Minggu, 24 Oktober 2010

DARI BLOG DPMM


Assalamualaikum w.b.t

Segala pujian kepada Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan agung Sayyidina Muhammad s.a.w. Serta para pejuang yang menyambung perjuangan baginda s.a.w hingga ke akhirnya.

Pada tahun 1991 dan 1992 telah berlaku sejarah baru bagi sebahagian mahasiswa dan mahasiswi ketika itu untuk ditempat di cawangan- cawangan (muhafazah) Al Azhar . Lantas Dewan Perwakilan Mahasiswa dan Mahasiswi(DPM) ditubuhkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir bagi memberikan kebajikan kepada anak-anak melayu di cawangan-cawangan (Muhafazah). PMRAM bukan hanya memberikan kebajikan kepada mahasiswa dan mahasiswi sahaja malah isu keselamatan di cawangan (muhafazah) adalah fokus PMRAM. Maka hubungan dua hala oleh Pihak Keselamatan Mesir dan PMRAM juga dinikmati oleh DPM-DPM melalui wakil rasmi PMRAM di cawangan iaitu Pengerusi- Pengerusi DPM.

Isu keselamatan yang berlaku di DPM Tanta turut dirasai oleh DPM Mansurah. Tindakan yang dilakukan oleh Medik Mesir membuka markaz baru mengundang masalah kepada DPM Tanta. Sewajarnya Medik Mesir dan agen-agen yang lain perlu menghormati persatuan yang telah ada iaitu DPM Tanta dan Perubatan Cawangan Tanta.

DPM Mansurah dimaklumkan bahawa pada tahun lepas semua agen dapat memberikan kerjasama yang amat baik terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu keselamatan. Ini menunjukan wujudnya perbincangan mengenai keselamatan antara DPM Tanta dan semua agen. Jika kita melihat isu ini wujudnya pihak tertentu dalam memecah belahkan kesatuan Mahasiswa dan Mahasiswi di Tanta.

Untuk menyelesaikan masalah ini pihak DPM Tanta telah berusaha untuk berbincang dengan wakil agen namum wakil agen tidak kerjasama yang terbaik kepada DPM Tanta.
Akibatnya masalah ini berpanjangan sehingga ada pihak berwajib melanggar etika kerja dan profesinolisme.

DPM Mansurah melahirkan rasa kesal dalam isu ini. DPM Mansurah berdiri teguh dibelakang DPM Tanta bagi menunjukkan kebersamaan kami. DPM Mansurah menyeru kepada wakil agen terbabit agar memberikan kerjasama yang baik dalam isu keselamatan kepada pihak DPM Tanta.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Muhammad Aliffudin B Ramlee
Pemangku Pengerusi
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
(PMRAM Cawangan Mansurah)
Sesi 2010/2011

sumber : DPM MANSURAH

Tidak ada komentar:

Posting Komentar