Kamis, 07 Januari 2010

TA'ALIFUL QULUB....satu teguran untuk diri ini

Assalamualaikum w.b.t dan salam imtihan

Apa khabar para blogger sekalian. Mudah-mudahan kita dibawah naungan Allah. Semoga Allah s.w.t mengerat hubungan UKHWAH kita. UKHWAH ? Apa itu UKHWAH ? Mungkin anda lebih mengetahui apa itu UKHWAH . Mana -mana gerakan yang berlandaskan manhaj Islam yang syumul sering menitik beratkan semangat UKHWAH dikalangan ahli dan anggota. UKHWAH adalah satu manhaj yang ringan diungkap berat untuk mengikuti.

Apa tidaknya , semua yang mengaku bergerak atas dasar Islam yang syumul sering sering memperingati antara satu sama lain berkenaan UKHWAH. Tetapi berapa sedikit sahaja mampu memahami dan mengamalkan. Jadi antara salah satu mengeratkan UKHWAH ialah "Ta'aliful Qulub" (kesatuan hati). Allah S.W.T menerangkan kepada kita satu ayat yang mudah untuk kita fahami :

"dan dia Allah yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman) . Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi , nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka , tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh , dia Mahaperkasa dan Maha Bijaksana" 
al anfal: 63

Bagaimana hendak melahirkan "Ta'aliful Qulub" sehingga mencapai matlamat UKHWAH? Contohnya mahasiswa kita di Mesir  begitu lantang menyuarakan tentang UKHWAH dalam PMRAM . Tetapi bila PMRAM  memerlukan bantuan semuanya lari. Contohnya mudah, berapa ramai sanggup membayar Dana Apartment PMRAM. Padahal mereka sendiri yang pergi meluluskan dan menyetujui Usul tersebut dan melaungkan "KITA PMRAM". Maka yang menyumbang sedikit itu lebih baik daripada hebat berkata-kata. Begitu juga dengan peristiwa baru-baru ini yang ana ingin berkongsi, kematian sahabat kita Hidayatus Saufi. Maka telah dilancarkan derma kilat kerana Arwah Hidayat ada berhutang sebelum pulang ke Malaysia. Maka ana telah  mem"forward"kan mesej kutipan derma kilat, tiba-tiba seorg ahli PMRAM menunjukan "Kesatuan Hati " yang jitu : -

xxxx_jxxxd : salam budak 2 nk perlu lagi bp?
                    Le 10 cukup x?
                    ko bayar pakai duit ko dulu...nanti ko minta aq balik

aliffudin johor : budak 2 dh meninggal dh

xxxx_jxxxd : innalillah

aliffudin johor :  budak 2 member aku...sblom pulang mlaysia dia ada pnjm duit dgn kwn dia..pastu umur dia
                           x lama.. allah lebih syg kn dia

Inilah perbualan ana dengan beliau (xxxx_jxxxd). Walaupun dia bukan orang yang kuat berpersatuan tetapi mungkin tersirat di hati beliau memahami "Ta'aliful Qulub". Demikian peristiwa itu ana menangis ketika itu juga. Sejauh mana kita lihat "Ta'aliful qulub" yang kita fahami maka perlu kita laksanakan.

Kita selalu berusrah dan selalu membaca doa "Rabitah". Dalam doa "Rabitah" terdapat "Ta'aliful Qulub".Tetapi sejauh mana kita aplikasi dalam kehidupan. Adakah hanya manis di bibir tetapi pahit untuk dilaksanakan. Fikir-fikirkanlah bagi mereka yang lantang bersuara.....

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat & menyokong syariatMU,
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunkung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini...



p/s: harap maaf jika terkasar bahasa....
 

Muhammad Aliffudin B Ramlee
12.08 mlm
6/1/2010 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar