|
Kronologi Perhimpunan.. |
Perhimpunan berjalan dengan aman demi memberi penjelasan kepada warga kampus mengenai apa yang berlaku sewaktu perjalanan Pilihan Raya Kampus semalam
Kekacauan bermula apabila pihak yang tidak sepatutnya merempuh masuk dan melayan mahasiswa seperti melayan penjenayah
Segalanya tercetus apabila wujudnya kebobrokkan dan penyelewengan yang berlaku ketika diumumkan keputusan PRK UKM semalam (28/1/10). Mahasiswa bukanlah boneka atau 'kuda' yang boleh diperkotak-katikkan dan ditunggangi oleh mana-mana pihak. Sepatutnya biarlah mahasiswa sendiri yang menyelesaikan perkara ini tanpa melibatkan mana-mana pihak yang tidak sepatutnya.
Begitulah fitrah dan lumrah dunia. Penuh dengan tribulasi dan mehnah. Hanya yang tabah dan cekal dengan keimanan sahaja yang tidak akan berganjak dari perjuangan. Benarlah firman Allah :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ٢٩:٢
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka itu sudah beriman sedangkan mereka itu belum diuji?"
p/s soutul nahdhoh : nampaknya mahasiswa/wi di Malaysia bangkit untuk mempertahankan hak mereka...bagaimana dengan mahasiswa/wi di mesir...adakah kita bersedia menyertai kebangkitan ini ?
artikel ini diambil daripada sahabat baik ana faizassyirazi
memang mengagumkan tindakan tersebut, seluruh kampus menyaksikannya,...moga Allah bimbing niat korang...berani kerana benar..
BalasHapus