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.

Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.
Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya.


Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan.

Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.

Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh The National University of Singapore (NUS) pada 12 April 2007 sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam kemajuan dan kemakmuran negeri itu serta sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Dalam menjaga hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, baginda sering menjemput pemimpin Singapura ke Istana Bukit Serene di Johor Baharu semasa sambutan Hari Raya.

Sultan Iskandar, yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989, diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932 adalah putera sulung kepada Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Menggemari permainan polo, papan layar, golf dan memburu, baginda adalah juruterbang bertauliah dan pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Baginda adalah Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan dan ditubuhkan oleh moyang baginda, Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1885.

Minat baginda dalam bidang ketenteraan jelas dilihat daripada perwatakan baginda yang sentiasa segak beruniform tentera dan ketegasan baginda dalam soal disiplin.

Sultan Iskandar pernah menyertai batalion kedua Askar Wataniah di Johor Baharu pada 1960 dan berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pegawai dan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Gerak Khas.

Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa mengadakan hubungan erat dengan Majlis Agama Negeri atau pentadbiran jabatan berkenaan untuk mengikuti perkembangan dan masalah agama. Baginda sendiri turut menyampaikan khutbah Jumaat di masjid sekitar Johor.

Di arena sukan, baginda terkenal sebagai peminat dan ahli sukan dalam pelbagai acara yang mencabar seperti golf, tenis, tinju, luncur layar, ski air, menyelam, berenang, payung terjun, lumba kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Baginda adalah seorang juruterbang helikopter dan pesawat ringan yang dikagumi.

Sultan Iskandar yang turut gemar berburu, sering menasihatkan rakyat negerinya agar menceburi sukan menembak kerana baginda percaya sukan itu akan muncul sebagai sukan utama di masa hadapan.

Ketika merasmikan Kejohanan Menembak Sultan Iskandar Challenge Trophy 1997, baginda bertitah sukan itu bukan lagi menjadi aktiviti yang dikhususkan kepada golongan berada tetapi terbuka kepada semua golongan kerana yuran dikenakan oleh kelab menembak adalah kecil.

Hasrat baginda itu kini menjadi kenyataan kerana Malaysia mula muncul sebagai antara negara yang mempunyai penembak terbaik di peringkat antarabangsa.

Sehingga kini, Persatuan Penembak Clay Target Johor (JCTSA) terus menganjurkan pertandingan menembak Piala Sultan Iskandar, yang membabitkan penembak tempatan dan luar negara, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Iskandar.

Selain sukan menembak, baginda turut memberikan sokongan kepada sektor pelancongan dengan seringkali mencemar duli menghadiri Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang yang menjadi venue tetap acara itu.

Titah baginda, penganjuran agenda bertaraf antarabangsa merangkumi acara sukan, rekreasi serta temasya layang-layang dapat memberikan imej antarabangsa kepada Johor dan Malaysia.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.

Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.

Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden. - Bernama


p/s: patik dan seluruh hamba rakyat Johor di perantauan mendoakan dan menangisi pemergian Paduka Tuanku....Al Fatihah

Muhammad Aliffudin B Ramlee
10.39 malam (waktu mesir)
22/1/2010

SULTAN JOHOR TEGAS

     

Selasa, 19 Januari 2010

SUASANA PEPERIKSAAN DI AL AZHAR MESIR









Alhamdulillah

Peperiksaan sudah bermula bagi seluruh Al Azhar di Mesir. Jadi video di atas sekadar mengimbas kenangan ketika peperiksaan akhir Kuliyyah Usuluddin Tahun 1 Universiti Al Azhar Mansurah. Mungkin rakan-rakan di Malaysia hendak tahu bagaimana suasana peperiksaan di Al Azhar. Jom kita saksikan.

Jadual Peperiksaan Tahun 2 Kuliyyah Usuluddin dan Dakwah Universiti Al Azhar cawangan Mansurah

17/1/2010 - Ulum Quran
20/1/2010 - Khitobah
24/1/2010 - Falsafah
27/1/2010 - Syubhat Hadis
31/1/2010 - Mantiq
03/2/2010 - Feqah

Doakan kejayaan kita bersama. Amin

Muhammad Aliffudin Bin Ramlee
2.29 pagi
19/1/2010

Kamis, 14 Januari 2010

TINTA BIAH SYAQAH PMRAM 2009





Sedekah dalam Islam adalah satu pemberian ikhlas sama ada sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan yang membawa maksud kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah . Sebagaimana maksud firman Allah S.W.T :

"Dan infaqkanlah (hartamu) dijalan  Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan (diri kamu sendiri) ke bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah (dengan sebaik-baiknya segala usaha) . Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berusaha memperbaiki amalanya"

Surah Al Baqarah : 195

Daripada Abu Hurairah , Rasulullah ada bersabda,bermaksud : "Apabila seseorang mati (dikalangan anak-anak adam) putuslah amalannya kecuali 3 perkara, iaitu : sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau doa anaknya soleh untuknya (kedua ibubapanya)"

Hadis Riwayat Muslim

Dalam hadis ini jelas menunjukkan 3 amalan yang dapat membantu seseorang pada hari akhirat kelak iaitu sedekah yang pahalanya berterusan , ilmu yang baik yang diajarkan, dan doa anak yang soleh . Termasuk dalam sedekah jariah ini ialah mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam selain harta yang diwakafkan untuk dimanfaat oleh orang lain . Maka insya Allah , pahala berterusan akan diterima oleh orang yang melakuakan amalan itu.

Antara fadilat utamanya rezki murah, dapat menolak bala dan panjang umur ialah menjadi asbab apabila kita bersedekah , penerimanya akan mengucap "Alhamdulilah" sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan manusia. Firman Allah S.W.T : "Barang siapa yang membawa amalan yang baik , maka baginya pahala sepuluh kali ganda amalnya". Bukan hanya dilipat gandakan balasannya , orang yang rajin bersedekah juga akan dihindarkan dari segala macam bencana dan malapetaka. Sebagaimana kisah Rasululah S.A.W. , bahawasanya Kabsyah Al Anmary berkata : saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : " Ada 3 hal yang mana aku bersumpah didalamnya ". Salah satunya ialah harta seorang hamba tidak akan pernah berkurang lantaran gemar bersedekah . Disini Rasulullah telah menegaskan bahawa manusia sesiapa pun tidak akan berkurang hartanya lantaran bersedekah.

Dikisahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh   Imam Turmuzi dan Ahmad : Tatkala Alllah menciptakan bumi, gunung, api, angin dan air, maka penciptaannya mempunyai kekuatan masing-masing , lalu malaikat bertanya : "Ya Rabbi , adakah segala panciptaan Mu yang lebih kuat dari semua itu? ", maka Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat Kehebatanya menjawab : " Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui". Maksud yag kita boleh fahami disini orang yang paling hebat dan paling kuat adalah  oarang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya sehingga sedekah yang dilakukanya bersih dan tulus dan ikhlas tanpa ada keinginan untuk diketahui orang lain.

Inilah gambaraan Allah S.W.T berikan kepada kita bagaimana seseorang hamba perlu ikhlaskan pemberian , sedekah hanya kepada Allah bukan mengharap pujian . Sedekah jika diamalkan maka rezki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun sudah digunakan. Allah jua akan membalas dan menggantikan dengan apa yang kita infaqkan . Jika kita beramal dan memberi ilmu yang bermanfaat, maka Allah S.W.T akan menambahkan kita kefahaman terhadap ilmu tersebut. Begitu juga harta, belanjakanlah  harta yang ada pada jalan Allah S.W.T , Insya Allah , Kita akan ditambahkan rezki oleh Allah S.W.T dari sumber yang tidak diketahui. Insya Allah.

Satu Fikrah Satu Amal


Disediakan oleh :

Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM 2009
Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan Hewi PMRAM 2009

Rabu, 13 Januari 2010

KEMATIAN HATI (Ustaz Rahmat Abdullah)

(teks ini dalam Bahasa Indonesia)

Banyak orang tertawa tanpa (mahu) menyadari sang maut sedang mengintainya.

Banyak orang cepat datang ke shaf shalat layaknya orang yang amat merindukan kekasih. Sayang ternyata ia datang tergesa-gesa hanya agar dapat segera pergi.

Seperti penagih hutang yang kejam ia perlakukan Tuhannya. Ada yang datang sekedar memenuhi tugas rutin mesin agama. Dingin, kering dan hampa, tanpa penghayatan. Hilang tak dicari, ada tak disyukuri.

Dari jahil engkau disuruh berilmu dan tak ada idzin untuk berhenti hanya pada ilmu. Engkau dituntut beramal dengan ilmu yang ALLAH berikan. Tanpa itu alangkah besar kemurkaan ALLAH atasmu.

Tersanjungkah engkau yang pandai bercakap tentang keheningan senyap ditingkah rintih istighfar, kecupak air wuduk di dingin malam, lapar perut karena shiam(puasa) atau kedalaman munajat dalam rakaat-rakaat panjang.

Tersanjungkah engkau dengan licin lidahmu bertutur, sementara dalam hatimu tak ada apa-apa. Kau kunyah mitos pemberian masyarakat dan sangka baik orang-orang berhati jernih, bahwa engkau adalah seorang saleh, alim, abid lagi mujahid, lalu puas meyakini itu tanpa rasa ngeri.

Asshiddiq Abu Bakar Ra. selalu gemetar saat dipuji orang. "Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku karena ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidaktahuan mereka", ucapnya lirih.

Ada orang bekerja keras dengan mengorbankan begitu banyak harta dan dana, lalu ia lupakan semua itu dan tak pernah mengenangnya lagi. Ada orang beramal besar dan selalu mengingat-ingatnya, bahkan sebagian menyebut-nyebutnya. Ada orang beramal sedikit dan mengklaim amalnya sangat banyak. Dan ada orang yang sama sekali tak pernah beramal, lalu merasa banyak amal dan menyalahkan orang yang beramal, karena kekurangan atau ketidaksesuaian amal mereka dengan lamunan pribadinya, atau tidak mahu kalah dan tertinggal di belakang para pejuang. Mereka telah menukar kerja dengan kata.
Dimana kau letakkan dirimu?
Saat kecil, engkau begitu takut gelap, suara dan segala yang asing. Begitu kerap engkau bergetar dan takut.

Sesudah pengalaman dan ilmu makin bertambah, engkaupun berani tampil di depan seorang kaisar(penguasa) tanpa rasa gentar. Semua sudah jadi biasa, tanpa rasa.
Telah berapa hari engkau hidup dalam lumpur yang membunuh hatimu sehingga getarannya tak terasa lagi saat ma'siat menggodamu dan engkau meni'matinya?

Malam-malam berharga berlalu tanpa satu rakaatpun kau kerjakan. Usia berkurang banyak tanpa jenjang kedewasaan ruhani meninggi. Rasa malu kepada ALLAH, dimana kau kubur dia ?

Di luar sana rasa malu tak punya harga. Mereka jual diri secara terbuka lewat layar kaca(tv), sampul majalah atau bahkan melalui penawaran langsung. Ini potret negerimu : 228.000 remaja mengidap putau. Dari 1500 responden usia SMP & SMU(jenis sek di Republik Indonesia), 25 % mengaku telah berzina dan hampir separohnya setuju remaja berhubungan seks di luar nikah asal jangan dengan perkosaan. Mungkin engkau mulai berfikir "Jamaklah, bila aku main mata dengan aktifis perempuan bila engkau laki-laki atau sebaliknya di celah-celah rapat atau berdialog dalam jarak sangat dekat atau bertelepon dengan menambah waktu yang tak kauperlukan sekedar melepas kejenuhan dengan canda jarak jauh" Betapa jamaknya 'dosa kecil' itu dalam hatimu.

Kemana getarannya yang gelisah dan terluka dulu, saat "TV Thaghut" menyiarkan segala "kesombongan jahiliyah dan maksiat"?

Saat engkau muntah melihat laki-laki (pondan) berpakaian perempuan, karena kau sangat mendukung ustadzmu yang mengatakan " Jika ALLAH melaknat laki-laki berbusana perempuan dan perempuan berpakaian laki-laki, apa tertawa riang menonton akting mereka tidak dilaknat ?"
Ataukah taqwa berlaku saat berkumpul bersama, lalu yang berteriak paling lantang "Ini tidak islami" berarti ia paling islami, sesudah itu urusan tinggallah antara engkau dengan dirimu, tak ada ALLAH disana?
Sekarang kau telah jadi kader hebat.
Tidak lagi malu-malu tampil.

Justeru engkau akan dihadang tantangan: sangat malu untuk menahan tanganmu dari jabatan tangan lembut lawan jenismu yang muda dan segar. Hati yang berbunga-bunga didepan ribuan massa.

Semua gerak harus ditakar dan jadilah pertimbanganmu tergadai pada kesukaan atau kebencian orang, walaupun harus mengorbankan nilai terbaik yang kau miliki. Lupakah engkau, jika bidikanmu ke sasaran tembak meleset 1 milimeter, maka pada jarak 300 meter dia tidak melenceng 1 milimeter lagi ? Begitu jauhnya inhiraf di kalangan awam, sedikit banyak karena para elitenya telah salah melangkah lebih dulu.

Siapa yang mahu menghormati ummat yang "kiayi"nya membayar beberapa ratus ribu kepada seorang perempuan yang beberapa menit sebelumnya ia setubuhi di sebuah kamar hotel berbintang, lalu dengan enteng mengatakan "Itu maharku, ALLAH waliku dan malaikat itu saksiku" dan sesudah itu segalanya selesai, berlalu tanpa rasa bersalah?

Siapa yang akan memandang ummat yang da'inya berpose(bergaya) lekat dengan seorang perempuan muda artis penyanyi lalu mengatakan "Ini anakku, karena kedudukan guru dalam Islam adalah ayah, bahkan lebih dekat daripada ayah kandung dan ayah mertua" Akankah engkau juga menambah barisan kebingungan ummat lalu mendaftar diri sebagai 'alimullisan (alim di lidah)? Apa kau fikir sesudah semua kedangkalan ini kau masih aman dari kemungkinan jatuh ke lembah yang sama?

Apa beda seorang remaja yang menzinai teman sekolahnya dengan seorang alim yang merayu rekan perempuan dalam aktifitas(aktiviti) da'wahnya? Akankah kau andalkan penghormatan masyarakat awam karena statusmu lalu kau serang maksiat mereka yang semakin tersudut oleh retorikamu yang menyihir ? Bila demikian, koruptor macam apa engkau ini? Pernah kau lihat sepasang mami dan papi dengan anak remaja mereka.
Tengoklah langkah mereka di mal(mall). Betapa besar sumbangan mereka kepada modernisasi dengan banyak-banyak mengkonsumsi produk junk food, semata-mata karena nuansa "westernnya" . Engkau akan menjadi faqih pendebat yang tangguh saat engkau tenggak minuman halal itu, dengan perasaan "lihatlah, betapa Amerikanya aku".
Memang, soalnya bukan Amerika atau bukan Amerika, melainkan apakah engkau punya harga diri.
Mahatma Ghandi memimpin perjuangan dengan memakai tenunan bangsa sendiri atau terompah lokal yang tak bermerk. Namun setiap ia menoleh ke kanan, maka 300 juta rakyat India menoleh ke kanan. Bila ia tidur di rel kereta api, maka 300 juta rakyat India akan ikut tidur disana.

Kini datang "pemimpin" ummat, ingin mengatrol harga diri dan gengsi ummat dengan pameran mobil, rumah mewah, "toko emas berjalan" dan segudang asesori. Saat fatwa digenderangkan, telinga ummat telah tuli oleh dentam berita tentang hiruk pikuk pesta dunia yang engkau ikut mabuk disana. "Engkau adalah penyanyi bayaranku dengan uang yang kukumpulkan susah payah. Bila aku bosan aku bisa panggil penyanyi lain yang kicaunya lebih memenuhi seleraku"


Dari : Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah
         PKS Online

Minggu, 10 Januari 2010

SIAPA PENGISI KESINAMBUNGAN MEREKA ?
















Siapa pengisi kekosongan mereka ?
Siapa penerus langkah mereka ?

Siapa penyambung perjuangan mereka ?

Mereka juga manusia
Tubuh mereka makin dimamah usia
Perjuangan mereka bukan sia-sia

Adakah daku layak menerimanya ?
Mampukah daku  memikulnya ?
Mungkinkah ada nusrah dari Nya ?

Lantaran noda yang terpalit
Akibat maksiat yang melilit
Diri ini makin tersepit dan terselit

Siapa pengisis kekosongan mereka ?
Siapa penerus langkah mereka ?
Siapa penyambung perjuangan mereka ?

Ya Allah pilihlah kami sebagai penerus perjuangan ini . Amin

P/s: terfikir hendak mengarang sajak ini ketika menghayati hadis Saidina Muhammad yang berbunyi :

Daripada Abdullah bin Amru bin Ash R.a berkata : Aku mendengar Rasullullah s.a.w bersabda ; "Bahawasanya Allah s.w.t  tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia . Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ranai akan memilih orang - orang jahil sebagai pemimpin mereka . Maka apabila pemimpin jahil itu ditanya , mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan . Mereka sesat dan menyesatkan orang lain "   HADIS RIWAYAT MUSLIM




Muhammad Aliffudin Bin Ramlee
7.22 pagi (sajak ini dikarang)
10/01/10

Kamis, 07 Januari 2010

TA'ALIFUL QULUB....satu teguran untuk diri ini

Assalamualaikum w.b.t dan salam imtihan

Apa khabar para blogger sekalian. Mudah-mudahan kita dibawah naungan Allah. Semoga Allah s.w.t mengerat hubungan UKHWAH kita. UKHWAH ? Apa itu UKHWAH ? Mungkin anda lebih mengetahui apa itu UKHWAH . Mana -mana gerakan yang berlandaskan manhaj Islam yang syumul sering menitik beratkan semangat UKHWAH dikalangan ahli dan anggota. UKHWAH adalah satu manhaj yang ringan diungkap berat untuk mengikuti.

Apa tidaknya , semua yang mengaku bergerak atas dasar Islam yang syumul sering sering memperingati antara satu sama lain berkenaan UKHWAH. Tetapi berapa sedikit sahaja mampu memahami dan mengamalkan. Jadi antara salah satu mengeratkan UKHWAH ialah "Ta'aliful Qulub" (kesatuan hati). Allah S.W.T menerangkan kepada kita satu ayat yang mudah untuk kita fahami :

"dan dia Allah yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman) . Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi , nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka , tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh , dia Mahaperkasa dan Maha Bijaksana" 
al anfal: 63

Bagaimana hendak melahirkan "Ta'aliful Qulub" sehingga mencapai matlamat UKHWAH? Contohnya mahasiswa kita di Mesir  begitu lantang menyuarakan tentang UKHWAH dalam PMRAM . Tetapi bila PMRAM  memerlukan bantuan semuanya lari. Contohnya mudah, berapa ramai sanggup membayar Dana Apartment PMRAM. Padahal mereka sendiri yang pergi meluluskan dan menyetujui Usul tersebut dan melaungkan "KITA PMRAM". Maka yang menyumbang sedikit itu lebih baik daripada hebat berkata-kata. Begitu juga dengan peristiwa baru-baru ini yang ana ingin berkongsi, kematian sahabat kita Hidayatus Saufi. Maka telah dilancarkan derma kilat kerana Arwah Hidayat ada berhutang sebelum pulang ke Malaysia. Maka ana telah  mem"forward"kan mesej kutipan derma kilat, tiba-tiba seorg ahli PMRAM menunjukan "Kesatuan Hati " yang jitu : -

xxxx_jxxxd : salam budak 2 nk perlu lagi bp?
                    Le 10 cukup x?
                    ko bayar pakai duit ko dulu...nanti ko minta aq balik

aliffudin johor : budak 2 dh meninggal dh

xxxx_jxxxd : innalillah

aliffudin johor :  budak 2 member aku...sblom pulang mlaysia dia ada pnjm duit dgn kwn dia..pastu umur dia
                           x lama.. allah lebih syg kn dia

Inilah perbualan ana dengan beliau (xxxx_jxxxd). Walaupun dia bukan orang yang kuat berpersatuan tetapi mungkin tersirat di hati beliau memahami "Ta'aliful Qulub". Demikian peristiwa itu ana menangis ketika itu juga. Sejauh mana kita lihat "Ta'aliful qulub" yang kita fahami maka perlu kita laksanakan.

Kita selalu berusrah dan selalu membaca doa "Rabitah". Dalam doa "Rabitah" terdapat "Ta'aliful Qulub".Tetapi sejauh mana kita aplikasi dalam kehidupan. Adakah hanya manis di bibir tetapi pahit untuk dilaksanakan. Fikir-fikirkanlah bagi mereka yang lantang bersuara.....

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunkung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini...



p/s: harap maaf jika terkasar bahasa....
 

Muhammad Aliffudin B Ramlee
12.08 mlm
6/1/2010 


Rabu, 06 Januari 2010

KITI SEBENARNYA....

Kita sebenarnya......Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnya......Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnya......Lebih membesarkan hari Sabtu,Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnya......Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

Kita sebenarnya......Lebih suka lepak,tidur,tengok TV daripada sembahyang

Kita sebenarnya......Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

Kita sebenarnya......Lebih suka menyebut hello!..hai! daripada assalamualaikum

Kita sebenarnya......Lebih suka menyanyi daripada berwirid,bertahmid

Kita sebenarnya......Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnya......Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnya......Lebih suka ke konsert,karaoke daripada ceramah agama

Kita sebenarnya......Lebih suka mengumpat, dan cakap hal orang lain daripada memuji mereka

Kita sebenarnya......Lebih suka merapu daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnya......Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan

Kita sebenarnya......Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita

Kita sebenarnya......Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita,kita pasti akan jawab KITA SEBENONYA......

Kita sebenarnya......Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT??? Wallahualam.

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat,maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman,maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."

Oleh itu,renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah..




dicopy dari...

Cahaya Qaseh
UKM Bangi , Selangor