Minggu, 03 Januari 2010

MOGA DITEMPAT BERSAMA ORANG YANG SOLEH...AMIN

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini saya dapat 2 berita. Pertama berita yang agak memeranjatkan tetapi gembira bagaimanpun saya memilih untuk simpan dalam hati. Kedua berita yang sedih dan menggemparkan warga Mesir khususnya Badan Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM).

Iaitu kehilangan mahasiswa contoh dalam BKPJM. Beliau yang saya maksudkan Allayarham Ustaz Mohd Hidayatus Saufi yang meninggal dunia pada 10.15 malam (4.15 pagi waktu malaysia) pada 02/01/2010.Pada memori ana pertemuan pertama kali dengan beliau ketika Ihtifal Ilmiah SMA Negeri Johor di Mersing (sek men agama arab mersing) ketika beliau bertugas selaku pengerusi majlis penutup Ihtifal Ilmiah tersebut.

Walaubagaimanapun, jodoh pertemuan diciptakan oleh Allah sekali lagi untuk ana bertemu beliau ketika kali pertama ana menjejakkan kaki ke Perlembahan Nil. Beliau sekali lagi menjadi pengerusi slot dalam Hari Pengenalan Silaturrahim . Memang bakat besar Allah kurniakan kepada beliau dengan kelunakan suara yang sedap didengar untuk menjadi pengerusi majlis.

Ikatan ukhwah bertambah erat apabila pada hari ke 5 ana di Mesir, beliau sudi menjadi musyrif kepada ana dan rakan-rakan untuk membeli barang keperluan di Abu allak (klu x salah eja). Walaubagaimanapun beliau amat dikagumi oleh rakan-rakan di BKPJM kerana sudi untuk memberi khidmat bakti kepada BKPJM sekalipun tidak pernah diberi pentaklfan untuk menjadi EXCO. Beliau terus menabur khidmat bakti tanapa mengenal erti penat lelah. Semoga Allah memberi ganjaran kepada mu .

Mudah-mudahan Allah menempatkan beliau bersama para shuhada dan solehin. Insya Allah. Amin.




gambar ini diambil dalam blog beliau



semoga Allah memberkatimu wahai sahabat....Aminn

Al Fatihah.....

Muhammad Aliffudin B Ramlee
4.12 pagi
3/1/2010

1 komentar:

  1. Assalamualaikum wrt

    Ana juga terkejut lepas Fathi bagitau ana yang arwah dah tiada. Arwah ada kata nak jumpa ana di Mesir ni dan nantikan kepulangan dia ke sini, insyaAllah. Namun Allah lebih menyayanginya.

    Seperti yang Ust Alif bagitau, arwah memang seorang yang komited terhadap apa yang dilakukan. Beliau adalah seorang yang berani ke hadapan. Kami pernah beberapa kali terlibat dalam program yang sama, dan sepajang itulah sifat kepimpinan beliau terserlah.

    Kepada semua yang mengenali beliau atau tidak, andai ada kesilapan yang beliau lakukan baik sengaja atau tak sengaja, harap dimaafkan. Halalkan makan dan minum beliau. Semoga beliau damai di sana. Amin Amin Amin. Al-Fatihah.

    BalasHapus