Kamis, 14 Januari 2010

TINTA BIAH SYAQAH PMRAM 2009





Sedekah dalam Islam adalah satu pemberian ikhlas sama ada sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan yang membawa maksud kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah . Sebagaimana maksud firman Allah S.W.T :

"Dan infaqkanlah (hartamu) dijalan  Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan (diri kamu sendiri) ke bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah (dengan sebaik-baiknya segala usaha) . Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berusaha memperbaiki amalanya"

Surah Al Baqarah : 195

Daripada Abu Hurairah , Rasulullah ada bersabda,bermaksud : "Apabila seseorang mati (dikalangan anak-anak adam) putuslah amalannya kecuali 3 perkara, iaitu : sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau doa anaknya soleh untuknya (kedua ibubapanya)"

Hadis Riwayat Muslim

Dalam hadis ini jelas menunjukkan 3 amalan yang dapat membantu seseorang pada hari akhirat kelak iaitu sedekah yang pahalanya berterusan , ilmu yang baik yang diajarkan, dan doa anak yang soleh . Termasuk dalam sedekah jariah ini ialah mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam selain harta yang diwakafkan untuk dimanfaat oleh orang lain . Maka insya Allah , pahala berterusan akan diterima oleh orang yang melakuakan amalan itu.

Antara fadilat utamanya rezki murah, dapat menolak bala dan panjang umur ialah menjadi asbab apabila kita bersedekah , penerimanya akan mengucap "Alhamdulilah" sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan manusia. Firman Allah S.W.T : "Barang siapa yang membawa amalan yang baik , maka baginya pahala sepuluh kali ganda amalnya". Bukan hanya dilipat gandakan balasannya , orang yang rajin bersedekah juga akan dihindarkan dari segala macam bencana dan malapetaka. Sebagaimana kisah Rasululah S.A.W. , bahawasanya Kabsyah Al Anmary berkata : saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : " Ada 3 hal yang mana aku bersumpah didalamnya ". Salah satunya ialah harta seorang hamba tidak akan pernah berkurang lantaran gemar bersedekah . Disini Rasulullah telah menegaskan bahawa manusia sesiapa pun tidak akan berkurang hartanya lantaran bersedekah.

Dikisahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh   Imam Turmuzi dan Ahmad : Tatkala Alllah menciptakan bumi, gunung, api, angin dan air, maka penciptaannya mempunyai kekuatan masing-masing , lalu malaikat bertanya : "Ya Rabbi , adakah segala panciptaan Mu yang lebih kuat dari semua itu? ", maka Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat Kehebatanya menjawab : " Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui". Maksud yag kita boleh fahami disini orang yang paling hebat dan paling kuat adalah  oarang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya sehingga sedekah yang dilakukanya bersih dan tulus dan ikhlas tanpa ada keinginan untuk diketahui orang lain.

Inilah gambaraan Allah S.W.T berikan kepada kita bagaimana seseorang hamba perlu ikhlaskan pemberian , sedekah hanya kepada Allah bukan mengharap pujian . Sedekah jika diamalkan maka rezki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun sudah digunakan. Allah jua akan membalas dan menggantikan dengan apa yang kita infaqkan . Jika kita beramal dan memberi ilmu yang bermanfaat, maka Allah S.W.T akan menambahkan kita kefahaman terhadap ilmu tersebut. Begitu juga harta, belanjakanlah  harta yang ada pada jalan Allah S.W.T , Insya Allah , Kita akan ditambahkan rezki oleh Allah S.W.T dari sumber yang tidak diketahui. Insya Allah.

Satu Fikrah Satu Amal


Disediakan oleh :

Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM 2009
Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan Hewi PMRAM 2009

Tidak ada komentar:

Posting Komentar