OPS ISMA! Operasi ISMA semakin membiadap apabila pelajar kita disuruh untuk ditinggal bersama dengan mereka sendiri dengan anggapan bahawa itu adalah kehendak pelajar-pelajar sendiri. Hujah dan alasan tersebut agak basi di telinga saya kerana sekian lama kita berdepan dengan hujah yang lapuk ini. Tak ada hujah lain ke? Datang dengan tidak diundang, kemudian meminta kita untuk dibawa sahabat baiknya dari Malaysia tinggal bersama-sama mereka. Kononnya kenalan lama. Tetapi malangnya tujuan mereka tidak disepakati bersama. Salah seorang dari mereka mengatakan kedatangan mereka ‘under’ ISMA manakala yang lain mengatakan ‘under’ peribadi (kawan suruh datang ambil). Pelik! Sekejap macam ini, sekejap macam itu. Apa salahnya kalau diberitahu tujuan sebenar kehadiran kalian ke markaz DPM? Bagi saya tujuan kalian kurang jelas!
PENGURUSAN
Sudah dimaklumkan dan diketahui umum bahawa DPM telah diamanahkan oleh pihak pengurusan dari Malaysia untuk menguruskan kedatangan dan kehadiran serta penempatan mereka di bumi Ambiya’ ini. Perkara ini tidak perlu melibatkan individu lain. Cukup sekadar DPM, BKAN yang terlibat dan pihak di Malaysia (pengurus). Namun masih ada kaki-kaki dan tangan-tangan yang saya anggap bersih sebelum ini menjadi kotor apabila cuba untuk masuk campur dalam isu pengurusan ini. Ini dikira sebagai tidak ada sikap BERADAB dan ketidakpercayaan kepada pihak pengurusan. Baik pelajar yang hadir dengan pengurusan DPM atau kakak-kakak dan abang-abang dari persatuan yang kurang kami kenali identitinya iaitu ISMA.
Bagi pelajar-pelajar yang cuba hadirkan diri dengan pihak pengurusan yang telah kalian ikuti. Diminta untuk memahami dan mempercayai akan proses pengurusan khidmat yang telah kami sediakan kepada kalian. Kekecewaan meratah dijiwa apabila sikap kalian sebagai orang yang diamanahkan untuk kami mengurus tidak dipersetujui atau tidak dipercayai oleh pihak kalian. Apakah salah kami? Apakah kekurangan kami? Sila komen atau berikan pandangan-pendangan supaya kami dapat mengubah keadaan yang kalian tidak sukai.
SEJARAH MUNGKIN BERULANG
Tahun lepas kita dibelenggu dengan masalah pelajar Qiraat yang tidak dapat menduduki peperiksaan bagi tahun pertama di bumi Mansurah dan Syubra. Perkara ini ada kaitan dengan pengurusan. Ini kerana pihak yang menguruskan pengajian kalian adalah pihak Al-Azhar. Dan dari pihaknya untuk kita membuat pengurusan kuliyah secara serentak, bukan secara berasingan. Pada sesi lepas, terdapat segelintir pelajar Qiraat yang tidak sabar-sabar untuk keluar dari pengurusan ini cuba membuat prosuder pengurusan kuliyah under persendirian (ini adalah makluman dan alasan dari pelajar tersebut). Alasannya beliau tidak suka untuk mengikuti pengurusan yang kita sediakan. Malangnya, pada saat akhir peperiksaan ingin bermula, beliau dan juga sahabat-sahabat beliau yang tidak ada kaitan dengan sikap beliau tidak dapat mengambil peperiksaan secara keseluruhannya. Ini merupakan fakta! Kenapa perlu menyusahkan sahabat-sahabat yang lain?
AMANAH SIKAP KITA BERSAMA
Bagi sahabat-sahabat Qiraat yang baru hadir pada sesi ini, suka saya sebutkan di sini bahawa proses kedatangan yang kalian sepakati di Malaysia merupakan tanggungjawab kami dengan pengurus di Malaysia. Masakan bukan tanggungjawab kami sekiranya kalian datang degan pengurusan yang bukan dari pihak kami. Bukankah itu mudah sekiranya kalian datang ‘under’ ISMA sendiri pada bulan Jun dan Julai sekiranya anda ingin bersama mereka? Dan bukankah mudah sekiranya kalian datang sendiri tanpa meminta pertolongan sesiapa pun sekiranya kalian ingin hidup bersendirian tanpa berjemaah? Ini amanah kalian! Kenapa perlu belot dengan perjanjian yang kalian telah sepakati? Ingin menambah dosa?! Kami punya amanah dan kalian juga punya amanah! Laksanakan amanah mengikut posisi masing-masing.
Saya telah mendapat satu alasan dari salah seorang pelajar ISMA yang menyatakan bahawa kehadirannya melalui DPM adalah semata untuk menuntut zakat negeri. Kalau tidak mengikuti proses malalui DPM, maka proses zakat tergendala. Ini menunjukkan bahawasanya kalian hanya mementingkan diri sendiri. Bermatlamatkan zakat sehingga menyusahkan pihak pengurusan. Kalian dianggap menzalimi dan mencabul hak pengurusan. Kerana zakat yang dikejar-kejar, sanggup menyusahkan pihak atasan. Apa salahnya sekiranya kalian mengikuti sementara prosuder-prosuder pengurusan zakat tersebut? Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara kalian!
TIDAK PERNAH MENGGANGU DAN MEMUNGKIRI JANJI
Dari dulu hingga sekarang, ISMA asyik seronok bermain-main dengan DPM dalam hal yang berkaitan dengan kes ambil-mengambil pelajar. Cuba kalian bertanya pada pihak DPM atau ISMA, adakah pihak DPM pernah mengambil pelajar-pelajar yang datang melalui pengurusan ISMA pada bulan 6 dan 7? Pernahkah sekali DPM berbuat demikian? Tidakkah kalian pelik atau persoalkan kenapa DPM tidak melakukan sedemikian rupa? Bagi saya, DPM bertindak atas dasar professional kerja. Tidak menggangu dasar pemikiran pelajar. Ini kerana PMRAM yang menaungi DPM menakluki seluruh mahasiswa/wi yang datang dengan pelbagai aliran pengajian dan pemikiran. Tetapi ini tidak menunjukkan bahawasanya PMRAM mahupun DPM tidak melaksanakan aktiviti-aktiviti pentarbiyah kepada ahlinya.
Baru-baru ini, kita diberitahu bahawa pihak pengurusan DPM tidak dibenarkan mengganggu pelajar Yayasan Terengganu sehingga mana tarikh 27 September belum tiba. Ini kerana mereka akan mengadakan aktiviti kepada anak-anak negeri mereka dengan cara pembawakan mereka sendiri. Selepas tarikh tersebut, kita diberi peluang oleh pihak mereka untuk kita bersama-sama beramah mesra dengan pelajara-pelajar terbabit. Dengan perjanjian yang dibuat, kita tidak memungkirinya. Kita tidak menyerbu, merampas atau melarikan pelajar-pelajar terbabit dari mereka. Bahkan kita merasakan ianya merupakan satu bantuan sokongan mereka terhadap kita untuk memastikan pelajar-pelajar baru ini mendapat pendedahan penting untuk merantau di bumi Mesir ini. Syukur. Tapi bagaimana pula dengan mereka (ISMA)?
Buat akhirnya, di sini saya ingin memohon dan menyeru sahabat-sahabat agar berfikir secara positif dan matang sebelum melakukan sesuatu tindakan. Jangan kerana sikap kepentingan diri menyebabkan kesusahan menimpa diri orang lain. Perkara ini dihitung oleh Allah SWT di akhirat kelak. Silap-silap kalian pula akan mengalami posisi yang sama atas balasan Allah terhadap apa yang kalian lakukan sebelumnya.
(SUMBER)
tambahan dari Soutul Nahdhoh : Bagi ana ISMA hanya mengambil kesempatan terhadap semua DPM dan BKAN. Mereka hanya join BKAN-BKAN untuk mendapatkan zakat tetapi tidak pernah menghulurkan bantuan terhadap BKAN-BKAN. Begitu juga disebahagian DPM , hanya mencari keuntungan sendiri sahaja. Terpulanglah.
Maklumat yang ana dapat apabila ahli ISMA cuba mengambil beg pelajar pada pukul 4 pg itu kelihatan menggeletar apabila berhadapan 2 orang ahli DPMM , lantas ahli ISMA yang menggeletar itu terus pergi dengan membawa beg yang telah dirampas dan meninggalkan seorang rakannya (junior) untuk berunding. Ada juga perangai macam ni tinggalkan member dalam kesusahan.
Sekali fikir-fikir ISMA macam belajar taktik dari.....UMNO jer....heheheh
Tidak ada komentar:
Posting Komentar